Khamis, 4 Februari 2021

1 Antara maki dan malu tiada siapa menang

1. Tular di media sosial insiden doktor buat U-Turn kena hon lepas tu maki orang. Video beliau viral 1Malaysia.

2. Dari sudut sikap, ia memang buruk. Sangat buruk. Tak wajar maki orang lain atas kesilapan sendiri, apatah lagi mendoakan suatu yang buruk pada orang.

 3. Ada orang backing dia atas dasar kawan dan profesionnya yang stress dan penat. Profesion tak perlu dilibatkan. Fokus pada sikap, bukan pada profesion.

4. Kawan juga tak perlu dilibatkan. Aku ada seorang kawan yang kat pejabat memang baik, tapi bila dia langgar undang-undang, baiknya dia di pejabat takde kaitan dengan undang-undang yang dia langgar. 

5. Namun, tak wajar juga videonya diviralkan di media sosial. Disebabkan itu beliau dikecam, dijadikan meme, maklumat peribadi habis semua dikorek, majikannya mengambil tindakan dan sebagainya.

6. Apa yang sepatutnya lelaki yang kena maki tu buat adalah terus buat laporan polis dan serahkan semua bahan bukti pelanggaran peraturan jalan raya dan video dimaki tu pada polis, bukan viralkan di Twitter.

7. Doktor tersebut telah mohon maaf di Instagram, dan kemudiannya membuat laporan polis. Selepas itu lelaki tersebut turut sama buat laporan polis.

8. Ya, mungkin doktor tu boleh kena tindakan atas kesalahan jalan raya dan juga tidak berkelakuan sopan, namun doktor tersebut boleh juga ambil tindakan kerana telah dimalukan. Jadi dalam isu ni, tiada siapa yang menang. Tiada win-win, dua-dua kalah.

9. Setiap perbuatan pasti ada kesan dan akibat. Perbuatan maki orang kat jalan raya ada kesan dan akibat. Perbuatan viralkan video orang juga ada kesan dan akibat.

10. Jadi sebelum nak buat keputusan apa-apa, fikir dulu dan cuba jangkakan kesan dan akibat terhadap keputusan kita itu. Jangan kerana satu insiden kecil yang kita lakukan hanya dengan 30 saat menyebabkan ia memberi kesan buruk untuk sepanjang hidup kita.

Sekian.

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: dr doktor pensyarah ypm viral maki hamun marah pemandu u-turn traffic light lampu isyarat hospital serdang

1 ulasan:

  1. pada aku, makcik lecturer tu yang bersalah, takkan tak boleh kena hon sikit. Orang macam aku kena hon ataupun dihonkan aku boleh terima. Hon tu sejenis teguran. Kalau tak boleh kena hon jangan bawa kereta. Jalan Kaki! atau naik pengangkutan awam!.Tak guna belajar tinggi, tapi adab tiada!Kalau yang makcik lecturer tu maki, buatnya gengster, ko ingat dia takut ke dengan makian macam tu?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Ads RichPartners