Ahad, 9 Mac 2014

29 Antara #Pray4MH370 dan mentaliti bangang manusia

Dulu aku selalu tengok rancangan Air Crash Investigation kat channel National Geographic dan selepas itu memang aku agak fobia dan takut naik kapal terbang. Dan bila aku baca berita berkaitan kapal terbang MAS MH370 yang terputus hubungan komunikasi dengan menara kawalan dan hilang dari radar yang kawan aku post kat Facebook dan Whatsapp, aku memang amat terkejut. Pelbagai andaian dan kemungkinan bermain2 dalam fikiran aku. Walaupun aku tiada kenalan atau ahli keluarga dalam penerbangan tersebut, tapi aku dapat merasai dan merasa kesedihan ahli keluarga penumpang yang terlibat. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa dan marilah kita semua berdoa untuk kesejahteraan mereka.


Sekarang ini misi mencari dan menyelamat masih sedang diteruskan, malah ia turut dibantu oleh pelbagai negara seperti Vietnam, China, Filipina, Thailand, Indonesia, US, Singapura dan termasuk Malaysia sendiri. Aku takkan update berita pasal kes MH370 ini sebab aku bukan pemberita, korang boleh baca update kat Google dan portal2 berita kat Internet.

Cuma aku dah dapat jangkakan bila berlaku je kejadian ini, seperti juga bila berlaku insiden2 kemalangan dan malapetaka yang ada melibatkan nyawa, pasti ada manusia yang mindanya begitu corrupt dengan mentaliti yang sangat rendah dan busuk akan sebar berita palsu, khabar angin fitnah, membuat jenaka, mempersenda serta mempolitikkan kejadian ini.

Sumber

Ada yang pakai akaun sendiri, ada juga sesetengahnya mungkin pakai akaun fake untuk mengeluarkan kenyataan2 dan status2 bodoh.








 








Ini baru sedikit status bangang2 mengenai kejadian MH370 ini, aku tengok masih banyak lagi orang yang tulis status bangang ni terutama bila dikaitkan dengan politik. Yang lebih menyedihkan, kebanyakannya yang tulis status bangang ni orang Islam. Berhentilah sebar khabar angin dan spekulasi yang bukan2, berhentilah menyalahkan orang lain atas kemalangan ini, dan berhentilah membuat jenaka dengan kejadian ini, serious ia amat tidak kelakar.

Sedih untuk mangsa MH370, dan sedih juga melihat mentaliti dan sikap segelintir orang2 Malaysia yang langsung tak berhati perut.

#Pray4MH370




tags: save #prayformh370 #pray4mh370 sedih berita kapal terbang mas hilang dari radar putus hubungan menara kawalan takziah mangsa keluarga senarai penumpang penyelamat pesawat terhempas perairan laut china selatan dekat dengan vietnam khabar angin sebar fitnah spekulasi video black box perakam kotak hitam macai politik

29 ulasan:

  1. Balasan
    1. Benda mcm ni pun nak kejar2 1st jugak. get a life, loser

      Padam
    2. this is life la bro, apa la tanpa nama loser nih, mana2 nak cari gaduh 2x5 sama je ngan org noob post tu, g la doa kan kesejahteraan org2 kapal terbang tu lagi baik..isk isk

      Padam
  2. Ya Allah..berita sedih gini pon ad nk main politik lg..kalau dh kena kat diri sendiri/ keluarga, baru tau langit tinggi rendah..jgn nk cabar kuasa Allah..mulut tu jgn celupar.. #prayformh370

    BalasPadam
  3. Otak mereka benak-benak belaka.

    BalasPadam
  4. nmpak sgt kruntuhan moral dlm msyarakat kita.... kebodohan + xde ati prut.... ni la jdinya...

    BalasPadam
  5. macai anwar kebanyakkannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah anuar kena tangkap mula la macai anuar merapu(nak merapu pun x reti jaga ati org), rilek2 sudah yg penting doa kan untuk penumpang kapal terbng tu

      Padam
  6. Mmg bangang org yg merepek ttg hal nih.. buat citer tipu lg. Xberhati perut.. camner klu besok korang dpt tau ader famili ke member dlm kapal tu hah? Nih dah tragedi negara tp sibuk nak ngumpat

    BalasPadam
  7. ohh! begitu rupanya! º°˚˚°ºĤάνέ ªŊĭŒ Ðάγº°˚˚°º
    ※♥※ ♏☺řŋîŋğ♒

    BalasPadam
  8. diorang sedap makan bangkai saudara sendiri..
    tu pasal post status yang menipu

    BalasPadam
  9. Sedikit melucukan, banyak mendukacitakan

    BalasPadam
  10. Kami dari KEDEPAN bersimpati,

    Berlakulah adil di bumi ini. Adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Negara tidak perlukan PATI sumber manusia kita cukup untuk menggerakkan negara ini. Kita tak perlukan pati untuk cuci tandas di pasaraya, jadi buruh di kaw pembinaan, tombak buah sawit di ladang. Rakyat kita boleh buat semua itu, yang penting kurang pati, kurang jenayah. Manifesto PR akan menghantar pulang 100k pati seterusnya membuka 100k peluang pekerjaan kepada rakyat.

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kedepan kepala bapak ko!

      Padam
    2. Agak2 la presiden kedepan.org dok sibuk isu kapal terbang tu..ko dok isu kedepan ko je.

      Padam
    3. Bangang pun KEDEPAN jugak sbb Anwar Ibrahim..kalo tak ada Anwar Ibrahim, sudah tentu KEDEPAN tak jadi begini.

      Padam
  11. Nnt biler berita rasmi klua boley x ko tembak bdk yg ckp kakak die polis kwn die tudm klua kenyataan yg kpl tu sah terhempas 5.30 tdi, abby adabi jom kiter ramai2 kc malu org yg hina mcm ni.. mnta tlg ek..

    BalasPadam
  12. abby abadi tau nak cari publisiti je...
    maklumla PRU dah habis.....

    BalasPadam
  13. kesian penyokong geng PR....
    bila sesuatu terjadi rupanya tak diambil peduli pun oleh barbarian PR lain...

    JURUTERBANG MH370 RUPA-RUPANYA SEORANG PENGANUT TEGAR PKR!!!
    http://theflyingkick.blogspot.com/2014/03/juruterbang-mh370-rupa-rupanya-seorang.html

    BalasPadam
  14. Facebook dah macam Aircraft School, ramai pakar aircraft komen sana sini.

    BalasPadam
  15. Kita tunggu saja update dari sumber yang sahih, sementara tu berdoa supaya semuanya baik2 saja... InsyaAllah...

    BalasPadam
  16. Jika kita setiap hari dihidangkn dgn isu politik n gossip artis yg x henti2 melihat sesuatu benda dr sudut negatif tanpa sedikt pun berfikir positif, jd la pengomen mcm di atas yg tidak bertanggungjwb n emosi x habis2.

    Sbnrnya kita ada ruang utk meluahkan pendapat, tp bukan bermakna kita boleh luahkan segala perasaan kita kpd segala perkara negatif tnpa memikir perasaan org lain. Mmg ada terlintas perkara negatif, tp x perlu nak luahkn segalanya n kawal diri anda membuat apa2 komen. Disebabkn satu komen yg negatif n tidak bertanggungjawab, boleh menyebabkn hidup anda berubah n dibenci masyarakat sekeliling.

    Beg kes diatas, kita doakan yg terbaik supaya kapal terbang n penumpang selamat. Even ada rumors yg mengatakan dah terhempas di dasar laut atau dihijack oleh penganas, biarlah org yg bertanggungjawab laksanakan pencarian mereka. Kita ni sibuk jd reporter x bertauliah n ceduk semua rumors yg dianggap panas post dlm fb n watsapp.

    BalasPadam
  17. kalau macam ni benaknya corruptnya mentaliti dan sikap malaysian meleis ni, memang takkan capai negara maju la noob malaysia ni...

    kebodohan malaysian macam ni sebenarnya musibah untuk negara..

    BalasPadam
  18. mcm tu ler budaya meleis muslim; suka share benda2 gossip dan kenyataan2 yg x diketahui betul ke tak- symptom penyakit malas membaca/ mengkaji. tambah2 pulak dlm tweet atau fb; masing2 hanya nak post mereka ramai yg Like atau Share/ retweet aje. dan budaya bodoh begini bukanlah salah UMNO, BN mahupun pembangkang tapi salah kaum tu sendiri.

    BalasPadam
  19. Terbaik la anak Pakcik Jaafar nih.... mesti dpt didikan dari bapak die sebaik2nya. Beriman x henti2.

    BalasPadam
  20. kesian tengok diorang.. kenapa perlu dipoliitikkan ? kalau lah salah, fitnah tuu...

    abam buasir, ceq singgah sini naa... haritu tgk 2 juta barupageview, now 3 juta lebih dah.. ceq ni nak cecah 500 ribu pun xcecah2 lagii.. btw, tahniah.. moga blog ni dimurahkan rezekii, aamiiin

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.