Khamis, 19 Jun 2025

0 Teknologi yang mengubah cara hidup manusia setiap dekad

Setiap hari kemajuan sains dan teknologi berkembang dengan pesat. Namun dalam setiap 1 dekad (10 tahun), akan ada 1 atau 2 teknologi yang terus mengubah ketamadunan manusia dari cara hidup, bekerja dan juga berfikir.

1900-an – Elektrik
Dulu rumah gelap pakai cahaya pelita, kilang pakai tenaga wap, namun era ini menyaksikan elektrik telah mula meluas. Peralihan era mekanikal ke elektrikal telah bermula.

1910-an – Kereta
Kilang kereta mula cipta kereta secara besar-besaran. Dari naik kuda ramai yang dah boleh naik kereta. Mobiliti rakyat biasa tercapai.

1920-an – Radio & Telefon Rumah
Zaman orang dengar muzik dan berita dari kotak kayu. Radio mula menyatukan suara komuniti. Permulaan komunikasi suara jarak jauh dari rumah ke rumah.

1930-an – Pawagam & Elektrik luar bandar
Pawagam jadi budaya dengan kemunculan filem bersuara. Sambungan elektrik sudah semakin meluas sehingga ke kawasan luar bandar.

1940-an – Komputer Awal & Perang Dunia
Teknologi ketenteraan melonjak disebabkan perang. Radar, enjin jet, komputer pertama dicipta.

1950-an – Peralatan Rumah Elektrik & Kapal Terbang Komersial
TV mula masuk rumah, peralatan elektrik rumah seperti peti ais dan mesin basuh mula dikeluarkan secara besar-besaran. Lebih ramai manusia boleh terbang ke tempat yang jauh.

1960-an – Satelit & Angkasa Lepas
Manusia mengembara ke angkasa, menjejak kaki ke bulan, satelit mula pusing bumi. GPS dan asas Internet mula bertunas.

1970-an – Komputer Rumah
Komputer belum canggih sangat, tapi dah mula masuk rumah. Revolusi digital bermula secara senyap tanpa disedari ramai.

1980-an – PC & Permainan Video
PC telah menjadi peralatan untuk bekerja, permainan video mula jadi hobi dan hiburan baru pada era ini. Era digital bermula secara serius.

1990-an – Internet & Telefon Bimbit Awal
Internet mula menyambung manusia ke seluruh dunia. Telefon bimbit muncul tapi masih mahal dan eksklusif. Komunikasi dah mula boleh dibuat dari mana-mana.

2000-an – Internet Berkelajuan Tinggi & Web 2.0
Hidup manusia dah mula berpusing-pusing dalam talian, tapi masih tidak begitu mobile. Masih perlu duduk depan PC untuk pergi ke Internet.

2010-an – Telefon Pintar
Segalanya kini dalam poket seperti album gambar, kamera, peta, kerja, muzik, permainan video, menonton rancangan, membeli belah, berbual dan sebagainya. Menunduk melihat skrin sudah menjadi tabiat harian. Manusia sudah sentiasa berada dalam talian tak kira tempat dan masa.

2020-an – Generative AI
AI sudah mula dilatih sejak era 2010-an, tetapi era ini memberikan akses kepada semua orang menggunakan Generative AI untuk mendapatkan maklumat, berbual, menulis, membuat kerja dan sebagainya. Walau ia tak lari dari kontroversi namun ia banyak mengubah cara dunia bekerja.
 
Perasan tak teknologi ini pula bila dah wujud, ia akan terus berkembang tapi masih dalam bentuk yang sama. Seperti contoh:

- Bila kereta 4 tayar diciptakan sebagai bentuk yang paling terbaik untuk kereta, lepas 100 tahun pun kereta masih 4 tayar, cuma teknologi kereta tu je yang makin canggih. Takde la nak buat kereta 6 tayar, atau tayar tu bentuk kaki ke.

- Internet bila dah wujud, ia masih talian yang sama setelah bertahun-tahun lamanya, cuma pada pengguna biasa ni akan rasa semakin lama semakin cepat dan laju je.  

- Teknologi telefon pintar bila dah wujud, lepas 10 tahun pun bentuknya makin sama, skrin depan besar bentuk segiempat tepat, besar genggaman tangan, cuma hardware dan software sahaja yang semakin canggih.

- Begitu juga dengan Generative AI. Bila ia mula muncul, sehingga kini ia sebenarnya dalam form yang sama, cuma ia ditambah baik dengan peningkatan versi, dengan semakin banyak features dan fungsi.

Jadi rasa-rasa apa pula teknologi yang bakal memberi impak besar pada ketamadunan manusia bagi era 2030-an, 2040-an, 2050-an dan seterusnya di masa akan datang? Mixed Reality? Robot? Sambungan otak ke mesin? Atau sesuatu yang belum wujud hari ni?

Wallahu’alam. Hanya masa yang akan tentukan.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: sains teknologi berkembang ubah cara gaya hidup tamadun manusia setiap dekad abad


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.