Khamis, 17 Julai 2014

22 Aktiviti kemanusiaan jarang dipandang masyarakat

Siswazah berusia 24 tahun dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Mastura Mohd Rashid menerima Anugerah Kemanusiaan Muhammad Ali daripada Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur atas usaha beliau memberi makan dan membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Mastura Mohd Rashid (kanan) bersama Penolong Pengurus Projek Nasi Lemak, Nurul Najihah.
Pada 2012, beliau menubuhkan Projek Nasi Lemak, dapur jalanan ​​yang mengedarkan makanan kepada golongan gelandangan di Brickfields, Ampang dan kawasan Chow Kit pada hari Jumaat.

"Saya tidak pernah tahu tentang anugerah ini sehinggalah pencalonan saya pada bulan April tahun ini," Mastura memberitahu The Malaysian Insider.

Beliau menambah di samping gembira, beliau juga tidak pernah menjangkakan akan memenangi anugerah itu.

"Saya rasa ia kerana Projek Nasi Lemak yang tidak terikat dengan mana-mana pihak  dan inisiatif yang dilakukan oleh golongan belia," tambah Mastura.

Projek Nasi Lemak ditubuhkan pada 2012 oleh Mastura, dengan sukarelawan yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar UIAM. Beliau menerima pembiayaan bagi projek itu selepas memenangi geran bernilai RM10,000 daripada Kedutaan Amerika Syarikat.

Sumber The Malaysian Insider (versi Bahasa Inggeris).

Siapa Mastura ni? Beliau bukan seorang menteri, bukan seorang kakitangan awam, bukan seorang ahlul politik. Beliau tidak sepopular Bobo, Sasya Solero, Raisha Rania dan Kiki, tapi jasa dan pencapaian beliau jauh lebih hebat dan membanggakan, dan beliau hanya seorang siswazah universiti. Dengan hanya geran RM10,000, beliau dapat menubuhkan Projek Nasi Lemak yang memberi makanan kepada golongan gelandangan, dan geran itu pun bukan daripada mana2 agensi kerajaan atau syarikat tempatan tetapi daripada Kedutaan US. Malah usaha beliau diiktiraf oleh pihak dari luar negara sehingga diberikan anugerah kemanusiaan.

Mungkin kerana beliau dan aktivis2 yang terdiri dari anak2 muda ini berasal daripada keluarga yang susah dan tidak mewah, mereka pernah merasa sendiri bagaimana kesusahan yang dilalui oleh orang2 yang susah, maka timbul kesedaran untuk membantu golongan2 yang memerlukan dengan ikhlas dan sukarela tanpa mengharap apa2 balasan.

Berbeza dengan kebanyakan pemimpin dan ahlul politik yang tua2 yang wujud sekarang, kebanyaan lahir dalam keluarga bangsawan, keluarga orang senang, lahir2 saja sudah berduit, mereka tidak pernah merasa apa yang rakyat rasa terutama golongan susah dan miskin. Tu yang sampai boleh bagi idea mengarut2 seperti denda orang yang memberi sedekah kepada pengemis.

Sebab itu bila ada ahlul2 politik ni muncul kat TV kat akhbar jumpa orang susah buat muka sedih menangis2 terutama bila ada isu hangat, oklah baguslah sekurang2nya diorang jenguk dan bantu la jugak orang2 susah ni walaupun berlakon dan hanya untuk publisiti, tapi maaflah, aku tak respek langsung.

Sepatutnya orang2 seperti Mastura dan rakan2 sukarelawan yang patut diketengahkan dan diberi penghargaan. Malangnya, mereka bukanlah orang yang berkepentingan dan apa yang mereka buat tidak dapat menarik minat majoriti rakyat Malaysia. Aktiviti2 kemanusiaan seperti ini memang jarang sekali dipandang oleh masyarakat kita dan mendapat perhatian media.

Ya, tak dinafikan majoriti masyarakat kita lebih berminat hal2 yang memburuk dan menghukum orang lain seperti kes Kiki Steering Lock sampai bersepah2 orang buat troll, fanpage, stalk kereta dan rumah dia dan terus menerus mengutuk dan menghina wanita tersebut walaupun dia dah minta maaf kepada Uncle Sim.

Serius, kalau anda prihatin dan mahu mengubah sesuatu, sharekan berita ini kepada seramai yang mungkin sampai pihak berkuasa dan media2 arus perdana tahu pasal aktivis2 kemanusiaan ini seterusnya menjemput mereka ke konti radio, rancangan wawancara di TV dan diberikan penghargaan yang sewajarnya.




tags: mastura the nasi lemak project projek gelandangan derma sedekah dapur jalanan soup kitchen pengemis

22 ulasan:

  1. ahlul politik = bahlul politik

    BalasPadam
  2. mana kau dapat berita ni noob? apepun, cik mastura ni sgt mulia pekerjaan beliau. respect.

    BalasPadam
  3. org macam ni la patut dipuji dan digalakkan lagi usaha beliau. Bantu beliau untuk bantu org lain. Daripada bobo dgn solero tu apa pun takda..sumbangkan kebiulan de la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inilah perangai kebod warrior meleis, asyik nk buruk sangka ke org lain spanjng masa. Ntah2x bobo dn solero tu ada juga terlibat dlm aktiviti kemanusiaan dn telahpn mnyumbangkn wang atau makanan utk membntu golongan fakir, tp diorang xde hebohkn kebaikan yg diroang buat? Mana kita tahu? Lgpun, kalau kita nk buat baik, x perlu nk heboh2kn ke pengetahuan umum. Islam x ajar kita mnjaja stiap kebaikan yg kita dh buat, tp lainlah bg kes adik Mastura ni, dia sendiri tidak menyangka namanya akan dicalon utk menerima anugerah. Memang ramai org perlu mencontohi pelajar mcm tu, termasuk kita semua. Jgn suka brsangka buruk dgn org lain, terutamanya mereka yg kita x kenal.

      Tangan kanan memberi tnpa tangan kiri mengetahui..pernah dengar pepatah tu? Mungkin mereka yg awk kutuk tu lebih bnyk membntu msyarakat berbanding awk dn saya, wallahualam.

      Padam
    2. Sorry la.aku kalau nak debat..biar benda nmpk. Kalau setakat mungkin..mungkin..mungkin..semuanya mungkin. Kau nak ckp mungkin2..mungkin aku mmg bntu masyarakt pun lebih dari kau dan lebih dari bobo pujaan kau. Mungkin aku bnyak kali muncul dlm majalah dan dikenali org ramai. Mungkin aku mmg jauh lagi hebat dari kau. See? Kalau kau nak ckp mungkin..dengan perkataan mungkin sebagai point kau utk luah kata2 menghengtam aku seumpama kau peminat nombor 1 bobo dan tanpa ada point atau bukti apa yg jelas kau boleh tunding ke arah aku, dan secara kaedah menyangka aku ni mmg low dari kau dan mereka..what a loser. Dan dituduh keyboard warrior disebabkan mengatakan bobo tu tak beri manfaat apa kepada masyarakat dan anak muda..agak lari dari istilah keyboard warrior tu sendiri. I see what i see..and i said from what i see. Next time kalau nak hentam seseorang..jgn guna perkataan mungkin.malah kau trus anggap mungkin kau tu fakta. Such a loser..kau create point yg tak wujud utk kau berbahas. So kalau aku amik hati dgn apa yg kau ckp..umpama aku terasa bila anjing menyalak. So aku tak amik hati..cuma nak tunjuk how plain stupid you are.

      Padam
    3. Hurmm..bahasa keyboard warrior meleis tulen, emo, kasar, kesat, biadap, pantang ditegur.. sungguh kasihan. Kena tegur sedikit saja, terus lawan balik dgn kesat, selain gagal utk mengambil iktibar dari sebuah komen yg mempunyai point jelas. Sorry dear, from your lack of courtesy in speech, it clearly shows that you are the loser one here, a pitiful one. I hope you will eventually learn how to use proper language as you grow older. Salam :)

      Padam
    4. aku sokong gak point anon 4:31 tu.. kita lihat dan simpulkan sesuatu mengikut sesuatu yang jelas dan nyata. hakikat yang kita nampak dekat bobo dengan syasya memang tak ada yang boleh dicontohi dan dibanggakan.

      Padam
  4. Apa yg noob cuma bgtau kat kita ialah kita sepatutnya share benda2 kebajikan yg dilakukan oleh rakyat marhen n belia2 yg membanggakan..tp kita sibuk mencari kesalahan org lain + provoke habis2 + buat video/lagu berkaitan. Sbgi contoh, kes Kiki ni maybe agak panas, tp sikap kita yg suka meng'share'kn benda ni di media sosial n mendapat 'leseln halal' mengutuk kaw2, maybe sbnrnya kita pun sama teruk mcm kiki.

    Tp mungkin naruli manusia lebih suka dgr benda gossip/negatif/aib org lain berbanding benda kebajikan (sbb nmpk poyo)...so jdlah masyarakat yg hanya prihatin utk kepentingan sendiri n berfikiran 100% negatif utk sesuatu isu panas. Satu sikap yg payah nak kita buat ialah sentiasa bersangka baik walau seburuk mana seseorang sekalipun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi kan.. yang case bini matyo, pakcik guard juga yang femes tau.. hehehe

      Padam
  5. Fuh..jarang ada siswazah kita yg cmni. Mcm ni la kita nak. Bijak dan prihatin. Bagus2..100 markah

    BalasPadam
  6. noob, lepas banyak teknologi ni, masyarakat kita makin sakit dan overreact dengan benda2 berkaitan troll, budaya bodoh dan sebagainya..
    kesian masyarakat malaysia kita ni..

    BalasPadam
  7. pasal kiki tu, sudah2 la orang2 sebar/buat parody sumer.. delete la sumer tu.. die pn dh mntak maaf cepat2.. aku pn tak hairan yg org ni mmg boleh naik hantu kdg2 sbb kter ni hanya insan yg lemah. tp ok la kalo dia dh mntak maaf. uncle tu pn dh maafkan. kter ni yg takde kaitan pn dgn kes tu xyah sibuk2 heboh satu dunia.

    lepas ni mmg kena sntiasa beringat supaya jgn senang naik hantu sbb zaman dh canggih, kter buat apa skit orang dh start rakam kt henset. erkkkkk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. naik hantu tang mulut tu memang tak pelik la.. memang sumpah seranah orang lain memang manusia ni berpisah tiada. tapi bab tang dengan tangan2nya sekali naik hantu tu yang luar biasa.

      Padam
  8. bgos2.. Ad gak siswazah yg b'fikiran positif dan matang mcam nie tanpa mengejar publisiti..tau2 je dpt geran kedutaan US.. Dia pun x expect dia jd popular..dia hanye sukarelawan..Teringin nak jd mcam dia...xlah popular sbab bnda m'garut mcam bobo,syasya..

    BalasPadam
  9. bgos2.. Ad gak siswazah yg b'fikiran positif dan matang mcam nie tanpa mengejar publisiti..tau2 je dpt geran kedutaan US.. Dia pun x expect dia jd popular..dia hanye sukarelawan..Teringin nak jd mcam dia...xlah popular sbab bnda m'garut mcam bobo,syasya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana kau tahu bobo buat benda mengarut? Mungkin dia lagi mulia dari kau. Ntah2 kau langsung tak sumbang apa2. Jgn buruk sangka pada org yg kita tak kenal.

      Padam
    2. 11:27, alahai sensitifnye die, nampak sangat terasa, walaupun dikatanya dlm komen 11:11 tadi die tak ambil hati, alahai..kesian pulak, hiks :)

      Padam
  10. Salam. Noob, aku nak request entry pasal gaza. Aku nak lebih faham pasal roket hamas dan serang balas yg dibuat oleh turki dan syria ke atas israel. Lepas tu pemimpin hamas cakap bntuan senjata mereka tu dari negara2 islam lain dan dari Allah. Mohon juga pencerahan sikit pasal ISIL. Betul ke mereka amalkan sistem khalifah mcm zaman dulu. Tolong ye noob..hamba hendak belajar dan minat isu tersebut

    BalasPadam
    Balasan
    1. yea setuju ngn ko..

      Padam
    2. hal2 dunia ni susah sikit nak tulis sebab perlu research yang lebih mendalam. media2 luar negara yang melaporkan pasal isu gaza, hamas dan isil ni pun kebanyakannya berat sebelah dan banyak percanggahan maklumat. kena cari orang yang lebih tahu dan arif pasal isu2 seperti ini

      Padam
    3. Kelakar la pembaca2x blog awk ni PoN, diorang ni malas nk study dn buat research sndri, dimintanya awk utk buatkan pula, hahaha..alahai

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.