Isnin, 21 Julai 2014

30 Selfie itu sakit mental, troll itu sakit jiwa

Di zaman Internet moden ini ada 2 trend yang telah dikaitkan dengan masalah mental dan jiwa, satu adalah Selfie yang kebiasaannya dilakukan oleh wanita muda yang mahukan perhatian orang lain, dan satu lagi adalah Troll atau agen pemecah belah masyarakat biasanya dilakukan oleh orang lelaki muda atau dewasa yang tiada kehidupan yang suka melihat orang lain tertekan dan bergaduh sama sendiri.


Apa itu Selfie?

Fenomena aneh di mana jurugambar juga adalah subjek utama foto, sama ada bergaya biasa atau aksi pelik, biasanya dilakukan kerana subjek tidak dapat mencari jurugambar lain yang sesuai untuk mengambil gambar, seperti kawan. Gambar kemudian dimuat naik ke Facebook, Instagram, blog atau lain2 laman web rangkaian sosial untuk dipertontonkan kepada orang lain kebiasannya untuk mendapat perhatian dengan harapan akan mendapat jumlah Like dan Komen yang banyak.

Selfie boleh menyebabkan masalah mental dan kehilangan keyakinan diri

Trend popular ‘selfie’ masih belum surut dan kini, ia dikaitkan pula dengan masalah mental dan kemungkinan kehilangan keyakinan diri.

Selfie yang popular di kalangan generasi muda dikatakan boleh menyebabkan ketagihan selain memberi impak negatif kepada individu tersebut.

Budaya yang mula popular sejak kira-kira setahun lalu ini bukan sahaja mendapat perhatian anak-anak muda, malah golongan dewasa dan artis.

Sebagai contoh di Malaysia, artis popular negara tidak kurang memuat naik gambar selfie mereka ke lama sosial seperti Instagram, Facebook dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, ketagihan selfie ada kesan sampingannya.

Jabatan Kesihatan Mental Thailand memberi peringatan kepada generasi muda yang obses dengan trend popular ‘selfie’ bahawa ia boleh menyebabkan mereka hilang keyakinan selain menyebabkan ketagihan yang boleh membawa kepada impak negatif terhadap kehidupan dan pekerjaan mereka.

Selanjutnya di Astro Awani.


Apa itu Troll? 

Orang yang dengan sengaja membuat provokatif kepada seseorang atau suatu kumpulan di forum, blog, media sosial dan lain2 rangkaian sosial dengan mesej atau tulisan yang kebiasaannya tanpa isi, fakta yang betul dan hujah yang konkrit dengan niat mahu menyebabkan tekanan, kucar kacir, gangguan maksimum dan perdebatan yang tidak berkesudahan hanya untuk hiburan diri sendiri.

Perbuatan 'troll' dikategorikan sakit jiwa

Mereka yang suka melakukan 'troll' atau mengeluarkan kenyataan bernada menyindir dengan tujuan provokasi dan menyebarkan keburukan orang lain menerusi media sosial, merupakan golongan 'sakit jiwa'.

Pakar motivasi Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berkata golongan ini boleh dikenali menerusi empat ciri dengan yang pertama orang yang 'sakit dari segi rohani'.

"Jiwa atau rohani mereka tidak sihat. Orang yang sakit dari segi jiwa memang tidak mempunyai perasaan malu atau rasa bersalah untuk menyebarkan keburukan orang lain walaupun dengan niat berjenaka," katanya kepada Bernama, di sini.

Beliau berkata ciri kedua ialah jahil agama kerana secara jelas agama menghalang mana-mana pihak menyampai atau menghebah keburukan orang lain.

Yang ketiga katanya mungkin dipengaruhi oleh rakan-rakan atau persekitaran.

"Kalau semua geng dia kongsi atau sampaikan keburukan, keaiban dan perkara yang negatif maka dia akan terbawa-bawa sifat itu serta melakukan perbuatan yang sama.

"Yang keempat ialah orang yang sewenang-wenangnya menyampaikan sesuatu perkara tanpa mengetahui kesahihan dan kebenaran keseluruhan cerita itu. Ini akan menjurus kepada perlakuan memfitnah dan mengumpat serta sangat berbahaya," katanya.

Selanjutnya di Astro Awani.

Bagi aku, nak selfie atau nak troll takde masalah, tapi jangan sampai jadi ketagihan dan melampaui batas. Nak selfie boleh tapi jangan sampai setiap hari nak berselfie, pergi mana2 nak berselfie, kat atas katil nak berselfie, mukadimah jimak pun nak selfie, dengan makanan pun nak selfie, kat tandas pun nak berselfie, lepas tu post kat Facebook 5 6 keping selfie di tempat yang sama dengan gaya yang berlainan dengan status2 minta perhatian. Orang lain tengok pun dah macam mental pulak. Tu belum orang lain rembat gambar selfie korang tu untuk buat benda tak elok.

Untuk troll pula, kalau sikit2 untuk berjenaka tu oklah, tapi kalau dah lebih2 sangat sampai setiap hari jugak kau nak troll orang yang sama walau orang tu takde salah pun kat ko, edit gambar2 dia dan buat jenaka yang memalukan, benda2 yang sensitif dan menyedihkan pun nak buat troll, malah kadangkala buat troll yang melampau2 sampai pembaca tak tahu pun yang itu adalah troll dan menganggapnya perkara serius sehingga timbul fitnah, itu dah bukan troll lagi tapi asshole namanya.




tags: selfie sakit masalah mental narcis hilang keyakinan diri narcissistic narcissme narcissism computer internet troll jiwa sarcastic sarkastik realastic meme

30 ulasan:

  1. HªhªhªHªhªhªhªHªhªhªHªhªhª!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. get life dude....

      Padam
    2. asshole detected at 3:13,
      sila buat appointment dengan pakar sakit jiwa di Putrajaya....

      Padam
  2. Penyakit zaman skrg.....terlampau bebas membuat semua perkara dalam dunia maya, sbb diaorg ingat just buat fake akaun boleh troll org n terlampau nak perhatian utk berselfie....tp hakikatnya kita lupa Allah n malaikat tetap memerhatikan kita. Kita sibuk nak perhatian manusia, tp bukan perhatian Allah.

    Kurg2kn la involve dlm media sosial ni...kalau nak pun just getting the right info n learn a new thing, bukan buat perkara sia2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sepatutnya atas tiket bebas tu la kita cuba pakat bersatu.. ini tidak... masing2 memuja-muja tokoh tertentu walaupun tokoh tu langsung takde bukti pun bahawa dia bagus.. sbb xpernah pegang kerajaan..hanya tahu membangkang.. yg tukang sokong pun jadilah org yg kuat berangan-angan seolah2 pemimpin pujaan dia tu hebat sangat...

      sepatutnya ruang bebas tu gunalah untuk bersatu padu.. kita tentng cina2 celaka tu.. kalau boleh dipijak2 jer.. cina bukan ada kat Malaysia jer.. kat negara lain pun belambak. tapi kat negara lain pandai pulak diorang nak hormat orang.. kenapa kat sini diorang nak jadi celaka?

      sebab utama dia adalah kerana kita sendiri pergi sokong diorg.. bodoh punya budak2 tua tak cukup umur..

      Padam
    2. di atas merupakan satu contoh...

      Padam
    3. penulis komen di 3:31,
      sila pergi berjumpa dengan pakar sakit jiwa....

      Padam
  3. sakit mental ke, sakit jiwa ke, itu isu peribadi... masing2 ada sebab la dia buat mcm tu.. kenapa tak cakap penulis blog yg update hari2 tu pun ada sakit yg lebih kronik..

    ini bukan masalah sakit, tp masalah org tak hargai apa yg kerajaan dah beri.. kerajaan beri kebebasan buat apa sahaja di internet, akhirnya budak2 tua tak cukup umur ni melampau2 edit, kutuk2 pemerintah.. memang jijik la diorang ni.. apa best sangat ke buat benda ni..

    bila kes melayu bikin hal sikit, sibuk la nak viral, nak beri hukuman.. kalau cina celaka tu bikin hal, semua buat tutup mata.. itulah penangan PR yang kononnya menang majoriti.. puih taik kucing la menang majoriti.. nasib baik tak menang betul2, menang berangan-angan jer.. kalau x, musnah dah negara ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dafuqqqqqq???? r u serious??? kat sini pun nak cerita psl cina psl politik ke? aku rasa kau yg ada masalah mental... get a life dude!

      Padam
    2. get a life ko kata? inilah life yang ada.. realiti.. bukan hanya lihat sesuatu isu itu dgn skop yg kecil.. kalau ko tengok troll2 yang budak2 tua tak cukup umur tu buat, semua dibuat oleh budak2 politik yg takde pemikiran masa depan...

      90% troll berbentuk politik... 90% selfie berbentuk peribadi.. jadi, yang troll tu kita kena fikir semula... kita nak biarkan je ke budak2 taksub parti tu buat sesuka hati? sedar tak diorang kalau kerajaan dah kontrol internet, baru diorang rasa betapa susahnya nak troll mengejek2 pemimpin..

      sepatutnya internet memudahkan kita berhubung,berbincang, dan bersatu.. bukan buat fitnah guna troll ntah apa2 tu.. pastu masing2 terdorong nak mengutuk pemimpin2.. sedangkan kita tak tahu betapa pemimpin juga sentiasa memikirkan rakyatnya.. bukan memikirkan perebutan jawatan macam PKR kat Selangor.. insaflah sikit

      Padam
    3. Der, kami semua bersepakat..bahawa kau la yang ada masalah mental kat sini. Terang-terang kami semua boleh nmpak. Sebab apa saja yang kau tulis, kami dah jadi malas nak baca..di bulan ramadhan ni pun boleh secelaru itu..aku tak tau nak cakap apa. Muhasabah la diri balik. Baca Al-Quran banyak2,jgn baca buku politik dan anti--cina je

      Padam
    4. hoi macai Babi Negara, ko ingt korg punya pemimpin je org selalu buat troll?? aku pernah tgk org troll gambar Tok Guru Nik Aziz, Anwar Ibrahim & lain2 pemimpin pakatan rakyat lg teruk dibuat oleh macai2 babi negara, ko xnak bising pulak... umno ni mmg celaka, celaka sbb ada macai2 bodoh mcm ko... umno celaka celaka celaka!!

      Padam
    5. Anon 647..ko rilek je.jgn dilayan macai umno racist tu..kite steady je. Dia tu dah mental

      Padam
    6. Rupany kau nk berangan jadi tuhan yg tahu bila negara ni akan musnah

      Padam
    7. ingat tulis pjg-pjg ni ada isi. macai rasis Babi Negara yg menulis rupanya. buang masa betullah

      Padam
  4. tapi kalau troll x de boring plak alam maya ni, trolls ibarat rencah kari babas yg mengmsg kan kari2 di Malaysia. amende aku ngarut ni haha

    Jom Terjah : Buffet Ramadhan Casa Ombak :)


    BalasPadam
  5. Personally I think selfies are okay as long as the uploaders are acting and dressed decently. Some selfies are scary to the point of traumatising others... and unfortunately, what is seen cannot be unseen T__T

    BalasPadam
  6. tanpa amran fans, tengkutom dan lain2 page troll, fb akan hambar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg la status2 page troll tu lawak tp rasa2 dapat pahala ke kita buat mcm tu kt diorg? main2kan gambar diorg, bahan diorg gila2... sapa yg jd admin kt page tu nnti cari la org yg diorg bahan kt padang mahsyar nnti utk minta maaf.

      aku dh lama perati budaya troll ni kdg2 tu melampau2 sampai aku jadi meluat... harap dpt memberi kesedaran kpd warga2 internet yg semakin lama semakin menyimpang dari agama... good article noob!

      Padam
    2. betul tu. kdg2 aku kesian gk dgn amran, kena bahan kaw2. ni yg psl kiki tu pn sama, berapa byk org buat page troll dia xpsl2 je...

      Padam
    3. keseronokan hidup ko ni bergantung pd troll kt fb je ke?
      kesian, agknye hidup ko ni amt menyedihkan..

      Padam
  7. ,selfie2,kesian ko dipersalahkan.. Padahal org yg salah guna ko sbb terlalu taksub.

    BalasPadam
  8. ,selfie2,kesian ko dipersalahkan.. Padahal org yg salah guna ko sbb terlalu taksub.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dadah pun xsalah nk digunakan..tapi msti mengikut nasihat dokter dan di ambil mengikut sukatan yg di nasihatkn..yg jadi salahny bila diambil tanpa nasihat dan tidk mngkut sukatan..

      Padam
  9. aku pun pelik,knapa mesti selfie dlu sblm wat ap2.. Contoh t'dekat member aku laa,. Aku tgok jela gelagat dia.. Kadang ajak aku b'selfie skali tp aku layan jelaa..aku nie bkan jenis suka b'gambar sgt tp ble org ajak aku join je..biasalah prmpuan..ble ak bce artikel nie,t'kejut gak aku.. Sbab selfie boleh merendahkan kyakinan diri..biar btul.. Ad bhayenye gak b'selfie.. Ap2 pun, nice post noob.. Bg aku noob nie matang sgt, stiap kali dia post mesti ad isi t'surat n t'sirat yg nak disampaikan.. Aku suka cara noob b'fikir.. Bgos2.. Pemikiran lelaki cmnie laa bru dipanggil pemimpin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa lagi noob..org dah bagi lampu hijau..

      Padam
    2. apa lagi anon,ce ngurat noob mana tau ada dpt jodoh ka hahahah

      Padam
    3. Uih noob..mcm ada harapan je ni..try la sikit

      Padam
  10. pelik lak, ak nak tangkap gambo sendri lagi la xde keyakinan jauh sekali huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha..sama la..siap org nak amik gmbr pun aku kalau boleh mengelak.haha.ye la..muka tak fotogenik

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.