Rabu, 30 Januari 2019

3 Sebab perokok patuh larangan merokok di restoran

Bermula pada 1 Januari 2019 yang lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menguatkuasakan arahan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di negara ini, termasuk restoran bertutup, berhawa dingin, atau restoran, warung berkonsep terbuka (open air) dan gerai-gerai makanan di tepi jalan.

Walaupun biasanya akan ada orang yang tidak peduli dan langgar sahaja peraturan, seperti pemandu yang langgar peraturan jalan raya, atau orang membuang sampah merata-rata, tetapi kenapa untuk peraturan ini dilihat ramai perokok menjadi begitu patuh kepada larangan merokok di kedai makan ini?


1. Sudah hampir sebulan larangan merokok di kedai makan dan perokok hanya dibenar merokok dalam lingkungan 3 meter dari kedai makan dikuatkuasakan.
2. Maka sudah hampir sebulan juga warga tidak merokok dapat menikmati juadah di restoran tanpa asap rokok.

3. Pada awalnya ada perokok yang berdegil masih merokok di meja makan, namun kelibat mereka ini makin lama makin kurang. Ramai perokok mula patuh dan tidak lagi menghisap rokok di kedai makan.

4. Lebih menarik apabila ada perokok yang berwajah ganas, muka samseng, lengan bertatu, nampak macam jenis yang kuat memberontak tak kisah langgar peraturan, tapi bila nak hisap rokok dia bangun dari meja makan pergi lepak bawah pokok atau tepi longkang, suatu pemandangan yang sangat jarang dilihat sebelum ini.

5. Namun adakah mereka buat semua itu kerana menghormati orang lain yang tidak merokok di kedai makan? Adakah kerana tidak mahu asap rokok mereka dihidu oleh kanak-kanak di sekeliling?

6. Mungkin ya, tetapi mungkin hanya segelintir. Hakikatnya, kita adalah manusia yang selfish, kurang empati dan pentingkan diri. Jika peraturan ini tidak dikuatkuasakan, mana mereka peduli pun pasal orang sekeliling.

7. Kalau sifat empati, rasional, toleransi dan bertimbang rasa memang penuh di dada segenap lapisan masyarakat kita, kerajaan tak perlu wujudkan pun peraturan ini. Malangnya, tidak.

8. Maka apa yang menyebabkan perokok ini bukan main patuh lagi pada larangan ini? Sedangkan waktu dulu ada bayi kat sebelah pun main hembus je asap rokok langsung tak peduli pasal orang lain?

9. Ada 2 faktor yang membuatkan orang patuh kepada suatu peraturan dan undang-undang. Pertama, ketakutan dikenakan tindakan dan hukuman kerana melanggar peraturan. Kedua, kerisauan diviral atau ditularkan oleh orang sekeliling.

10. Menghisap rokok di kedai makan ini adalah suatu perbuatan yang terbuka yang boleh dilihat oleh orang lain. Mungkin kau boleh selamba hisap rokok di kedai, tapi ia membuka peluang untuk orang lain menularkan perbuatan kau sehingga membolehkan kau terkantoi dan dikenakan tindakan.

11. Berbeza dengan peraturan yang perbuatannya berbentuk tertutup seperti larangan memuat turun filem cetak rompak. Walaupun ia juga salah di sisi undang-undang tapi masih ramai orang buat kerana ia dilakukan secara tertutup dan kebarangkalian untuk kantoi dan ditularkan orang lain agak rendah.

12. Di zaman teknologi ini, media sosial adalah raja. Nampak benda salah sikit, tularkan di media sosial. Siapa salah siapa betul perkara kedua, janji boleh tular.

13. Walaupun menularkan sesuatu bukanlah semestinya hal yang baik, namun tidak dinafikan ia adalah cara yang sangat efektif, lebih-lebih lagi kalau segala laporan, aduan, nasihat dan teguran yang dibuat secara terus atau formal tidak dipedulikan.

14. Buat aduan jalan rosak, tiada tindakan. Tularkan di media sosial terus ada tindakan. Nampak orang tulis komen yang jelek, buat laporan pada pihak berkuasa tiada tindakan. Tularkan di media sosial terus kena buang kerja. Nampak kereta langgar lari, tularkan nombor plat di media sosial, sekejap je netizen dapat cari maklumat diperolehi. Nampak orang beromen kat tempat kerja, rakam video dan tularkan, terus mereka diberhentikan.

15. Sebab itu sekarang ini nak mendisiplin dan menghukum masyarakat kita lebih mudah. Kuatkuasakan sahaja peraturan, dan ramai orang akan jadi wartawan, pemberita, mata-mata, polis, peguam, hakim, cybertrooper tak berbayar secara sukarela.

16. Seperti contoh kerajaan ada bercadang melarang remaja bawah 18 tahun keluar malam tanpa pengawasan ibu bapa/penjaga. Aku yakin jika kerajaan mula kuatkuasakan sahaja peraturan ini, ramai orang akan terus patuh on the spot.

17. Masakan tidak, lepas tu kalau ada orang nampak je ada budak-budak lepak ramai-ramai kat luar waktu malam main Mobile Legend ke, basikal lajak ke, tengah rave ke, mesti kena viral terus. Orang pun dah malas nak tegur-tegur direct, budak-budak sekarang kalau orang dewasa tegur pun bukannya nak dengar sangat, silap-silap lagi melawan ada lah.

18. Maka aku harap apa-apa peraturan yang baik untuk mendisiplinkan rakyat Malaysia, cepat-cepatlah kerajaan wujudkan atau ketatkan penguatkuasaan.




P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.

https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: sebab kenapa perokok patuh larangan hisap rokok merokok di kedai makan restoran 3 meter

3 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.