Rabu, 13 Jun 2012

21 BN memang pilihan orang muda

Akhir2 ini BN selalu claim mereka adalah pilihan orang muda, mereka kerajaan untuk orang muda. PR juga mengatakan bahawa undi dari ‘Generasi Y’ juga merupakan keutamaan untuk Pakatan. “Pengundi muda kebanyakannya non-partisan, jadi kami perlu mendekati dan meyakinkan mereka bahawa kami adalah parti terbaik untuk mewakili mereka,” kata Nasrudin Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (sumber Mstar). Malah PKR juga berkata bahawa generasi muda harapan negara. Tapi bagi aku antara BN dan PR, secara realitinya lebih ramai golongan muda terutama di kalangan Generasi-Y yang lebih muda memilih BN.



Ada 3 generasi utama iaitu Generasi X (lahir antara 1965 – 1976), Generasi Y (lahir antara 1977 – 1997) dan Generasi Z (lahir antara 1998 hingga kini), lain2 boleh baca kat sini. Atas kelonggaran dan kebebasan serta suapan yang diberikan kerajaan selama ini telah membentuk golongan2 muda yang sudah pastinya akan memilih mereka. Golongan2 ini kebanyakannya dikalangan remaja yang masih bersekolah menengah, baru habis belajar dan menganggur, dalam proses mencari pekerjaan tetap, penuntut universiti, yang baru graduate, yang baru bekerja, yang masih baru hendak mengenal dunia, dan BN terus menerus mendekati golongan2 ini dengan menyuap dan menyokong minat mereka. Semua point2 ni lebih kepada orang muda, golongan-Y yang lahir pada tahun 1988 ke atas. Golongan yang lebih tua dan dewasa yang dah bekerja cari duit sendiri, punyai keluarga sendiri, sudah merasa keperitan dan kepayahan hidup, yang sudah kenal erti rasuah, salahguna kuasa, undang2, ramai yang dilihat lebih cenderung menyokong PR.

1. Mat rempit


Mat rempit ni memang ramai, terutama budak2 melayu yang dari sekolah dah kenal motor. Boleh katakan setiap bandar dan kampung ada je wakil2 mat rempit, dan mereka ini seringkali mendapat perhatian dan sokongan daripada pemuda2 UMNO, setiap kali program UMNO mereka akan dipanggil untuk konvoi pemimpin dan kemudian dapat upah dan makan free. Satu ketakutan mereka untuk menyokong PR adalah mereka merasakan kemungkinan mereka akan dipinggir dan aktiviti rempit mereka akan dibasmi sepenuhnya kalau PR memerintah.

2. Otaku


Otaku Malaysia ni walaupun tak ekstrim macam dekat Jepun tapi bilangannya ramai dan mereka selalu bergerak secara underground. Golongan2 ini biasanya minat pada benda2 yang berkaitan Korea dan Jepun seperti muzik K-Pop atau J-Pop, drama dan filem Korea, manga dan anime Jepun, kaki game atau hardcore gamers, kaki tengok wayang dan lain2. Golongan2 inilah yang akan beli tiket bila kumpulan SNSD datang Malaysia buat konsert, join Anime/Game Cosplay event kat Sg. Wang, kumpul koleksi patung2 awek anime Jepun yang separuh bogel dan seksi, beli/download CD game atau movie cetak rompak dan lain2. Ketakutan mereka kalau PR memerintah adalah artis2 kesayangan mereka akan diharamkan buat konsert di Malaysia, semua event2 cosplay tak dibenarkan, semua jenis model anime akan diharamkan penjualannya, cd2 game dan movie cetak rompak akan dibasmi, semua laman2 web file sharing, torrent, download akan diblok sepenuhnya.

3. Artis dan selebriti


Sekarang ini ramai manusia yang berkiblat kepada hiburan. Golongan artis hidup dengan sokongan peminat dan peminat hidup dengan segala jua benda2 yang disuap oleh artis. Sebab itu ramai artis2 yang masih lagi aktif mencari makan dengan nyanyian, lakonan, konsert2, gigs, dinner, kelab2 malam kebanyakannya join UMNO sebab hanya UMNO yang terus menerus menyuap mereka dengan benda2 yang mebolehkan mereka cari makan. Malah di event2 anjuran UMNO pasti artis2 ini akan dijemput untuk menjadi MC atau menyanyi. Hanya artis dan selebriti2 yang dah expired dan sudah mula dilupakan yang join PAS. Satu kerisauan mereka dan juga peminat2 mereka kalau PR memerintah adalah mereka susah lagi nak cari makan dalam dunia hiburan dan seni sebab akan muncul pelbagai sekatan dan pengharaman seperti semua konsert yang tidak berbentuk kerohanian akan diharamkan, kelab2 malam di mana mereka selalu cari makan akan ditutup, garis panduan berlakon filem akan lebih ketat, tidak boleh lagi berpakaian seksi dan membuat adegan keterlaluan,  rancangan2 realiti seperti AF, Mentor, Mania, Juara Lagu, etc akan diharamkan dan lain2 lagi kerisauan di benak mereka.

4. Liberal


Yang paling rasa insecure kalau PR memerintah adalah golongan2 muda liberal yang jumlahnya tak kurang ramai. Mereka dah terlalu biasa dan selesa dengan keadaan sekarang hasil pemerintahan BN sejak negara merdeka. Terdapat golongan melayu yang terlalu sosial, suka pakai seksi2 dan tak tutup aurat, minum arak, clubbing, suka tengok porn, berjudi, berzina, gay dan macam2 lagi. Merekalah yang paling takut kalau PR memerintah di mana mungkin semua orang dah tak boleh pakai seksi dan kena tutup aurat, penjualan arak akan diharamkan, semua pusat clubbing akan ditutup or at least diketatkan peraturan di mana hanya non-muslim boleh masuk, kelab2 gay akan ditutup dan semua website porn kat Internet akan diblock maka tiadalah lagi bahan untuk dibuat onani. Kebanyakannya kerana dah terlalu lama berfikiran liberal, maka timbullah sindrom Islamphobia dikalangan orang Melayu Islam sendiri di mana mereka sangat takut dan tak suka kalau undang2 Islam diperketatkan dan hudud dilaksanakan di Malaysia kerana mereka tidak boleh lagi mengamalkan gaya hidup liberal dan songsang mereka.

5. Aktif


Kebanyakan belia2 muda ni mempunyai enthusiasm dan passion pada benda2 seperti bolasepak, paintball, kereta, aktiviti2 lasak dan sukan2 ekstrem seperti skateboard, sky roller, parkour dan lain2. Banyak program2 dan event2 yang dibuat oleh BN untuk mendorong lagi minat siap dengan duit belanja, pengangkutan percuma dan makan free. Golongan muda yang masih tak kenal selok belok politik pasti suka dengan suapan dan sokongan yang diberikan kepada mereka lantas membuatkan mereka memberi sokongan kepada BN. Apa diorang kisah pasal politik? Ingat lagi tak korang waktu Form 4/5 kat sekolah menengah dulu, ambil kisah tak pasal politik? Sape menteri itu ini, sapa ketua pembangkang? Masa tu yang kita tau Perdana Menteri kita Dr. Mahathir.


Banyak lagi jenis2 belia muda lain yang korang boleh fikir sendiri yang pasti akan sokong BN yang mana kebanyakannya sudah selesa dengan apa yang BN bagi mereka selama ini dan still mempunyai ketakutan sekiranya PR memerintah. Cara dan formula BN untuk memenangi hati golongan2 muda ini amat mudah, apa yang golongan belia ini nak kita bagi dan suapkan sahaja.

Mungkin kerana tak banyak diwarwarkan, tapi tak banyak program2 yang PR buat untuk memenangi hati orang muda yang macam2 jenis. Kalau ada program pun, balik2 ceramah politik yang pasti hanya dihadiri oleh mak bapak golongan muda dan golongan yang dewasa. Pun tidak, ceramah Ustaz Azhar Idrus. Bukannya ceramah agama ni tak bagus, tapi kalau tengok realiti sekarang, mindset golongan muda kebanyakannya dah corrupted sangat. Golongan muda yang hadir ceramah UAI ni pun mereka yang memang dibesarkan dalam keluarga yang beragama, budak2 dari sekolah agama dan mereka yang memang minat pada agama, selainnya yang hadir ke ceramah agama ni golongan yang lebih dewasa. Nak harap golongan muda yang otaku, mat rempit, golongan liberal ni datang ceramah agama? Jauh sekali.


Tapi memang begitulah yang terjadi sekarang. PR hanya feed keperluan sesetengah golongan muda sahaja. Dari satu sudut lain, penyokong2 PR yang taksub tu tanpa mereka sedari lebih banyak menggunakan pendekatan cemuh, mencerca dan kutuk mengutuk di forum2, blog dan youtube. Semua benda tak kena, itu tak boleh, ini tak boleh, apa yang BN buat semua salah, tapi tanpa disedari mereka sendiri yang membuatkan golongan2 muda terutama yang seperti di atas menjauhkan diri dari mereka dan timbul pelbagai ketakutan dan keraguan untuk menyokong PR.


Damage has been done dan telahpun berakar umbi sejak dari mula kita merdeka lebih 50 tahun dulu... fikiran dan minda kita dah sangat corrupted. Lebih ramai orang tiap2 hari mendengar dan menyanyi lagu2 Yuna, Hafiz dan Selena Gomez berbanding selawat Nabi. Bagaimana kita hendak mengubahnya?


Bacaan lanjut - PR pilihan anak muda.


tags: bn pr kerajaan pilihan anak orang belia muda generasi-x generasi-y generasi-z kategori jenis golongan remaja mat rempit otaku artis selebriti fan peminat liberal aktif agamawan alim ceramah politik ustaz azhar idrus bantah cerca kutuk cemuh penyokong pas pkr umno dap sokongan tarik minat politik

21 ulasan:

  1. Masukkan sekali peratus pengundi dari generasi Y ni. Berapa ramai yang dah mendaftar sebagai pengundi. Dalam kalangan tu, berapa ramai yang akan keluar mengundi dan berhajat tidak mahu merosakkan kertas undi.

    *Termasuk yang pergi majlis UAI adalah mereka yg ingin dengar lawak jenaka. Sekurang-kurangnya ada juga ilmu yang boleh dikutip.

    BalasPadam
  2. hahaha , jauh disudut hati CP memang sangat setuju , remaja kitew banyak dah terkorup , hahaha , haish ...

    BalasPadam
  3. baik anak2 tua belakooo...anok2 mudo..sembang jah lebih..daftar pemilih pon tak...

    BalasPadam
  4. sokong yang anak muda yang terbiar lebih akan sokong bn lg dr pr....tapi kebanyakkan budak2 U byk yg dah sokong PR.tp brapa persen jer anak muda yg masuk U kan.

    BalasPadam
  5. tak faham lansung politik. taknak port boleh? -_-

    BalasPadam
  6. maaaf aku tak setuju part otaku tu. aku K-popers , dan aku penyokong PR terutamanya PAS .

    BalasPadam
  7. hiburan esp mmg susah nak ubah. even aku tak gi konsert, lagu2 yg tak b'unsur ketuhanan & nasihat ni still jd halwa telinga. mungkin sbb melodi lagu nasyid yg kurang menarik.

    BalasPadam
  8. tepuk dada tanya iman
    yang mana satu pilihan qalbu :)

    BalasPadam
  9. yang lain aku setuju cuma sebagai orang yang tak suka masuk pangung. aku tak setuju 100% jika file sharing, torrent, download akan diblok sepenuhnya.sekian terima kasih

    BalasPadam
  10. Noob...aku tak rasa semua tu akan di block oleh PR......sesetengah ja...kadang2 bila pikir balik semua tu jadi income untuk negara dari zaman selepas merdeka until now....Mungkin PR need to reconstruct akta hiburan....perlu highlight more about this.....anak muda tu anak muda jugak...tapi sampai bila nak rosakkan anak2 muda dengan benda2 macam tu......aku sayang anak2 muda Malaysia......haha....

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanx MsXyda TuLyza れおたいが............dah order dadah keropok ko blum??? hehehe....

      Padam
    2. nampaknya ada yg lebih memahami point aku... sbb tu aku cakap PR kena buat something utk menarik dan mendekati golongan2 muda lain, bukannya yg jenis kuat pegangan agama sahaja. reconstruct akta hiburan adalah satu point yang baik. sebab isunya sekarang adalah golongan2 muda ni tak jelas dengan misi, visi dan matlamat PR kalau menang pilihanraya, kerana dlm hati mereka lebih banyak ketakutan dan keresahan andai PR memerintah. persepsi ini yg perlu mereka ubah disamping meningkatkan moral dan kesedaran mereka.

      Padam
  11. Saudara noob, entri saudara kali ini agak naif bunyinya..

    BalasPadam
  12. Tidakkah anda hairan apabila umat berlumba-lumba ke masjid kerana artis, bukan liLlahi ta`ala? Masjid hanya penuh apabila ada temasya, ada ustaz selebriti, ada manusia tokoh yang singgah ke masjid itu! Tidakkah pemergian ke masjid harus ikhlas untuk salat dan untuk menyembah Tuhan?

    kawan anda

    BalasPadam
  13. lebih bagus drpd org yg pergi konsert. LOL at least dia tahu juga nk ke masjid.

    BalasPadam
  14. Lu fikir Laa Sendiri...13 Julai 2012 pada 10:09 PTG

    Semua terpuLang kpd niat iTu senDiri...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.