Selasa, 11 Februari 2014

70 Sikap kebanyakan orang Melayu dalam perniagaan

Satu2nya cara nak jadi kaya, jutawan atau billionaire adalah melalui perniagaan atau buat bisnes. Kat Malaysia pun, semua jutawan dan hartawan menjadi kaya raya melalui perniagaan. Kalau kerja makan gaji, sampai bila2 pun agak sukar nak jadi jutawan, mewah tu mungkin ya kalau gaji sebulan kau RM10K dan ke atas, tapi kalau nak jadi kaya, nak tak nak memang kena berniaga.


Mengikut ranking yang dikeluarkan oleh Forbes, berikut adalah 50 orang yang paling kaya dalam Malaysia (data terakhir bulan Februari 2013):


Daripada 50 individu yang terkaya ini, 14 daripadanya sudah bertahap billionaire. Orang Cina menguasai ranking ini sebanyak 33 orang, orang Melayu 10 orang, orang India 6 dan lain2 seorang. Yang pasti, diorang semua ni kaya melalui bisnes dan perniagaan, bukan kerja makan gaji, bukan main bola, bukan MLM, bukan skim piramid cepat kaya.

Apa yang aku nak highlight kat sini bukan pasal 50 orang terkaya ni, tapi cuma sebuah persoalan, kenapa bilangan orang Melayu yang kaya jauh lebih sikit berbanding orang Cina yang kaya walaupun kaum majoriti di Malaysia adalah orang Melayu? Nak kata tak ramai orang Melayu yang berniaga, ramai jugak, tapi kenapa bisnes orang Cina nampak lebih maju dan mendatangkan untung berbanding bisnes orang Melayu?

Ini kerana semuanya berbalik kepada sikap. Ada satu sikap orang Cina yang orang Melayu kurang dalam perniagaan, iaitu mengutamakan "CUSTOMER SATISFACTION" atau KEPUASAN PELANGGAN. Walau tak semua peniaga Melayu macam tu, tapi kebanyakannya memang tidak mengendahkan faktor ini.


Ramai peniaga Melayu yang bila kau pergi masuk premis perniagaan dia, mereka buat tak tahu, endah tak endah, tak layan dan tegur kau sehinggalah kau tegur dia dulu, kadang2 muka kelat gila langsung tak senyum, bila tanya sepatah jawab sepatah, tak ramah dan macam2 lagi sampai kau rasa taubat la ini lah kali terakhir kau masuk kedai dia. Berbeza dengan kedai Cina, baru masuk je ko dah disapa dan disambut dengan senyuman, kalau ko tanya 1 dia jawab 10, dan kalau ko tak nak beli apa2 pun dia akan cakap "terima kasih, datang lagi".

Ada juga peniaga Melayu yang jenis peramah, ambil hati gila2, tapi itu cuma sebelum dapat suatu projek, siap tawar harga murah gila2, tapi lepas dapat je projek, buat kerja ala kadar asal siap, lepas tu bila ada problem call susah nak angkat dan tak jawab, hantar emel tak balas, janji nak buat preventive maintenance 4 kali setahun, datang sekali je lepas tu terus senyap. Ramai peniaga Melayu yang "AFTER SALES SUPPORT AND SERVICE" atau LAYANAN DAN KHIDMAT SOKONGAN SELEPAS JUALANNYA memang fail gila. Buat baik masa nak dapat bisnes je, bila dah dapat terus buat macam tahi, tapi tahu2 kereta dah keluar baru.



Sama juga macam kontraktor2 Melayu yang buat kerja2 renovation atau pembaikian rumah. Memang tak dinafikan harga yang mereka tawar lebih murah daripada kontraktor Cina, tapi asal nak start kerja mesti mintak duit dulu, selagi tak dapat duit kerja tak jalan. Kerja pulak selalu tak ikut jadual dan lambat. Kadang2 je nampak muka kat site, yang lain semua dia serah bulat2 kat pekerja2 Indonesia tanpa pengawasan sampai banyak benda yang tak ikut spesifikasi kita. Lepas tu bila duit tak cukup sebab tertawar murah, diorang akan start buat hal.

Beza dengan kontraktor Cina, bila dia dah siapkan sampai ke satu tahap dan kita dah puas hati, baru dia mintak duit. Kerja pun ikut jadual, teratur dan cepat, so kalau ko bayar mahal sikit pun takpe sebab ko rasa puas hati. Kontraktor tu pulak setiap hari lawat site dan check kerja2 pekerja mereka, kalau nak buat apa2 diorang akan tanya customer dulu. At least ko ada peace of mind, takdelah tiap2 hari kepala ko pening dan hati ko sakit.


Kalau kau pergi kedai Cina macam bengkel kereta, ko suruh dia buat sesuatu, memang lepas tu biasanya diorang rekomen macam2 suruh tukar itu, tukar ini, tapi at least dia bagitau apa benda yang rosak dan perlu ditukar, dan mereka pun akan suruh datang balik kalau ada problem. Kalau kedai Melayu, kau suruh buat A, dia buat A, buat B, dia buat B, which is baguslah dia tak rekomen macam2, duit pun save. Tapi nanti bila ada problem lagi, ko kena pergi lagi kedai, tukar yang lain pulak, ada problem lain pulak, ko kena pergi balik, sebab asalnya dia tak bagitau pun.

Itu belum cerita kedai2 Melayu yang kadang2 pukul 10 pun belum tentu bukak lagi. Aku pernah nak pergi bengkel cat kereta, pergi kedai Melayu pukul 11 baru bukak, aku tengok kedai cat kereta lain orang Cina punya yang sederet dengan kedai tu pukul 8.30 dah start bukak.


Sebenarnya ramai peniaga Melayu yang tak sedar pasal pengiklanan percuma yang paling efektif tanpa mereka perlu keluarkan satu sen pun untuk belanja pengiklanan, iaitu PEMASARAN MULUT KE MULUT atau "WORD OF MOUTH MARKETING" dengan testimoni yang baik dan recommendation daripada pelanggan. Kalau perniagaan kau bagus, beri layanan baik kepada pelanggan, pelanggan pun sangat puas hati dengan perkhidmatan kau, tanpa kita sedari para pelanggan ini secara tidak langsung akan promote dan recommend bisnes kita kepada kawan, kenalan dan keluarga mereka secara mulut ke mulut, melalui media sosial seperti blog, Facebook, Twitter dan lain2, dan ini secara tidak langsung perniagaan kita akan bertambah maju dari masa ke semasa.



Namun jika sebaliknya perkhidmatan yang kita berikan sangat buruk, teruk dan tahi, secara tidak langsung juga ia akan jadi buah mulut pelanggan dan kalau kita fikir2 secara logiknya, rasa2nya mereka akan promote dan rekomen tak bisnes kita kepada orang lain? Mereka bukan sahaja tidak akan rekomen, malah akan cakap benda2 negatif seperti "janganlah pergi kedai dia, servis tak bagus" atau "jangan beli daripada dia, menipu je kerja". So dengan reputasi yang buruk, secara tak langsung bisnes kita akan semakin menurun sikit demi sedikit.


Macam kau bukak restoran atau kedai makan, kalau makanan2 kat kedai kau sangat sedap, harga pulak murah dan berpatutan, tengokla dalam beberapa hari je pelanggan kedai kau akan semakin bertambah, pelanggan yang pernah datang akan bawak kawan2 dia, kawan2 dia akan cerita kan kawan2 dia, kawan kepada kawan2 dia pulak akan promote kat kawan kepada kawan kepada kawan dia dan seterusnya, dan secara tak langsung kau akan dapat ramai pelanggan tetap dan yang baru.

Tapi kalau masakan2 kat kedai kau tu dah lah tak sedap, harga mahal pulak tu, rasa2nya pelanggan yang datang nak promote tak kat orang lain? Silap haribulan itulah kali pertama dan kali terakhir dia datang kedai kau, dan setiap hari kau akan dapat sikit pelanggan yang pertama kali datang kedai kau sebab dia tak tahu makanan kat kedai kau tak sedap tapi harga cekik darah. So rasa2nya berapa lama boleh bertahan kedai kau tu?


Aku tak kata semua peniaga Cina bagus, dan semua peniaga Melayu tu tak bagus, tapi realitinya kebanyakannya memang macam tu. Sebab tu aku dah agak serik dengan bisnes orang Melayu, bukan kerana tidak mahu tolong kaum sendiri, tapi kerana aku dah banyak kali terkena dan tak nak sakit hati. Aku hanya akan pergi kedai orang Melayu kalau orang tu aku betul2 kenal, kedai kawan aku atau kedai2 yang aku dah biasa pergi dan direkomen oleh kawan2 aku yang reputasinya bagus. Selain daripada tu, baik aku pergi kedai Cina.

Selagi ramai peniaga Melayu tak nak ubah sikap, selagi itu lah peniaga2 Melayu lain yang betul2 bagus, rajin dan mengutamakan serta menghargai pelanggan mereka akan terkena tempias, dan selagi itulah kaum2 Cina akan terus menguasai ekonomi negara kita, malah silap haribulan orang India yang kaya akan lebih ramai daripada orang Melayu yang kaya.

So ingatlah, dalam sebuah perniagaan, hanya kualiti produk yang anda jual dan kualiti perkhidmatan yang anda berikan yang akan bercakap untuk anda, bukan iklan, brochure, pamplet, banner, bukan faktor Melayu tolong Melayu dan lain2, terutama sekali kereta mewah dan duit2 yang korang tayang kat Facebook. Dan bagi aku juga dalam bisnes tiada istilah nak tolong Melayu, tolong Cina, tolong India, tolong sapa2, takde istilah "Buy Malay First, Buy Chinese Last". Dalam bisnes siapa yang dapat memberikan perkhidmatan paling baik dan paling dapat memuaskan hati pengguna serta pelanggan, maka dialah yang akan di depan.




tags: sikap melayu dalam perniagaan bisnes kaum cina melayu malaysia richest man guy forbes ranking rating orang paling kaya terkaya jutawan dermawan hartawan millionaire billionaire after sales service support khidmat sokongan dan layanan selepas jualan customer satisfaction kepuasan pelanggan pengiklanan pemasaran mulut ke mulut word of mouth marketing advertising malas tak jaga pelanggan

70 ulasan:

  1. Balasan
    1. saya juga peniaga melayu dan saya menetapkan standard yg tinggi kpd servis yg diberikan. anda boleh lihat disini...cewah...

      http://www.lorisewa.officialsite.my/v1/en/about-us

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. Orang cina ramai yang kaya sebab bisnes judi, arak, dadah, jual perempuan, rumah urut, ah long, tipu orang.. Boikot!

      Padam
    4. list ni x betul sebab takde taib mahmud. lagipun syed mokhtar org arab bukan melayu. so melayu terkaya start kedudukan ke 12

      Padam
    5. @ Perkasa... Orang Cina jual dadah ,jual perempuan, Ah long ...ko rasa kaum mana yg paling banyak beli dari diorang? MELAYU gak !

      Sekurang2 nya diorang dapat untung...melayu plak kerja perabih duit jer.
      Kalau duit sendiri xper gak...nih duit surau pon nk kebas...

      http://mynewshub.my/2014/01/30/curi-duit-tabung-surau-lelaki-dipenjara-12-bulan/

      Padam
  2. Yang terbaik layak diiktiraf
    yang terbalik perlu naik taraf :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum,

      Maaf, i nak tumpang beritahu & perlu beritahu manfaat penting bagi kita semua umat islam di negara ini.

      Tolong klik & baca di sini->http://anjungrakyat.blogspot.com/2014/01/cinta-lanang-gabrul-final-conclusion.html

      Klik dan baca cara bagaimana orang islam keluar dari sistem penghambaan dunia moden ini.

      Padam
  3. Hidup Melayu...skg zaman dh brubah noob. ni sume budya generasi X dulu. ko tau tak skg pekerjaan susah nk dapat? byk ank2 muda MELAYU skg dh start ade bisness sndiri. kebyakannye bisness on9 je. jual tudung pun cecah 100k sbulan. skg klu ko tgok trend dh brubah sdikit demi sdikit. byk dh golongan cina yg tak minat bisness dh. ak yakin suatu hari nnt melayu nnt akan konker smula bisness dlm malaysia ni. tp tak tau bila..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko takleh la nak yakin dgn info yg sikit cmtu. Melayu boleh berjaya..tp takde la smpi tahap mcm ko mksudkan.kita bnyak dpt bntuan kerajaan..senang nak buka bisnes. Kalau kerajaan serah bulat2 risiko tnggung sendiri..mmg mampuslah. Cara bisnes org kita dgn cina lain. Mcm apa yg noob ckp tu btul. Servis..betul2 berbeza. Ko nmpk org jual tudung..ko kata melayu dah kaya.tokan besar dlm bisnes ni bnyak cina.setiap bos melayu..atasnya ada bos cina.

      Padam
    2. orang melayu meniaga pun tapi cashflow tak pandai jaga...
      bayar gaji pekerja ciput nak hasil yg gempak gempak...
      untung syarikat sibuk renovate rumah dan tukar kereta padahal cashflow dan company pun tak kukuh lagi.

      lepas tu sibuk kekunun tolong bangsa melayu suruh orang support bisnes dia...
      pigidah

      Padam
    3. Org Kg setuju dng 90% dari artikal diatas. Org Kg pun ada terlibat dng busines kecil-kecilan. Peniaga Melayu & Peminpin Melayu perlu berubah. Nak mula bznes mudah TAPI nak KEKAL amat susah. Cashflow Syarikat dng Cashflow Family tak leh campur nanti jadi BUBUR Ooo... Kalau dah jd bubur cam na mau kira itu berapa biji beras sudah jd 1 sudu bubur, klu 1 periuk lagi pening Oo.....
      Generasi Y Melayu skrg buat bznes pun ramai yang baguzz..... keep it up OK.

      Padam
  4. Noob, antara roti Gardenia dgn roti Massimo, ko suka beli brand mana satu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. roti gardenia lagi lembut beb

      Padam
    2. Masimo haram.. korang tak tau lagi ke? Haram dimakan jika roti zMasimo tu korang curik dari kedai..

      Padam
  5. Btw,

    Semalam aku g kdai letrik. kuar2 dari keta je ade uncle cina dh sambut dpn pintu bwk masuk dlm kedai. mcm yg noob ckp ... walaupun hanya nak p survey barang je pun bukan nak bli tapi aku rasa puas ati dgn pnerangan dia tentang produk ... siap dpt tawar harga dlm diskaun 200..

    berbeza langsung dgn kedai perabot meleis. dah le xda diskaun, nak cari barang pun kna cari sendiri..

    Mcm mna nk maju. Kepuasan ati planggan xjaga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senario biasa tu brader. Pi kedai mkn dia..dia buat muka mcm kita dtg mintak mkn free. Org order mknn special sikit..ckp menyusahkan. Pi kedai runcit..pandang kita mcm kita nak curi brg.pyh la..aku gi kedai pancing melayu..servis fail.gi kedai pncing cina..mcm2 dia cerita.siap gelak2.pi 2,3 kali..dia bg diskaun sbb pelanggan tetap.

      Padam
    2. aku sokong..kedai pancing melayu hampeh..jual barang tapi tanya sikit dah xtaw nk jawab. barang2 pon koya.. baru pakai dah rosak. kedai cina siap kasi ajar cmne nk guna. siap ajak sembang2 pot mancing lagi. realiti susah melayu nk maju mcm ne.

      Padam
  6. Paling benci kalau ada segelintir peniaga Melayu ni jual makan dah basi.Yang semalam punya pun dia boleh jual.Tak kisah pangsung pasal kebersihan janji dapat duit.Tak faham betul dengan perangai diorang ni.Sanggup bagi pelanggan makanan yang tak fresh.Teruk!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masak sendiri jer bro. Lagi puas ati. pengalaman gua dkt kdai mkn mlayu dah byk kali terkena. order sup campur dpt sup serai + bawang,. Order kuetiaw goreng dpt kuetiaw celup kicap. dan pernah gua duduk dkt meja makan bawah meja tu ade bangkai tikus. so bagi gua.. Sapot yg betul2 nak berniaga je atau masak sendiri lg bagus.

      Padam
    2. Dulu pernah skali mmber order sup daging.time mkn..baru perasan daging sup tu ada ulat hidup dok dlm dging.besar2 lak tu. Kitorang pnggil pelayan..dia g panggil tukang masak.tukang masak tu amik sup bwk masuk dpur. Kitorang tak jangka yg dia kuar balik..pastu maki kitorang..smpi org kat kwsn tu tgk.dia ckp kitorang sje nak sabotaj kedai dia.kitorang ckp la sumpah demi allah kitorang takde niat cmtu. Dia tnye lau betul ada ulat..tunjuk la bukti. Kitorang ckp la dah dia amik sup tu bwk g dpur..nak tunjuk bukti cmner. Dia kata dia dah check takde pun.pastu kitorang yg kena halau. Dah la kena gak bayar separuh. Time aku kat kuala selangor..ujan lebat..aku basah kuyup.pastu de untie cina ajak aku masuk kdi mkn dia..tumpang berteduh.dia bwk air coke kat aku.dia ckp 'yg ini u boleh minum..halal' beza tul layanan org.aku bukan nak kutuk bangsa sendiri.tp dari pengalaman aku...aku lebih banyak terharu tgk cara cina berniaga dan bantu pelanggan. Ada cina kat pertama pernah blanje aku minum kat medan mara sbb aku satu2nye customer dia hari tu.dah nak tutup kdi kul 10 mlm..aku dtg bli hp. Muka dia hepi sngt. Siap blnje minum.

      Padam
    3. X suka mkn masakan melayu, boleh mkn masakan cina....

      Padam
  7. singgah cari senarai nama Dato K..x nampak ler

    BalasPadam
    Balasan
    1. dato k tu mmg la kaya, tapi tak sampai tahap billionaire lg pun... yg pasti, adik najib dgn anak mahadey dua2 ada kat list tu

      Padam
  8. peraturan x bertulis di malaicinasia: melayu x boleh kaya...kalau kaya kena siasat dari mana duit dia datang......

    BalasPadam
  9. Melayu..bisnes? Pfffffffff...

    BalasPadam
  10. satu lagi yang sedihnya sesetengah peniaga melayu cuba untuk jatuhkan peniaga melayu yang lain akibat sikap tamak dan dengki..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eee... Org Kg pun sedih gak ngan sikap cam tu Lia. Nak jatuh kedai sebelah gi jumpa xxxxx. Dah tak kisah hukum. Kalau betul le PANDAI sangat cuba le jumpa xxxxx tutup kedai CINA ke, MAMAK ke, PIZA ke, MD ke dan yg seangkatan dengannya. Kalau boleh tutup IOI MALL ke IKEA ke, lg hebat .... ha .... ha....

      Padam
  11. eh, aku sokonglah statement kau ni Noob. Teringat masa aku gi pameran hartanah kat MV. Bila lalu kat area yg org melayu jaga, dia siap tanya bajet aku berapa. Bila aku ckp bawah 350k terus taknak layan. Taknak layan ok..?

    Tapi bila aku lalu area cina, dia siap cerita lagi tentang binaannya, keluasan dan segala-galanya sampai aku sendiri nak lari sebab aku ternampak harga dia 1.5juta. Dia punya cerita, macam aku mampu beli,kot.. tapi mmg puashati..

    at the end, aku berjaya sambar sebiji..weeee..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wow... sambar sebiji rumah 1.5 juta ke? kaya betul... mohon sprm dtg siasat anon di atas

      Padam
    2. Perghhh! Umah 1.5 juta main smbar je..kaya tul anon ni.noob.jutawan pun lepak blog ko.

      Padam
    3. 1.5 juta rupiah kot...

      Padam
    4. Gua syak lu ni sembang je lebat.


      Jebat

      Padam
  12. berdasarkan artikel noob nih, boleh aku simpulkan yg org peniaga melayu kurang pentingkan 3 elemen ni:
    - customer satisfaction
    - after sales support and service
    - word of mouth marketing

    sbb tu peniaga cina mudah maju & kaya, sbb diorang pegang 3 elemen nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bodo..dah noob yg highlightkan apernyer ug boleh ko simpul? Bnde yg noob ckp ko ulang..bangang aii

      Padam
    2. Bodo..dah noob yg highlightkan apernyer ug boleh ko simpul? Bnde yg noob ckp ko ulang..bangang aii

      Padam
    3. berdasarkan artikel ni, aku fikir kalau noob mulakan perniagaan dia pun boleh jadi billionaire...

      Padam
  13. Tak masuk lagi cerita dengki mendengki, sihir santau bagai. Asal tengok orang sebelah kaya sikit, mula lah iri hati. sedih

    BalasPadam
  14. Personal opinion...masalah org melayu bila buat bisnes ialah nak cepat kaya tp less effort. Kalau kaum cina buat bisnes mmg nmpk mereka work hard, termasuk 'pusing2' sikit. Real konsep bisnes cemerlang mmg mcm cina buat, mmg cepat dpt duit n bukan spend keuntungan, tp labur utk expend bisnes atau labur utk bisnes lain. Jika kita baru dpt untung sikit terus joli katak, xde backup bila bisnes tgh down.

    Tp dalam Islam kita xleh ambil untung berlipat kali ganda, lgpun kita ni pun jenis naik menolong, bg diskaun byk sbb niat baik nak tolong org sambil buat bisnes, tp pada masa sama kemalasan still ada. Kesimpulan dlm bisnes mesti ada kesungguhan n komited, n kebanyakan bisnesman yg berjaya mmg masa mula2 agak teruk smpi bangkrap beberapa kali atau mcm2 failure yg melanda, tp dgn sikap tanpa putus asa, rezeki tetap ada n maybe dtg spt bulan jatuh ke riba.

    BalasPadam
  15. Masing2 pandai komen je...cube korang berniaga, aku nk tengok mcm mne....

    BalasPadam
  16. Kat Taman Melati ada kedai bawah pokok. Makanan sedap. Ramai datang makan, termasuk aku sekeluarga. Pekerja ramah dan attentive.

    Yang tak bestnya,..
    Bosnya duduk kat kaunter kutip bayaran je. Duduk situ je, sesekali nampak mengarah itu ini dari kerusi dia sambil hisap rokok.
    Muka ketat, mulut buka untuk nak tanya apa kau makan dan bagitahu kau berapa kau hutang dia. "Terima kasih", "sila datang lagi" takde nye keluar dari mulut dia.
    Lepas selesai bayar dan pulangan baki, terus ke next customer. Seolah2, "i'm done with you, belah la cepat"

    BalasPadam
    Balasan
    1. klu aku jumpe tokey kedai cm 2 aku saound je dpn2.

      Padam
  17. Kaya cina sebab bisnes judi, arak, rokok, dadah, pusat hiburan, pub, china doll, jual orang..

    BalasPadam
  18. mohon b/otak buat entry pasal ggk-komando malaysia yang dapat liputan history channel satu ketika dulu-ranking no berapa sekarang dan kelebihannya berbanding negara lain..pasal aku nampak budak national service singapore ada buat forum compare ggk mlaysia dengan kekuatan teknologi tentera dia..diaorang cam x hepi jek ggk malaysia dapat perhatian history channel..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau nak tau sgt p sg udang/mersing la..

      Padam
  19. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  20. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  21. yang ni peniaga cina belasah pelanggan cina sampai koma, pa citaaaaaaa??? cina bisnes pun xboleh pakai - https://www.facebook.com/photo.php?v=714370118596309&stream_ref=10

    BalasPadam
  22. Easy get money, just register will get 25 dolar, try it now :)

    Mari buat duit mudah saja, mula2 register dah dapat 25dolar, cuba la

    http://stayreward.com/index.php?share=114766

    BalasPadam
  23. boleh dikatakan kebanyakkan peniaga melayu lemah dari segi komunikasi dan after sale service.

    BalasPadam
  24. setuju dgn ulasan ko noob.

    pengalaman berurusan dgn peniaga melayu mmg buat aku naik darah.
    aku x faham kenapa peniaga melayu suka bagi alasan peribadi utk melewatkan kerja/ hantar barang. sedara meninggallah, sakitlah, patah badanla. eh, aku peduli apa dgn masalah ko. aku nak barang aku mcm yg dijanjikan je.

    x heranla bisnes susah nak maju; x professional langsung.

    BalasPadam
  25. melayu baru je sedar tentang perniagaan nie... cina dah lama berniaga... dulu masa zaman dulu ciana pon sama mcm melayu skang... perniagaan nie amik masa lama... bukan arini bukak jap lg pas luch dah jutawan.... huhuh... so ape yg peniaga melayu leh wat sentiasa memperbaiki dan menerima teguran customer..huhu.. just my 2 cent

    Letak Link anda disini : Exchange Link.

    BalasPadam
  26. oh Malaysia ku..bila gamaknya nama aku nk msuk dlm list tu..LOL :p

    BalasPadam
  27. haha..sumer dalam list2 tu, kalo xder proxy dgn menteri, sampai mampos la xder harapan nak jadi kaya pelik2 begini..lepas tu, perniagaan jenis monopoli..gua tak heran jadi kaya pelik begini..

    pasal sales + after sales tu, mmg benar.. mcm hampeh layan kompeni2 melayu ni.. gua punyer supplier, musti gua pilih cina meh.. cepat dan murah.. ada jugak supplier cina mcm pukimak pun ada.. tapi xlah menyakitkan hati laksana deal ngan syarikat melayu.. ini kekadang bukan isu bangsa sangat..tetapi isu keperibadian serta didikan dari kecil..

    BalasPadam
  28. Erk..nape aku slalu dapat service dari Cina macam haram eh? Aku bukan racist tapi macam kagum plak bace komen2 korang jumpe orang2 camtu.

    Aku penah g kedai perabot cine. Ikut je mane aku g, x cakap pape sbb igt aku nak curik sofa dia masuk poket agaknye. Sbb bile ade customer cine dtg bukan main ramah mulut cite. Aku tanye sepatah jawab sepatah, mcm aku x mampu nk beli dan tak suke aku dtg buat survey je.

    Bile pegi kedai tayar, memang diorg suggest macm2. Bile aku kate xnk tukar sbb ade xde budget, next time baru tukar, diaorg buat service macam haram. Balancing n alignment aku ke laut sudahnye.

    Aku pegi kedai hp nk survey, diaorg taknak cite lebih kalo taknak beli. Cakap je nk survey layan x layan je. Siap jawab sambil pandang tempat lain mcm " lu xde duit, xyah banyak tanye..blah la cepat". Kalo ade yg explain lebih2 siap pakse beli plak. Aku da jadi takut plak nk tanye bebanyak.

    Memang tak semua tapi KEBANYAKAN yang aku jumpe macam tu. Kalo stakat nk tanye or survey brg diaorg layan nak tak nak.

    BalasPadam
  29. Yg kau tu dah berjaya ke...?Jgn tau analysis je.

    BalasPadam
  30. klau nak jual barang cari dari mana dia datang..Aku tlg skit sikit..ni pun lps aku benti kerja..Aku hidup lebih 25tahun kt tempat aku,hari2 aku lalu dan cuma lihat je..xpernah ambik tahu pn,Aku tinggal kt Bandar Baru Bangi,yg aku tahu banyak giler kilang kt tempat aku,makin tahun makin tambah kilang kt sini..Sony,Hitachi and yang lain2..semua brand yg ade kt sini semua aku beli,tp aku beli bkn dr situ...

    Aku ambik contoh Sony.,penuh brg sony kt rumah aku tp aku n family aku beli semuanye mahal,dulu harga murah..kite xtak tahu ape barang yg kilang 2 buat,.Sony PS4,aku cari mcm mane nk dpt murah dr kedai..bukak laman web Sony Malaysia,mahal berbanding usa or uk,bukak Sony Singapore pn mahal..aku piker mcm mne kedai boleh jual murah..aku tgk youtube,2jam tgk video sony ps4 siding akhbar,pn xciter pasal ps4 asia..cari punye cari kt youtube,akhir Nye baru dpt tahu,CEO sony usa umum from asia tempat keluarnye Taiwan n Malaysia tv lcd..klau tgk muke dia mcm xsampai hati nk ckp..aku rase sebelum ni ps mesti yg keluarkn untuk pasaran asia..bila aku buka sony Taiwan,terbukti murah giler..tp yg jd masalahnye mesti klau pergi kt dealer mesti dpt kotak versi cina...yg boleh jual tv lcd harga mmg murah dr yg lain(rm5000,ade yg 55000)sape nk beli,mungkin bukan rezeki utk memulakan perniagaan..sabra je...ape kerajaan buat,klau nk bisnes daftar kt SSM dlu,lepas 2 korang cari la kursus usahawan..tp yg sakit ati pasal sony ps4 peraturan baru...

    Mcm aku nk beli aku tanye made in?aku tgk abis2..ape2 pn mesti ade Quality n Waranty bape tahun,klau sebulan..aku letak n blah..

    klau nk meniaga jual brg biar mcm mne korang ambik jgn la nk tukar brg dalamannye,mcm bateri..klau satu produk yg kite tipu,bile jual kt orang luar asia,nnt semua produk yg keluaran kite down,mcm sony hp beberape tahun lepas...


    Sebelum berniaga,kerja dlu n go Europe or USA or new China,yg mne kaye 2 hanye beberape tahun,selapas 2 belum tentu warisnye..ape2 pn tu semua duit kite Ringgit Malaysia,sameje kt mne2 pn,mesti ade kurang ade lebih..

    byk sector pekerjaan kt Malaysia,xsalah kite kerja kilang,cume kite kurang senang tgk orang pakai lebih dari kite...

    last sekali,jgn la marah org kite berniaga,orang cina dh berniaga lame mereka tahu nk bersaing dgn yg lain...dlu pn diorang ade jugak mcm 2..klau rase kurang baik n mahal mungkin baru mula utk berniaga..kerja dlu ngan dia n belajar,mesti dia ajar mcm mne...yang penting sejarah siapa kite semuanye,xkemana tumpahnye kuah klau xke nasi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yang ko cerita pun aku tak faham.cuba try buat jalan cerita yang jelas.Tingkatkan penguasaan bahasa.

      Padam
  31. I Cina. Hari tuh I gi kedai makan Melayu, cari tempat duduk, dan tunggu pelayan datang ambik order. Tunggu punya tunggu, tak der siapa pun yang peduli. Selepas menunggu 5 minit rasanya, I bangun dan pergi kat pelayan yang tengah sedap duduk termenung. I tanya dia, "Nak order, kena datang sini order ker?"

    BalasPadam
  32. xperlu ikut cara kafirun,kita sebagai umat islam ada cara sendiri dalam mencari harta kt muka bumi ni,Nabi sendiri pun berniaga,dia xder plak rujuk kaum ni kaum itu...nk belajar boleh,tapi kalo dah sampai ada istilah n mindset "nak berjaya ikut mcm cina" aku rasa cm xkena....Proud to be muslim...bukan bangga dgn kaum...Kalo ikut islam,ikut apa yg Allah swt suruh,hang melayu ka,cina ka,india ka,nepal ka,iban ka,kadazan ka,(nak aku sebut semua???)InsyaAllah hang akan berjaya...Golongan kafirun memang dunia ni Allah bg nikmat lebih kt deme....pasal Dia tau yang dunia ni xder sebarang nilai pun kecuali sedikit... :)

    BalasPadam
  33. Bangga sgt dgn kapir...suruh La kapir tu jadi pemimpin melayu korang...yg pergi support pemimpin melayu tu kenapa?

    Dah ummah melayu bodoh support pemimpin melayu...ko dpt pon mcm yg tertulis kat atas tu la.

    BalasPadam
  34. Orang bijak undi pemimpin bijak bukan mentaliti malay first...sama macam melayu2 kat atas ni nk service first class (huwekkk) kalau mengundi pon biar la pemimpin yg bg service bagus bukanya malay first ye.

    BalasPadam
  35. Orang bijak undi pemimpin bijak bukan mentaliti malay first...sama macam melayu2 kat atas ni nk service first class (huwekkk) kalau mengundi pon biar la pemimpin yg bg service bagus bukanya malay first ye.

    BalasPadam
  36. Orang melayu memang dengki kalau sebut bab niaga ni,ya itu aku setuju
    Pernah try tanya2 orang di satu kawasan ni kalau2 aku boleh berniaga di situ
    Aku belum start berniaga lagi kat situ dia dah bagi macam2 alasan yang membuatkan aku akan rasa resah bila berniaga di situ
    Dan akhirnya aku tak jadi berniaga di situ.
    Tapi aku tgk dia berniaga kat situ bukan main rancak lagi.
    Takpe..Biarkan dia
    Usahawan Prepaid

    BalasPadam
  37. Cuba pula lihat Yang ini. Pasti buat and a geram
    13 everyday things that Malaysian can't stand

    http://jiseungpark.sharethisstory.net/my-955202-6346?utm_source=&utm_medium=&utm_campaign=

    BalasPadam
  38. peniaga melayu malas membaca hatta katalog produk...so berjangkit pada pekerja...so dua2 x de product knowledge dan hancuss...bila pelanggan tye buat2 mengelak...sbb takut org

    BalasPadam
  39. peniaga melayu malas membaca hatta katalog produk...so berjangkit pada pekerja...so dua2 x de product knowledge dan hancuss...bila pelanggan tye buat2 mengelak...sbb takut org

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.