Ahad, 10 April 2016

10 Wanita berhijab bukan untuk tarik perhatian lelaki

Tudung. Hijab. Tak kisahlah apa yang korang panggil. Pada asalnya tudung ini tujuannya satu sahaja, iaitu untuk wanita menutup aurat. So kenapa beli tudung? Supaya kita boleh menutup aurat. Kenapa jual tudung? Supaya kita boleh bantu wanita untuk menutup aurat. Kenapa kena pakai tudung? Supaya kita boleh menjaga dan memelihara diri kita dari penglihatan dan pandangan mata-mata orang lelaki yang bukan mahram.

Tak salah jika nak memakai tudung yang cantik supaya kelihatan lebih kemas dan professional, namun tidak sekali-kali memakai tudung cantik-cantik adalah supaya kita kelihatan lebih cantik dan jelita agar dapat menarik perhatian lelaki. Tidak sama sekali.

Gambar hiasan

Maka malang jika para penjual tudung pada hari ini berlumba-lumba menjual tudung yang begitu cantik dan berfesyen dengan harga yang begitu mahal sampai tak masuk akal malah berkali-kali ganda daripada harga asal hanya kerana mempunyai jenama. Malah lebih malang apabila ada yang membuat iklan dengan menyuruh wanita membeli tudung cantik mereka supaya dapat menarik perhatian dan pandangan mata orang lelaki terhadap mereka.


Tolonglah. Kalau nak berniaga dan tarik pelanggan sekalipun jangan sekali-kali guna alasan ini. Muslimah seharusnya bertudung semata-mata kerana Tuhan, bukan kerana nak jadi cantik agar dapat menarik perhatian orang lelaki, atau dalam bahasa kasarnya menggatal. Kalau pakai tudung semata-mata nak suruh orang lelaki tertarik tengok anda, baik tak payah pakai tudung. Free hair je terus. Pun lelaki akan tertarik tengok anda.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: wanita perempuan melayu tudung bertudung bukan untuk demi menarik tarik perhatian lelaki bukan mahram ajnabi cantik anggun fesyen

10 ulasan:

  1. klu noob post mesti Fap Fap Fap Fap *xsenonohnya*

    BalasPadam
  2. biasa la noob. akhir zaman perniagaan agama jadi suatu benda yg menguntungkan. hijab pd asal utk tutup aurat di ubah mcm2 supaya org beli.

    BalasPadam
  3. What a good reminder. Thanks. We need to be reminded coz sometimes we forgot what our primary intention is.

    BalasPadam
  4. Bila dunia jadi taruhan, akhirat mudah diabaikan.harap peniaga tudung lebih prihatin.

    BalasPadam
  5. Bila dunia jadi taruhan, akhirat mudah diabaikan.harap peniaga tudung lebih prihatin.

    BalasPadam
  6. tudung kemain mak aih...dia punya lilit2 tu... mak aih...

    anihnya, banyak2 lilit tu, bahagian dada boleh singkat. dengan kain baju yg nipis dan terang, boleh nampak corak cawan/cup pakaian dalamnya... bahagian belakang pula tudung setakat di bahagian leher, nampak pakaian dalamnya yang berwarna merah menyala, pink atau hitam.

    tatkala waktu pagi- mentari di ufuk timur, murah rezeki....tembus pandang sampai nampak bayangan bentuk badan tu.

    BalasPadam
  7. hijab pelbagai fesyen dan jenama.

    pakai kanta lekap / contact lense ada corak2...biru mata hitamku

    bulu mata lentik.

    siap ada tutorial hijabis untk dapatkan corak alis mata arab / mesir / cleopatra

    perfume pulak, amboih..kalau la perfume tu sama fungsi dengan ubat nyamuk, konfem jejak bangkai nyamuk akan ada di mana2 dia pergi.

    BalasPadam
  8. Haha..suka ayat last..kalau pakai tudung sbb nak nmpk cntik n tarik perhatian laki..baik free hair je....

    Nice entry..no further komen.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.