Khamis, 7 Mac 2024

0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Olok

Lagu untuk officemate korang yang tak guna.

 

Buasir Otak: The Muzik - Olok

Lirik:

Kau masuk ofis terus hilang
Datang lambat balik awal
Asal Isnin je kau ambik M.C.
Solat kau hanya Jumaat

Waktu kerja kau buat Grab
Asal meeting kau cabut lari
Bila bos bagi kau kerja
Bulan depan baru nak buat

Sampai bila nak olok olok?
Kau dah tua anak dah tiga
Tapi perangai macam budak
Rasa malu langsung tak ada

Depan bos buat buat busy
Belakang bos kau tidur mati
Bila sembang kau tak nak kalah
Suruh buat kau terus blah

Sampai bila nak olok olok?
Kau dah tua anak dah tiga
Tapi perangai macam budak
Rasa malu langsung tak ada

Sampai bila nak olok olok?
Kau dah tua anak dah tiga
Tapi perangai macam budak
Rasa malu langsung tak ada

Kenapa kau masih di sini?
Dihujani kering dijemur basah
Lebih baiklah kau terus pergi
Kau aman aku pun tak susah
Kau aman aku pun tak susah

Lirik: Prince of Noob
Komposer: AI Generated



P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: video buasir otak tv animasi animation anime cartoon parodi parody lawak the muzik lagu song single lirik ciptaan sendiri soundtrack intro ost olok olok



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.