Ahad, 20 November 2022

0 Keputusan PRU15 suatu analisa

1. Seperti yang dah dijangkakan, PH menang kerusi paling banyak dengan 82 kerusi, diikuti rapat oleh PN sebanyak 73 kerusi.

2. Ini semua disebabkan pecahnya undi Melayu. Ambil contoh Muar, MUDA dapat 19,961 undi, PN 18,616 undi, BN 14,581 undi. Andai BN dan PN bersatu, mereka senang-senang je menang dengan majoriti yang banyak.

3. Tapi itulah, PAS tiada masalah untuk bersatu dengan BN, tapi BN pula tak nak bersatu dengan PPBM. Maka gagallah Muafakat Nasional yang hasratnya menyatupadukan parti Melayu.

4. Andai kata BN dan PN ketepikan segala perbezaan dan bersatu padu, mudah-mudah je mereka boleh dapat kerusi majoriti dan boleh bentuk kerajaan yang stabil.

5. Tapi BN degil. Sangat degil. Mereka tak mahu berubah dan syok sendiri. Masih dengan budaya politik kaum dan menjilat pemimpin atasan. Akhirnya, mereka hanya mendapat 30 kerusi, rekod terburuk dalam sejarah.

6. Andai kata ahli BN sendiri berani menghukum pemimpin mereka yang korup, salahguna kuasa dan merasuah, mungkin rakyat lebih percayakan mereka.

7. Akan tetapi, ahli-ahli mereka lebih suka membela pemimpin mereka atas dasar setia. Mereka tak belajar dari kes PM6. Rakyat tak peduli dengan setia korang. Rakyat cuma nak orang yang bersih dan boleh buat kerja, bukan yang setia dan berdiam diri dengan kemungkaran pemimpin mereka.

8. Kita boleh tengok betapa pincangnya BN ni adalah mereka lebih mahu menangkan Pengerusi mereka di tempat sendiri sedangkan orang BN yang paling disukai orang ramai dicampak ke Sungai Buloh yang akhirnya kalah.

9. Namun, hal yang paling mengejutkan dalam PRU15 kali ini adalah PAS mencipta sejarah menjadi pemenang kerusi terbanyak sebanyak 49, diikuti DAP sebanyak 40 kerusi.

10. Antara faktor kemenangan PAS adalah kebangkitan pengundi zon utara dan pantai timur yang memberikan sokongan padu pada PAS. Malah kebangkitan PAS juga dapat dirasai di dalam media sosial terpopular di kalangan anak muda iaitu TikTok.

11. Kredit juga diberikan pada kumpulan Soutul Amal dengan lagu mereka "Pertahankan kepimpinan ulama, Keyakinan akan tetap terpasak, Pertahankan kestabilan negeri, Semangat berkobar nilai terpuji."

12. Lagu tu sangat catchy sampai ramai influencer dan TikTokers buat content guna lagu tu, sekaligus menarik lebih banyak sokongan di kalangan anak muda, sedangkan parti lain mana ada lagu yang meletup macam ni. Lagu PH yang Altimet nyanyi Hoi Hoi Ya Hoi pun tak cukup bagi impak macam lagu Bangkit Pertahan tu, apatah lagi lagu Bagan Datuk Bagan Datuk yang dinyanyikan anak calon BN di kawasan tersebut.

13. Di Twitter penuh dengan golongan liberal yang syok sendiri, perasan bagus dan memperlekehkan pilihan orang lain, namun suara mereka masih tidak boleh mengalahkan suara majoriti Melayu.

14. Manakala di Facebook pula lebih ramai yang neutral, play safe dan atas pagar. Kalau dulu cytro BN begitu kuat di Facebook dan blog-blog, tapi sekarang mereka sudah tua dan tak relevan, tak siapa nak dengar cakap mereka lagi.

15.  Jadi dalam peperangan cyber untuk PRU15 kali ini yang akhirnya diterjemahkan di peti undi, jelas pemenangnya adalah PN, khususnya PAS di platform TikTok.

16. Dan apa yang aku nampak, orang muda Melayu sekarang ramai sokong PN dan PAS atas dasar Melayu dan Islam. Generasi yang sokong Mahathir kebanyakannya dah tiada. Generasi ultra Melayu berdarah Umno BN pun ramai yang tua-tua dan dah tiada. Generasi yang merasai kebangkitan reformasi Anwar pun ramai dah tua.

17. Majoriti orang-orang muda Melayu sekarang tak lalui semua tu, tak hidup zaman negara merdeka, zaman darurat 13 Mei, zaman kegemilangan Mahathir, zaman reformasi Anwar, jadi mereka tiada sentimen bersandar pada kenangan. Apa yang mereka mahu adalah kebangkitan Melayu dan Islam.

18. Maka tak hairan jika PRU16 nanti, PAS akan jadi lebih kuat dan jadi parti dominan di Malaysia. Pada masa tu, aku harap BN dan PN dah bersatu. Yang salah hukumlah dan tak perlu dibela. Tak perlu semua gila kuasa nak bertanding. Jangan kita pecah belahkan lagi undi Melayu. Kerana penyatuan itu bukanlah ada pada kaum, tapi pada agama Islam.

Sekian.

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags:analisan ulasan kajian keputusan pru15 pilihan raya pn bn ph


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.