Sabtu, 6 Julai 2013

18 Budaya mengipas yang semakin membarah

Beberapa hari yang lepas kecoh mengenai surat arahan pekeliling kepada penjawat awam supaya "Like" laman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menyebabkan ramai orang menyerang dan menghentam beliau di media2 sosial kerana ramai yang menyangka beliau sendiri yang mengeluarkan arahan tersebut.


Namun beliau telah menafikan yang beliau yang mengeluarkan arahan tersebut sebaliknya telah dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang, Dr Norhizan Ismail dan Dr. Noor Hisham telah meminta Dr. Norhizan untuk meminta maaf dan beliau telah pun mengeluarkan kenyataan maaf di sini dan juga respon Dr. Noor Hisham kepada permohonan maaf itu di sini. Berikut adalah petikan berita mengenai isu ini.
KP nafi arah penjawat awam 'sukainya' di Facebook

Ketua pengarah kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini menafikan bahawa beliau mengeluarkan pekeliling yang mengarahkan penjawat awam “menyukai” lamannya di Facebook.

Beliau yang terkejut dengan perkara itu turut menuntut agar pengarah jabatan kesihatan Pahang Dr Norhizan Ismail memohon maaf.

Satu surat didakwa sebagai pekeliling dari jabatan kesihatan negeri Pahang itu, yang mengarahkan laman Facebook ketua pengarah kesihatan itu muncul di laman sosial berkenaan dan menerima kritikan dari pengguna Internet.

Pekeliling bertarikh 20 Jun itu antara lainnya memetik kenyataan ketua setiausaha negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa yang menggesa penjawat awam menggunakan media sosial untuk menyebar maklumat.

Noor Hisham dalam kenyataan di Facebook pada malam tadi berkata beliau tidak pernah mengarahkan sesiapapun untuk mengeluarkan pekeliling seperti itu.

Katanya, perkara itu timbul kerana pengarah kesihatan negeri itu tidak membuat tafsiran yang betul ke atas nasihat Ali Hamsa dan juga arahannya untuk berinteraksi dalam Facebook.

Pengarah negeri ini bertindak melampau dan berlebih-lebih dengan mengeluarkan surat yang ditandatanganinya tanpa kelulusan pengurusan tertinggi,” kata Noor Hisham.

Katanya, Norhizan perlu meminta maaf kepada ketua pengarah, kementerian dan juga kepada kerajaan.

“Ini adalah pemikiran sesetengah pengarah yang mengeluarkan kenyataan dan surat tanpa memikirkan natijahnya,” katanya.

Norhizan kemudiannya dalam satu kenyataan petang ini memohon maaf atas pekeliling berkenaan, yang diakuinya dikeluarkan tanpa persetujuan Noor Hisham.

"Saya sedar niat ikhlas saya untuk menghubungkan kakitangan saya dengan laman peminat Ketua Pengarah Kesihatan, telah disalah tafsir dan mencetuskan rasa malu canggung terhadap Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan pihak-pihak lain.

"Saya dengan ini memohon maaf setulus hati," katanya dalam menerusi laman Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. - Sumber Malaysiakini.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Mungkin niat Dr. Norhizan memang ikhlas mengeluarkan surat arahan tersebut untuk menyuruh semua anak buahnya "Like" fanpage tersebut agar semua tidak ketinggalan untuk mendapatkan perutusan terkini daripada Ketua Pengarah Kesihatan, namun caranya agak tidak kena seolah2 membodek dan mengipas bos. Budaya bodek membodek dan kipas mengipas ini bukan baru dalam sektor kerajaan, ia dah lama sangat membarah.


Sebab tu ada ramai di kalangan kakitangan kerajaan yang cepat naik pangkat dan dilantik untuk memegang jawatan penting dalam kerajaan walaupun ada orang lain yang lebih layak dan bagus daripadanya, hanya kerana beliau pandai berkata2 dan kuat kipas bos, kadangkala pakai aircond, manakala orang lain yang lebih berkelayakan dan bagus susah naik pangkat dan hanya memegang jawatan yang lebih bawah dan tidak berapa penting hanya kerana dia tidak pandai kipas dan tidak berapa baik dengan bos. Aku harap dengan kejadian ini, semua orang akan buka mata dan hentikan amalam kipas mengipas. Tunjukkan kemampuan kita dengan kualiti hasil kerja kita, bukan dengan cara bodek.

Sumber gambar

Sebenarnya amat bagus sekiranya semua pegawai2 tertinggi kerajaan, para menteri, ahli parlimen, ahli DUN dan semua pemimpin mempunyai fanpage Facebook, at least kita boleh mengetahui perkembangan semasa serta mengutarakan segala pandangan dan permasalahan terus kepada mereka. Tapi mengeluarkan arahan kepada orang bawahan seolah2 memaksa orang lain "Like" agak keterlaluan.

Bagi aku, keluarkanlah surat makluman sahaja bahawa seseorang pegawai tinggi tu sudah mempunyai fanpage Facebook, so disarankan kepada penjawat awam untuk "Like" bagi mengetahui dan mengikuti amanat, perutusan serta perkembangan semasa mengenai sesebuah jabatan atau organisasi. Jangan arah tapi saran. Mereka perlu faham yang akaun Facebook tu adalah sesuatu yang peribadi, mengarah orang lain menggunakan sesuatu yang peribadi untuk hal kerja adalah suatu yang tidak wajar. Malah ada orang yang takde akaun Facebook pun, takkan hanya kerana arahan tersebut terpaksa membuat satu akaun Facebook semata2 nak "Like" fanpage bos kita?


So korang dah baca ni, apa lagi, LIKE LA FANPAGE FB BUASIR OTAK! Ini adalah ARAHAN!





tags: surat arahan like laman facebook fb ketua pengarah kesihatan kpk malaysia pekeliling nafi arah penjawat awam salah faham dr noor hisham abdullah norhizan ismail pengarah jabatan kesihatan pahang kenyataan minta mohon maaf terbuka kaki bodek kipas bos jilat menjilat bontot jubor kiss tips tutorial my asshole cara kaedah naik pangkat gaji dengan cepat pegawai tinggi kerajaan pemimpin menteri wakil rakyat ahli parlimen mp adun fanpage

18 ulasan:

  1. errrrrkkkkkkkk... liked hang punya page berzaman dah,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. like berzaman dh tpi haram x update kt fanpage

      Padam
  2. noob bila ulas pasal mesir ni lama dah aku tunggu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahaa betul tu noob. cer ulas ckit. tv 3suku xbleh pakai... ramai lg yg xtahu termasuk aku...

      anon berjiwa rakyat-

      Padam
  3. Gov got plan 4 u. Rite men got nothing, wrong men got everything.

    BalasPadam
  4. apabila taktik mengipas bos backfire...

    padan muka. lain kali nak kipas, pakai je stail lama yg org gomen selalu buat. x payah nak fesbuk2, kan dah kena kutuk.

    BalasPadam
  5. mcm2 ye cara nk mgipas skang ni..
    tp akhirnya mkn tuan sndiri..huhu

    BalasPadam
  6. err noob. arahan like fb buasir otak..

    Ni cadangan ker soalan? hehe

    BalasPadam
  7. terima kasih noob bagi link fb dr tu, dengan rela hatinya aku dah like. banyak info berguna kat page dia. better than retis punya page.

    BalasPadam
  8. heh takleh blah.. surat ARAHAN tu. kalau surat sarana atau makluman, takpela. rase2 kerani dia pn salah ayat tu dan Pengarah Pahang tu tak semak. Org ramai bengang pasal ayat 'ARAHAN' tu sbnarnya..

    membodek tp kerje pn bagus, disiplin, boleh terima lg. ni same la mcm kt company kecik swasta, staf kuat bodek, manis kata2, tp slalu masuk lewat atau tak masuk lgnsung, takde disiplin. Ingat staf lain tak prasan ke. aiii... time gaji nnti nak merayu jgn potong gaji. hishh.

    BalasPadam
  9. kat universiti pun ada kaki kipas jugak...memang teruk..

    BalasPadam
  10. Yg penting niat masa nak buat kerja kerana Allah so ia jadi satu ibadah. Kita buat kerja jangan sebab nak tunjuk kat orang. Mungkin dgn niat nak tunjuk kita dapat pulangan dalam bentuk material tapi hati kita sentiasa rasa tak puas. Kalau niat kerana Allah walaupun pulangannya sedikit tapi hati rasa tenang.

    BalasPadam
  11. Saya yang menurut perintah. Berdasarkan perkara diatas, saya selaku Pembaca Blog gred PB17 menurut perintah untuk mengeLIKE page pihak tuan/puan.

    Sekian, terima kasih.

    BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

    BalasPadam
  12. hmmm..biasalah government, semua org tau kan sikap kakitangan kerajaan mcmana, so x pelik pun

    BalasPadam
  13. Mengikut seperti apa yang diberitahu...tujuan asal arahan like page Dr Noor Hisham adalah bertujuan supaya apa-apa update dari beliau senang untuk diakses oleh semua kakitangan yang terbabit....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Arahank KP KK terus kepada staf bawahan spt PAP ker? Waaaauuuu....Kementerian Kesihatan leh catat rekod tu haahaa

      Padam
  14. kipas tak salah, as long as tak tabur pasir ke periuk nasi org lain dan tidak pula dengan cara tidak bermoral dan membuatkan rakan sejawat benci akan diri... berjenis kipas bos boleh digunakan... dan klu nak gunakan aircond... bru cepat...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.