Ahad, 14 Februari 2016

18 Budaya kirim barang yang menyusahkan orang lain

Aku tak faham perangai sesetengah orang ni, pantang dengar ada kawan, jiran ataupun kenalan yang takde rapat mana pun nak pergi berjalan atau melancong terutama ke luar negara, mesti ada je nak pesan nak kirim tolong beli macam2 barang, pulak tu jenis yang kirim pakai air liur je duit kemudian. Barang yang dia kirim pula bukan main susah nak carik malah kedainya takde dalam senarai tempat yang kita nak pergi pun. Bila cakap tak boleh, mulalah buat2 merajuk, lepas tu tak nak tegur, cakap kita sombong lah berkira lah apa lah.

Orang pergi luar negara ni selalunya sebab atas urusan kerja, atau pun nak bercuti nak hilangkan stress, atau nak pergi beribadah buat umrah atau haji, yang kadang2 kena kejar2 masa sebab jadual perjalanan yang pendek dan ketat, bukannya nak pergi shopping apatah lagi nak shopping barang orang lain. Ini tak pasal2 mereka kena gigih mencari barang orang lain lepas tu  mengangkut mengheret barang2 kiriman orang lain ke sana ke mari menambahkan beban mereka sahaja. Lepas tu bila nak angkut barang naik kapal terbang terlebih muatan pula kena bayar lebih pulak.


Lainlah kalau mereka pergi ke luar negara memang atas tujuan nak buat bisnes dan offer orang kirim beli barang melalui dia. Kalau mereka memang nak belikan korang souvenir atau cenderamata seperti fish magnet ke, key-chain ke tanpa korang mintak, itu takpelah sebab memang kerelaan diorang nak bagi.
Ini ada sekali pengalaman aku pergi Jepun dulu, ada seorang kawan kirim beli model Gundam yang kat Malaysia pun ada jual. Memandangkan alang2 aku pun nak singgah kedai toys kat sebuah bandar, aku pun carilah model Gundam yang dia kirim tapi kat kedai tu tak jual. Aku pun berbalas2 mesej dengan dia cakap model tu takde dan dia suruh mesej dia model2 Gundam yang dijual kat situ yang aku rasa sangat menyusahkan aku. Lepas aku dah beritahu model2 Gundam yang ada jual kat situ, dia cakap takpelah dia tak jadi beli. So aku pun tak belikan lah apa2 untuk dia.

Yang bangangnya, keesokan harinya masa aku dah pergi kat bandar lain, dia mesej aku tulis "Takpelah kau beli jelah Gundam model XXX yang ada tu." Shit gila. Takde kerjanya aku kena menyusahkan diri sendiri nak pergi balik kedai tu semata2 nak beli barang dia. Semalam waktu aku elok2 ada kat kedai tu tak nak cakap. Aku balas balik tulis "Sorry bro, aku dah tak pergi kedai tu, sekarang kat tempat lain." dan dia jawab balik "Ala pergi la singgah kejap. Tak pun kat tempat yang ko pergi nanti singgah la kedai2 toys lain belikan untuk aku."

Seriously takde common sense langsung. Dia ingat orang pergi melancong ni semata2 nak hadap permintaan korang je ke? Ingat diorang ni posmen korang ke? Nak beli sendiri la kat Malaysia pun berlambak jual. Tak pun beli je barang tu online, tak kira la dari dalam negara ke luar negara ke diorang akan layan.

Ini baru kalau sorang yang kirim. Bayangkan kalau 5 orang, 10 orang yang kirim? Tak kena naya. Orang nak bercuti tu bagi la mereka enjoy holiday mereka dengan aman. Yang pergi ke luar negara atas urusan kerja tu bagi la mereka bekerja dengan aman. Yang pergi luar negara untuk buat umrah dan haji tu, bagilah mereka menjalankan ibadah mereka dengan tenang.

Itu baru cerita orang kirim barang pada orang yang nak pergi ke luar negara, belum orang yang suka sangat kirim orang beli itu ini walaupun kedai tu depan rumah je. Dulu waktu aku belajar dulu ramai betul budak rumah sewa aku yang perangai macam ni. Pantang nampak orang nak keluar, suruh kirim beli barang. Pantang nampak orang turun kafe, kirim beli makanan. Pantang nampak aku nak pergi stesen minyak isi minyak motor, kirim beli rokok. Pastu duit tak bagi suruh kita guna duit kita dulu, lagi bangang.

Kalau setakat pesan beli jajan ok lagi, ni ada yang siap pesan suruh beli nasi berlauk, kan dah menyusahkan orang lain kena bungkus nasi, lauk semua. Pastu bila dah beli komplen pulak macam2 cakap lauk aku tak makan ikan ni la lauk ni tak sedap la tak kena selera la. Nak makan ikut sedap tekak kau pergi turun sendiri la beli sendiri makanan sendiri. Ini tidak, punyalah pemalas nak gerak sampai tak kisah pun diri tu dah menyusahkan orang lain.

Tolong jangan spoilkan mood orang lain. Don't be a brat.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Cara pembelian boleh klik pada gambar di bawah:

Buasir Otak: The Komik




tags: pesan beli barang kirim kawan orang melancong bercuti holiday luar negeri negara berjalan

18 ulasan:

  1. Haha.. pernah gak kadang2 kena tolong roommate beli makanan alang2 nak gi kafe

    Nasib baik x selalu, kalau x memang tak lah

    Lagi2 kalau ada yang suruh beli kenudian x byr blk.. yang tu memang sakit hati.. bukan sebab berkira tapi fhm2 je la

    Cool Guy

    BalasPadam
    Balasan
    1. prOooO0o00ttTt prEettT !

      -cool gay-

      Padam
  2. Mlm ni pesta valentine koa tk ikot noob?
    -lanun-

    BalasPadam
    Balasan
    1. prooOottT crooOttT !

      -sirosli ft mad basah-

      Padam
  3. Belikan makanan kawan paling benci kot. Masa kerja pun dikirimkan. Ingat masa belajar je. Hahahaha now lega takde lagi dah jenis kirim2 ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tolong member sekali sekala pun xlehka? Diala nanti akan tolong ko bila ko susah. Proottt dkt muka anis abdullah

      Padam
    2. Boleh tolong...tp kena la tlg belikan luggage and check in luggage brg korang tu....xkan tu pun kawan nak tolong...

      Padam
    3. Selalu kena kirim2 makanan gak.. Sekali sekala tu macam kurang2 2 hari setiap minggu mesti kirim... kalo setahun 2 kali tu bole kata sekali sekala.. kalo da tiap2 minggu da rasa mcm kena buli, bukan tolong da..

      Padam
  4. Tmpt ak keje yg rajin tolong belikan makanan tp selalunya dah setmcm pecel lele or ayam bakar so xde complain2 pun lagi pun klu yg rajin ni ak,kasi tips lebih sket x berkira sgt... dulu tmpt ak,mcm ni,gak,agak meluat la,ni,dpt environtment x bongak mcm tu dah

    BalasPadam
    Balasan
    1. kanina lu rosli meyamar jadi anon. patut la dah lama xnampak. btw proOot d muka ko ..

      -member sirosli-

      Padam
  5. aku kalu member kirim apa2 aku suh dia bayar untuk aku punya sekali..

    BalasPadam
  6. Haaa isu ni mmg ramai yg selalu amik kesempatan, itu sebab tips julia melancong pergi dulu melancong dan update kemudian bila sampai Malaysia...kalauuu tak haru biru dibuatnya

    BalasPadam
  7. zira x tau nak komen pape.. tapi zira mmg best..

    -zyragogue-

    BalasPadam
  8. Sebab tu kalau nak travel aku suka senyap je dulu, dah kat sana enjoy, balik baru bukak citer. Jadi takde sape pon sempat nak mengirim. Hahahahahah

    BalasPadam
  9. Aku pernah pergi bercuti dengan family. pastu family adik ipar aku tempah kain sutera kat dia.. katanya kawan kat tempat kerja cakap banyak sutera kat sana. dah 1 hal kitorg pusing 1 pekan semata-mata nak belikan family adik ipar kain sutera. dah la masa kitorg pun pack, dengan jem lagi. last-last tak jumpe pun kedai sutera yang banyak sangat tu.. kitorg pun malas nak layan kiriman2 orang ni. adik ipar aku pun redha je la kalau2 kena marah dengan biras dia. kikiki

    pasal tapau makanan tu pulak, dulu time study, aku turun la tapau makanan, then kawan aku suruh tapaukan makanan dia sama. aku pun tapaukan je la, sekali sebelum naik bilik, terserempak dengan member lain, dari jauh dorang dah jerit "woi, patutla makin gemok, tapau makanan sampai 2" shit jilake, sejak dari tu, aku say no untuk yang nak tempah2 makanan ni, kalau mau, jom turun sama2 tapau sama2

    BalasPadam
  10. Selalu gak kena macam ni.. Tension betul dikelilingi orang suka kirim-kirim ni.. Bukannya dia takleh gi sendiri, ade kreta ada moto, nak kata cacat sampai tak leh berjalan pon tak.. ni sebb alasan malas.. mcm palat perangai.. kalo pemalas sgt nak drive beli barang n makan sendiri pergila call uber..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.