Rabu, 16 Januari 2019

13 Ramai ibu bapa terbeban dengan yuran PIBG

Setiap kali sesi persekolahan awal tahun, isu yuran PIBG timbul kembali. Ada ibu bapa yang bayar yuran PIBG, ada guru yang kecewa kerana ramai ibu bapa tak nak bayar, ada ibu bapa yang tak mampu nak bayar, ada ibu bapa yang ada je duit tapi tak berpuas hati yuran RM50 setahun tu tinggi sangat, ada yang kata terpulang kepada ibu bapa nak bagi berapa sebab ia adalah sumbangan, ada yang siap keluar pekeliling kata ia tak wajib dibayar, ada yang cakap pendidikan adalah percuma kenapa perlu bayar yuran PIBG, ada yang rasa terbeban bayar yuran PIBG dan sebagainya.




Yuran PIBG...

1. Apa yang ramai orang mungkin tak tahu atau tak perasan adalah pendidikan di Malaysia yang dibiayai kerajaan memang dah lama percuma atau hampir percuma.

2. Dulu yuran masuk sekolah kerajaan berapa lah sangat tak sampai RM100 pun setahun, sekarang langsung dah takde yuran pendidikan. Yuran peperiksaan pun dah lama dimansuhkan.

3. Buku teks pun percuma semua murid dapat. Awal tahun pinjam, akhir tahun pulang balik. Kalau hilang ganti. Cuma buku-buku lain seperti buku latihan, buku aktiviti dan alat tulis je lah kena beli.

4. Makan rehat kat kantin pun ada program RMT boleh makan percuma untuk murid yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah. Murid lain yang ibu bapanya bukan golongan berpendapatan rendah kena beli lah makanan sendiri, itu pun makanan kat kantin masih dikira murah lagi berbanding makan kat restoran.

5. Baju uniform sekolah, baju sukan, kasut sekolah dan beg sekolah dah tentulah kena beli sendiri, takkan nak bagi percuma juga. Tapi itu pun masih bergantung kepada pilihan sendiri, nak beli yang murah ke, yang mahal ke, pakai abang atau kakak punya ke, pakai yang diberi sumbangan orang lain ke terpulang.

6. Isunya sekarang adalah yuran PIBG. Ramai orang salah anggap ingat yuran PIBG ini adalah sebahagian dari yuran pendidikan anak-anak belajar di sekolah.

7. PIBG tu sendiri maksudnya adalah Persatuan Ibu Bapa dan Guru, langsung takde perkataan Murid atau Pelajar kat situ. Maksudnya ia adalah persatuan untuk para ibu bapa dan guru, bukan persatuan untuk murid.

8. Jadi kalau dah namanya persatuan atau kelab, dah tentulah ada yuran. Yuran itu adalah yuran persatuan, bukan yuran pendidikan sekolah.

9. Kau jadi ahli persatuan kakitangan tempat kerja pun kena bayar yuran persatuan. Masuk parti politik pun kena bayar yuran keahlian. Hatta kau masuk kelab memancing pun kena bayar yuran tahunan la, kalau kelab kau tu rasmi dan berdaftar lah.

10. Kalaulah PIBG ni macam persatuan lain, ahli tak bayar yuran keahlian dah lama keahliannya boleh dilucutkan. Tapi sebab PIBG ni persatuan yang baik-baik, anak-anak ahli pun belajar kat sekolah tu, jadi tak pernah lah ahli PIBG ni dilucut keahlian atas dasar ihsan walaupun tak pernah bayar yuran. Tak pernah lah dengar ada murid tak boleh ikuti program dan majlis itu ini hanya kerana ibu bapanya tak bayar yuran. Punyalah sikit punya baiknya persatuan tu.

11. Duit persatuan PIBG tu pula terpulang la nak buat apa-apa aktiviti yang sudah dipersetujui oleh ahli persatuan. Tapi sebab nama persatuan pun Persatuan Ibu Bapa dan Guru, maka biasanya duit-duit persatuan digunakanlah untuk pembangunan sekolah dan membiayai aktiviti-aktiviti berkaitan pelajar sekolah berkenaan, bukannya joli katak sesaja.

12. Yelah memang la kerajaan ada peruntukan kepada sekolah tapi ada hadnya. Ingat sekolah kerajaan kat Malaysia ada berapa banyak? Ada lebih 10,000 sekolah kerajaan dalam Malaysia. Jumlah pelajar pula ada hampir 5 juta orang. Lagipun tak semua benda boleh dibelanjakan dengan menggunakan peruntukan kerajaan ini.

13. Jadi mana sekolah nak dapat duit untuk buat program dan pembangunan selain dari yang perbelanjaan yang boleh guna peruntukan kerajaan? Dah tentulah dari duit PIBG.

14. Kalau kau biasa tengok sekolah jenis kebangsaan Cina, selalunya mesti ada sebuah gelanggang bola keranjang siap ada bumbung tinggi kat dalam sekolah. Kenapa kat sekolah kebangsaan jarang ada? Sebab ibu bapa mereka tak lokek nak bayar yuran PIBG, siap bagi sumbangan yang besar lagi supaya anak-anaknya dapat persekitaran sekolah yang selesa. Kita? Nak bagi RM50 setahun pun berkira.

15. Malaysia ni sebenarnya beruntung sangat, kebanyakan sekolah di Malaysia adalah sekolah kerajaan, sebab tu ramai ibu bapa tak kira yang miskin atau kaya hantar anak ke sekolah kerajaan sebab belajar di sekolah kerajan hampir percuma.

16. Di Malaysia ada sekolah swasta tapi tak banyak. Yuran pula tak payah cakaplah. Paling murah pun mungkin dalam RM10,000 seorang untuk setahun. Yang sampai RM50,000 setahun pun ada.

17. Rakyat Malaysia patut bersyukur sebab sektor pendidikan dan kesihatan banyak dibiayai oleh kerajaan. Sebab tu berlambak-lambak sekolah dan klinik/hospital kerajaan.

18. Kat luar negara, bidang pendidikan dan kesihatan tu dah macam perniagaan. Sekolah dan hospital kerajaan tu ada tapi tak banyak atau sama banyak dengan sekolah dan hospital swasta. Itu pun rakyat mereka masih tak begitu berkira untuk hantar anak ke sekolah swasta kerana reputasi sekolah tersebut bagus.

19. Manakala di Malaysia... pergi klinik/hospital kerajaan bayar RM5 je. Hantar anak sekolah tak payah yuran belajar pun. Tapi yuran persatuan RM50 setahun pun siap cari pekeliling yuran PIBG tak wajib bayar untuk sedapkan hati sebab tak nak bayar.

20. Kalau yuran katakan RM240 setahun pun, aku tak rasa ada isu terlalu mahal. Sebulan kau cuma perlu kumpul RM20. Sehari kau kumpul RM1 selama 20 hari dan lakukan selama setahun.

21. Beli rokok sekotak RM20 sanggup pula keluarkan duit. Makan tengahari kat KFC satu set RM15 takpe pula. Ini RM50 setahun kot... setahun!

22. Tapi kalau benar-benar miskin nak keluarkan RM50 setahun pun tak mampu, tak perlu bayar pun takpe rasa semua pun faham. Ini ditujukan kepada ibu bapa yang mampu berbelanja untuk benda lain tapi nak bayar yuran PIBG untuk sekolah anak pun sikit punya kedekut.

23. Ibu bapa yang berkemampuan tapi tak nak bayar yuran PIBG ni sebenarnya bangsa freeloader yang pentingkan diri dan berpeluang cerah melahirkan lebih ramai bangsa freeloader. Anak-anak dia yang bersekolah turut dapat faedah dari duit PIBG yang disumbangkan ibu bapa lain tapi dia sendiri tak nak sumbang.

24. Benda ni sebenarnya benda kecil je pun, tapi entah kenapa jadi isu besar sangat di kalangan ibu bapa di Malaysia. Memang yuran PIBG bukan wajib dan tak boleh dipaksa, tapi nak bayar sikit pun alahai kedekutnya. Orang negara lain dah buat macam-macam untuk meningkatkan tahap dan mutu pendidikan negara mereka, kita masih tersangkut pasal nak bayar ke tak yuran PIBG.

25. Orang kita ni sebenarnya memang pelik. Keluar duit beratus beribu sebulan untuk bayar kereta, rumah, telefon, Astro, beli itu ini semua sanggup, tapi nak keluar duit sikit untuk yuran PIBG setahun untuk persatuan sekolah anak-anak pun rasa terbeban. Entah apa-apa.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.

https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: yuran pibg mahal liat bayar ibu bapa kedekut persatuan ibu bapa guru sumbangan pekeliling

13 ulasan:

  1. Syukurlahhhh..🙈🙉🙊

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Iya kerr cik anis...bolehlah membawang selalu..🤗😊😚😙😊👨‍👩‍👦‍👦👨‍👨‍👦😘😍

      Padam
    2. Membawang kepala juboq hang

      Padam
    3. Takpe puan Anis nanti anak dah sekolah baru rasa pengalaman2 PIBG ni.

      Padam
  3. Nape x dimansuhkan aje yuran. Mintak dgn lapuiji sotong. Dia jugak yg kata nk bg pendidikan percuma.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan dah tulis yuran pendidikan memang percuma dah lama mansuh pun. Yang kena bayar yuran persatuan je. Yuran persatuan bukan yuran pendidikan.

      Padam
  4. BAPA ENGKAU BARU MENINGGAL KE NOOB?

    BalasPadam
  5. No.23 tu tepat sangat! Malang sekali, bangsa FREELOADER inilah yang paling kuat membiak. Menyusahkan orang je kejenyer, selfish yang amat. Nak untung diri sendiri aje setiap masa, tidak kira guna apa cara sekalipun, lepas tu suka show off tak bertempat. Di tempat kerja pula, FREELOADERS ni sukalah sangat pura2 rajin buat kerja, padahal main fb je banyak. Sampah sangat bakanya. Penuh satu Malaysia dengan sampah2 ni. Memang tak akan ke mana sangatlah sistem pendidikan di negara ni, redho aje lahhh...

    BalasPadam
  6. Teruskan menulis artikel Buasir. Bongkak...guru

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.