Khamis, 10 Julai 2014

52 Orang gelandangan bukan baru muncul dari langit

Orang politik, oh orang politik. Bila dah jadi isu hangat baru sibuk ambil kesempatan nak turun padang berjumpa dengan orang2 gelandangan dan pengemis kota. Orang2 miskin yang terpaksa mengemis dan gelandangan ni bukannya susah sangat nak jumpa pun, pergi je kat tengah bandaraya, bawah jambatan, kaki lima, jejantas, pasar2. Kalau betul2 prihatin boleh je jenguk bila2, tak perlu tunggu sampai ia jadi isu besar barulah masing2 nak tunjuk betapa prihatinnya mereka.


Masa inilah sibuk nak datang melawat gelandangan bagi sumbangan siap nak sediakan peguam bagai kalau diorang kena tahan. Selama ni korang pergi mana? Time sekarang lah baru nak tunjuk keprihatinan korang?



Masa ini lah nak lepak makan dengan warga gelandangan siap menangis bagai. Secara tiba2 juga barulah nak sumbang RM20,000 kepada Soup Kitchen. Golongan gelandangan ni bukan tiba2 baru muncul dari langit.



Dan secara tiba2 juga time ni la sibuk2 nak tengok sendiri betapa daifnya kehidupan golongan gelandangan kat ibu kota. Baru tau betapa kesiannya diorang kan? Baru sedar betapa sedihnya kehidupan diorang kan? Tapi kalau ye pun nak tengok, tak payahlah angkut ramai2, lepas tu pergi pulak time diorang tengah tidur. Nampak pelik ke tengok diorang tidur atas lantai kat tepi jalan? Kalau aku jadi gelandangan tu, mesti aku rasa "Ni apahal ramai2 datang tengok aku tengah tidur ni?" Pergi la melawat waktu siang, time diorang perlukan makanan, bukan time diorang perlukan tidur.







Berbanding ahli politik yang buat kerja bermusim hanya kerana imej dan publisiti, serta pegawai2 pusat2 kebajikan dan zakat yang hanya lebih gemar duduk di pejabat menunggu orang miskin datang untuk mengisi borang meminta bantuan berbanding turun sendiri ke padang, aku lebih respek para aktivis dan NGO yang turun sendiri dan gerakkan tulang empat kerat untuk membantu dan memberi mereka makan dengan sukarela dan ikhlas tanpa mengharapkan balasan dan tidak mengejar nama.

Sumber

Apa2 pun, dari sudut positifnya, aku nak berterima kasih kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kerana mahu mengambil tindakan terhadap pengemis serta mendenda pemberi sedekah, kerana kalau bukan kerana dia, takdenya Nurul Izzah dan Teresa Kok nak muncul bagi bantuan, takdenya Lim Guan Eng nak menangis, takdenya Najib Razak nak tengok orang gelandangan tengah tidur di jalanan.




tags: teresa kok nurul izzah lim guan eng menangis melawat lawat gelandangan miskin susah pengemis bagi duit sumbangan derma najib razak jenguk turun padang kaunter pandu lalu bayar tuntut zakat

52 ulasan:

  1. Politik2..suka MENCAPAP (cari publisiti). Kalau xde isu, xkan nak tunjuk muka keluar TV/Internet. Pas sebulan dua dah basi topik ni..bantuan sebelum ni lah yg pertama n terakhir.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.. time isu ni tgh hangat je diorang akan pakai 'topeng' masing2 utk turun padang. Lepas dah reda isu ni..tak ada siapa kisah. Kalau tertanya kenapa bangsa kita makin hancur, tgk sendiri pemimpin2 yang haramjadah ni. Dia pemimpin, dia jalan depan sekali..dia terjun sungai..kita semua ikut jatuh dalam sungai.

      Padam
  2. Punya la berlakon. Macam sial. Dah muncul kat media..baru berlakon turun padang tunjuk prihatin. NGO tiap2 hari bagi makanan..tak perlu masuk media. Ahli politik baru turun padang sekali, bergambar dan berdrama segala bagai. Siap menangis2..mmg tahap lakonan org politik ni tinggi2. Pehal kau nak nangis sekarang? sbelum ni kau tak pernah nmpak org hidup merempat macam tu ke? apahal kau baru nak bagi duit utk diorang makan? sebab baru sekarang diorang tak dapat makan ke? apa hal kau pergi melawat time malam diorang tgh tido tepi jalan? sebelum ni diorang tido dekat rumah mewah2 macam korang ke?

    Laknatlah pemimpin2 yang kita amanahkan dan diberi kuasa tetapi mereka mengutamakan kekayaan keturunannya terlebih dahulu. Tengok sendiri, tak ada beza antara pemimpin parti manapun. semuanya berlakon. Aku jadi loya tgk drama2 macam ni. Dah lama aku hilang harapan nak percaya kat diorang semua. Mereka semua hanya sekumpulan perompak2 yang terus menindas kita, ambil duit kita dan masuk poket diorang. Sedangkan Lembaga Zakat sendiri pun entah ke mana hala tuju. Kalau duit zakat yang aku byr tiap2 tahun tu masuk poket perompak2 ni, aku haramkan walau sebesar sebutir beras.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy sbnrnya dah nmpk politik malaysia ni...dah start belajar sejak PRU12...last2 sy nmpk corak kepimpinan 2x5 je..just berbeza prinsip perjuangan masing2. Tp jgn salahkn 100% kpd mereka sbb one day kita jd org politik pun akan buat style yg sama gak. Mmg politik barat acuan dia mcm 2...bukannya sistem khalifah yg dipilih ahli ulama. pemimpin dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi..kalau x betul rakyat x betul la pemimpin yg memerintah.

      Cerita politik malaysia smpi bila x habis. Tp skrg kuasa rakyat sgt besar berbanding dulu..so luahkan suara anda melalui media yg ada skrg n politician kita xkan buat perkara sewenang2 sbb dunia skrg bergerak pantas, 1 berita keluar s smpi sejam 1 malaysia tau melalui FB, watsapp, blog. Tunjukkan kuasa anda lg besar dr mereka n pastikan org politik ialah org suruhan kita, bukan sebaliknya.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. kadang2 kita jer yg buta mata tak reti nak bezakan berlakon atau sungguh2 nak bantu.. kalau tengok sikit2 nak nangis, nk tunjuk muka sengih2, semua tu mmg permainan geng2 PR.. tiada kesungguhan nk mmbantu.. cuma nk menangguk di airkeroh sahaja... berbeza dgn perdana menteri kita... dan barisan kepimpinan di bawah beliau.. mereka bersungguh2 nk membantu.. cuma bila mata sudah dibutakan, yang berlakon dikatakan ikhlas, yang ikhlas dikatakan berlakon.. amat menyedihkan..

      Padam
  3. susah nak cakap.. bila tak turun padang katanya tak perihatin.. bila dah jadi isu hangat, tetiba turun padang, katanya berlakon. this is better than nothing. bersyukurla..

    kalau rasa ni semua permainan politik, apa kata awak2 ikutkan je rentak ahli politik ni. contoh ko nampak makcik kematian suami duduk satu kampung dengan ko tapi hidup daif, apakata ramai2 pakat2 sebarkan hebohkan gegarkan 1 malaysia tentang keadaan dia.. InsyaAllah ahli politik yang korang cakap yang hanya berlakon ni sekurang2nya akan turun padang beri bantuan.. Niat dorang tak perlulah kita pertikaikan sama ada ikhlas atau tak, tapi at least nasib makcik/family ni terbela.

    betul kita dah lantik seseorang tu sebagai wakil rakyat, takkan la tiap benda pun rakyat yang nak kena tegur, rakyat yang nak kena hebohkan.. barula wakil2 ni nak buat kerja, macam makan gaji buta je.. tapi itu la antara kerja/tanggungjawap seorang wakil rakyat dimana anda mengadu, mereka mendengar dan mereka membantu. kita sebagai rakyat biasa? jadilah rakyat yang perihatin terhadap jiran tetangga masyarakat dengan membantu menyalurkan aduan bagi pihak yang kurang bernasib baik ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus jugak idea 2...hebohkan je segala isu tempatan yg ada melalui media yg ada skrg..sure pemimpin x kira BN atau PR akan tolong even x pasti niat sebenar mereka, janji ada 'keuntungan' rakyat kat situ drpd xde pape. Pastikan kita buat pemimpin buat kerje mereka bantu rakyat..bukan biar mereka berdebat politik pasal perjuangan politik masing2, tp kawasan sendiri buat bodoh je melainkan dekat PRK/PRU.

      Padam
  4. hahahaa.... kbtulan time tu byk plak org bwk kamera.....

    BalasPadam
  5. Terima Kasih BN....

    BalasPadam
  6. Maybe xperlu kot pertikaikn asal org 2 dpt perlindungan sikit pun jd la. Xksah la brlakon ke x... itu dia dgn tuhan nnty...

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku highlight benda2 macam ni supaya orang nampak orang2 politik ni macam mana supaya korang takdela jadi macai dan taksub sangat kat diorang

      Padam
    2. betul tu.. berentilah jadi macai..
      Mari kita jadi pengundi sahaja.. undi calon, bukan parti...

      Padam
    3. dlm isu ni xde sape perlu jadi macai.. ini isu org susah.. kita sama2 pakat usaha bantu mereka.. kumpulkan nama2 mereka dan berikan pada pihak yang mampu melancarkan proses dpt bantuan.. xperlu beri pd mereka yg hanya nk cari publisiti jer..

      Padam
  7. hakhaha.. Ap la kacau org tdo tgah mlam.. Kalau nak sgt tnjuk yg kau tu prihatin dtglah siang.. Itu pn xleh fkir ke? Hmm,pelik2..
    Time tu lah kau nak trun pdang, nak jenguk2 gelandangan,kononnya kau amik brat la sgat.. Tolong laa, semak je ak tgok.. Nak bwak pguam bgai.. Alasan tkut kne tahan.. Come on man, ap nie? Hipokrit,ak xsuke laa..

    BalasPadam
  8. hakhaha.. Ap la kacau org tdo tgah mlam.. Kalau nak sgt tnjuk yg kau tu prihatin dtglah siang.. Itu pn xleh fkir ke? Hmm,pelik2..
    Time tu lah kau nak trun pdang, nak jenguk2 gelandangan,kononnya kau amik brat la sgat.. Tolong laa, semak je ak tgok.. Nak bwak pguam bgai.. Alasan tkut kne tahan.. Come on man, ap nie? Hipokrit,ak xsuke laa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. klau nk pikir ko punya suka, smp bila2 pun tak boleh nk lawat gelandangan ni... ko tahu mana diorng pergi malam sahaja, siang diorang lepak cafe? siang pun ada.. cuma dah kameraman datang mlm, gambar wktu mlm je la yg ko nampak.. ko sendiri tka pernah nk pergi pun kan.. sbb tu ko teringin nk tgk gmbr wktu siang..

      Padam
  9. kadang tu aktivis lagi byk membantu kan ... hmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. aktivis mmg ada berjasa. tp sampai bila? sbb tu jalan tbaik minta aktivis ni kumpulkan semua nama2 gelandangan dan berikan pada cawangan umno terdekat.. nanti diorang akan berikan pada pihak yang sepatutnya.. kita mahu perkara ini berjalan lancar.. bukan nak cari glamer macam sesetengah pihak tu sampai menangis bagai..

      Padam
  10. Mana perginya kutipan zakat yang berjuta juta kutip tiap2 tahun tuh..aku geram betul kat pusat zakat ni..lebih baik tutup daripada tak berfungsi..buang duit je bayar gaji mereka ni. Bagi mereka pekerja pusat zakat ni merasa susah,takde kerja..hidup melarat..merempat..tidur kat kaki lima..bagi mereka sedar,amanah yang diberi tu sampaikan pada mereka yang berhak..mereka yang memerlukan..apa kata najib pasal isu ni??? apa fungsi pusat zakat..najib tolong jawab..pleaseeeeeeeeeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. jgn tlampau bgantung dgn pusat zakat. diorg byk kerja lain. kita yg patut pergi tny gelandangan ni spy diorg pergi buat aduan pusat zakat. tp biasanya pergi sorang2 mmg masaklah pusat zakt nak percaya..jalan yg lebih baik, pergi secara berkumpulan.. cuba contact pusat umno terdekat.. adukan pada mereka.. beri mereka senarai nama.. nanti mereka akan ajukan pada pusat zakat.. baru lancar prosesnya..

      Padam
    2. Bukan bergantung kapada pusat zakat,tapi pusat zakat kena memainkan peranan.Ape fungsi asas ditubuhkan pusat zakat"Buat kutipan dan salurkan pada yang memerlukan" Kita tau mereka yang memerlukan ni susah, jadi pusat zakat la yang kena datang pada mereka,cari mereka dan bantu.Bukan tunggu mereka datang kepada mereka.Kaunter kutipan ade kat mana2..sampai ceruk kampung..tapi pernah nampak kaunter agihan? Ape kerja staf pusat zakat yang banyak sangat tu?? goyang kaki kat opis?

      Padam
    3. kalu nk bckp kena realiti sikit.. kalau setakat nak kutip, bentang meja, tunggu org ikhlas nk datang beri zakat.. takde nya kita nk panggil sorg2.. sbb kita pun tak tahu orang yang lalu lalang tu kaya mana, miskin mana dia... jadi, proses kutip zakat ni cuma tunggu org dtg beri...

      proses nk agih bukan mudah2 bentang meja tunggu org susah dtg kutip zakat.. kepala hotak tak berjalan ke apa... pikir biar cerdik.. mana tau yg dtg tu buat2 muka susah.. 100 org berlakon susah.. orang yg sepatutnya susah, tak dapat jugak kutipan tu... kan ke bangang nak buat bayaran zakat setiap pelusuk kampung..

      sbb tu aku bagi cadangan, dapatkan senarai nama yg betul2 susah... beri pada cawangan umno terdekat.. mereka tahu macam mana nak uruskan.. lagipun mereka amat kenal masyarakat.. kalau ada sesiapa yang menipu ada nama dalam senarai, mereka mudah nak kesan.. itu kelebihan bila kita rapat dengan masyarakat..

      Padam
    4. Hahahaha..ni lagi tak cerdik,sekarang ni zaman IT..maklumat di hujung jari..sepatutnya maklumat tentang mereka yang susah ni mereka dah kumpul awal. Mana pergi geng2 umno yang katenye rapat dengan masyarakat, takkan mereka tak kenal sape yang susah,sape yang senang.Takkan mereka selama ni tak pernah bantu mereka yang susah ni..hehehe.Pikir biar cerdik sikit,tak kan la aku nak cerita satu persatu proses sebelum bagi wang zakat.Memang la kena ada background check,tapi isu sekarang ni..kenapa pusat zakat harapkan mereka yang memerlukan datang kepada mereka,sedangkan mencari mereka yang memerlukan tu adalah tugas pusat zakat.

      Padam
    5. xhabis2 dgn umno.balik2 lapor kat unno.balik2 beritahu umno.kalau semua umno boleh buat apa guna tubuhkan jabatan kebajikan pusat zakat semua tu??? sbb ada komen2 bangang mcm ni la yg buat aku bertambah benci dgn umno. umno celake!!!

      Padam
    6. Hahahaha..macai umno ni mmg bodoh,sikit2 umno..otak kau tu yang dah tak betul,dah x berjalan..karat banyak sangat,pi la cuci kasi minyak bagi licin sikit..yang mana betul dan salah pun dah tak pandai nak bezakan..harapkan umno memang tak kemana la..

      Padam
  11. PR mmg golongan yg paling kuat tumpang sekaki,... kalau boleh, masa UMNO perjuangkan bangsa dari penjajah dulu, diorang pun nak dakwa diorang la yang paling banyak sumbangan.. UMNO nak perjuangkan Islam, diorang lebih2 nak buat hudud la bagai..lepas tu tak terbuat2..dulu bukan main nak berjuang demi agama..bila ada ahli jadi mujahiddin pergi perang, terus lucutkan keahlian... nampak sangat bjuang utk duit semata2..

    BalasPadam
  12. terbaik la...gua setuju 100% dgn lu punya tulisan. Ahli politik dri aliran sosialis je besenye turun padang jenguk dorang ni. Mungkin golongan ni x mengundi so x perlu la perihatin sgt kot. Jadi selepas ni, harap2 xde la bermusim sifat 'ambil berat' ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aliran sosialis pun nak glamer je lebih.. yg buat kerja ni banyak NGO.. tak semestinya bila NGO, mesti kena sosialis... ni salah satu mangsa dakyah geng sosialis.. asal isu kemasyarakatan jer, sosialis.. sblm budak2 mentah sosialis tunjuk bagus, dah ramai orang lain yg dtg menolong.. diorg tak klaim pun diorang sosialis ke, bn ke, pr ke... yg penting org yg nk dibantu tu dapat bantuan.. cukup..

      Padam
  13. Aku pun dapat rasa, aktiviti berkebajikan kpd gelandangan ni bermusim..
    Kalau betul2 nak bantu, bantu dr sekarang smpai bila-bila...

    BalasPadam
  14. Tolong panaskan isu zakat ni..biar mereka panas bontot. Mereka ni banyak main fb kat opis tu yang duit bantuan tak sampai pada yang memerlukan. Aku report kat Dato Najib baru korang tau..hehehe. Harap kalau pm bace komen ni,mintak pusat zakat tubuhkan jabatan yang khas untuk agihkan duit zakat,buka kaunter agihan zakat,buat declare bape banyak duit bantuan yang dah disalurkan setiap tahun..dan kemana duit tu disalurkan..biar PR ternganga,diaorang dah tak boleh main isu ni..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak tulis pada PM pun tulis la elok2..bukan komen ntah hape2 pastu harapkan PM baca.. ngokngek betul la ko ni.. gunalah saluran yg betul. orang2 mcm ni yg selalu buat malu pada parti sebenarnya.. pusat zakat dah ada semua yg ko nk tu.. ko jer tak pernah hadir meeting tahunan diorg..jadi xtau apa report yg diorg keluarkan.. rajin2 baca sikit website...

      Padam
    2. apa bangang kau ni?anon tu tak tulis benda xelok pun kt najib? bangang pulak aku tgk macai umngok kt sini, komen mcm sampah!

      Padam
    3. Macam umngok mmg bongok..bodoh dah tak boleh ajar diajar.

      Padam
  15. APA FUNGSI PUSAT ZAKAT??

    BalasPadam
    Balasan
    1. kenapa masih ada lagi soalan2 bodoh yang mcm ini? pusat zakat tu tempat kumpul duit zakat dan beri semula pada pihak yang berhak.. tapi soal nak dapatkan siapa yang berhak tu, perlu la dia datg sendiri beritahu.. nk harapkn pihak zakat pergi cari, bukan senang sbb diorng bukan ada alamat..

      lagi satu kalau pergi sendiri2, susah nak lancarkan proses.. lebih baik kumpulkan nama, beri pada ahli politik yang bersungguh2 nak bantu, kemudian diorg akan uruskn dgn pihak zakat..baru lancar prosesnya..

      jgn sesekali beri pd pihak yg nak cari publisiti.. nnt diorg yg dpat nama, gelandangan tak dapat apa.. buat penat jer..

      Padam
    2. Hahahaha...jawapan yang bodoh jgk..saya tolong jawabkan.Tak kan la tau kutip je,tak pandai nak agihkan..hehehe.Kalau setakat pandai kutip je,baikla kita bagi direct pada orang2 miskin yang memerlukan.Tak payah ada pusat zakat.Tugas mencari tu pun tugas pusat zakat,tak semestinya orang miskin,rumah2 anak yatim kan banyak,google je da boleh dapat alamat.Walaupun soalan "APA FUNGSI PUSAT ZAKAT" tu simple je,tp makna die mendalam.Kredit pada yang bagi soalan

      Padam
    3. Tugas pusat kutipan zakat adalah mengutip dan mengagihkan kembali kepada 8 golongan asnaf yang berhak. Kalau tunggu orang datang minta baru nak bagi,tu bukan agihkan, tu sedekah..mereka la kene turun padang cari mereka yang memerlukan.

      Padam
    4. Ape la bengap macai umno ni..sikit2 harapkan ahli politik,ni lah yang dikatakan budaya kemalasan,daripada banyak jabatan dan saluran yang ada,ahli politik jgk yang ko sebut..nampak sangat kerendahan level pemikiran ko kat tahap mana..malu la sikit.Soalan anon tu ape fungsi pusat zakat, pusat zakat tu dah ada, cuma tak berfungsi saja.Tu pon ko tak bole nak paham,kompem spm ko fail..hahaha

      Padam
    5. APA FUNGSI AHLI POLITIK?

      Padam
    6. Orang-orang, ahli politik tiada fungsi.. Mereka ibarat parasit sahaja. Merosakkan dan perlu dihapuskan.

      Padam
  16. haha..nice article noob :)

    mesti gelandangan tu macam pelik gila sebab dah lah tgh tidur malam2, tiba2 banyak flash kamera..

    BalasPadam
    Balasan
    1. gelandangan yg kena flash tu gelandangan lakonan semua tu.. lakonan budak2 PR yg sanggup nak tunjuk betapa prihatinnya bos2 mereka.. jangn mudah percaya apa yang kita nampak di media...

      Padam
  17. Ya Allah..kurang pahala pose aku bile baca komen macai umno kat sini. Nak juling mata jadinye. Taksub sngt dah tu. Hmm...kesian.doa la moga kita tak taksub smpi macam tu. Hilang habis waras.

    BalasPadam
  18. Jom bergelandangan n mintak sedekah.. Banyak collection ni..

    Cukup modal kita balik beli tanah kat kampung..

    BalasPadam
  19. Meminta sedekeh bukan jalannya.

    Sedang orang asing datang ke negara dapat bekerja dan mencari rezeki. Mereka gigih dan rajin.

    Berkenaan kartun yang tak tahu nak minta zakat di mana itu, wanita itu boleh pergi sahaja ke masjid mintanya.

    BalasPadam
  20. PM datuk najib membuat lawatan mengejut melawat gelandangan diwaktu malam----> mengejut la sangat dengan cameraman berpuluh ,menteri pun ikut sekali,tidur serumah ke datok najib oooooiiiii

    BalasPadam
  21. pengamalan aku sbg pegawai perubatan di kedah...zakat mmg tak byk membantu....contoh paling dekat adalah pesakit yg memerlukan rawatan dialisis yg kos sebulan dalam 1.5-2k sebulan seumur hidup.org miskin yg tiada backup JPA ,parkeso,insuran mmg akan putus harap,pusat dialisis bawah pusat zakat ada satu dua shj...zakat hanya bagi 300- 600 sbln,bila dah dpt zakat bantuan jkm tak akan dpt...tolonglaahh bos2 zakat ni...org sakit yg tak mampu ni la yg patut bantu...mereka diibaratkan jatuh ditimpa tangga dan dihempap rumah.,...aku yg potong zakat setiap bulan pun dah sakit hati tengok situasi ini...setakat ni zakat penang,zakat perak wajar dipuji sbb tanggung sepenuhnya kos dialisis...negeri lain tak tahu...

    BalasPadam
  22. Malaysia merupakan bumi yang bertuah yang kaya dengan kepelbagaian bio. Kepelbagaian bio merangkumi semua benda hidup serta ekosistem yang merupakan habitat bagi kehidupan ini. Kita semua adalah sebahagian dari jaringan kehidupan yang kompleks ini dan saling bergantung antara satu sama lain. Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara mega biodiversiti di dunia yang kaya dengan kepelbagaian spesis flora dan fauna.Terdapat lebih 15,000 jenis tumbuhan berbunga dijumpai di Malaysia iaitu hampir 10 peratus daripada jenis tumbuhan berbunga yang terdapat di dunia. Malaysia turut memiliki lebih 175,000 spesis haiwan iaitu lebih daripada 15 peratus daripada semua spesis yang hidup di dunia.Terdapat lebih 3,000 spesis orkid iaitu antara bunga yang paling eksotik di negara ini disamping lebih 350 spesis reptilia, 300 spesis mamalia, 1,000 spesis rama-rama, 730 spesis burung. Malaysia juga merupakan habitat kepada bunga terbesar di dunia (bunga Rafflesia), pokok tropika tertinggi (pokok tualang) dan penghuni pokok yang terberat di dunia (orang utan).Ekosistem semulajadi Malaysia adalah antara yang paling mengagumkan di dunia yang terdiri daripada hutan hujan tanah rendah, hutan bakau, hinggalah ke hutan paya, hutan bukit dan gua batu kapur, hutan gunung dan juga padang rumput Alpine yang kesemuanya berada berhampiran dengan garisan Khatulistiwa.Pantai-pantai, terumbu batu karang dan taman-taman lautnya dipenuhi dengan pelbagai hidupan yang berwarna-warni dengan beraneka bentuk dan saiz.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ape kau mengarut ni anon...hahaha..tp mmg btol,aku setuju sangat,Pusat zakat banyak yang tak berfungsi..kick saje bos2 zakat yang x bole buat keje,jadi kudis pada pada pandangan,jadi najis pada rakyat...makan gaji buta,akhirat nti kau jawablah ape yang kau buat kat dunia..kat dunia ni pon kau tunggu je la balasan.Kalau rase tak mampu pikul tanggungjawab,lepaskan saja..bagi pada mereka yang bertanggungjawab.

      Padam
  23. Sepatutnya anak-anak kepada gelandang ni jkm kena amik masuk rumah kebajikan, masih tak amik pengajaran budak homeless yang dibunuh hari tu ka

    BalasPadam
  24. Aku ada cadangan, kita hantar je gelandangan ni pegi gaza suruh tlg lawan israel. Yang wanita dan kanak2 plak kita train diorang jadi sniper untuk askar simpanan akan datang.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.