Terdapat sebuah kajian di universiti awam tentang teknik humblebrag seorang tokoh perniagaan merangkap instafamous/influencer. Berikut adalah hasil rumusan yang dibuat oleh ChatGPT tentang kajian humblebrag tersebut.
Ada orang suka melawan arus.
Apabila ramai orang yang menyokong, dia akan membantah.
Apabila ramai orang yang membantah, dia akan menyokong.
Ketika ramai orang mengecam, dia akan mempertahan.
Ketika ramai orang mempertahan, dia akan mengecam.
Kadang-kadang aku suka baca status orang di Facebook apatah lagi yang sudah level-level selebriti Internet. Aku suka cara mereka mencari perhatian dengan memberitahu kita betapa istimewanya dia, betapa mulianya hatinya, betapa permurahnya dia, betapa banyaknya kebaikan yang sudah dia buat, betapa ikhlasnya dia beramal, betapa dia sangat merendah diri. Setiap hari dia akan mengingatkan kita betapa istimewanya dia dalam dunia ini, betapa dia berbeza dengan orang lain dan kewujudannya sangat penting dalam pembangunan modal insan dalam masyarakat.
Sepanjang kehidupan kita, pasti kita akan mempunyai seorang kawan (atau mungkin aku tak boleh labelkan sebagai kawan) yang kita tidaklah berapa baik dengan dia yang mungkin hanya kawan sekelas, setaman, sekuliah, sekuliah, sepejabat, tapi suka mengutuk, mengejek, memperlekeh, menghina, menyindir, memalukan dan menjatuhkan air muka kawan yang lain dengan suara yang kuat dan lantang di depan kawan-kawan yang lain atau di khalayak ramai?