Khamis, 4 Julai 2013

69 Selepas bersara ingat boleh berehat, tapi...

Aku sempat berbicara dengan seorang rakan yang sudah berumahtangga dan mempunyai seorang anak yang berumur 4 tahun. Beliau adalah anak ketiga daripada 5 adik-beradik. Abang, kakak dan seorang adik perempuannya sudah berkahwin dan masing2 sudah mempunyai anak. Dia menceritakan kepada aku betapa beliau kasihan kepada ibu dan bapanya yang sudah tua dan sudah lama bersara.


Kasihan bukan kerana apa, pada siang hari sewaktu abang, kakak, adik dan ipar duai masing2 sibuk dengan kerjaya masing2, kerana rumah masing2 juga boleh dikatakan berdekatan di dalam Lembah Klang, maka semua orang menghantar anak2 mereka ke rumah ibu bapanya untuk dijaga yang hanya didiami oleh mereka berdua tanpa orang gaji. Malah anak2 abang dan kakaknya ada 3 orang yang sudah bersekolah, dan atuknya juga yang pergi menghantar dan mengambil mereka di sekolah.


Rakan aku cakap walau ibu bapanya walau macam tak kisah menjaga cucu2nya dan tak pernah cakap apa2 pada anak2nya itu, namun dalam hati siapalah yang tahu, apa yang dia tahu mereka memang sangat penat menjaga dan mengurus cucu2 selari dengan usia mereka yang semakin meningkat. Sebab itu rakan aku tu tidak menghantar anaknya ke rumah orang tuanya untuk dijaga sewaktu hari2 bekerja, dia lebih rela mengambil orang gaji dan menghantar anaknya ke tadika berdekatan rumah semata2 tidak mahu menyusahkan orang tuanya. Dia hanya akan bawa anak ke rumah orang tuanya pada hari bercuti sahaja.

Tapi bila dia cuba menyuarakan perkara ini kepada abang dan kakaknya, mereka akan membantah dan mengatakan daripada orang lain jaga anak kita baik atuk dengan nenek mereka yang jaga mereka, at least darah daging sendiri mereka jaga betul2. Kalau orang gaji atau pengasuh yang jaga ntah2 mereka langsung tak jaga, silap haribulan anak tu kena dera.



Ntahlah, aku belum pernah lagi duduk dalam situasi itu, namun bagi aku, umur bersara seseorang adalah antara umur 50 ke 60, setelah hampir 30 tahun lebih berhempas pulas mengerah keringat bekerja untuk mencari rezeki, sepatutnya hari persaraan mereka adalah hari2 untuk mereka berehat dan hanya melakukan apa2 aktiviti yang mereka suka yang tak sempat mereka lakukan masa zaman bekerja dulu seperti berkebun tanam pokok, melancong, melakukan persediaan sebelum menutupkan mata buat selama2nya seperti kelas2 agama dan beribadat. Tapi bila hari2 persaraan mereka yang sepatutnya digunakan untuk mereka berehat dan melakukan aktiviti2 yang sepatutnya akan tetapi akhirnya terpaksa membuat kerja sama seperti sebelum bersara malah mungkin lebih meletihkan lagi jadi babysitter dengan mengurus dan menjaga sampai 3 4 budak, bagi aku amat kasihanlah.


Zaman2 mak bapak kita dulu walau anak sampai 8 10 orang pun mereka masih boleh menjaga anak2 mereka sendiri tanpa perlu mengharap sangat bantuan daripada mak bapak mereka untuk menjaga dan mengurus anak2 mereka. Tapi zaman sekarang, ada ibu bapa yang manja sangat, terus menerus mengharap dan menyusahkan mak bapak mereka untuk menjaga anak2 mereka sehingga orang tua mereka tidak sempat nak penuh2kan baki2 kehidupan dengan melakukan apa yang sepatutnya mereka lakukan. Sekali sekala takpe lah kot tapi kalau dah tiap2 hari? Dulu diorang dah susah payah penat lelah menjaga dan membesarkan kita waktu kita kecik, takkan bila kita dah besar dah bekeluarga masih lagi nak menyusahkan diorang?

So apa pendapat korang, boleh bincangkan di sini, adakah wajar atuk dan nenek jadi babysitter menjaga dan menguruskan cucu2 mereka sewaktu ibu bapa pergi bekerja?




tags: atuk nenek jaga urus cucu cicit mak bapak ibu bapa ayah babysitter babysitting grandma grandmother grandfather grandchild bersara rehat penat letih aktiviti timba ilmu agama ibadat nursery orang gaji indonesia harga amah naik meningkat kesian melancong buat haji umrah berkebun tadika tabika kemas pasti montessori daycare

69 ulasan:

  1. entah la noob... aku ni kawin pon belom lagi..sob2.. hari2 kena tahan nafsu.. btw im fist

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xpa bro...jodoh xsmpai lagi la tu. sapa2 yg berhajat utk berkahwin tapi belum mampu, sila lah berpuasa lah... bukan beronani hewhewhew

      Padam
    2. ada je carik la perempuan baik yang low maintenance

      Padam
  2. Bila aku kawen nanti dan ada anak,aku pun terpikir nk wat gitu,tp noob buat aku terpikir,btol jugak kan,mak aku seorang babysitter,dia slalu gak ngadu kt aku penat sbenarnya jd babysitter ni,org pandang kerjaya ni mcm mudah tp hakikatnya sebaliknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. kadang2 kita fikir dorang tu mak ayah kita, takkan lah dorang keberatan nak jaga anak kita...mak ayah baik mane yang sanggup cakap taknak jaga cucu dorang sendiri, sedangkan dorang tau dorang sebenarnya penat...

      Padam
    2. yea cuba korang duduk di tempat diaorang..
      rasa nak ke jaga cucu dah la penat besarkan anak..
      dah tua kena jaga cucu..
      kalau takat nak berhibur takpe la..

      tapi ni jaga makan pakai diaorang..
      berak kencing..
      tido apa semua..

      Kalau la anak-anak paham tentu diaorang takan susahkan mak bapak diaorang..

      Padam
  3. itulah hidup. mana ada relax. mati pun lagi banyak kena soal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu bero, tapi itu tak bermakna kita boleh buat parents kita jadi mcm bibik... patutnya kita tolong ringan2kan beban parents kita, bukan kasi tambah beban lagi kat depa...

      dlm hal ni pandangan aku sama mcm member noob tu. Isu ni sensitif sebenarnya, lebih kurang mcm isu nip tu la, sbb ramai org berfikiran mcm adik beradik member noob tu. Aku agak mesti member noob tu dah bertekak dgn adik beradik dia pasal bendalah ni jer, kesian kat parents tu weh... bagi aku tak wajar jadikan parents sbg bibik/babysitter, carik n upah la org yg reliable utk tengok2kan anak2 korang tu, pasang hidden camera kalo risau sgt.

      just my 2 cents, tak setuju sukati korang ^^

      Padam
    2. mak aku awal2 dah sound, "anak nanti hantar babysitter, mak dah tua malas jaga budak. setakat main2 boleh la." haha..even masa kitorang kecik2 dulu pun mak aku hantar kitrg gi pengasuh, tak penah mintak arwah nenek aku jaga kitorang. tapi zaman tu kes pengasuh cuai sampai baby meninggal tak teruk cam sekarang.

      aku ade tengok parents yg tolong jaga cucu, kesian la.. penat mengejar budak2 tu ke sana sini, tidurkan, tu belum yang asek mintak dukung. tapi nak cari babysitter yang boleh jaga anak ko betul2 pun susah. akak aku berhenti keje sbb nak jaga baby, lepas baby dia jatuh katil sbb akak aku tak tau baby dia dah pandai bergolek2. tu satu hal gak, pasal parents busy keje sampai tak perasan 'kepandaian' anak dah tahap mana.

      tak boleh nak cakap sekarang, belum melalui fasa tu lagi. just aku rasa kena cari maid / pengasuh yang betul2 bagus la kot.in that case, maybe kena bayar lebih, yang mana maybe jugak ramai tak mampu. aku tengok membe2 chinese aku spend 800-1000 per month per baby bayar pengasuh. tapi kalau dapat yang bagus n affordable, that would be the best solution

      even nursery kat opis di mana ko boleh turun time lunch tengok baby pun tak guna jugak kalau tempat tak bagus (anak abang aku semput sebab nursery opis dia sejuk sangat, central aircond so takleh nak buat apa).

      Padam
    3. Doa banyak2 semoga dipermudahkan, Orang dedulu tingal anak kat rumah relaks je pi kerja takda pengasuh hoho ada tingal ngan adik beradik :)

      Sebenarnya kita dah JAUH dari ALLAH, itu risau banyak perkara yang tak sepatutnya. Pertama kita kena dekatkan diri dengan ALLAH karana DIA sentiasa akan jaga hamba2 yang dekat denganya.

      Pasal Mak/Bapak, BabySItter, Nurseri tu pun atas izin Allah jua.. kalau dipermudahkan mudah aje sebenarnya. Aku mula hantar anak aku ke Baby Sitter sebab anak sulong la kan takda pengalaman, dia memang bagus jaga cuma kadang dia ada masalah nak pi sana sini kitaorang kena cuti pulak. So lepas 2 tahun hantar kat nurseri sebab dia pun dah pindah. Kat nurseri, Alhamdullilah ok aje.. mudah pun mudah. So anak kedua ketiga hantar ke nurseri aje.

      Cuma pengalaman dengan nurseri memang kena survey juga pengasuh dia ok ke tak pengurusan kemudian pengisian dia cara dia didik baby berdikari etc. ada nurseri yang terlatih ada modul dia yang dapat latih peringkat usia budak leh pakai baju sendiri berak sendiri etc. tido ikut masa.. benda ni susah kalau dengan mak/bapak atau babysitter atau nenek/tok kecuali mereka jenis yang ada disiplin.. tapi kat nurseri yang aku hantar kebaikan dia ada jadual dan satu lagi advantage ialah dari segi pergaulan mereka bersosial berkawan dan sebagainya.

      So biasanya aku sarankan hantar ke nurseri aje sebab banyak kebaikan tapi nak hantar memana pun pertama sekali minta kepada Allah dipermudahkan segala urusan kita, kedua buat survey nurseri tu elok ke tak dan sebagainya. seterusnya kita tawakal aje la bila dah buat pilihan.. Insya'Allah anak aku dah sekolah dah pun takda masalah.. Alhamdullilah ALLAH permudahkan segala urusan.

      Padam
  4. Bhai Noob...

    Gua dari mula kawin sampailah sekarang nih... anak dah ader 4 orang.... gua takder la nak antar diorang kerumah mak bapak... lagipon dari dulu lagi gua suka duduk negeri lain (jauh dari keluarga) ....

    Kalo diorang nak datang dan jaga anak gua masa diorang melawat tue... yang itu gua tak kisah.... skali skala...

    BalasPadam
  5. mama shira jaga anak sepupu kepada abah shira... Dua2 kerja petronas.. Tak nak hantar taska dan amek org gaji sbb fobia dengan faktor kecuaian.. Hntr rumah Shira dari jam 7.45 pg sampai 7 malam (kuat OT ni)... Bdk2 tu always mengamuk, nak suruh dukung dan nak dengan mama Shira ja... kdg mama selalu bising penat, letih... umur mama baru mencecah 50 tapi banding dngn kwn2 dia mama nmpk tua sbb keletihan... Nk cakap dngn duaorang tu x sanggup... sbb waris kan... ntah la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. guna orang tengah untuk bercakap bagi pihak mama shira?

      -oyen-

      Padam
    2. tu la masalah jadi orang tua tak sampai hati nak cakap
      walau khudrat tu sebenarnya tak berapa ok pun..

      kita sebagai anak cuba perihatin sikit kat babysitter tu pun
      mentang2 la mak ayah atau saudara sekalipun..

      mudahkan orang insya'Allah tuhan akan mudahkan hidup kita..
      kita susahkan orang kerja tinggi mana pun takan senang dan mudah mana hidup kita..

      Padam
  6. aku dan sepupu sepapat yg lain semua dibesarkan oleh opah n atok aku masa parent masing2 keje.

    aku ada makcik yg baik & taknak nyusahkan opah aku.. so dia hntar anak dia kat nursery..

    last2 opah aku majuk.. katanya makcik aku ni x percayakan dia sbb bg org lain jaga...

    nk pujuk punya pasal.. last2 semua cucu dia 12 org dia jaga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. true story.. sometimes nenek dan atok tak kesah berpenat lelah.. asalkan dekat dengan cucu-cucu.. bagi dorang, selepas anak, cucu la permata hati pengarang jantung..

      macam mak mertua aku, katanya nanti dia pencen, dia nak jaga cucu-cucu je.. tapi still nak ambik bibik sorang untuk uruskan rumah, masak, baju..

      Padam
    2. tapi tak kesian ke.. kalau nak suruh jaga cucu tu kerja rumah lain pun nak uruskan memang penat so bagi la bibik satu untuk tolong uruskan benda lain..

      Tak kesian kat mak/ayah ke?

      Padam
    3. Anon.. sebab kesian la makcik aku hntar nursery .. tp opah aku punya merajuk... adoyayy susah nk pujuk.. lebih2 lagi org tua punya tahap sensitive.. beberapa bulan opah aku xnak cakap ngan anak dia tu..

      tp alhamdulillah sebab family aku jenis x lepas tangan..

      kain baju anak2 masing2 basuh. ada yg masak siap2 before hantar.

      so, aku rasa semua ni terpulang pada nenek/atok/opah masing2. maybe betul ada yang tak suka tapi terpaksa.. & ada juga yg suka.

      opah aku jatuh dlm kategori suka bersama cucu2 dia..

      Padam
    4. Kalau jenis suka jaga cucu tu ringankan beban dia yang lain..

      Jangan la bagi semua dia buat..

      Padam
  7. Masa aku tak kawen lg,mama aku kata kat kami adik beradik,"nanti hgpa ada anak,mama takmo jaga tau.biaq hgpa jaga sendiri,nanti kami dah tak rindu kat cucu,sesekali balik,baru rindu tu ada kat cucu"..
    Bila aku dah kawen,n dpt anak,berpantang kt umh mak,dh hbis pantang,siap cadangkan pulak,"biaqla mama jaga dia,hgpa mai la balik hujung minggu,sian kat hg jaga anak sorg2 (aku ngn suami PJJ).
    Hehhehe..tapi aku tekad gk jaga anak sendiri..
    Sepupu aku,mak mertua dia jaga kan anak dia,bila mak mertua tak sihat,mtk lak mak dia jaga,padahai,mak dia mmg duk cakap tak larat nak jaga dah tapi mengenangkan tu cucu,amek jugakla jaga..
    Hmm..ada mak kawan aku lak,siap warning awai2..kalau nak dia jaga cucu dia,siapkan bibik sorg.So,kawan tu pun terpaksa la cari bibik jugak,pdahal mak dia tu pun dah ada bibik sendiri.
    Macam2 ragam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus Mak tu :) penat jaga cucu lagi yang naka-nakal tak dengar kata..

      Padam
    2. sekurangnya kita bg depa rehat,jalan2 ka,p ngaji kat surau ka,buat la apapun melainkan jaga budak.mmg la kita bayaq,semua perbelanjaan anak kita tanggung,tp rasanya tak sama dgn kita bg masa utk depa rehat,n bg depa duk ngn cucu depa bila kita balik kg utk bercuti..
      Best apa,kita tepon depa,depa tanya cucu depa buat apa."mai nak cakap sat ngn dia"..padahai cucu tu cakap pa pun takleh lg.duk dgaq sora oeh oeh ja kt tepon..kalau depa tanya khabar pun,sat ja tny pasai kita,yg lain,suma tnaya pasai cucu depa..setengah jam ckp epon,5minit ja cakapa pasai anak depa,yg lain semua cakap pasai cucu ja.nasihat itu ini...
      best apa camtu...

      Padam
    3. Yea aku duduk hantar kat nurseri.. mak aku boleh pi memana dia suka
      senang takda terikat dengan cucu.. cucu balik nurseri main la ngan cucu..

      Dah tua ni masa untuk mereka rehat.. Kalau kita tak buat macam tu esok kita tua tuhan balas kat kita pulak.. hohohoh.. Padan muka..

      Padam
    4. yo lah..takpala..terpulang hgpa kan?aku takmo..nak bg makpak aku berehat..biaq depa nak dating p mana pun...

      Padam
  8. Alasan tak nak kasi org lain jaga takut kecuaian itu adalah alasan org yang kedekut nak kluar duit sendiri. tak abis2 nak perabis beras mak bapak. Perkara gini memang banyak berlaku dikalangan anak2 yang bekerjaya. bukan setakat suruh mak bapak jaga dan hantar/ambil anak ke sekolah. ade yang lagi teruk duit makan/susu ngam pamper pun mak bapak kena kluarkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ada anak dah tangung bila anak kawin cucu pun kena tangung haish..

      Padam
  9. Mak aku memang terang-terang cakap tak larat jaga cucu.. So anak-anak dia jaga sendiri la anak-anak hahaha.. Tapi memang kitaorang takda pun nak suruh mak jaga dah la masa kecik dia jaga adik beradik (sebab nenek meningal dan dia anak sulong) dah tua taknak nak suruh dia jaga cucu pulak haih.. bagi la rehat beramal ibadah etc.

    Ala hantar je kat baby nursery .. mudah senang.. Hantar kat Tok/Nenek ni ada banyak keburukan yang aku nampak.. akan jadikan anak-anak tu melampau sebab tok/nenek ni akan manjakan gile cucu diaorang jadi spoil aku banyak tengok budak jadi spoil bila dibesarkan oleh nenek.. memang tak semua tapi kebanyakan kes yang aku nampak memang spoil habis..

    Satu lagi hantar kat babysitter, tok/nenek, ni bila diaorang ada kerja ada urusan dah susah ko kena cuti la apa.. Kalau hantar baby nursery ada orang akan rotate musti ada orang jaga.. sebab biasanya kakitangan ramai.. terlatih..

    Walaubagaimana pun nursery ka babysitter ka especialy orang luar ni kena survey2 juga bukan semuanya elok.. kadang-kadang buat la spot check.. Ada kawan aku nak ambik anak dia kat babysitter sekali sampai rumah babysitter tu tengok anak dia dok bogel tak pakai baju etc.. duit ambik tapi tak jaga betul.. pun.

    Apapun hargai la ibu bapa sementara ada.. kerana mereka dah susah payah jaga kita kita pula jaga la anak kita sendiri..

    BalasPadam
  10. betul la awak...eyza pun perhatikan sekarang ni situasi macam ni sering berlaku.

    dalam kalangan sedara eyza pun ada buat mcm nie...mak bapak pi enjoy jalan2...anak2 hantar rumah tok/tokwan...rasa mcm nak penyek2 jea orang macam nie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau jenis macam tu memang patut kena pijak je...kalau anta anak kat rumah tok/tokwan sebab keja tak pe la lagi..

      Padam
  11. kalau ikut hukum agama bukan x boleh ke?

    BalasPadam
  12. bagi aku klau mak bapak aku duduk dekat dgn rumah aku, aku akn mintak dorg yg jaga..n kadang2 mak bapak sendiri yang mintak nak jaga..tapi sebagai anak kena la bertanggungjawab..bg duit kat mak bapak tiap2 bulan sebagai 'upah' untuk dorg..tak kn nak suruh jaga free je..pastu beli kan barang rumah utk mak bapak...kat situ kt da boleh kurg kn beban dorg walaupon kt menambah 'beban' suruh jadi babysitter...

    lagi satu dgn cara ni boleh merapatkn hubungan tok/tok wan dgn cucu...

    *saya sokong mak bapak sebagai babysitter cucu sendiri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sokong! aku kalau mak n bapak aku duduk area dengan rumah aku, mmg aku nak suruh mak aku je yang jaga.. tapi segala perbelanjaan, aku ler yang tanggung. kalau nak suh hantar ke sekolah, upahla pakcik van.. tapi mak bapak aku dok jauh drpd aku la pulak. huhuhu

      Padam
    2. betul tu..segala perbelanjaan kita yg tanggung...mak bapak cuma tolong jenguk kn je n bg makan..sekurang2 nye kalau mak bapak yg jaga dorg boleh
      guide anak2 kita utk solat,ajar mengaji..

      Padam
    3. Sebenarnya lagi bagus kalau dibekalkan sekali org gaji.Letak kat umah makbapak tu.Tujuan hantar kat parents sdr sbb x percaya kat org lain kan?Jadi,apa apa hal depan mata toknenek,tp at the same time,toknenek ni masih boleh goyang kaki.Bibik wat keje,depa duk monitor saja.

      Padam
    4. Betul tu Anon July 4, 2013 at 12:27 PM

      aku sokong kalau hantar kat mak ayah masa sama ringankan beban diaorang bagi bibik ke apa..

      Masalah dah la hantar kat mak bapak jaga pastu tak ringankan beban diaorang.. macam hamba pulak jadinya..

      Padam
    5. betul jgk tu..alang2 suh bibik tu keje kat dua rumah..pagi anta pegi rumah tok/tok wan..ptg bawak balik rumah sendiri pulak..

      Padam
    6. anon 2:23, silap2 hari bulan bibik tu terus bawak balik ke negara dia.. muahaha

      Padam
    7. jenis tak percaya kat orang nak buat macamana..
      bekalkan orang gaji/bibik pun tak boleh percaya jugak hahaha..

      kesian dekat mak bapak yang ada anak macam ni..

      Semoga mereka dipermudahkan dekat akhirat kelak sebab telah susah payah menjaga anak dan cucu di dunia..

      Padam
    8. Nati bibik tu pula yg komplen karang,penat sagt kene kerah keje dua rumah!Waduh waduh ini tidak adil buuu!Hahaha!!

      Padam
  13. benda yang sama jadi kat aku dan isteri...kewajaran bagi mak ayah kita jaga anak kita adalah trletak pada diri kita sendiri...memang lah kita fikir takut nak hantar anak kat nursery, atau bagi orang gaji jaga...mungkin kita takut jadi apa2...tapi mak ayah kita pun manusia, kalau anak2 kita jadi apa2 masa dalam jagaan mereka, bukankah tu lagi teruk dan boleh menimbulkan trauma dan keretakan dalam hubungan masing2? apa pun, fikir lah elok2 mana yang bagus, yang penting tawakal..benda kalau nak jadi, tetap akan jadi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Burung tingal anak dia tawakal je kat Allah.. :) Allah jaga anak dia..

      Manusia ni macam2 fikir.. sebab jauh dari Allah.. pastu susahkan mak bapak lagi..

      Doa banyak semoga dipermudahkan InShaAllah.. ok je..

      Padam
    2. lebih baik 'terjadi' dekat mak bapak sendiri drpd 'terjadi' dekat nursery/orang gaji..nanti mesti rase ralat gile..

      Padam
    3. My MIL pernah mintak nak jaga. tp sy plk tk nak bg sbb nya dia nak anak ktorg tggl dgn dia terus hny ambil hujung mnggu je.. hehe..

      Padam
    4. Kalau nak "terjadi" siapa jaga pun akan terjadi.. Semua atas kuasa dan izin tuhan jua..

      Dah tak percaya kat tuhan ke?

      Padam
  14. Orang sekarang banyak hantar kat mak ayah atas alasan kerja atas alasan nurseri tak bagus la apa.. atas alasan kasih sayang tok/nenek tapi dalam hati mak ayah diaorang tak tahu..

    Tapi tuhan tahu, dan tanpa sedar sebeanrya tuhan turunkan balasan buat kita yang tak sedar-sedar diri ni.. tu yang kerja makin banyak presure makin naik.. duit pun asik tak cukup je.. Nak buat macamana dah takda keberkatan..

    Jadi senangkan mak ayah bagi la mak ayah senang dan dapatkan keredhaan dan keberkatan supaya dipermudahkan hidup.

    Atas apa alasan sekalipun kita sebagai anak hargailah jasa-jasa mereka. menjaga dan membesarkan kita pun kita tak dapat balas lagi.. sekarang tangungjawab kita jaga anak pun kita nak suruh mereka buat..

    BalasPadam
  15. dulu ak pernh terfikirkan hal ni, bila ak tgk sedara ak anta anak2 mereka kat rumah atuk sy, pd sy patut ka? kan diorg patut sibuk untuk berehat tp tmbh beban untuk jaga cucu, tanya kat kwn2, tp disebbkan semua lom kawin soklan tu jd tergantung saje..... klu ak xkan buat la anta anak sendiri untuk mak ayah sendiri jage, tp dlm hati sekali terdetik ni semua salah manusia kapitalis yg memaksa suami dan isteri terpaksa bekerja jugak untuk menyara keluarga SEBB X CUKUP, itu bukn semua org sedr sebb berlindung sebalik mcm2 sebb dr pendpt diri sendiri, dan harga barangan akan meningkat tanpahad(mungkin ckp dah sekat tp xkan tersekat punya kalau cr kapitalis masih diamalkan)... mana tau mungkin satu ari nanti anak2 yg tahap sekolah menengah terpaksa keje juga nak sara keluarga, ntah la......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekejap ak sekejap sy..SEBB..ayat ko tulis memang jahanam..x paham aku!!

      Padam
    2. LoL Faiq sabor je ler hahah...

      Padam
  16. Itulah.. Dulu suruh anak kawin cepat tanpa kira dia mampu ke x. Dah kawin suruh pula beranak cepat2 tanpa kira dia mampu ke x. Dah beranak, x mampu nk bayar babysitter, takut kena dera bagai, hantarla kt mak bapak. Kenapa nak mengeluh jaga cucu? Bukankah itu yg ramai parents mintak dari anak mereka? Konon nak timang cucu cepat. Ha, timangla puas2.

    Yg pasangan muda pulak, x mampu besarkan anak (biaya anak, didikan) jgn beranak. Ini tak, org ada anak dia pun mau. Tp ramai yg takat pandai tayang anak kt facebook, sorong merata2 buat hiasan utk kawan2/ sedara lps tu komitmen jaga dan didik lepas kt ibu bapa sendiri. Anak kecik lg tp perangai mcm setan salahkan org lain selain diri sendiri. Sungguh mudah jadi ibu bapa zaman skrg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sokong!Itu belum lagi termasuk golongan yg sokong gegiler anak-anak diorang kawin awal,alasan rezeki akan melimpah ruah,perkara baik lg halal jangan dihalang bagai,berapi-api beking tu guna segala fatwa homaii konon nak elakkan zina bagai bukan nk tarbiahkan diorang,sekolah belum habis lg sudah bagi kawin,umur 14 kawin sama 16,umur 12 kawin sama 14,lepas kawin duduk rumah mak apak memasing,bila diorang nk xxx bagi jumpa,lepas tu beranak,sudah tentulah atok dgn neneknye yg kena jage.Tapi yg ini salah siapa???Salah mak apak bebudak sekolah itulah,padanlah muka.Jangan komplen sebb diri sendiri yg x sokong perkara tu.Amekaw!

      Padam
  17. Cuba tanya anwar ibrahim.. sapa jaga nurul izzah masa kecik semasa Anwar & Isteri dia tu pergi menjalankan kerja-kerja politik semasa dalam UMNO dulu... kah kah kah!

    BalasPadam
  18. Pas Terengganu tidak mengendahkan saranan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, sebaliknya berpendirian tegas akan bertanding di situ.

    Pesuruhjaya Pas negeri, Abdul Wahid Endut berkata, tidak timbul soal memboikot PRK DUN Kuala Besut kerana Pas negeri bertekad mahu memenangi kerusi di DUN itu biarpun tewas majoriti 2,434 pada pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

    Beliau berkata, tiada istilah boikot ketika ini kerana Pas negeri tidak bercadang memberi laluan mudah kepada Barisan Nasional (BN) untuk memenangi kerusi itu dengan ‘percuma’.

    “Tidak timbul boikot PRK ini kerana baru-baru ini ada yang mahu boikot angkat sumpah di Parlimen tetapi akhirnya pergi juga angkat sumpah, jadi, kita tetap dengan keputusan kita yang akan letakkan calon Pas di DUN Kuala Besut.

    “Kita juga telah bermesyuarat dan telah senarai pendek calon yang akan bertanding serta telah kerahkan jentera untuk buat persiapan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia tentang kenyataan Guan Eng dalam majlis di Kulaijaya, Johor semalam, yang menyarankan agar Pas memboikot PRK DUN Kuala Besut ekoran isu dakwat kekal dalam PRU-13 yang didakwanya tidak ditangani oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    Kenyataan itu kemudian diulas Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang menyatakan cadangan Guan Eng itu akan diteliti di peringkat Majlis Presiden Pakatan Pembangkang sehingga menimbulkan persoalan adakah Pas akan memboikot PRK berkenaan.

    Ditanya sama ada kenyataan Mustafa bersifat peribadi atau mewakili parti, Abdul Wahid berkata, beliau tidak tahu berkenaan perkara itu kerana masih belum berkesempatan menghubungi Setiausaha Agung Pas itu.

    Bagaimanapun Abdul Wahid menegaskan, keputusan parti adalah mahu bertanding pada PRK berkenaan.

    Menurutnya, Pas negeri telah pun menyenaraikan nama calon ketika ini dan akan mengumumkan mereka selepas SPR memaklumkan bila tarikh PRK akan dijalankan.

    Abdul Wahid turut membayangkan calon anak tempatan akan diturunkan.

    “Kita telah senarai tiga hingga empat orang dan terdiri daripada mereka yang pernah bertanding, mereka yang belum pernah bertanding, ada lelaki dan juga perempuan.

    “Soal Ustaz Azhar Idrus adalah calon, saya tidak tahu tetapi beliau bukan dari Kuala Besut, beliau dari Ladang dan beliau juga saya difahamkan tidak minat untuk menyertai politik,” katanya ketika menjawab khabar angin bahawa penceramah bebas popular itu bakal diletakkan sebagai calon.

    Beliau turut menafikan kerusi DUN Kuala Besut akan diberikan kepada Parti Keadilan Rakyat (PRK).

    “Saya telah berbincang dengan Azan Ismail (Pengerusi PKR Terengganu) tentang perkara ini dan saya rasa tidak ada masalah untuk beri laluan kepada Pas kerana pada asalnya kawasan itu ditandingkan Pas dan saya jamin tiada pertindihan akan berlaku kecuali calon bebas,” jelasnya.

    BalasPadam
  19. Saya sayang nenek dan atoq4 Julai 2013 pada 3:32 PTG

    mak ayah dulu2, diorang bekerja untuk kebahgiaan keluarga..mcm ala kadar..waktu kerja, kerja...waktu lapang..fully habiskan bersama keluarga. Dan ada isteri yang jadi suri rumah sepenuh masa..sebab taraf hidup dulu, walau gaji RM2000, boleh tampung 5 orang anak.

    Zaman sekarang, kos hidup meningkat. Akibatnya, mak ayah terpaksa bertungkus lumus cari duit dari siang sampai malam. Kebanyakkan akan cari kerja swasta untuk dpt gaji lebih, dan kerja swasta waktunya bukan mcm kerajaan. Kadang2 kerja pagi sampai malam.

    Faktor ni sbb kan parents terpaksa anta anak diorang untuk org lain jaga terutamanya yang masih berumur 3 tahun kebawah. Untuk yakin, mak@ayah@nenek@atuk yang kita percaya utk jaga.

    Benda ni kita x boleh nak wat keputusan tepat, melainkan kita amalkan hidup sederhana mcm org dulu2..tpi nak ke kita mcm tu? Semakin hari barang makin naik, nak jaga 2 orang budak pun kos dah banyak. Dulu2 10 orang anak pun mampu~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang pun kita masih mampu buat mcm dulu, kalau isteri/ibu dapat masak dirumah. Sekarang kebanyakan isteri bekerja dan x mampu sediakan makanan untuk suami dan anak2. Kos makan di luar amat tinggi. Gaji RM3000 - RM5000 masih lagi x mampu tanggung kos hidup keluarga untuk sebulan.

      Marilah kita cuba balik pada dulu suami kerja dan isteri di rumah. Masalah ibubapa jaga anak mungkin berkurangan. Insyallah..

      Padam
    2. Ada orang hidup sederhana pendapatan kecil masih mampu jaga anak sendiri serta hidup bahagia..

      orang berpendapatan tinggi masih tak mampu? :) kenapa yea?
      periksa la diri kita mana kita salah dan silap..

      mungkin rezeki kita tak berkat jadi kehidupan kita disempitkan walau gaji banyak mana pun..

      Padam
    3. Sokong tanpa nama 4 Julai 2013 5:20 ptg :)

      Kadang-kadang tu pula rezeki Allah saja tangguh-tangguhkan atau x bagi langsung,sebb org tu dah ada simpan niat tak elok kalau dia dapat rezeki tu,Contohnya anak,Ada org yg sgt risau dah kawin lama tapi anak x lekat-lekat lg,sebb apa?Mungkin juga sebb org tu dah pasang niat nati kalau dapat anak,nak ibu dia yg jagakan,Semua perkara yg berlaku mesti bersebab :)

      Padam
    4. Tanpa Nama 4 Julai 2013 8:42 PTG

      LIKE 1111+

      Padam
  20. rasanya mmang tak patut bg mak ayah jaga..takat nak jumpa hujung minggu boleh la..lagipun,kalau mak ayah kita ada sakit darah tinggi ke,sanggup ke kita nak bagi mak ayh kita terpaksa berpanas ambik anak kita dekat sekolah? Riasu kot2 mak ayah jadi sesuatu..risau kot..huhuhuhu..

    walaupun saya belum kahwin,tapi saya nampak banyak keburukan dari kebaikan bila mak ayah kita jaga ank2..lebih baik kita bagi mak ayah kesenangan dengan tiap2 pagi bagi mereka pi surau,mengaji agama,ikut kuliah,join geng sembahyang jenazah..

    BalasPadam
  21. Baru je hari Rabu lepas aku nampak seorang atuk dengan seorang cucu laki dia pekena sup kat restoran. Tahu apa benda pertama terlintas dalam kepala bana aku? Mak ayah dia sibuk bekerja. Tapi itu jam 8-9 pm something. Ok mak ayah dia SANGAT sibuk bekerja.

    Kesian siak aku tengok. Yelah what the hell an old doing in restaurant 8-9 pm at night? Waktu macam ni tak kat masjid/surau, mesti tengah sedap baring sambil peluk isteri tercinta sambil layan news kat tv. Ini tak, dia dok sibuk jaga cucu dia.

    For fcuk's sake, let the old man get some rest!

    BalasPadam
  22. aku, mak aku yg sentap aku nak htr anak kat nursery. cam kekdah, tak caya kat dia. aku dah cadangkan nak amik org gaji, letak kat rumah mak aku. atleast kerja2 rumah mak aku, org gaji buatkan tapi mak aku taknak pasal taknak ada org asing dalam rumah, nnt nak kena jaga makan minum org tu, jaga aurat, jaga harta. lagipun dia kata, kalau dia tak jaga cucu, dia cuma duduk depan tv tgk sinetron. so dia suka la dgn jadual harian dia jaga cucu pasal dia kata, atleast otak dan tenaga dia digunakan.

    pasal mak aku ni jadual pagi dia, gi solat kat masjid dgn ayah aku. then dalam 7am aku htr anak. diorang jaga. petang dalam 5pm aku dah datang amik. malam dia gi solat mgrib dan isya kat masjid. so dia kata waktu ibadat dan sosial masih seimbang. dia suka kehidupan acm tu

    aku rasa, sama ada kasi atau tak kasi nenek atok jaga cucu, ni bergantung pada famili tu sndiri pasal setiap famili latar belakang berbeza kan. apa yg sesuai utk kita, mungkin tak sesuai utk org. cuma yg pastinya, aku mmg tak penah htr anak aku gi rumah mak aku sedangkan aku gi dating dgn laki aku ke. a big no no. kalau weekend aku datang melawat mak aku pun, aku akan jaga anak aku. aku takkan biarkan mak aku jaga anak aku.

    aku rasa semuanya berbalik kepada anak tu sendiri. kalau ada rasa tanggungjawab, jgn pergunakan jasa org tua.

    BalasPadam
  23. aku htr anak aku ke rumah mak ayah aku. duit bukan isunya. in fact, aku bagi duit bulan2 kat parents aku pun lebih daripada kalau bayar pada nursery. money is not the issue here-or at least for me. tapi pasal mak ayah aku nak main dengan cucu.

    BalasPadam
  24. my parents pun dah bersara...tapi tak sampai hati nak suruh derang jaga cucu derang rela lagik hantar kat full time babysitter yg belum pencen walaupun dah berumur juga...hehehehe

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.