Isnin, 30 Jun 2014

24 Henti lahirkan anak dan pancut mani luar G-SPORT

Sebelum itu, ini bukan artikel lucah. Biasa kalau keluar berita di TV atau surat khabar pasal orang susah dan miskin di bandar atau di kampung2, mesti salah seorang ibu atau bapa tidak sihat dan mempunyai anak yang ramai. Walau negara kita nampak kaya, hakikatnya masih ramai lagi orang yang miskin dan dhaif. Bulan2 puasa ni aku mau fikir lebih positif, mungkin jabatan kebajikan, pusat zakat dan baitulmal memang ada menjalankan tugas mereka dengan bersungguh2 namun terlepas pandang beberapa orang. Mungkin keluarga yang susah ini juga tidak tahu bagaimana nak dapatkan bantuan. Mungkin jiran2 mereka juga tidak sedar akan kewujudan mereka yang susah. Kita bersangka baik.

Gambar hiasan
Anak minum susu pekat manis

KUALA KRAI - Ketika umat Islam sibuk membuat persiapan Ramadan, sebuah keluarga di Kampung Tengah dekat sini, hanya menunggu hari yang dinanti-nantikan ini tanpa sebarang persediaan.

Kesempitan hidup, ditambah pula dengan masalah kesihatan ditanggung Asmawati Samsudin, 29, menyebabkan hari-hari dilaluinya sepanjang Ramadan sama sahaja seperti hari biasa.
Baginya tiada istilah makanan istimewa sebagai juadah berbuka puasa, kerana apa yang ada untuk mengisi perut mereka anak-beranak, itu sudah cukup membuatkannya bersyukur.

“Puasa, raya atau hari biasa tetap sama bagi kami, cuma jika berkemampuan dapatlah belikan pakaian untuk anak-anak," kata wanita tabah ini yang menghidap sakit saraf sejak lebih 15 tahun lalu.

Asmawati dan suami, Zalani Mohamad, 36, lebih mengutamakan keperluan harian mereka enam beranak, berbanding keperluan menyambut Ramadan dan Syawal.

Menurutnya, perbelanjaan keperluan harian mereka bergantung sepenuhnya daripada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM300 sebulan.

"Pendapatan suami yang bekerja di kilang kayu tidak menentu, bergantung kepada keadaan, namun kami bersyukur kerana walaupun hidup susah, anak-anak tidak banyak karenah.

"Empat anak kami, Mohammad Ameer Aiman, 9; Nurul Kyra Azureen, 6; Nurul Ameera Damia, 3; dan Nurul Syazleen Humairah, 2, seolah-olah memahami kesusahan kami. Keadaan ini menyebabkan mereka lebih matang daripada usia apabila anak kedua rajin membantu saya melakukan kerja rumah," katanya yang terpaksa melakukan kerja rumah dalam keadaan mengengsot.

Lebih menyedihkan katanya, apabila anak bongsunya hanya diberikan susu pekat manis kerana tidak mampu membeli susu tepung.

"Itu sahaja yang dapat saya berikan jika dia menangis mahu susu. Walaupun hati hiba tapi apakan daya saya tidak mampu.

"Namun, kami masih ada tempat berteduh tetapi setiap kali hujan lebat, air akan masuk dalam rumah.

"Ini menyebabkan luka di lutut akan merebak dan berlaku jangkitan kuman kerana air kotor terkena bahagian ini," katanya yang sayu mengenangkan masa depan anak-anaknya.

Sehubungan itu, Asmawati merayu bantuan membaik pulih rumahnya.

“Saya risau bila hujan lebat atau musim banjir. Saya kerap bergerak menggunakan lutut yang luka (berlubang), bila basah luka makin teruk dan bimbang berlaku jangkitan kuman,” katanya yang sudah hilang deria rasa sehinggakan tidak merasai sakit walaupun terkena air panas.

Sumber Sinar Harian.

So memandangkan mungkin pada ketika ini jabatan kebajikan dan pusat zakat sedang memproses bantuan untuk keluarga ini yang mungkin mengambil masa beberapa hari, kita juga bolehlah turut membantu dan menyumbang kepada mereka dengan menghulurkan bantuan dan sumbangan melalui berikut:

Bank: Bank Simpanan Nasional 
No. Akaun: 0300541000088062
Nama: Asmawati 
No. Telefon: 011-25765257

Kepada yang nak membantu, bolehlah membantu. Kepada yang tak nak membantu, jangan cakap banyak. Kepada yang nak beri semangat, kata perangsang, nasihat atau teguran, bolehlah telefon sahaja nombor di atas dan cakap sendiri kepada tuan punya badan. Kalau anda buat komen merepek2 di media sosial pun, sampai mempetikaikan kenapa dah tau miskin dan tak sihat lagi mau beranak ramai, keluarga ini bukannya ada talian Internet untuk membaca komen anda, macam yang terdapat di ruangan komen di berita tu. Dari cakap yang bukan2, bantu saja keluarga tu. Kalau tak mau bantu, dok diam2 sudah.


Dan ini lagi tak boleh blah. Seriously, pancut air mani di luar G SPORT?? What are you thinking man? Kisah kesusahan orang macam ni pun masih boleh nak ungkit pasal seks?


Ok positif, mungkin G SPORT itu sejenis kereta sport.




tags: anak minum susu pekat manis keluarga miskin susah sakit mohon bantuan sumbangan asmawati kuala krai sinar harian komen facebook fb kenapa beranak ramai henti perhubungan seks sex antara suami isteri pancut air mani luar g-spot g-sport 

24 ulasan:

  1. mencari goreng pisang di brazil.....

    BalasPadam
  2. siti payung tu keyboard warrior. org tegur melenting. melayu betul

    BalasPadam
  3. Kita merancang, Allah menentukan. Rezeki datang daripada Allah SWT. Fullstop.

    BalasPadam
  4. G-spot la.. Bukan sport.. Cube tanya pak cik google.

    BalasPadam
  5. Agaknya asam keping siti payung sudah lama xbertemu dgn pisang tanduk. Tu dia duk meroyan semacam. Wakaka

    BalasPadam
  6. kalau nak berbelanja pun tgok kemampuan, nak berkeluarga pun tgok kemampuan jugak. jangan susahkan budak2 tu kalau tak mampu tanggung diorang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pergh..bro, penah dengar qada' dan qadar? Pada hemat saya, mungkin bro tak penah mengalami situasi beliau. Jangan susahkan budak-budak itu jika tak berkemampuan?

      Seriously bro. Nice...

      Padam
  7. sebenarnya kita slah anggap.. Allah xckp pn kalo ank rmai makin miskin.. Setengah org ckap kalo makin ramai ank,makin byk p'belanjaan.. But the fact is makin rmai ank,makin b'tmbah rezeki.. Kta mgkin xsdar rzeki tu dtg..tp p'cyalah Janji Allah tu btul..

    BalasPadam
  8. AKU ADA SPORT CAR!!

    BalasPadam
  9. Itulah pentingnya Ilmu. Insya Allah kalau kita ada ilmu pekara tentang kemiskinan dan kesusahan dapat kita kurangkan kesnya. Sebenarnya banyak bantuan yg boleh diminta kalau kita benar benar susah di negara kita ni. Banyakkan membaca, wang sedikit yg ada belilah surat khabar setiap hari dari situ ada ilmu utk meningkatkan taraf hidup ataupun meminta bantuan. Jgn wang sedikit tapi belinya rokok.

    BalasPadam
  10. Anak2 time kecik je mak bapak susah. Time diorang dh besar diorang pasti akan berbakti pd mak bapak .. Masa tu makbapak dh tua xlarat. Tu pun kalu anak2 jenis tau menghargai org tua. Kalu anak2 tu besar tapi prangai cam lahanat budak2 bani qudut padang matsirat gua xleh ckp apa la. Memang dari kecik sampai ke besar kasi bala dkt makbapak..

    BalasPadam
  11. G-sport atau G-Spot?

    BalasPadam
  12. ada takdir yg boleh berubah kan? Takdir terbahagi kepada 2. (Sila google)
    nasib sesuatu kaum adalah takdir yang boleh berubah. Usaha.
    Semoga urusan keluarga di atas, dipermudahkan seringan dengan usahanya.

    BalasPadam
  13. Aku rasa mcm nak lempang pakai kaki kpd org2 yang rajin sgt memberi nasihat melalui FB ni...nonsense...

    BalasPadam
  14. memang kalau ikut ukuran wang ringgit, wanita ini bukanlah seorang yang kaya. tapi sebenarnya wanita ini kaya dengan rezeki anak.

    ada sesetengah wanita berusaha berubat berikhtiar, tapi masih tidak mendapat rezeki anak daripadaNya

    BalasPadam
  15. rezeki memang tuhan yang tentukan..tapi kalo nak beranak pun tgk kemampuan jugak la..kalo dah tak mampu mcm mana nak bagi makanan yang berkhasiat, nak bagi pendidikan yang sempurna..anak besar besok belum tentu lagi boleh bantu ibu bapa..kalo badan tak sihat dan tak cukup ilmu mcm mana nak bersaing nak tingkatkan tahap sosio ekonomi keluarga..rezeki-rezeki jugak tapi susah senang kita yang tanggung..jangan memperjudikan masa depan anak-anak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni pndpt sy..lebih baik tidak mnghukum dari tersalah beri hukum..kalau betul nk selesaikan masalah pergi hulur kan bantuan..bukan hanya menuding jari mncari kesalahan..yang pnting bukan masalah tapi bagai mana kita hadapi masaalah..

      Padam
  16. yang ramai komen merapu meraban nie pernah hidup susah ka ramai anak ka

    BalasPadam
    Balasan
    1. anak ramai tak apa.. biar anak melayu ramai.. kalau susah sangat hidup, mari isi borang UMNO.. UMNO jaga melayu.. jangan risau.. jangan biarkan DAP ramai anak... hidup susah tu standard la.. orang UMNO pun ramai hidup susah.. bermula dari bawah.. kita bersatu.. kemudian hari kita akan senang..

      Padam
  17. Teringat mereka di Afrika...

    Terasa syukur..

    BalasPadam
  18. adik beradik aku kemain ramai lagi cukup je mkn even gaji parents ciput.. yg penting hati tu kene yakin. Rezeki dari Allah.. bukan dari MANUSIA. Bnykkan solat Dhuha, bukan bykkan merungut..

    Jom Terjah : Buffet Ramadhan Casa Ombak


    BalasPadam
  19. 5 RUKUN ISLAM

    1. Mengucap dua kalimah syahadah.
    2. Mendirikan solat.
    3. Menunaikan zakat.
    4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
    5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

    6 RUKUN IMAN

    1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
    2. Beriman dengan para malaikat.
    3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
    4. Beriman dengan para Rasul.
    5. Beriman dengan Hari Akhirat.
    6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

    BalasPadam
  20. xyah ckp bnyk lh korang..ade no akaun 2 ko g bank in.RM 10 pon dh cukup
    ckp bnyk habok pon tarakk..poooraahhh!!!

    BalasPadam
  21. 5 RUKUN ISLAM

    1. Mengucap dua kalimah syahadah.
    2. Mendirikan solat.
    3. Menunaikan zakat.
    4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
    5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

    6 RUKUN IMAN

    1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
    2. Beriman dengan para malaikat.
    3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
    4. Beriman dengan para Rasul.
    5. Beriman dengan Hari Akhirat.
    6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.