Khamis, 6 Mac 2014

39 Sikap buruk anak2 bermula dengan ibu bapanya

Dulu aku pernah paparkan kanak2 yang berbakat luar biasa ini adalah kerana bakat mereka telah digilap dan diasah oleh ibu bapa mereka sejak dari kecil. Namun begitu, bukan hanya bakat luar biasa sahaja yang dilentur dari rebung, tapi sikap, akhlak dan perangai buruk mereka juga kebanyakannya diwarisi daripada ibu bapa mereka sebab bagi anak2 kecil, ibu bapa mereka adalah idola dan guru pertama mereka, dan segala yang ibu bapa mereka buat bagi mereka adalah suatu yang memang patut ditiru, diikut dan dicontohi.


Walaupun iklan ini dah agak lama, tapi mesejnya yang hendak disampaikan tiada tarikh luput dan kekal relevan sampai bila2 dan di mana2 sahaja.


Kalau anda tergolong daripada kaum ibu bapa yang bangang, tidak mengapa, simpan sahaja sifat bangang anda sorang2. Cuma aku nak mintak tolong sangat2, jangan tunjukkan perangai bangang anda depan anak2 anda, sebab dia macam skim piramid MLM jugalah, perangai bangang anda itu kelak akan menjangkiti anak2 anda, dan mereka pula akan menjangkitkan pula perangai bangang tersebut kepada rakan2nya di sekolah, rakan2 mereka pula akan menjangkitkan perangai bangang tu kepada adik beradik mereka dan sedara sepupu sepapat dan seterusnya.

Dan ni memang banyak kali aku jumpa, mak bapak bawak anak2 yang kecil dan masih bersekolah makan kat restoran, si bapak dengan selambanya nyalakan rokok dan hisap depan isteri, depan anak sendiri, depan anak orang lain tanpa sebarang rasa bersalah. Maaf kalau kasar, tapi serius, bapak macam ni memang bangsat eh?


Cakap pasal rokok, keadaan dan budaya sekarang dalam negara kita adalah "Semua tempat dibenarkan untuk merokok kecuali tempat yang dilarang". Kerajaan seharusnya perlu menjadikan "Semua tempat adalah kawasan larangan merokok kecuali tempat yang dibenarkan", barulah hak orang yang tidak merokok lebih diutamakan. Ini tidak, hak orang yang merokok pula yang lebih diangkat. Sepatutnya perokok yang perlu cari tempat untuk merokok, bukan orang yang tidak merokok pula yang terpaksa pergi dan menjauhkan diri dari orang yang merokok di tempat awam.

Budak bawah umur hisap rokok dengan selamba mak bapaknya di tempat awam

Kerajaan tolong la buat peraturan merokok yang ketat gila babi macam Singapura dan kuatkuasakan denda yang tinggi kepada perokok2 yang engkar, kalau boleh haramkan terus jualannya, serius takde apa faedahnya rokok ni. Tapi aku tahu ia tidak mungkin akan berlaku, kerana rokok kan salah satu penyumbang utama pendapatan negara, biarlah keluar fatwa haram merokok berapa banyak pun, ia tetap halal dijual dan dihisap oleh orang2 Islam.




tags: children see children do video australia child follow parents example abuse advertisment ads advert campaign iklan anak ikut contohi perangai sikap buruk ibu bapa orang tua waris hisap rokok buang sampah minum arak buang sampah merata muntah maki hamun kereta

39 ulasan:

  1. Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan,
    mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari
    berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin
    menggunakan Tanpa Nama , mohon letakkan Nickname
    untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan
    kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan
    dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen
    akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
    凸¬ ♠ ♣ ♥ ♦ 〃 〄 々 〆 〇
    〈 〉 《 》 「 」 『 』
    【 】 〒 〓 〔 〕 〖 〗 〘 〙
    〚 〛 〜 〝 〞 〟

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2nd cheating by non pro cheater lol buruk2 pun ak ad perangai buruk hehehe2

      Padam
    2. Sikap buruk anak-anak bermula dengan UMNO-BN!

      Padam
  2. nice vid, powerful message ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin
      menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan.

      Padam
    2. @Tanpa Nama 6 Mac 2014 8:59pg

      Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

      kau pun sama..

      Padam
    3. Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

      alamak, lupa nak tukar anon lulz

      Padam
  3. ye. aku mmg setuju part yg bapak merokok selamba depan ank isteri. mmg susah nak berenti rokok, tapi tak salah jugak kan kalau at least try untuk berenti.

    BalasPadam
  4. huhu susah nk carik laki yg x merokok skrang ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lepas jumpe lelaki tak isap rokok, 'susah nak jumpa lelaki tak isap rokok dan hensem sekarng ni'

      Padam
    2. lepas jumpe lelaki tak isap rokok dan hensem, 'susah nak jumpa lelaki tak isap rokok, hensem dan kaya'

      Padam
    3. lepas jumpe lelaki tak isap rokok,hensem dan kaya, susah nak jumpe lelaki tak isap rokok,hensem,kaya dan gentleman

      Padam
    4. lepas jumpa lelaki tak isap rokok, hensem, kaya,gentleman, susah nak jumpa lelaki tak isap rokok, hensem, kaya, gentleman, setia.

      Padam
    5. lepas jumpa lelaki tak isap rokok, hensem, kaya, gentleman, setia, 'susah nak jumpa lelaki tak isap rokok, hensem, kaya, gentleman, setia, dan alim'

      Padam
    6. lepas jumpa lelaki tak isap rokok, hensem, kaya, gentleman, setia dan alim, susah nak jumpa lelaki tak isap rokok, hensem, kaya, gentleman, setia, alim dan romantik

      Padam
    7. lepas jumpa lelaki tak isap rokok, hensem, kaya, gentleman, setia, alim, romantik, susah nak jumpa lelaki tak isap rokok, hensem, kaya, gentleman, setia, alim, romantik dan pandai

      Padam
  5. rokok boleh menjana minda tapi saya tak hisap rokok :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. pala hotak ko rokok jana minda! sekolah kt mana neh sampai fail mcm nih???

      Padam
    2. haha.."rokok boleh menjana minda". Kalau kau terbitkan buku jelaskan pasal idea kau ni..confirm laris..jutawan nanti.

      Padam
  6. Salah mak bapak kerana tidak menunjukkan teladan yang baik depan anak. Anak2 makin kurang ajar dan berlaku pelbagai gejala sosial yang semakin berleluasa kerana ibubapa tidak mendidik anak dengan betul.

    BalasPadam
  7. tengok bola kat kedai mamak kat bahagian aircond siap ada amaran dilarang merokok, tapi ada si bangang yang hisap rokok depan anak2 bini gilfren atuk nenek sampai asap rokok dok berputaq kat tempat tu je..

    kambing betul..

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama Tanpa Hati Tanpa Jiwa TanpaMu kurasaaaa....6 Mac 2014 pada 10:39 PG

    kenapa hisap rokok depan anak? Tak kesian ke...?

    Alaaa..klu tak hisap pon, udara kat Malaysia bukan bersih sgt..sama jaaa....semua tempat asap rokok. Baik hisap.

    Bang.....smalam sy bakar sampah, sy terbakar sekali dgn duit rm100 abang dlm sampul surat.

    Paaannnggggg!!!!!!! kau tahu tak susah nak dapat duit..haaaaaaaa!!!!!?????? (sambil hembus rokok Dunhill Mint)

    BalasPadam
  9. Buang duit je beli rokok. harga rokok makin lama makin naik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bang, budak degree yang bodo je isap rokok ni bang...dapat keje gomen..asyik pergi lepak isap rokok time kerja.

      Padam
  10. Apa pandangan jika anda pergi pasaraya, 7E, kedai mamak n order tiger beer/carlsberg minum selamba sambil borak2 dgn kawan. Hukum minum arak adalah haram...sama konsep utk merokok jugak. Sama gak utk yg merokok lepas solat jumaat atau maghrib/isyak kat masjid..hukumnya sama spt minum arak. Xde istilah haram kecil atau haram besar. Maybe next time boleh provoke org yg merokok bg botol arak kasi minum..ckp je yg minum arak n merokok pun haram, membahayakan kesihatan.

    Tp nak watcmana, yg minum arak hanya org2 yg selalu gi pub/disko. Tp merokok hampir semua level manusia merokok x kira org biasa, pemimpin atau org kenamaan jugak. Even diharam atau Nabi hidup lg mengatakan rokok itu haram, tp bila dah ketagih sekian lama, belum tentu boleh buang sikap buruk 2.

    Sbnrnya dlm Islam dah ada peraturan halal n haram, cuma perlaksanaan yg menyebabkan org buat x tau je. Mahkamah syariah boleh dakwa muslim minum arak n masuk mahkamah, kena denda....tp rokok pulak mcm payah, sbb yg mendakwa pun maybe perokok gak. So tutup sebelah mata je..yg budak2 sekolah je yg kena tangkap merokok.

    Maaf kpd sesiapa yg merokok yg terasa dlm blog ni, tp nasihat sbg sedara muslim, berhenti lah merokok, sbb merokok HARAM sama mc perkara HARAM lain x kira anda hisap atau jual kat kedai sekalipun. X perlu nak pusing2 salahkn org lain atau perkara lain yg haram. Sy yakin in future boleh berubah, sbb zaman PRamlee dulu org Islam pergi disko n minum arak dianggap normal, skrg dah jrg berlaku. Semuanya bergantung pada penguatkuasaan pemerintah x kira persekutuan atau negeri.

    BalasPadam
  11. Hmm..
    Rokok lg :(

    Visit:http://vic-mycerita.blogspot.com/2014/03/stop-rokok-vivix-shaklee-membantu-anda.html?m=1

    BalasPadam
  12. Kat sekolah aku tu ada 2 budak peralihan,perempuan selamba rock je hisap rokok dalam tandas.Padahal time tu ramai kot yg keluar masuk tandas.Last2 kena tangkap jugak ngan cikgu.Nak merokok tu tunggu ah habis sekolah.Habis baju aku melekat dengan bau rokok yg memang busuk gila tu.

    BalasPadam
  13. Rokok dah mahal skrg ...gua layan vapor je. jimat & X menganggu non smoker. Pm gua utk stok vapor murah. Sgt efektif utk berenti merokok.

    Gua cuma kesian yg jenis bapak merokok dpn anak2 yg masih kecik. Sbb anak akan mudah kena asthma.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Troll n arsehole friend detected..

      Padam
  14. kadang2 iman tak dapat diwarisi...mungkin semasa pembesaran anak2 akan ikut sikap bapa mereka...mungkin apabila meningkat dewasa....mungkin mereka berubah...mungkin .

    BalasPadam
  15. Nak lihat masa depan, lihatlah generasi muda zaman sekarang.
    Kalau generasi muda pun bangang, agak-agak ada masa depan tak?

    BalasPadam
  16. ramai je manusia2 yg xtau atau buat2 xtau memiliki kebangangan abadi. bab membiak adalah suatu yg x dpt ditahan tambah2 pula org yg bangang. yg x besnya, mereka x kisah pun tabiat buruk mereka tu dibuat depan anak2, apa lagi nak berubah. memang takdela. dari situ timbul kebodohan yg diwarisi turun temurun.

    BalasPadam
  17. جنتلاببازهلبيخذغتببع

    BalasPadam
  18. Kejadian manusia mmg begini..baik buruk bercampur2.. lu bagus sangat, mohon la isi borang jadi malaikat ker..nabi ker..atau rasulullah.. paling baguih pun, jadilah angkasawan..naik pigi ISS, ingat..jangan balik2 lagi singgah mukabumi yg dipenuhi manusia yg dicemari pelbagai kehodohan dan kehodohan ini..

    Buat poyo dikata bangang..buat baik dikata bodoh..sampai mati dan kiamat pun tak akan henti cycle begini..

    Apa salahnya layannnn jer hidup ni.. mati kang, layan pulak siksaan kubur.. sudah teruk disiksa..masuk pulak siksaan akhirat..janganlah berangan bagus teringin masuk2 syurga..sorilah..tak ada ayat menjamin boleh masuk syurga.. semuanya menjurus ke neraka jer..

    BalasPadam
  19. Bagaimana dengan ramai lagi ibu bapa diluar sana yang tidak merokok atau tidak pernah merokok, namun anaknya dipengaruhi kawan sekolah yang ingin dilihat cool?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.