Rabu, 9 Januari 2013

77 Filem tempatan yang takut memapar realiti

Dulu aku pernah tulis kenapa filem tamil lebih superior dari filem melayu disebabkan action packnya yang tak masuk akal. Kali ni aku nak cakap kenapa filem atau drama tamil, bollywood atau negara lain jauh lebih super dari cerita tempatan. Sebab filem luar tak takut memaparkan realiti dalam jalan ceritanya tapi filem kita jalan ceritanya sangat fake serta begitu fobia nak paparkan realiti.


Realiti apa yang aku maksudkan?

Polis yang korup
Polis yang tidak amanah memberi maklumat kepada penjenayah
Polis yang bersetongkol dengan geng kongsi gelap
Polis yang jahat dan selalu menindas polis yang baik
Pegawai tinggi polis yang angkuh dan mengejar nama dan pangkat
Pemimpin kampung/daerah/negeri/negara yang korup
Ahli politik atau pemimpin kerajaan yang jahat
Anak2 pemimpin negara, ahli politik, ahli perniagaan kaya raya yang jahat

Pernah tak korang tengok filem atau drama melayu yang jalan cerita dia ada polis atau ahli politik/pemimpin kerajaan  yang korup dan jahat? Polis dan ahli politik/pemimpin kerajaan adalah suatu taboo dalam industri perfileman tempatan, di mana kalau korang nak guna watak tu dalam cerita korang seperti polis atau YB, pastikan watak mereka digambarkan dengan begitu baik dan suci. Tapi adakah realitinya semua macam tu?

Taklah aku nak kata semua polis atau pemimpin tu semua perlu digambarkan jahat, tapi at least buat la cerita tu ada watak polis jahat yang begitu suka amik rasuah tapi akhirnya ditangkap oleh sahabat baik sendiri iaitu polis baik. Atau buat cerita sebuah kongsi gelap yang polis pun tak berani nak sentuh sebab didalangi oleh pemimpin tertinggi kerajaan yang akhirnya ditumpaskan oleh seorang hero iaitu seorang polis yang berani membongkar kegiatan pemimpin tersebut.

Tak boleh ke buat cerita macam tu? Mungkin ke bila ada orang buat cerita macam tu, maka kerajaan akan ban sebab memberi gambaran buruk kepada polis atau pemimpin kerajaan yang mungkin akan mengundang demonstrasi dan bantahan daripada PERKASA? Tak pernah lagi aku tengok kat Hong Kong ada orang bantah cerita Jackie Chan pasal polis yang korup, atau orang US bantah atau kutuk filem Hollywood sebab gunakan watak Presiden, atau halau Mr. Bean keluar negara sebab buat lawak headbutt Ratu England dan dicop derhaka?


Rasa2 filem/drama kita ada tak yang berani guna at least watak Menteri Besar, atau Perdana Menteri? Cipta jelah 1 watak fiksyen atau fictional character yang berjawatan itu tanpa menggambarkan mana2 pemimpin sedia ada atau yang lepas, kalau tidak mesti akan dijadikan bahan politik samada oleh penyokong BN atau PR macam filem Tanda Putera, cuma masalahnya, ada beran atau takde beran?


Ini tidak, terlalu banyak taboo, itu tak boleh ini tak boleh, last2 kita semua dihidangkan dengan cerita2 cinta yang sangat bodoh dan tak realistik atau cerita hantu komedi yang sangat merepek dan sampah. Salah ke kita guna watak2 polis yang kuat makan rasuah, pemimpin kerajaan pecah amanah dan salah guna kuasa tapi yang akhirnya dikalahkan oleh hero, at least boleh juga jadi pengajaran dan iktibar kepada penonton.

Gerak Khas The Movie? Kamonlaaaa....





tags: filem drama tempatan negara takut menyatakan realiti jalan cerita mengarut palsu merepek polis ahli politik pemimpin kerajaan kaya raya amanah semua baik suci tidak korup corrupt police cops politician movie hong kong chinese tamil telugu bhavani jackie chan story gerak khas the movie tanda putera undang kontroversi penyokong bn pr kerajaan pembangkang

77 ulasan:

  1. realiti ni susah nak difilemkan
    tapi realiti ketelanjangan pelakon dan "kesopanan" skrip menjadi taruhan

    tipu la kalau tadak pilem malaysia yang baguih
    tapi byk yang bodek gomen ja

    oleh itu marilah kita sapot filem2 indie

    BalasPadam
    Balasan
    1. fuh macam mana terselit 1st komen ni
      nampak sangat tadak life

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    3. Ni semua salah UMNO-BN!

      Padam
    4. betultuh..mostly citer2 drama kat malaysia nie,,mcam xd pengarah hilang ideal...hanya memaparkan perkara baik sahaja..tak mengikut reality...hanya tau ambik hati org tertentu...yg ade kat tv nie hmm bile tngok rase membazir je tngok..spy M lah mengarut jee.,jalan cerita mengarut..yg lebih nye lawak2 bodoh..lawak2 yg kanak2 jee yg gelak...jalan cerita mudah dibaca penonton...yg aq tngok ok kat malaysia nie cerita cinta..TAPI tolonglah bkn semua rakyat malaysia jiwang dan gemarkn genre jiwang..mgkin cerita macam nie dorang bebas sikit kot..xde kait ngn mana2 pihak..tapi most of it jalan cerita boleh baca ape akan jadi last sekali..cube lah buat macam cerita LOST,PRISON BREAK,LAST RESORT, KER ...cerita2 nie memang nampak mengarut..tapi mengarah diorng pandai cipta jalan cerita yg bole org menanti2 dan berdebar...xdlah macam gerak khas tuh..kalu jahat sampai mati lah ko jahat...org jahat xdlah jahat forever,pasti dalam hati dier ade sifat baik..nie cerita ending ..aq da boleh agak lepas 15 tengok....

      Padam
    5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  2. stereotype drama melayu, syarikat juta juta macam NFC, datok datin tan sri..itu jerlah...

    realiti: melayu merempat sana sini minta bantuan dalam paper sinar tiap hari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  3. ada logik gak ape ko cakap...

    BalasPadam
  4. noob, kalau ko nak citer real, citer porno budak melayu. dorang tak berlakon.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gambar x lawa....

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    3. lepas diskaun RM200 tuh gambar video akan bertambah kualiti........... hmmm

      Padam
    4. Rebet rm200 ke..lol
      smartfon tu still low quality camera dia

      Padam
  5. nak wat filem pasal realiti????
    selagi ada Lembaga Penapisan Filem Malaysia
    mmg x lepas la....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  6. Bhai Noob...

    Ader ... pernah ader satu filem yang menggambarkan situasi realiti... tapi selepas beberapa kali filem tue ditayangkan... sampai hari nih filem tue terus lenyap daripada catatan sejarah perfileman negara....

    Nama filem tue aderlah "Aku Yang Berhormat" ....

    BalasPadam
  7. Memang betul pun dah filem je polis baik suka tolong orang yang susah macam bini dia nak bersalin terus polis escort dia ke hospital. realitinya maaf lah polis dah macam apa entah, kalau ada yang baik pun beberapa kerat je.

    BalasPadam
  8. nak tau polis malaysia camner, tunggu sabtu nih #KL112. haha

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  10. a'a kan xterfikir plak pasal ni..Filem tempatan nak yang semua positif.hehe

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. klo ko nk buat ak leh cari sponsor camera nk 1080p bluray hahahaha.....

      Padam
  12. ada satu malay movie tu aku tengok last year, pasal kisah hidup gelandangan ni, dah lupa tajuk dia apa tp mmg agak lain dari yg lain la, ada jugak cebisan reality yg agak taboo dipaparkan pasal sindiket jenayah kidnap n jual budak2 kecik utk tujuan child porn/prostitution yg semakin membimbangkan...armani berlakon jd kakak kpd budak2 yg jd pelakon utama tu... yg tu quite impressive gak la citer dia.. tatau akan ditayangkan lg atau tak, hahah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku agak suka allahyarhamah yasmin ahmad nyer citer, simple tadi sarkastik

      Padam
    2. filem arwah yasmin ahmad terlalu overrated,terlalu berlebihan dlm menyampaikan suatu yg dianggap realiti tp sebenarnya x.aku x ingat cerita apa tp ada babak seorg bilal mengusap anjing waktu perjalanan gi surau & mcm2 lagi.

      Padam
    3. yup itu style dia, banyak benda yg tak perlu cthnya amani pegang dada/bulu dada sorg mamat cina or amik gamba kat studio pakai baju kurung, tapi kain sinsing sampai ke peha

      tapi jalan cerita & barisan pelakon dia aku suka, berlakon x fake. especially rabun.

      Padam
    4. Kisah anak lorong ke?

      Padam
    5. err sepet ngan satu lagi ape ntah..

      rabun tu yg couple tua tinggal kat kampung.

      anak lorong yg mana?

      Padam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  14. klau noob boleh remove komen aku, mohon remove jugak komen awek tu......aku cabar ko noob........please jgan hipokrit noob.......

    klau kau dah remove komen dia, aku janji xkan komen sampah lagi kat blog ko ni.....percayalah, kali ni aku betul2 serius.....tapi klau ko x remove, aku terus meroyan kat blog ko ni......sebab aku benci manusia cam ko ni noob......

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. apa masalahnya dengan komen awek tu berbanding komen kau? yang kau butthurt sangat apahal? dan apa kaitan delete komen awek tu dengan hipokrit?

      2. janji kau boleh pakai ke? ini bukanlah kali pertama kau berjanji... rasa2 siapa yang lebih hipokrit?

      "Aku_Skandallxxx telah meninggalkan ulasan baru pada catatan " Buasir Otak: 1 tahun perjalanan " anda:

      ok..sempena setahun blog Buasir Otak, aku nak umumkan ini kali terakhir aku kat blog ni.....lepas ni blog ni akan lebih bersih tanpa anon dan aku....aku rasa macam (memang) orang bodoh bagi komen mengarut dan bukan2....aku faham ramai yg xsuka, ramai jugak yg buat x tau je....aku cuma nak melawak, tapi aku tau kadang2 aku melampau sgt......so aku nak mintak maaf sangat2 dekat SEMUA pembaca blog ni termasuk anon.....jugak seribu maaf kepada pentadbir blog.....harap maafkan aku......aku rasa bahagia sangat lepak kat blog ni.....rasa macam semua kenal walaupun x pernah jumpa.....terima kasih atas kebahagiaan ini, terima kasih jugak kepada yang sudi membuang masa melayan kebodohan aku.....sekali lagi minta maaf......aku harap blog ini akan lebih maju lepasni, dan akan mendapat lebih ramai lagi pembaca.....

      Aku masih lagi akan terus bagi komen2 bodoh dan merapu, tapi bukan dekat blog ni lagi.....assalamualaikum.....

      Dicatat oleh Aku_Skandallxxx ke Buasir Otak pada 2 Disember 2012 12:22 PTG"

      3. aku tak perlu cabaran dari sapa2, kau nak benci aku pun takde masalah, tak mendatangkan sedikit kesan pun dalam kehidupan aku. mungkin kau seorang benci aku, tapi kau rasa berapa ramai yang benci kat kau, di internet dan real life?

      4. kau boleh terus meroyan kat blog ni, kat blog akustressgiler, kat blog2 lain, kat mana2 pun kau suka. tapi aku juga boleh padam komen kau ikut suka aku bila2 masa aku nak.

      5. dan yang terakhir, apsal lu rasa yang gua kena ikut cakap lu? lu sapa?

      Padam
    2. Sudah2 la tu ahmad. ko dah kna halau dgn tuan umah. Sila berambuss dan mamposs lah dgn cara terhormat. ibarat ko dah masuk rumah org pahtu pastu ko buat taik dlm rumah ekekeke.

      Ini bkn vlog akustress.. sila komen dgn bhemah..

      Padam
    3. Berambos sambil makan mee rebus

      Padam
  15. Ada aku tengok filem polis Yusof Haslam
    tapi biasanya memang polis baik sesekali je dia papar polis korup..

    BalasPadam
  16. aku pernah tertengok citer gerak khas tu la yg siri tu, ade polis jahat, tp just satu episode tu jer. atau 2 kot. jahat2 sembunyi arr. agaknya dorang pn nak mula buat citer cmtu tp tak brani sngt pn. tp aku rase polis jahat tu mmg polis, bukan polis samaran ke ape ker.

    BalasPadam
  17. Semua salah UMNO-BN!

    BalasPadam
  18. Filem melayu mmg byk x realistik, dr artis make-up tebal even berlakon dduk rumah, kalau kaya tunjuk kaya gile and bila miskin tunjuk miskin gile n macam2 lagi. Belum cite pasal politik lg.

    Rakyat M'sia mmg paling sensitif dlm politik. Kalau buat cite pasal DSAI nanti kene tangkap masuk lokap atau mungkin boleh dipulau org. Belum cite lg pasal kebebasan media.

    Bg sy, sbnrnya semua ni byk disebabkan mentaliti rakyat M'sia sendiri + sikap pemimpin x kira BN or PR. Xleh dikutuk,dicemuh dan dikritik. Mesti nak saman menyaman je.

    Yg bagus pasal barat ialah sikap keterbukaan menerima sesuatu (open-minded). Tp kdg2 terlebih open-minded pun payah gak. Fhm2 je la.

    BalasPadam
  19. sarjan hassan & bukit kepong. *terkesan

    BalasPadam
  20. serius rakyat malaysia masih belum cukup matang lagi untuk benda-benda macam ni noob..

    sekarang zaman taksub politik dan fitnah berleluasa..kalau ada benda macam ni,mesti jadi bahan tak habis sampai bila-bila..

    BalasPadam
  21. malaysia movie?? pui! mane ade pasal korup2 politik2 dok.malaysia korup2 pasal ofis persndirian n tanah pusaka bla2. hantu2 lawak. seram. cinta2 gangster2 murahan. dll. fuck. nasib baik filem2 luar negara boleh telus dalam malaysia. lau tak? kite hari2 di sajikan dgn khayalan cite2 bodoh dgn pegarah2 yg kolot. us tu cte ape yg xpnh die bikin. sgla fiksyen ade.. malysia? cite untuk aku tido mlm

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh lupe lak. aku respek KRU pasal dorg brani buat filem yg jauh melangkah ke depan. pengarah yg lain bleh buat pementasan drama n teater muzika je. k tq bye

      Padam
  22. mana leh buat cerita polis jahat..pemimpin jahat.. org kerajaan BN kita kan baik2 belaka

    BalasPadam
  23. xbuat filem tentng korupsi cincin berlian ke? harap mamat kalid ketengahkn.

    BalasPadam
  24. ini semua salah kerajaan umno...cakap saja bebas bersuara n berkarya tp hakikatnya???

    BalasPadam
  25. its all about appearance noob. semuanya pasal 'muka'

    kalau buat cerita buruk pasal sesebuah organisasi walaupun memang betul, ianya sudah dikira menjatuhkan 'air muka' organisasi i.e. org kenamaan yg mengetuai organisasi tersebut. siapla kena saman, blacklist, tahan tanpa dakwa.. mcm2 la.

    orang kita kan sangat pentingkan imej/ luaran/ 'air muka'. sebarang benda buruk langsung TAK BOLEH cerita di media. ini pulak nak buat cerita filem.

    BalasPadam
  26. Bukan orang malaysia nak tengok cerita
    - bergasak
    - hantu
    - lawak
    - romantik.. cintan cintun je ke..

    Cerita realiti pon tak real contohnye akedemi fantasia atau masterchef..

    BalasPadam
  27. ok apa.. drpd korea cite jiwang2 gedik2 cute..

    cite tamil hero wajip menang, kalau x, kite bakor wayang kite bakor!

    BalasPadam
  28. filem hantu kak limat balik rumah jugak yang realiti!

    BalasPadam
  29. tamil gasak lg awesome dr hindi gasak, effek bunyi taknak kalah punya.. best bila tunjuk muka ketua jahat ada theme bunyi boss jahat, tak pun time dia marah ada bunyi theme pergh epic

    BalasPadam
  30. Hehehe korang perasan x dlm cite mlayu.
    1. bila diorang buat kol pkai public fon atau phone rumah/hanset dlm masa xsampai 0.5 saat sudah di jawab.

    2. dlm grak khas selalu ditunjukkan bangunan polis yg besar pastu ada dua pegawai wanita. n selalu di ulang tayang.

    3. ini lagi xbleh blah. pelakon keja mat despatch gaji ciput tapi boleh tinggal dkt KL duk apartmen sewa 8ratus ke atas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. jimat masa
      2. jimat shoting time
      3. buat parttime

      Padam
    2. 3. ini lagi xbleh blah. pelakon keja mat despatch gaji ciput tapi boleh tinggal dkt KL duk apartmen sewa 8ratus ke atas.


      no.3 tu terang terang tipu orang kampung yang tak pernah tahu/datang KL.

      ha ha ha


      ingat orang tak tahu ker rate sewa service appartment berape.

      Padam
  31. cerita sultan mahmud mangkat dijulang cerita realiti pe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak jugak~ sejarah ditulis & dijaga oleh orang2 istana~ jika ada mana2 pihak yang mampu mengatasi istana, mereka akan dianggap musuh sepanjang zaman~ kronisme jilat buntut sultan juga berlaku sejak zaman dahulu kala~

      hang jebat itu penderhaka ? atau hang jebat sebenarnya ditakuti pihak istana kerana mampu mematahkan..................censorship applied, kene kejar dengan majlis raja2 kang aku ni~ wakakak~

      Padam
  32. cuba tengok cara pengarah indon buat cerita realistik+sarkastik.

    tajuk: alangkah lucunya negeri ini(ada di youtube)

    kaw kaw punya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cerita indon lagi xleh blah...lebih kurang cam malaysiagak..cuma citer2 dier nk wat social cam usa tapi xlepas...paling aq bosan mesti ad scene slow motin..time terkejut or time tumbuk2...ngn effect dier same level ngn citer tamil time 70-80an..mmg xleh blah..btw aq minat cter bollywood yg baru2 nie lah...cuma time nyanyi je annoy ciket..

      Padam
  33. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha.. kesian Ahmad membawa hatinya yang lara. nah tisu nah. ops sory, tisu tu ada bekas hingus aku la.. hahaha

      ada jugak apa cite melayu polis makan rasuah. cuma tak banyak la

      Padam
    2. Sial ahmad tekan space. Dah kna halau pun xreti nak blah. .blah la weh. Ko xda aman vlog ni.

      Padam
  34. filem melayu, filipina, indon, 2x5 saja, keluarga kaya, projek juta2, kereta mewah, cinta, konflik keluarga

    KLIK tempat guru wanita di sisi suami?

    BalasPadam
  35. rasa nya NAMEWEE saja kot yg berani buat filem yg berunsurkan realiti kat Malaysia.. huhu

    BalasPadam
  36. nice info teman, keep blogging :)

    BalasPadam
  37. aku rasa filem yasmin ahmad lebih teruk dari filem james bond!!!! mmg teruk!! merosakkan imej islam! tu sebab ada seorg hamba allah bernama ummu mendoakan dia mampos cepat! nasib baik yasmin tu dah mampos! lega aku x tgk muka dia yg hodoh tu!!!

    BalasPadam
  38. namewee tu cina,ok gak lah filem dia walaupun dia pernah hina lagu negaraku dari filem yasmin ahmad yg mmg agak2 teruk tu! nasib baik dia dah mampos!!!

    BalasPadam
  39. sila cari di you tube triller untuk:
    -Atambua 39 derajat celcius
    -Habibie & Ainun
    -5cm
    -Cinta Tapi Beda
    -Hello goodbye
    -Demi Ucok
    -Rumah di seribu ombak
    -Lovely Man
    -Soegija
    -Modus Anomali
    -Dilema
    -Tanah surga katanya (untuk film yang satu ini kalian jangan terbakar emosi ya soalnya ceritanya sedikit tentang malaysia,it's just a movie)
    -jakarta hati
    -kita vs korupsi
    -Raya 'cahaya di atas cahaya'

    love from Indonesia

    BalasPadam
  40. Filem melayu memang kdng2 annoying smpai bdk2 trpengaruh! Sye ade 1 cite korea ni, psl menteri2 besr yg belot dn mngkhinati negara,rasuah dn mkn duit rkyt! Cite dia best time hero dia dtng nk tuntut bela kematian ayh dia. Wtk utame dia Lee Min Ho! Tjuk dia City Hunter. Korng cri la kt youtube kalau ade la kn! Sbb sye tngk kt cd n bru2 ni kt 8tv pukul 8.30mlm

    BalasPadam
  41. film HABIBIE & AINUN dan 5 CM baguuuuuusssss
    semoga cepat tayang di negara kalian...

    BalasPadam
  42. ada lagi nih yang terbaru,film 9 SUMMERS 10 AUTUMN,MADRE,MURSALA,WHAT THEY DON'T TALK WHEN THEY TALK ABOUT LOVE,SANG KYAI,KISAH 3 TITIK,TAMPAN TAILOR,RECTOVERSO.
    soon film BERANDAL,TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK,9 REASONS,SOEKARNO,2014,KETIKA MAS GAGAH PERGI,REFRAIN.

    BalasPadam
  43. dah tgk citer 9 summers 10 autumns di bandung. mmg best! bile msia nak buat citer cam ni??

    BalasPadam
  44. film Indo terbaru,
    SOKOLA RIMBA
    EDENSOR
    ADRIANA
    SOEKARNO
    99 CAHAYA DI LANGIT EROPA
    TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK
    SAGARMATHA

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.