Hari ini terasa hendak berbuka puasa di restoran melayu. Seawal 6 petang selepas baru pulang dari pejabat aku dah pergi ke kedainya untuk reserved meja dan order makanan. Masa tu memang takde orang dan meja pun masih banyak yang available. Setelah selesai aku balik rumah sekejap untuk mandi dan bersiap2. Kemudian jam 7 petang aku keluar dari rumah dan tiba di restoran jam 7.15 petang.







