Jumaat, 3 Julai 2015

10 Macai VS Hater: Elakkan diri daripada terjerumus

Apabila anda mahu berbicara, memberi pandangan dan kritikan tentang politik, semangat kenegerian, tentang masyarakat berbilang kaum dan agama, serta lain2 perkara yang sensitif, ada 2 benda yang perlu anda ingat. Perkara paling utama adalah sentiasa gunakan akal fikiran yang waras dan jangan terlalu gunakan emosi kerana dikhuatiri kemungkinan besarnya akan melepasi 2 garisan ini:

MACAI... dan HATER.

Ya, jangan sesekali membiarkan diri anda terjerumus ke dalam kancah MACAI dan juga HATER.


Macai...

Sesuka mana pun kita terhadap sesuatu parti politik, pemimpin, tokoh, kaum, adalah penting untuk tidak terlalu memuja dan taksub terhadapnya sehingga menjadi macai.

Macai ini orangnya menyokong dengan membabi buta.

Dengan menjadi macai, anda hanya akan nampak segala kebaikan dan kelebihan sesuatu yang anda sokong itu dan akan dibutakan terhadap segala kelemahan dan keburukannya. Apa benda yang dia cakap pasti anda akan percaya dengan membabi buta.

Malah anda terlalu mempercayai mereka sehingga menidakkan segala keburukan yang mereka buat, malah akan turut sama menampakkan kebodohan dengan mempertahankan sesuatu yang sudah terang lagi bersuluh yang ianya salah.


Hater...

Benci dan marah macam mana pun kita terhadap sesuatu parti politik, pemimpin, tokoh dan kaum, adalah penting untuk tidak terlalu benci dan marah terhadap sesuatu sehingga ke level menjadi hater.

Hater ini orangnya membenci dengan membuta tuli.

Dengan menjadi hater, anda hanya akan nampak segala keburukan dan kelemahan sesuatu yang anda benci itu dan akan dibutakan terhadap segala kebaikan dan kelebihannya. Apa benda yang mereka cakap pasti anda tidak akan percaya dengan membuta tuli.

Malah anda lebih mudah untuk mempercayai segala benda buruk yang diperkatakan mengenainya walaupun tidak betul, malah turut sama menyebarkan fitnah yang tak betul mengenainya.


Jika anda ada rasa sudah hampir menjadi saekor macai atau hater, cara paling mudah untuk mencegahnya adalah dengan melihat semula diri anda di depan cermin. Lihat ke dalam diri anda, cermin diri anda dalam2, dan anda akan nampak yang diri anda sendiri bukanlah sehebat, sebagus dan sesempurna mana, namun anda juga tidaklah selemah, selembik dan seteruk mana.

Apa yang anda nampak adalah sejenis makhluk yang bernama manusia, yang langsung tidak sempurna dan punya banyak kelemahan namun masih punya kelebihan.

Maka begitulah juga terhadap sesuatu yang anda suka mahupun benci.

Kepada semua macai,
Sebagus mana seseorang pemimpin, pasti ada yang buruknya.
Sebagus mana sesebuah parti politik, pasti ada yang buruknya.
Sebagus mana sesebuah kaum, pasti ada yang buruknya.
Sebagus mana sesebuah negeri, pasti ada yang buruknya.
Sebagus mana seseorang penganut agama, masih ada yang buruknya.

Kepada semua hater,
Seburuk mana seseorang pemimpin, pasti ada yang bagusnya.
Seburuk mana sesebuah parti politik, pasti ada yang bagusnya.
Seburuk mana sesebuah kaum, pasti ada yang bagusnya.
Seburuk mana sesebuah negeri, pasti ada yang bagusnya.
Seburuk mana seseorang penganut sesebuah agama, masih ada yang baiknya.

Kerana pada akhirnya, kita semua hanyalah manusia biasa. Kau tak lebih, mereka tak kurang.




tags: macai hater haters melayu politik cium tangan najib pijak gambar tibai pukul sebat anwar baik buruk kelebihan kelemahan sokong benci membabi buta membuta tuli

10 ulasan:

  1. macai luv haters; haters luv macai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika anda macai yang bijak, sila jawab soalan ini dengan betul:

      Sedang anda berjalan-jalan, tiba-tiba anda terserempak dengan seekor ular, seorang keling, dan Najib Razak serentak. Siapa yang patut anda bunuh dahulu?

      Pemenang akan mendapat hadiah memakaikan kasut di kaki Rosmah. Selamat mencuba!

      Padam
    2. tiba-tiba nampak nuwar berahi lalu terus meliwat anda...
      dan kemudian anda buat laporan polis,terus geng macai PR tuduh anda memfitnah walaupun dah jelas kena liwat.

      Padam
  2. Terpulanglah kepada noob nak kata apa yang pasti. aq bukan macai, aku juga bukan hater.

    Tengok najib kantoi rasuah lagi, aku tak tahu yang keberapa kali dah ni. Tak malu ke, wahai najib. Bukan nak marah tapi tak kesian ke dekat rakyat yg setiap hari bekerja macam lembu, semata mata nak tampung kos sara hidup yang makin tinggi akibat perbuatan bodoh kau.

    Ye betul aku juga tak sempurna, tak kaya, tak pandai, dan juga tak hensem. Tapi dalam hidup aku tak pernah pon aku mencuri duit orang lain tak pun menyusahkan hidup orang lain. Aku juga pasti semua orang pun macam tu. Tapi kau tengok perdana menteri kita macam tak ada hati dan perasaan. Kalau tak cukup gaji tak pa ambik sikit2 sudah, habis sekarang ni sampai hilang dan tiris juta2 dan berbilion apa cerita tu. Tak susah ke kita sebagai rakyat nak bayar balik dgn segala macam cukai. Aku tak marah cuma tak faham je. Nak buat apa duit banyak nak beli dunia memang cukuplah. Najib tak perlu jadi sempurna tapi cubalah letakkan diri kau mcm situasi rakyat.

    Najib cubalah memahami.
    Di suatu sudut di bumi malaysia ni ada orang susah yang bermatian mati mencari sesuap nasi. Bukan macam kau dan menteri seangkatan yang pernah cukup dengan rezeki yang ada.

    Aku pun tak tahu nak harapkan sapa dalam Malaysia.
    Harapkan najib, pentingkan diri
    Nak harapkan pemimpi lain penakut dan sama saja macam najib
    Nak harapkan pembangkang asyik gila kuasa
    Nak harapkan cina nanti nasib bangsa melayu pula jadi taruhan
    Habis tu nak harap siapa lagi wahai rakyat malaysia.


    ikhlas dari
    ~Tanpa nama~
    insan yang tersepit

    BalasPadam
    Balasan
    1. maknanya kau normal. jangan risau.

      Padam
    2. Pemimpin bg saya sama je..mula tunjuk belang bila lepas berkuasa...cuma cara berbeza sahaja.

      Tgh fikir...kalau nak najib suruh letak jawatan sbb masalah negara yg berlaku skrg..anda sbnrnya nak ganti pemimpin BN lain atau nak tukar gov terus? Persoalan terbesar..dgn perubahan yg anda inginkan..adakan masalah akan selesai? Sbg contoh minyak turun, harga kereta turun, harga rumah turun, xde GST, xde kroni n rasuah sepenuhnya....drpd sy fikir nak turunkan seseorang pemimpin, sy tgh fikir ada ke pemimpin lain nak tunaikan harapan yg sy cakapkn tadi? Atau just for the sake of changing leader but still noth happen? X nmpk janji2 mana2 pemimpin yg betul2 berani nak tunaikan harapan kita sbgi rakyat.

      Padam
    3. Jibby kesah apa masalah kau, dia gaji RM 22,826.65 sebulan tu belum masuk elaun yang melimpah ruah,bil api,air percuma dsb.

      Padam
  3. Slm. Aku ikut yg menegakkan Islam... Selagi tak terbukti maka masih tak bersalah. Sebab tu aku mintak korang sokong lah pembangkang sebab pemimpin yg ada sekarang memang dah terbukti bersalah, buat apa biarkan lagi. Pembangkang tak buat bankrapkan negara, yg buat tu pemimpin dan parti yg dah memerintah lebih 50 tahun. Aku bukan macai tapi aku dah sampai tahap hater.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pembangkang tu sapa dia?
      kan ke pakatan rakyat dah bubar bak kata kalipah lim guan eng?

      ko bukan hater tapi bebal

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.