Rabu, 9 September 2020

0 Ibarat gajah bersungguh-sungguh memijak semut

1. Engkau orang besar. Kau ibarat gajah. Ku hanya semut merah. Aku orang kecil. Selepas beberapa hari masih tak reda lagi kisah adik Veveonah. Sebelum ini Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia mendakwa adik Veveonah menipu tidak ambil ujian atas pokok, kemudian Timbalan Menteri Kewangan I yang juga Ahli Parlimen Kudat pula mendakwa dia menipu dan berdrama lalu mengarahkan pegawainya menjalan siasatan.

2. Dakwa beliau, adik Veveonah M tidak tinggal di Kampung Sepatang, malah kalau nak ambil exam online patut boleh ambil di Pekan Pitas yang mempunyai kemudahan Internet yang lebih baik, jadi kenapa berdrama nak ambil ujian online atas pokok?

3. Persoalannya, aku tak tahulah kenapa sampai 2 orang ahli politik beria sangat nak cari salah seorang budak yang bukan dari keluarga senang, malah dia bukan sesiapa pun, bukan ahli politik pembangkang pun, hanya seorang pelajar asasi yang baru nak kenal dunia. 

4. Malah dalam video Veveonah tu dia takde pun kutuk atau salahkan kerajaan ke apa. Dia cuma nak share pengalaman dia ambil exam atas pokok sebab line kat situ kuat. Yang tiba-tiba nak melenting sangat tu dah kenapa?

5. Ya, mungkin Veveonah boleh sahaja pergi ke bandar untuk ambil exam, tapi tahukah ahli politik kayangan yang kaya raya dah hidup senang sekalian, ramai rakyat marhaen sekarang mahu jadi content creator di Youtube dengan harapan dapat menjana pendapatan tambahan?

6. Korang dah biasa hidup senang memang lah tak kisah, tapi kami perlu perah otak untuk fikir dan berusaha berhempas pulas buat video yang unik, kreatif dan menghiburkan agar dapat menarik perhatian orang tonton. Dalam kes Veveonah, dia tengah buat challenge dan mungkin dia merasakan kalau buat video jawab exam atas pokok boleh jadi suatu content yang unik dan dapat menarik tontonan yang banyak, itu yang dia buat video tu. Dia cuma nak kongsi pengalamannya sahaja, bukan nak kutuk atau salahkan kerajaan pun.

7. Katakanlah ada Youtuber buat video memasak dalam gua, takkan menteri nak melenting cakap orang tu penipu ke apa dan tuduh dia nak burukkan kerajaan macam kerajaan tak sediakan kemudahan makanan? Dia buat video tu supaya nampak unik dan menarik agar dapat tarik views, biar je lah dia. Apa yang menteri terasa sangat pun? Apa kaitan dengan menteri pun?

8. Aku pun kalau orang senang, aku pun tak payah susah-susah habiskan masa dan tenaga nak buat Youtube buat kartun untuk channel Buasir Otak TV aku. Kami rakyat marhaen ni berusaha buat content Youtube sebab nak cuba nasib menjana pendapatan tambahan. Dan untuk pengetahuan korang, bukan mudah nak jana pendapatan melalui Youtube sebab syarat dia sangat tinggi. Korang golongan kayangan ni takkan faham sebab korang orang senang.

9. Kalau menteri ni nak jadi "content cop" sangat, ada berlambak-lambak lagi Youtuber yang buat content yang palsu dan tak sesuai ditonton macam content prank, teori konspirasi, macai politik dan media Youtube yang buat berita palsu, drama separa lucah, Youtuber yang suka mencarut dan memaki-maki dan sebagainya, jadi pergi la siasat dan serang diorang sekali. Ni budak kampung innocent macam Veveonah jugak korang nak cari pasal.

10. Lepas tu bila dah sampai 2 orang Timbalan Menteri beria-ia cari pasal dengan Veveonah, apa sebenarnya faedah yang kerajaan PN dapat? Buatkan orang marah, parti pembangkang pun ambil kesempatan tunggang isu, benda ni suatu yang menguntungkan ke? Lebih baik la fokus pada isu negara yang lebih penting dari timbulkan isu yang sangat remeh temeh ni.

11. Malah sepatutnya Youtuber popular macam ni la ahli politik patut dekati dan ambil hati mereka. Tengok macam Youtuber popular Sugu Pavithra masa awal-awal viral dulu, Perdana Menteri siap bagi ucapan tahniah dan bagi hadiah kat dia. Lepas tu Sugu Pavithra buat pula video unboxing hadiah dari PM, ramai yang turut memuji PM baik dan prihatin dalam komen, kan boleh naikkan sikit reputasi PM.

12. Bayangkan kalau Ahli Parlimen Kudat lebih berlapang dada datang jumpa budak Veveonah tu, puji budak tu sebab dah menjadi penyebab TM tingkatkan infrastruktur Internet kat kawasan tu, lantik pula dia jadi ikon remaja, bagi budak tu bantuan dan hadiah, dan jadikan Kampung Sepatang sebagai salah satu kawasan pelancongan desa di Sabah. Confirm lepas tu Veveonah pula akan buat video ucap terima kasih kepada Ahli Parlimen Kudat, kan naik sikit reputasi dia.

13. Ini tidak, dia pergi kecam pulak budak tu, kan tak pasal-pasal jatuh reputasi sendiri, lepas tu salahkan pula pembangkang. Hello, rakyat marah tak perlu tunggu pembangkang highlight isu ini pun. Sebelum pembangkang tunggang isu ni lagi rakyat dah marah, terutama orang Sabah sendiri.

14. Korang kan dah lama jadi ahli politik, takkan benda-benda macam ni pun masih tak boleh fikir lagi? Benda simple boleh naikkan reputasi, korang pilih untuk jatuhkan reputasi sendiri, bagi pula bola tanggung kat pembangkang. Harap PM dapat pantau dan nasihat sikit menteri-menterinya. Dulu bukan main kutuk menteri PH pasal kereta terbang la, minum minyak sawit la, lepas korang jadi menteri balik ingatkan dah berubah, lah rupanya sama je level tak lah bijak mana pun.
 
15. Akhir kata, hayati simpulan bahasa ini; Bertampar biar sama bercincin, bertendang biar sama bersepatu, bercakar biar sama bercangggai. Maksudnya, mencari lawan biarlah dengan orang yang sepadan dengan kita.

Sekian.


 P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: ahli politik timbalan menteri kewangan i abd rahim bakri parlimen mp kudat kecam tuduh veveonah m youtuber menipu siasat ums sahkan exam peperiksaan online gajah semut kayangan orang biasa


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.