Rabu, 19 Oktober 2016

4 Aplikasi tonton aksi ghairah di telefon pintar

Hari Ahad yang lalu dalam Harian Metro/Metro Ahad ada dilaporkan mengenai sebuah aplikasi telefon pintar baru yang membolehkan pengguna menonton dan berinteraksi secara langsung (live) dengan pengguna yang sedang membuat siaran secara langsung di telefon pintar mereka. Nampaknya aplikasi ini bakal menggantikan aplikasi WeChat dalam menyumbang kepada keruntuhan moral masyarakat malah jauh lebih teruk dari permainan Pokemon Go dan juga Smule.


Klik pada gambar untuk membesarkan laporan berita berikut:




Aplikasi yang berkonsepkan Live Streaming ini bukanlah suatu yang baru. Youtube Live, Facebook Live, Live.me serta banyak lagi aplikasi lain yang membolehkan pengguna melakukan siaran video secara langsung dari kamera, webcam atau kamera di telefon pintar.

Namun aplikasi yang dilaporkan ini memang lain macam. Mungkin di luar negara ia suatu perkara yang biasa dan boleh diterima oleh budaya mereka, namun apabila hal yang sama dilakukan oleh orang negara Malaysia lebih-lebih lagi orang Melayu Islam, ia suatu yang sangat sangat sangat membimbangkan. Mungkin ada yang gunakan aplikasi tersebut untuk memberi ilmu atau perkara yang bermanfaat, namun kerana penggunaannya yang agak bebas menjadikan ia agak tidak terkawal.

Orang perempuan tanpa segan silu menyiarkan video live mereka untuk tatapan beratus ribu orang lain yang langsung tak dikenali. Nak makan buat siaran langsung, tengah buat kerja buat siaran langsung, tengah pandu kereta buat siaran langsung, tengah nak tidur atas katil dengan berpakaian seksi pun buat siaran langsung sambil buat aksi ghairah semata-mata mahukan gift, malah paling teruk nak berjimak pun buat siaran langsung!

Ada janda berumur pun buat siaran langsung, ada murid perempuan di sekolah kat sekolah pun buat siaran langsung. Dan yang tonton itu pula kebanyakannya orang lelaki. Majoriti komen pula, kau boleh agak... semua berbaur lucah.

Bila tengok aplikasi ini kau boleh bayangkan betapa ramainya wanita yang sangat murah maruah dan sifat malu mereka. Betapa ramainya orang baik lelaki mahupun wanita yang sangat miskin perhatian dan menagih populariti murahan.

Kepada ibu bapa, seriously... check la telefon anak perempuan anda. Suami pun tolong check kalau isteri ada install, dan isteri pun check la kalau suami anda ada install. Kalau ada aplikasi pelik-pelik macam ni termasuk juga WeChat dan sebagainya, uninstall lah dan larang mereka untuk install lagi. Baca ni - "Pelajar 13 tahun dirogol 4 kenalan Wechat".


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: interaktif songsang harian metro aplikasi video live siaran langsung fb wechat bigo youtube streamer streaming beans aksi ghairah lelaki cari teman pasangan gay

4 ulasan:

  1. tudiaa aih makin maju teknologi, makin merepek bebudak skrg.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Yang menonton isi aplikasi tu kita faham kenapa.
    Tapi yang aku tak faham adalah yang rela ditonton tu.
    Takkan sekadar perhatian yang maya dan tidak nampak pun cukup buat diri diorang puas?

    BalasPadam
  4. Ppuan terutamanya suka sgt perhatian.. laki susah nak fhm..lagi2 tayang sikit dpt like byk, dpt sugar daddy n free gift. Kdg2 ppuan bila 'dihargai' sedikit hilang maruah dia sekejap je. Papepun iman kena kuat n ibubapa kena main peranan mereka pantau aktiviti anak2..zaman skrg susah nak control anak2 lagi2 bila ada handset kat tangan

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.