Jumaat, 21 Februari 2014

22 Beza ahli perniagaan sebenar VS palsu

Kini adalah zaman orang berniaga. Berniaga merupakan salah satu kaedah utama untuk kaya, selain bernasib baik menang program realiti. Ada yang buka kedai, ada yang menjual barang secara online, ada yang berniaga kecil2an buka gerai burger, ada yang berniaga di pasar malam, ada yang menjual pakaian bundle, ada yang bermain hartanah, ada yang menjual produk melalui secara direct selling, ada yang menjual barang secara MLM, ada juga yang ntah tak tahu berniaga apa tapi klaim diri sebagai ahli perniagaan.


Berikut adalah contoh2 seorang ahli perniagaan yang sebenar dan juga ahli perniagaan yang palsu, merepek dan mengarut ketika menggunakan media sosial.

  • Peniaga sebenar
    Bag Coach baru untuk dijual! Kini hanya RM7,999 sahaja, harga asal RM9,999 (diskaun 20%). Hanya tinggal 5 unit sahaja. Sila PM jika berminat!
  • Peniaga palsu
    Apa itu kebebasan kewangan? Anda semua mesti impikannya. Sehari shopping 10k untuk beg idaman, dulu saya cakap orang tu gila sebab beli beg semahal tu tapi dalam hati berbisik bila la nak merasa macam tu. Alhamdulillah bila kita ada impian dan niat untuk berubah dari kehidupan yang biasa2, ianya pasti menjadi kenyataan. Ayuh, berubahlah sekarang, sertai KAMI!

  • Peniaga sebenar
    Kereta Honda Civic 2.0 terpakai tahun 2013 untuk dijual. Very good condition, lady owner. Accident free. Sport rim Enkei 25" inch original. Selling price only RM100K. Serious buyer only. Location - Klang.
  • Peniaga palsu
    Alhamdulillah, akhirnya dapat juga memiliki kereta idaman. Hari ni baru je tukar nama baby baru saya ni. Sekarang tengah ada kat bengkel untuk dicat warna gold. Tak pernah terfikir pun akan dapat membeli kereta idaman saya selama 5 tahun kerja makan gaji, tapi kini saya tidak perlu bermimpi lagi kerana yang nyata sudah di depan mata. Anda juga boleh menjadi seperti saya dengan #NetworkRichApaKejadah berdezup berdezupppppp! Jadikan impian anda satu kenyataan dengan kami!

  • Peniaga sebenar
    Kini masa untuk rehatkan badan dan minda anda. Lari dari segala kekusutan bandar dan bawa diri anda di tepi pantai yang indah dan nyaman tanpa sebarang gangguan. Nikmati pakej pelancongan ke Hawaii dengan hanya RM9,000 seorang selama 4 hari 3 malam.
  • Peniaga palsu
    Lepas je touchdown kat airport terus pergi lepak tepi pantai. Tapi saya pergi sini bukan setakat saja2 mahu melancong, tapi dengan misi menuju dan melahirkan lebih ramai jutawan melayu. Jika anda mahu merasai pengalaman sebenar seperti kami dan bukan hanya sekadar melihat gambar, jangan tunggu lagi, join kami segera dan jadilah jutawan segera seperti kami!


Nampak apa perbezaan peniaga sebenar dan peniaga palsu? Peniaga sebenar tayang gambar untuk menjual produk, peniaga palsu tayang gambar untuk menunjuk, berbangga dan bermegah2 dengan kekayaan dan kemewahan mereka demi menarik dan mengkaburi mata korang untuk sertai mereka. Peniaga sebenar menjadi kaya dengan produk yang mereka jual, manakala peniaga palsu menjadi kaya dengan mengutip duit2 daripada orang2 di bawah dan di bawah dan di bawah dan di bawah mereka.




tags: ahli perniagaan peniaga bisnes business businessman business woman berniaga jual barang produk sebenar vs palsu tipu karut merepek mengarut kaya jutawan segera contoh post facebook gambar bag coach kereta mewah tempat pelancongan bangga megah menunjuk mlm skim cepat kaya rich network

22 ulasan:

  1. Balasan
    1. Adakah ini juga konspirasi UMNO-BN????

      Padam
    2. Ya, ini memang konspirasi UMNO-BN. Perniagaan menipu ini memang makanan UMNO dulu, kini & selamanya..

      Padam
    3. Dato Seri Anwar, perkataan "dulu" jangan guna.. sebab Dato Seri Anwar juga pernah jadi menteri UMNO jugak dulu.. Guna UMNO kini dan selamanya je ye..

      Padam
  2. peniaga sebenar guna ayat kontot je tp peniaga palsu guna ayat berjela2 ;-)

    BalasPadam
  3. betul.....org kaya pun x kasitau camne nak jadi kaya...klu x caya pi jumpa org2 koporat semua...xde masa dorang nak citer semua tu.

    BalasPadam
  4. Bang, perniagaan palsu mcm umno bn, beri harapan palsu, bdk2 bodo diberi degree utk menutup kelemahan pendidikan mesia, last2 berebut keja dgn bdk2 pandai, kerja buruh dan cuci jamban import buruh luar tgk saja di pudu, yg menyapu tu bukan rakyat tempatan yg xda A SPM tetapi mat bangla dan minah indon.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la pasal.
      tetambah peniaga yang suka meliwat dan tibai cinadol
      dah kantoi pun tak mengaku lagi
      dah tu plak suka suki letak jawatan dan angkat orang yang dah jelas menipu
      40k bangla la, 16 september la..Nabi macam mad kampung biasa la..

      Padam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Berdezup berdezup tk tahan tu...adoi...

    BalasPadam
  7. berdezup2 mancanak-canak du1t br1m masuk kedalam akaun gue, hasil pemberian ikhlas PM kita yang hebat, terima kasih Bar1san Nas1onaL, 1Malaysia!!

    btw Noob-san ap cerita pasal Kassim Ahmad tu? suka2 hati je main2 nama Nabi Muhammad S.A.W.?

    BalasPadam
  8. Wahaha, realitinya mmg berlambak peniaga palsu mcam ko bgtau dlm fb aku...
    Siap buat duit berkipas, susun duit kepok-kepok tinggi, tayang geran kereta Ferrari baru...
    Kelakar!

    BalasPadam
  9. jom follow http://bolalol.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. Ai nampak si noob dah bengang dgn geng2 MLM. biasa geng MLM je yg guna ayat berkias janji kekayaan xmasuk akal income sampai 500 1000 sehari. enough of this shit. xda shortcut utk kaya kecuali menipu merompak dan sebagainya.. n sapa yg join memang bangang tahap 1000 petala langit.

    BalasPadam
  11. Baru2 ni ada la wat group wassup ngn geng2 zaman skolah menengah dulu.sje nak cari balik kawan2 lama mse skolah. Ramai yg dah berkeluarga, keje mcm2..sronok la dpt cntct kwn dulu2.
    Pastu tetibe de sorang kwn post ' ingin jana pendapatan 10k sbln? Pelajari rahsia mengubah taraf hidup sekelip mata dari saya'.siap letak gmbr pakai spek hitam n kereta lancer.
    Then ada sorang member reply ' bila la ko ni nak matang? Orang lain dah ada anak bini..keje pun dah stabil..umo kita dah nak masuk 30 tak lame lagi..ko kwin pun tak..dok wat benda mcm budak2 ni lagi..ko takde matlamat hidup ke?'.
    Hahaha..burnnnnnn.mmg padu ayat mamat tu kena. Btul la..kita semua dah keje pun elok2.jawatan pun bukan kuli2 lagi.ada bini dan anak2. Sepatutnye mula la pikir secara matang. Smpi bila la nak wat keje bodo cmtu.malu kat kwn2 lme.

    BalasPadam
  12. nak berjaya, kena jujur. baru berkat hasil RM .

    p/s : tak semua MLM tipu :)

    BalasPadam
  13. haha PON.. ko rasa agak2nya aku ni peniaga sebenar atau peniaga palsu? kikiki

    -admin-

    BalasPadam
  14. Saya peniaga tudung sebenar..Click di sini kalau nak beli tudung..tengok2 dulu pun boleh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah la. Lupa pulak nak promote dah alang2kan.. Sapa yang berminat dengan pelikat atau batik pants. Bolehla lawat blog saya ye. InsyaAllah dalam minggu ni akan ada stok baru.
      masyghulonline.blogspot.com

      -admin-

      Padam
  15. Zaman kapitalis dgn penuh penipuan yg sungguh licik.. jika nak kaya..kenelah menipu dgn bersungguh2.. belajar bersungguh2 untuk menipu..jika nak jadi baik, masuk gua dan bertpa..insyaallah akan jadi alim mcm nabi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cmne ko tahu nk kaya kna menipu..? Sndri pon masih miskin, ada hati nk ajar org lain cara nk kaya..

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.