Jumaat, 17 Mei 2019

4 Apabila lelaki tak guna diangkat jadi Hero

Lelaki arrogant, playboy, baran, lelaki yang kasar dengan isteri/perempuan, layan isteri/perempuan dengan teruk, yang suka buli isteri/perempuan, patriaki, pukul isteri/perempuan, herdik isteri/perempuan, layan isteri macam orang gaji, kahwin paksa, menyamar, menipu, kahwinkan perempuan baik dengan lelaki tak guna dengan harapan lelaki tu berubah, pasrah/sabar dengan suami/lelaki tak guna, rogol, dan berbagai lagi tipikal dan kebiasaan jalan cerita novel sampah dan drama sampah bukanlah sesuatu yang manis dan patut diangankan.

Semua itu bukan sweet ya tuan-tuan dan puan-puan. Semua itu adalah satu bentuk penindasan terhadap wanita.

Gambar hiasan

Sebab itulah dari awal lagi aku jelik dan muntah dengan drama memaparkan lelaki tak guna ni jadi hero. Sebab sisi pandang aku adalah, lelaki tu adalah penindas. Dan para gadis dan perempuan yang menontonnya mengangkat si penindas ini menjadi hero.

Pernah salah seorang novelis drama ni serang aku kononnya tak tengok iktibar dan mesej yang cuba disampaikan. Alah, kalau setakat buat jalan cerita lelaki tu berubah pada hujungnya atau lepas kahwin jadi baik tu namanya sampah. Sebab awal-awal lagi jalan cerita itu mengsengsarakan isteri/perempuan. Biar sahaja perempuan yang ditindas itu sabar, sabar, sabar, dan menafikan hak perempuan itu untuk dilayan dengan adil dan baik. Lepas itu penyelesaiannya lelaki tu berubah jadi baik. Itu sampah.

Seharusnya kalau betul tak nak novel kau tu jadi sampah, patutnya novel kau tu angkat wanita dengan watak wanita itu melawan penindasan terhadap dirinya. Bangkit dapatkan keadilan melalui undang-undang. Jika dikasari terus dapatkan laporan perubatan dan report polis terus. Ceraikan lelaki tak guna tu. Pastikan lelaki tu terima hukuman setimpal. Bukannya dosa dan kesalahan lelaki tak guna itu terampun dengan "akhirnya dia berubah".

Kepala hotak kau membiarkan wanita yang ditindas itu merelakan dirinya ditindas. Wujudkan watak yang melawan penindasan, bukan yang merelakan penindasan.

Banyak sangat drama dan novel yang jalan ceritanya perempuan dilayan seperti sampah, dilayan seperti perempuan murahan, dilayan seperti mereka tiada perasaan, dilayan seperti kucing kurap. Penyelesaian cerita tu mudah. Akirnya lelaki tu berubah. Lepas tu kononnya lelaki tu insaf. Lepas tu kononnya lelaki itulah paling sweet dalam dunia. Lepas tu lelaki itulah paling hero.

Kanak-kanak belum mumayyiz je yang layan perempuan dengan teruk dengan harapan perempuan tu suka dekat dia.

(Belum mumayyiz - kanak-kanak yang tidak dapat berfikir dengan baik dan masih belum mampu urus makan dan minum sendiri, urus mandi sendiri dan lain-lain lagi)

Realitinya, bila korang sendiri terjumpa situasi atau merasai sendiri situasi penindasan itu, barulah tahu cukup ke tak nafas nak tarik, baru tahu mampusnya nak hadapi lelaki tak guna ni.

Memanglah dari kaca mata kau, lelaki tak guna dalam novel dan drama itu nampak sweet. Sebab itu adalah watak lelaki ciptaan angan-angan wanita, acuannya oleh fantasi wanita. Tidak realis. Tak salah watak lelaki yang dicipta oleh wanita, tetapi biarlah realiti. Ini lelaki sendiri pun menyampah tengok watak lelaki dalam drama dan novel.

Ketahuilah, lelaki tak guna itu bukanlah sweet. Jangan haraplah kononnya lelaki tu berubah lepas kahwin. Realitinya berapa ramai sangatlah yang berubah? Akhirnya mendatangkan kesan buruk dan trauma pada isteri. Lagi teruk, mendatangkan trauma kepada anak-anak. Ya, mungkin kau boleh cerita sedara jiran sepupu sepapat yang berubah lepas kahwin dan segalanya.

Tetapi bagaimana yang tak berubah? Masih menindas wanita hingga akhir hayatnya? Yang kencing muka isteri sebab makanan tak sedap? Pukul isteri atas alasan remeh temeh? Dan bagaimana ratusan laporan akhbar penindasan terhadap wanita?

Kononnya kesabaran kau tu akan menjadikan esok lusa menjadi elok dan tenang?

Andai lelaki tu layan kau macam sampah, herdik kau, layan kau dengan teruk, pukul kau, maki kau, dan lain-lain lagi elemen penindasan (tipikal jalan cerita drama dan novel sampah), thats it. Cukup. Itu dah cukup untuk kau walk away dan dapatkan pengadilan. Jangan biarkan lelaki tak guna ni lepas dan seronok dengan hidup dia dan kebarangkalian besar lelaki tak guna ini akan menyengsarakan hidup wanita lain.

Bukannya tunggu dah patah riuk dan anak-anak menjadi mangsa dan trauma seumur hidup baru melawan. Lawan dari awal. Jangan biarkan lelaki tak guna ni berleluasa.

Jangan angkat langsung lelaki tak guna ini menjadi hero.

Seharusnya drama perempuan atau novel untuk perempuan ini bangkit mengangkat wanita. Jika perempuan ditindas, apa tindakan undang-undang dan keadilan yang harus lakukan. Bukan sabar-sabar-sabar sampai kantoi 4 kali. Terus lawan penindasan.

Kahwin bukan magic yang akan menyelesaikan segalanya. Kahwin bukan magic untuk menjadikan lelaki tak guna itu berubah. Bodoh betul buat jalan cerita kahwin adalah penyelesaian segalanya, dimana lelaki tak guna tu berubah lepas kahwin.

Simplistik sangat bila anak perangai setan, penyelesaian dia kahwinkan dengan perempuan baik, dan dengan ending dia lelaki tu jadi baik. Tu kau dah menindas perempuan namanya bila tahu anak perangai setan kahwinkan dengan perempuan baik, dan akhirnya perempuan tu ditindas.

Jangan angkat langsung lelaki tak guna ini menjadi hero.

Seharusnya dari awal lagi lelaki tak guna (suka menindas wanita) ini tidak diangkat menjadi hero walaupun sekadar fantasi.

Sumber dari FB Muhammad Musoddiq.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.


https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: lelaki tak guna sampah dayus angkat jadi hero wira watak utama novel drama filem melayu sampah

4 ulasan:

  1. lelaki itu dtg tergesa2 kemudian berkata : nAk BiSjUt!

    BalasPadam
  2. Bisjut kepala bapak ko. Lahanat

    BalasPadam
  3. tapi apasal nak hairan, yang novelisnya pun pompuan, suka berkhayal dengan cerita dongeng, angan tak sudah, yang lelaki tak guna tu pun mesti kerja best best, CEO, Pengarah Syarikat, Pilot, Jutawan, Kerja kat Company Bapak Dia, Mestilah EGo tinggi, Yang pompuan tak de Kerja, Kerja Biasa-biasa very tipikal.
    Yang Penting, tolong sekat drama sampah ni masuk t.v. Senang cerita, ini tak benda sama yang diceritakan, tiap tiap bulan, sampai menyampah tengok t.v.

    BalasPadam
  4. nih org kata cerita Cinderella versi lama baru sampai Tanah Melayu... citer dulu kan heroin duk jadi mangsa n then happy ever after... now cerita sana dah tukar versi heroin melawan n lindungi diri sendiri dah...

    Citer Melayu? "ya datuk seri.. ya tan sri... mcm ne tender kita tu? berjaya ke?"... tukang kebun pun x de... driver sorang... meja lapang... dpt fail kertas 4 5 helai je dlm tu... guna semua jenama apple

    -BB-

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.