Khamis, 13 Februari 2025

0 Performance Punishment di tempat kerja

1. Aku suka kerja. Kadang aku suka bagi lebih dalam kerja aku. Aku suka explore benda baru, bagi idea baru, bangunkan sistem baru, buat improvement kat proses kerja dan sebagainya. Dengan kerja aku boleh manfaatkan apa yang aku belajar, buktikan worth aku, berikan value pada tempat aku bekerja.

2. Cuma masalah yang biasa berlaku, adalah suatu yang dipanggil Performance Punishment, situasi di mana semakin perform seseorang pekerja, dia akan dihukum dengan diberikan lebih banyak kerja dan tanggungjawab tanpa sebarang ganjaran, imbuhan, insentif atau penghargaan yang setimpal.

3. Pada awalnya, memang kita buat semua ni sebab minat. Nak bantu orang, nak tengok perubahan, nak rasa kepuasan diri, suka tengok kerja kawan-kawan selesai. Tapi lama kelamaan, bos mula pentingkan diri saja, orang lain pula jenis ambil kesempatan, semua nak lepaskan tengkuk sendiri. Balik-balik aku. Balik-balik aku. Semua benda campak atas kepala aku. Punya la ramai staff kat ofis, tapi balik-balik masih aku la jugak.

4. Situasi ini lebih parah di sektor awam. Di sektor swasta, kebanyakan pekerja memang mahir, berpengetahuan, boleh buat kerja dan boleh diharap. Orang yang lebih perform biasanya akan menerima ganjaran setimpal. Increment dan bonus tahunan mungkin akan lebih dari orang lain. Kalau rasa tak adil, kita boleh berhenti dan cari kerja lain yang lebih memerlukan dan menghargai kemahiran dan kepakaran kita.

5. Di sektor awam, takde benda-benda tu. Kau perform ke, tak perform ke, rajin ke, malas ke, dari segi ganjaran takde beza, gaji semua dibayar sama, kenaikan tahunan sama, bantuan khas kewangan tahunan sama. Yang beza, kau dilambak dengan pelbagai tanggungjawab dan kerja bagai nak mati macam tong sampah, orang lain relaks je masuk 7.30 balik 4.30, tak perlu peduli pasal kerja, whatsapp kerja tak nak jawab.

6. Nak cari pekerja kerajaan yang betul-betul mahir, pakar, outstanding dan ada rasa tanggungjawab tu pula sangat susah. Kalau ada pun mungkin 1 dalam 10 orang. Jadi yang 1 orang ni la yang akan selalu kena lanyak keliling atas bawah kiri kanan dengan performance punishment.

7. Nak pindah jabatan pulak bukan semudah macam swasta. Nak mohon sikit punya susah nak dapat kelulusan, lagi-lagi kalau bos tahu kau yang paling boleh dibalacikan untuk buat macam-macam kerja. Bila nak bagi kerja, dia cari kau. Bila nak suruh buat slide, dia suruh kau. Bila ada masalah, semua orang cari kau. Kau sihat ke, cuti ke, sakit ke, dia tetap suruh kau buat, sebab orang lain tak tahu, tak nak ambil tahu, tak balas whatsapp dan tak boleh harap.

8. Tapi bila time nak bagi Anugerah Pekerja Cemerlang, takde pula bos cari kau, pandai pulak dia bagi orang lain dengan alasan, kena ikut turn sebab ada orang tak pernah dapat lagi, walaupun orang tu semua orang tahu orang yang dia bagi anugerah tu hauk langsung tak boleh pakai.

9. At least lah, kalau ada bos yang supportive, yang boleh mendengar dan memahami, rakan sekerja yang saling tolong-menolong, boleh sama-sama cari solution masalah, mungkin masih boleh bertahan walaupun kerja banyak. Tapi masalahnya bila langsung takde support system yang baik. Masuk bos baru makin toksik, staff baru masuk tak kompeten, environment kerja tak sihat, ramai yang pasif, defensif, suka mengelak, selalu hilang, complicated, susah bagi kerjasama, jenis berkira, kuat sembang, selalu harap kita tolong kerja dia tapi kerja kita tak ada siapa nak tolong.

10. Perasaan aku masa mula-mula kerja dulu, rasa semangat nak buat improvement, nak bantu organisasi maju, sekarang semua tu perasaan tu dah mati. Bos-bos dan kawan-kawan yang best zaman dulu pun ramai dah takde kat sini. Aku dah burn out teruk. Dulu aku sayang dengan tempat kerja aku, kini yang tersisa hanya benci. Sekarang cuma fikir tak sabar nak pindah keluar secepat mungkin. Nak jadi apa, jadilah. Pandai-pandai lah diorang hadap nanti.

Sekian.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: performance punishment perform bagus kerja tempat office ofis pejabat organisasi kerajaan penjawat kakitangan awam gomen swasta syarikat bos


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.