Selasa, 4 Disember 2018

12 Sejarah ditulis pemenang dan sejarah yang hilang

Penulisan sejarah secara rasminya merupakan catatan dan rakaman pada peristiwa lalu, namun catatan sejarah ini juga boleh dilakukan secara terpilih oleh pihak yang memerintah atau berkuasa, bak ungkapan Winston Churcill, “Sejarah ditulis oleh orang yang menang”, mantan perdana menteri Britain paling terkenal di dunia.

Sepertimana yang berlaku sejak zaman dahulukala lagi, orang yang menang akan menulis semua yang baik-baik, hebat-hebat malah mungkin ditokok-tambah tentang diri mereka agar diri mereka dilihat dan dikenang sebagai orang hebat dan berada di pihak yang benar. Kerajaan yang berkuasa pada suatu ketika biasanya cenderung untuk melemah dan memburukkan kerajaan sebelumnya.

Catatan sejarah dari pihak yang kalah pula biasanya tidak direkodkan secara rasmi sebaliknya hanya disampaikan secara lisan dan catatan peribadi secara turun temurun melalui cerita, hikayat, puisi, buku dan sebagainya.


Negara Malaysia juga tidak terkecuali. Seperti yang kita tahu, catatan rasmi sejarah negara kita yang ditulis dalam buku-buku teks sekolah selama ini adalah acuan dari kerajaan BN sebelum ini yang telah memerintah lebih 60 tahun sejak merdeka.

Lalu baru-baru ini, Menteri Pendidikan Maszlee Malik mahu memastikan skandal 1MDB dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran sejarah Malaysia yang baharu sebagai satu usaha memastikan ia dipelajari, dan tidak akan diulangi oleh generasi akan datang. Turut akan dimasukkan dalam silibus itu ialah senarai kes-kes besar khazanah negara yang beliau dakwa disamun oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.

Baca berita penuh di sini: Skandal 1MDB akan dimasukkan dalam kurikulum sejarah Malaysia - Maszlee

Walau bagaimanapun Kementerian Pendidikan berkata isu 1MDB akan dimasukkan dalam sukatan pelajaran Sejarah di sekolah dilaporkan secara tidak tepat oleh sesetengah media.

Setiausaha Menteri Pendidikan Shahrul Aman Mohd Saari berkata semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam Dr Maszlee Malik hanya menjelaskan isu 1MDB hanya "akan dimasukkan dalam sejarah Malaysia".

Katanya menteri terbabit langsung tidak menyebut kes 1MDB akan dimasukkan menjadi sebahagian daripada sukatan pelajaran Sejarah Malaysia.

Baca berita penuh di sini: Maszlee tak kata 1MDB masuk silibus sekolah, kata pegawai

Aku rasa kalau dia tak cakap pun, memang isu 1MDB dah jadi sebahagian dari sejarah Malaysia dah pun. Malah kalau tengok balik hansard dan rakaman perbahasan parlimen pun, soalan MP Pontian Ahmad Maslan memang berkaitan sukatan matapelajaran Sejarah di sekolah, dan Dr Maszlee menjawab atas kapasitinya sebagai Menteri Pendidikan, bukan sebagai Pegawai Arkib atau Sejarawan, maka tak kena kalau pihak media pula dipersalahkan atas laporan yang tidak tepat.


Tidak mengapa kita letak tepi dulu soal itu. Berbalik kepada isu silibus subjek Sejarah di sekolah, aku tidak kisah dan akan menyokong kalau isu dan peristiwa besar dalam negara kita dimasukkan dalam buku teks Sejarah, memandangkan ia adalah peristiwa sejarah yang memang ada dan telah berlaku, tapi pastikan semua peristiwa besar ditulis sama ada yang melibatkan kerajaan terdahulu mahupun kerajaan hari ini. Kalau setakat nak tulis secara berpilih hanya untuk memburukkan kerajaan terdahulu, baik tak payah.

Kalau tengok dalam buku teks Sejarah Tingkatan 5 mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) (boleh muat turut PDF dari Laman Sistem Guru Online), fakta sejarah yang ditulis hanya pra-tahun atau sebelum tahun 2000, sebaliknya hal yang berlaku selepas atau pasca tahun 2000 tidak tercatat.

Itu pun peristiwa berkaitan politik pasca tahun 1990-an langsung tidak tertulis dalam buku teks. Maka kalau nak diikutkan, buku teks Sejarah kita telah kehilangan sejarah moden Malaysia dalam lebih kurang 20 tahun dari hari ini. Dalam buku teks, YDP Agong yang dipaparkan setakat yang ke-12.


Perdana Menteri pun setakat yang ke-4, Pak Lah dan Najib sebagai PM tak wujud pun. Aku tak tahulah subjek Sejarah kita ni guna silibus tahun bila punya? Dasar kerajaan yang terakhir tercatat pun cuma Wawasan 2020 dan Koridor Raya Multimedia. Tu tahun bila punya cerita.

Tengok muka depan buku pun dah tahu silibus subjek Sejarah ni dah outdated sangat. Kenapa ada gambar sampai PM ke-4 sahaja? Kenapa takde Pak Lah sekurang-kurangnya?


Maka kalau nak kemaskini buku teks Sejarah, masukkan semua sejarah moden Malaysia dan juga peristiwa berkaitan politik sekurang-kurangnya sehingga 5 tahun ke belakang ini tanpa pilih kasih dan berat sebelah. Kes Memali, Ops Lalang, kerugian Forex, projek Bakun, skandal Perwaja, kejatuhan kes liwat Anwar dan reformasi, tragedi MH370, semua peristiwa besar ini harus dimasukkan sekali.

Tapi kalau tak nak masukkan peristiwa-peristiwa ini pun, silibus matapelajan Sejarah tetap perlu diperbaharui dan ditambah baik. Lagipun tengok jelah buku Sejarah kita tu dah lama sangat tak dikemaskini. Sepatutnya kena update sekurang-kurangnya 5 tahun sekali. Yelah, pilihan raya pun diadakan setiap 5 tahun sekali, buku sejarah sikit punya lama tak update dah nak masuk 20 tahun dah ni.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.

https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: sejarah ditulis oleh orang yang menang kerajaan hilang pendidikan sukatan matapelajan subjek silibus sejarah sekolah darjah rendah menengah tingkatan dr maszlee malik ahmad maslan 1mdb masuk malaysia history

12 ulasan:

  1. Btw, KSSM(silibus baharu) dah ada dh, dyerg dh tukar buku sjrah semua tu tpi isi dyerg pasal sejarah form 4 utk form 1.. Sejarah form 2 pulak dyerg letak pasal kerajaan melayu,majapahit semua tu..benda yg kita tk belajar pon..

    BalasPadam
  2. Banyak sejarah yang digelapkan. Contohnya sejarah kerajaan melayu Reman, Legeh dan Patani.

    BalasPadam
  3. Banyak juga fakta sejarah yang dipalsukan. Contoh; kononnya Tok Janggut di Kelantan menentang British kerana tak puas hati dengan cukai. Padahal dia bangun berjihad melawan British yang cuba menukar hukum syariah Islam kepada undang-undang kafir. Sama juga di Perak, sejarah yang diajar di sekolah tu langsung tidak menyebut Dato' Maharajalela ialah MUFTI kerajaan Perak yang menentang penjajahan British kafir.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yer ke..pasal ko xbuat sesuatu utk betulkn sejarah..sembang jerr lebihh ko nii..ko xbuat laporan kerr..kikiki..

      Padam
    2. Ted lahanat. Sembang lebih la ko. Butoh la woiii

      Padam
  4. Salah satu aku punya effort, aku punya komen kat sini lah. Habis tu, kau punya effort apa pulak yang aku boleh jadikan contoh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bongokkk..ko sembang kedai kopi bolehhlahh..benda tk betul nk buat apa kecoh2..ko ingat pakar sejarah sgt kerr..👋👋👅👅👄👄💋

      Padam
    2. *ko ingat pakar sejarah bingai sgt kerr..😣😌😓😛


      Ulas dengan akaun Google anda untuk membolehkan anda mengurus ulasan anda pada masa hadapan. Jika anda mengulas secara awanama, anda tidak akan dapat mengedit atau memadamkan ulasan anda.

      Padam
    3. Butuh la ko ted. Sembang kencang. Poodahhh.. botoh..

      Padam
  5. 4:56..mana ko nii..baru nk ajak ko sembang psl sejarah dahh lari..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko ni sembang mcm nokharom. Butuh pak hang

      Padam
  6. Jangan layan orang gila. Dia bukan tahu adab dan budi bahasa.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.