Khamis, 27 Jun 2019

3 Murid, guru, ibu bapa dan netizen melampaui batas

1. Isu cikgu hukum murid nakal, ibu bapa serang cikgu dan buat laporan polis bukan isu baru. Dalam setahun mungkin akan ada satu atau dua kes, dan lepas lama sikit isu dah reda, berlaku lagi di tempat yang lain pula.

2. Biasanya bagi kes seperit ini, majoriti netizen akan menyokong dan mempertahankan cikgu. Tak ramai yang akan mempertahan murid dan ibu bapanya.

3. Namun dalam kes pelajar cina yang dirotan guru baru-baru ini kerana memanggilnya cikgu pondan, aku lihat banyak kesalahan yang telah dilakukan kerana telah bertindak melampaui batas.


4. Murid biadab yang menghina dan mengejek gurunya, satu kesalahan. Ia termasuk dalam salah satu kesalahan berat yang mana sekolah boleh mengambil tindakan disiplin terhadapnya.
5. Guru yang merotan murid tidak mengikut syarat yang telah ditetapkan dalam tatacara dan syarat yang ditetapkan, satu kesalahan. Mengikut pekeliling, hukuman rotan adalah dilarang kepada murid perempuan dan hukuman rotan kepada murid lelaki dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan ataupun di punggung yang berlapik dengan pakaian di bawah kuasa guru besar.

6. Ibu bapa yang masuk ke sekolah, mengasari guru, merakam dan menularkan video tersebut, satu kesalahan. Dia boleh dikenakan hukuman kerana mengganggu tugas penjawat awam, menceroboh sekolah, merakam video bagi tujuan mengaib dan membuli siber guru dan sebagainya.

7. Netizen yang menyebar dan menularkan keputusan peperiksaan murid tersebut, satu kesalahan. Antaranya kesalahan menceroboh privasi, menyebarkan maklumat peribadi tanpa kebenaran, buli siber dan sebagainya.

8. Jadi kalau nak hukum, biar semua kena hukum mengikut setiap satu kesalahan yang telah dilakukan, biar adil dan saksama.

9. Cuma perlu diingat, murid itu manusia, guru itu manusia, ibu bapa itu juga manusia, yang macam kita, yang ada perasaan, dan tak lari dari kesilapan. Cikgu mana tak melenting bila dihina anak murid sendiri. Ibu bapa mana tak melenting bila tengok badan anaknya penuh dengan birat. Jadi aku faham perasaan guru tersebut, dan perasaan ibu bapa murid tersebut. Yang aku tak faham perasaan netizen yang tiada kaitan dengan kes ini pergi korek dan sebarkan privasi murid tersebut.

10. Nak cerita aku sendiri pernah ada pengalaman buruk dengan budak-budak nakal. Aku pernah diludah oleh budak sekolah rendah yang sangat nakal. Kalau ikutkan hati mau ditampar sahaja budak kurang ajar tu, tapi memikirkan malas nak cari pasal dengan ibu bapanya, aku ludah dia balik. Ok aku tipu. Aku cuma marah dan pergi dari situ. Kalau nak panjang-panjang cerita, dah tentu ibu bapa tu akan pertahan dan lebih percaya pada anak dia, sebab itu anak dia.

11. Dan aku sendiri pun kalau ada anak lebih-lebih lagi anak perempuan, kalau setakat kena rotan sikit aku takde hal, tapi kalau pulang ke rumah dengan lengan dan kaki berbirat-birat, sudah tentu aku marah dan tak puas hati, apa kesalahan anak aku sampai dia harus terima hukuman macam tu. Tapi mungkin aku takkan serang dan viralkan guru yang merotan anak aku, sebaliknya hubungi pihak sekolah dan guru sekolah untuk berjumpa dan mohon penjelasan, sebab aku tak mahu panjang-panjang cerita, dan tak mahu netizen jadi hakim pada masalah peribadi kami.

12. Tapi dalam isu macam ni, ia akhirnya berpunca dari ibu bapa juga. Kerana segala apa yang berlaku itu pasti bersebab, dan ia pasti akan menghasilkan reaksi berantai.

13. Kalau ibu bapa mendidik anak-anak dengan betul, pasti anak mereka akan hormat dan tidak akan menghina gurunya. Kalau anak murid tak hina guru, guru pun takkan rotan anak muridnya. Kalau guru tak rotan pelajar, ibu bapa pun takkan datang serang dan rakam gurunya. Kalau ibu bapa tak serang dan rakam gurunya, netizen pun takde sibuk-sibuk nak cari dan sebarkan keputusan peperiksaan murid tersebut.

14. Anak tak mampu belajar pandai-pandai tidak mengapa, tapi jangan biar anak jadi jahat. Bila anak kau jahat, guru dan sekolah akan hukum anak kau. Tapi itu belum bala lagi, malah kau sepatutnya bersyukur kerana ada lagi guru yang masih sanggup mendidik anak kau.

15. Yang menjadi bala adalah apabila seseorang guru sudah berputus asa dan tidak mahu ambil peduli lagi untuk mendidik anak kau, itu baru bala yang sebenar. Kerana guru juga adalah manusia, seperti kita, yang punya perasaan, dan had kesabaran.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.


https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: murid pelajar cina perempuan dirotan lengan kaki peha betis berbirat guru cikgu dihina pondan ibu bapa rakam viram lapor polis keputusan upsr

3 ulasan:

  1. Ada beberapa perkara yg aku xsetuju dgn pandangan noob..mungkin budak sekarang tk selasak murid dahulu..nakal budak dahulu ada makna..murid dulu anggap sebatan cikgu sebagai pemangkin kejayaan masa dpn tapi murid sekarang melihat sebatan sebagai dera plk..foktor dna barangkali..kikiki..



    Nk bisjutt?...╰╮︴﹏💫

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni bukan isu setuju atau tak, dan ini bukan pandangan aku pun? tapi sekarang dah jadi peraturan nak rotan murid ada tatacara dan syarat yang perlu dipatuhi. Jadi nak tak nak ikut sahajalah peraturan. Kalau tak ikut peraturan, suka atau tidak, setuju atau tidak, terpaksalah terima hukuman.

      Padam
  2. Bisjut kepala bapak ko. Lahanat

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.