Fatimah, seorang wanita OKU yang terpaksa bergantung harap pada kerusi roda untuk bergerak sedang memandu kereta di sebuah lebuhraya untuk pulang ke kampung halamannya. Setelah separuh perjalanan, beliau merasa sakit perut dan mahu ke tandas, mujur hentian R&R hanya 5 km lagi. Beliau memandu dengan begitu sabar sehinggalah tiba di hentian R&R tersebut. Dari jauh kelihatan papan tanda "Tempat Letak Kereta OKU" dan terletak betul2 di depan tandas awam.
"Alhamdulillah.", bisik Fatimah dalam hati.
Kereta Fatimah semakin menghampiri tandas awam itu. Kelihatan 2 petak tempat letak kereta yang dikhaskan oleh OKU itu telah dipenuhi dengan motosikal kapcai dan motosikal berkuasa besar. Tempat letak kereta biasa yang berdekatan di sekitarnya pula tiada kekosongan. Fatimah merasa agak kecewa lantas memandu keretanya untuk mencari petak kereta kosong, yang akhirnya ditemui hanya pada jarak kira2 500 meter dari tandas awam tadi.