Khamis, 16 Mei 2019

0 Remaja bunuh diri disebabkan undian Instagram?

1. Dua hari yang lepas dilaporkan dalam berita tentang kes seorang remaja perempuan membunuh diri dengan terjun bangunan di Kuching, Sarawak.

2. Dilaporkan juga sebelum mangsa membunuh diri, mangsa telah membuat poll di Instagram dengan catatan 'Really important, help me choose D/L'. 69% rakan Instagram mangsa memilih D. Mangsa turut memuat naik status 'WANNA QUIT F**KING LIFE I’ M TIRED' dalam Facebooknya, serta menulis status WeChat yang mengucapkan sayang kepada kawan-kawannya, yang ditulis dalam bahasa Cina.

3. Polis melaporkan bahawa remaja tersebut dipercayai tertekan selepas bapa tirinya berkahwin dengan wanita Vietnam di Singapura dan jarang pulang ke rumah mereka.

4. Aku sebenarnya tak nak ulas isu ni memandangkan ia agak sensitif, malah akhbar pun tak melaporkan siapa mangsa tersebut. Namun bila sebuah akhbar mendedahkan identiti mangsa, dan ramai pula yang nak acah-acah jadi hero, aku terpaksa juga menulis sesuatu.


5. Ada ramai orang mengecam orang yang mengundi D dan menuduh mereka sebagai pembunuh, malah mahu semua yang mengundi D itu ditangkap atas alasan membunuh.

6. Pertama sekali, apa mangsa tulis di undian Instagram adalah 'help me choose D/L'. Dia bukan tulis Die/Live. Jadi D dan L itu orang boleh assume apa-apa. Boleh jadi Dark/Light, Dahaga/Lapar atau D tu mewakili nama mangsa sendiri iaitu Davia, manakala L itu mungkin nama orang lain. Lagipun huruf D di tulis dengan warna hijau manakala L warna merah, jadi orang cenderung untuk pilih warna hijau sebagai suatu yang positif dan selamat.

7. Mangsa bukan public figure macam Alif Aziz atau PU Abu, jadi follower Instagram mangsa mungkin kawan-kawan sekolah, kenalan terdekat dan juga orang-orang yang sebaya dan segenerasi dengannya, iaitu orang yang di usia remaja 15 - 18 tahun yang simple minded, masih belum matang dan belum berfikiran luas. Jadi aku yakin 69% orang yang undi D tu tak tahu pun apa D yang dimaksudkan oleh mangsa.

8. Lagipun hantaran yang dia kata dah letih dengan kehidupan tu ditulis di Facebook, dan ucap sayang pula di WeChat, tapi buat undian di Instagram. Benda tu sangat disconnected. Mungkin tak semua follower Instagramnya adalah kawannya di FB dan WeChat juga. Malah kalau kawan pun mungkin mereka tak perasan pun status tu dan tak syak apa-apa. Dalam post Instagram mangsa yang sebelum itu pun tiada menunjukkan sebarang tanda depresi. Bila kejadian dah berlaku baru lah polis buat cross check.

9. Jadi kau orang nak tuduh voters yang undi D tu pembunuh siap nak suruh heret ke muka pengadilan tu memang tak masuk akal lah. Difahamkan mangsa ada kemurungan, depression, tapi siapa je yang tahu? Keluarga dia tahu? Cikgu dia tahu? Kawan-kawan terdekat dia tahu? Ini tiba-tiba nak blame strangers yang tak tahu apa-apa sangat pun, cuma sekadar undi di Instagram sahaja. Mungkin pengundi tu tak kenal pun siapa mangsa, cuma sekadar followers biasa sahaja.

10. Kemurungan yang dialami mangsa pun bukan tiba-tiba muncul disebabkan undian tu. Depression bukan suatu yang tiba-tiba terjadi tanpa sebab, sebaliknya ia mesti ada punca yang biasanya disebabkan oleh suatu masalah yang besar yang dah lama dan sangat sukar untuk diharungi. Undian itu muncul pun disebabkan mangsa dah ada depression yang sangat teruk, bukan sebaliknya. Mangsa pasti dah lama buat pertimbangan untuk bunuh diri sebelum undian tu lagi pun.

11. Ada orang boleh depress disebabkan banyak berhutang, frust bercinta, kena tinggal suami, isteri curang, anak masuk penjara, ibu meninggal, sering kena buli, tertekan dengan pelajaran, kena dera fizikal dan mental, selalu kena kecam, ibu bapa meletak harapan terlalu tinggi, jiwa rasa kosong dan sebagainya.

12. Apabila orang yang menghadapi masalah ini tidak dapat mencari jalan keluar kepada masalah-masalahnya atau mungkin terlalu sukar untuk menerima hakikat pada apa yang berlaku terhadap sendiri atau orang yang disayanginya, mereka jadi tertekan, sedih, marah, dendam, kecewa, keliru, buntu, tidak bermaya, putus asa, hopeless, hingga sampai ke tahap mereka fikir takde point aku hidup dan wujud kat dunia ini lagi. Itu yang akhirnya ada yang akhirnya berani buat keputusan untuk tamatkan nyawa sendiri.

13. Bekas penyanyi Linkin Park, Chester Bennington membunuh diri pada tahun 2017 atas sebab depresi. Antara punca kemurungannya adalah keretakan rumahtangga ibu bapanya, pernah kena buli dengan teruk di sekolah dan mengalami penderaan seksual ketika kecil. Jadi dia mula berjinak-jinak dengan muzik untuk mengatasi masalahnya. Disebabkan itu juga dia mengambil alkohol dan dadah untuk bergelut dengan tekanannya hingga mengalami ketagihan teruk.

14. Dia mungkin sudah popular dan kaya, tapi semua itu masih tidak boleh membuatkannya dirinya lupa dan move on dari titik hitam itu. Disebabkan itu dalam album Linkin Park terakhir sebelum dia membunuh diri, banyak lagu-lagu yang berkisarkan tentang perjuangan dan pergelutan Chester melawan depresinya. Bukan sekadar lirik lagu, malah direction dan gubahan lagu juga turut berubah dari muzik berentak keras, ke muzik yang berentak lebih perlahan, balada dan elektronik.

15. Lagu-lagu itu adalah suara Chester yang mahu menyampaikan mesejnya, yang mahu meminta tolong dan sokongan. Tapi peminat Linkin Park tidak suka dengan perubahan itu. Mereka mahu muzik keras Linkin Park yang asal, bukan muzik generik pop macam penyanyi dan band lain. Jadi mereka tak perasan rintihan Chester itu lalu terus mengkritik, mengutuk serta mengecam album terbaru Linkin Park itu.

16. Aku tidak tahu adakah kritikan dan cemuhan dari peminat itu menjadi salah satu penyumbang kepada keputusan Chester untuk membunuh diri, tapi bila benda dah berlaku, barulah peminat rasa menyesal, dengar balik lagu-lagu barunya dan terjumpa suara dan jeritan hati Chester, namun semuanya dah tak berguna.

17. Tapi walaupun kritikan peminat itu ada menjadi antara punca Chester membunuh diri pun, namun tidak wajar untuk menyalah dan menghukum terus peminat-peminatnya dan menuduh mereka pembunuh. Semua orang pun manusia biasa, kita tak boleh baca fikiran dan isi hati orang lain. Mereka pun cuma mengkritik atas citarasa mereka pada muzik. Aku tidak tahulah kalau ahli kumpulan Linkin Park yang lain, kawan-kawan terdekat dan keluarga dia sedar dan tahu tentang pergelutan dia untuk melawan raksasa hitam dalam dirinya, tapi sedangkan orang terdekat dia pun tak mampu menghalang, apatah lagi peminat yang tidak dikenali?

18. Jadi untuk kes Davia Emilia, remaja perempuan berusia 16 tahun yang membunuh diri itu, kalau ada orang yang kau orang nak salahkan sangat, salahkan keluarganya. Polis pun dah nyatakan yang remaja tersebut tertekan selepas bapa tirinya berkahwin dengan wanita Vietnam di Singapura dan jarang pulang ke rumah mereka. Aku pun tidak tahu kenapa bapa tiri, ke mana ibu bapa sebenarnya, yang aku dapat simpulkan dia datang dari broken family. Jadi salahkan ibu/bapa atau penjaganya, bukan undian Instagram.

19. Cuma akhirnya, benda dah jadi. Nak salahkan sesiapa pun dah terlambat. Apa pengajaran yang kita boleh ambil, adalah sentiasa prihatin dan peka jika ada orang-orang terdekat dan orang yang kita sayang menunjukkan simptom-simptom kemurungan. Kalau ada, cuba dengar, bagi sokongan moral, bantu sedaya upaya, bawa ke klinik/hospital untuk berjumpa pakar. Tunjukkan yang masih ada orang peduli dan masih sedar tentang kewujudan dirinya. Menyalahkan orang yang mengalami kemurungan tidak akan mengubah apa-apa dan tidak akan membuatkan masalahnya selesai pun, malah mungkin hanya akan membuatkan dia mengambil keputusan untuk tamatkan riwayatnya sendiri.

20. Semua orang berisiko untuk mengalami depresi. Orang miskin, kaya, tua, muda, orang biasa, public figure, bila mengalami masalah besar, mempunyai titik hitam dalam hidup, tambah pula dihimpit dan kecaman dari orang sekeliling dan masyarakat, boleh membuatkan seseorang itu kemurungan sehingga mempersoalkan kewujudannya. Jadi buatlah baik pada semua orang, be kind dan ambil peduli pada orang lain.

Tambahan:

So aku cuba post poll ni kat Instagram. Tanpa sebarang konteks dan penerangan, dari 60++ voters, 68% pilih M. Tiada seorang pun bertanya apa maksud M dan H, dan followers IG aku rata-rata remaja dan young adult. Mungkin ada yang tahu pasal isu suicide tu, mungkin ada yang tak tahu.


Kalau lepas ni aku bunuh diri, mungkin orang akan salahkan 68% orang yang undi M (Mati), hanya 32% orang yang undi H (Hidup).

Tapi orang yang undi tu tak tahu pun apa perkataan sebenar M dan H yang dimaksudkan oleh pembuat poll. Kalau orang tak bertanya, mereka boleh tafsir macam-macam. Merah/Hijau, Milo/Horlick, Mira Filzah/Heliza dan sebagainya.

Kesimpulannya, jangan salahkan orang lain atas andaian kita sendiri dan pada sesuatu yang tidak jelas. Rata-rata pengguna media sosial terutama IG ni pun biasanya cuma scroll, swipe, klik, tekan, scroll, swipe, klik, tekan, komen dan seterusnya.

Melainkan kalau seseorang itu memilih reaction yang tidak kena langsung pada status di FB seperti kisah sedih tapi dia pilih reaction ketawa, atau seseorang itu meninggalkan komen yang bebaur ancaman, ugutan, hasutan, bulian dan sebagainya, barulah boleh dikecam dan diambil tindakan.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.


https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: davia emilia remaja sarawak kuching bunuh diri suicide terjun bangunan depresi depression tekanan kemurungan undian instagram vote pembunuh


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.