Isnin, 23 Jun 2014

9 Kes menyayat hati kanak2 mangsa curi organ

Info: Van tu dapat ditahan di sempadan, pihak berkuasa telah menjumpai kanak2 yg separuh sedar, tapi dalam keadaan yang sungguh menyayat hati.

Apa salah kanak2 ini? Tergamak dan berhati binatang sungguh manusia yang melakukannya. Semoga ibu bapa diluar sana dapat mengingatkan anak2 supaya jangan main jauh dari ibu bapa. Tolong cakna juga setiap langkah anak2 anda sebelum terlambat.


Ini adalah mesej dan gambar yang berlegar2 di sekitar alam maya dan media sosial dalam beberapa hari ini mengenai kes penculikan kanak2 yang menggunakan van/mpv Toyota putih dengan nombor plat Thailand untuk mengambil dan menjual organ tubuh badan mangsa culik. Tujuan mesej ini bagus agar ibu bapa menjadi lebih peka dan berjaga2 dengan anak2 mereka. Malah tak dinafikan di zaman ini macam2 boleh berlaku, penculikan kanak2, pencabulan, pembunuhan, rogol dan lain2 jenayah yang melibatkan kanak2.

Namun, perlu ke disertakan sekali dengan gambar dan cerita palsu? Seperti mana yang aku pernah tunjuk korang dulu guna Google Images search, sila buat sekali lagi agar tak la nampak bodoh sangat kalau tersebar berita palsu.

Gambar lelaki yang tengah terduduk tu tak banyak hasil carian di Google Images selain daripada gambar macam kat atas tu dengan gambar dia seorang dengan tulisan dalam bahasa Thailand.


Gambar kenderaan Toyota putih tu pula bila buat carian, ada pula yang combinekan dengan gambar badan manusia kena kerat.


Dan hasil carian lagi, kenderaan tersebut dikaitkan dengan kes penculikan, namun yang kena culik orang dewasa bukan kanak2.

Sumber

Dan yang ketiga, gambar kanak2 wanita yang terputus tangan dan terkeluar usus perut yang dikatakan sebagai mangsa penculikan yang organnya telah dicuri. Hasil carian, gambar tersebut merupakan gambar mangsa kanak2 akibat pergolakan di negara Syria.


Dengan ini maka sahihlah bahawa berita dan gambar di atas adalah palsu dan pembohong. Pihak polis juga telah membuat kenyataan bahawa khabar angin mengenai van putih dari siam yang menculik kanak2 sebagai mangsa organ adalah tidak benar dan palsu semata2.

Dengan ini juga maka sekiranya anda telah menyebarkan berita dan gambar tersebut maka anda tergolong dalam golongan orang yang bangang kerana menyebar berita palsu dan juga orang yang pemalas kerana malas untuk mengkaji kesahihan suatu khabar angin.

Jangan jadi seseorang yang suka sangat sebar sesuatu yang fitnah, palsu dan tidak sahih, tak kira la dalam apa jua cabang sekalipun sama ada berita, politik, agama dan lain2 walaupun kononnya niat anda baik untuk memberi kesedaran atau mahu orang menyokong anda kerana matlamat tidak menghalalkan cara.




tags: kes penculikan kanak2 siam sempadan thailand mangsa jual ambil organ potong belah gambar penculik van putih toyota khabar angin save syria refugees savesyriaschildren

9 ulasan:

  1. Kes penculikan merupakan salah satu cara bn mengalihkan isu rasuah daripada dihidu rakyat

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukn ke ko dh kena penjarakan sebb kes bukhari-aljubburi tu menang?

      Padam
  2. Blog walking kat sini, mohon singgah balik ke blog saya ya :) thanks

    Nabila Enggan Komen Isu Dimaki Ayah Kerana Gambar Lucah
    http://syokbah.com/nabila-enggan-komen-isu-dimaki/

    Ibu Remaja OKU Ditahan Polis Malam Tadi - Blog 3 Dalam 1
    http://blog3dalam1.blogspot.com/2014/06/ibu-remaja-oku-ditahan-polis-malam-tadi.html

    BalasPadam
  3. Kadar sebar brita ntah apa2 ntah d ragui mmg belaku.. pecaya atau x tepulang masing2... budaya tuduh menuduh..gaduh begaduh sayang menyayang..benci dan rindu... dan sebagainya ku akui byk tejadi d malaysia yg betuah ini... semua SALAH jatuh pd BN UMNO.. U jgn risau ttg tu... mslh x blh kentut skalipun UMNO YG SALAH... don wori... undi PR...mslh kentut akan selesai...

    BalasPadam
  4. betul tu,, kalau ada masalah kat malaysia, semua salah umno.. nak selesaikan caranya undi PR.. semua masalah selesai 1 saat..

    BalasPadam
  5. X ramai nak buat kajian google, semua nak share sahaja

    BalasPadam
  6. Betol , ramai yang ta buat kajian google . Semua na share je :) . Na jalan mudah

    BalasPadam


  7. https://plus.google.com/+fathullahfatt slm saya menguruskan tuntutan kemalangan jalan raya .perhkidmatan tidak perlu membuat bayaran sehingga selesai.dan kami tawarkan...
    -sekiranya ada masalah berkaitan kmlgan /repot polis/pembayaran bil/operation/kos baiki kenderaan/pinjaman atau loan atau ape2 blh hubungi saya 24 jam.

    fathullah
    V.GOBI&ASSOCIATES

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.