Jumaat, 18 Julai 2025

0 Simptom-simptom sindrom watak utama

Sindrom Watak Utama atau Main Character Syndrome adalah keadaan psikologi dan sosial di mana seseorang merasakan dirinya adalah watak utama dalam dunia ini, manakala orang lain hanyalah watak sampingan. Anggap bumi berputar di sekeliling dia. Segala perkara mesti berkisar padanya, untuknya dan sebabnya.

Antara beberapa simptom bagi seseorang yang ada sindrom ini adalah:

1. Sentiasa guna "aku" bukan "kami" bila berjaya, tapi "dia/mereka" bila gagal

Dalam kerja berkumpulan, jika berjaya, dia akan cakap "aku buat", tapi bila gagal, "tu semua salah diaorang".

2. Mementingkan kegembiraan sendiri walau menyusahkan orang lain

Asalkan dia gembira, orang lain kecewa, marah, penat, sakit hati, dia tak kisah pun. Contoh dia suka bela kucing, tapi kucingnya berak rumah jiran dia tak peduli pun.

3. Setiap perbualan mesti pasal diri sendiri

Apa saja cerita orang, mesti nak selit kisah dia juga. Orang lain tengah cerita dia potong sambung kisah hidup dia.

4. Segala-galanya dianggap pertandingan

Orang kongsi kejayaan di media sosial, dia cakap dia lagi berjaya. Kawan cerita dia dalam kesusahan, dia cerita dia pun dulu pernah susah lagi teruk. 

5. Nak semua orang kena faham dia

Kalau dia murung, stress, depress, orang lain semua kena faham. Tapi bila orang lain down, dia kata manja, lembik, suruh move on.

6. Terlalu obses dan kagum dengan diri sendiri


Ada sifat narsisistik yang sentiasa rasa diri luar biasa dan istimewa. Apa saja yang dibuat dianggap hebat, patut dipuji dan orang lain patut contohi. 

7. Selalu rasa diri terpaling lain dari yang lain

Dia percaya hanya dia yang terpaling unik, istimewa, misunderstood, paling ada konflik, macam dalam skrip filem dan drama.

8. Tak suka orang lain bersinar lebih darinya

Bila ada orang lain lebih menyerlah, dia akan cari jalan untuk kembalikan spotlight ke arah dia semula.

9. Sering bayangkan kehidupan seperti dalam filem atau drama

Selalu anggap hidupnya dalam konspirasi, rasa sering diperhatikan, kerajaan pantau aktivitinya, walau realitinya tiada orang kisah pun.

10. Tak boleh dengar dan terima pandangan orang lain 

Dalam perbualan, dia akan cepat tukar topik ke dirinya. Bila orang kongsi pendapat, dia cepat potong sebab fikir pandangan dia lebih penting dan tepat.

11. Sentiasa dahaga dan laparkan perhatian orang

Sanggup buat atau cakap benda yang konon melawan arus dan lain dari yang lain, asalkan dapat perhatian. 

12. Sering bayangkan orang cemburu atau tak suka dia

Selalu rasa orang lain dengki, tak suka, atau cemburu dengan kehidupan dia, walaupun sebenarnya tak ada siapa pun ambil peduli.

13. Suka buat keputusan sendiri tanpa peduli orang lain

Dalam kumpulan, dia buat keputusan ikut kepala sendiri sebab rasa dia paling tahu dan paling layak. Bila ditegur, orang lain yang salah.

14. Tak boleh bila orang lain tak beri perhatian

Apa yang dia cakap dan buat, orang lain kena beri keutamaan, kalau tidak dia merajuk dan rasa orang lain tak hormat dia.

15. Rasa semua benda berlaku ada kaitan dengan dia

Bila ada orang post status berbentuk sindiran atau kutukan secara umum di media sosial, dia rasa post tu ditujukan pada dia, padahal takde kaitan pun dengan hidupnya.

Jadi, sekiranya anda perasan simptom-simptom ini ada dalam diri anda, tahinah... anda mempunyai Sindrom Watak Utama.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: simptom sikap sindrom watak utama main character syndrome


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.