Selasa, 31 Januari 2017

1 Buku komik tempatan tiada klasifikasi dan tapisan

Karya.

Mengikut kamus dewan, karya itu bermaksud kerja/tugas; dan juga buatan atau ciptaan, terutama dalam bidang seni dan sastera. Karya itu sinonim dengan karya sastera seperti puisi, sajak, syair, pantun, karya seni seperti lukisan, rekaan, model, karya cetak seperti buku novel, cerpen, komik, biografi, karya rakaman seperti filem, drama, lagu, permainan video dan sebagainya. Sebuah karya itu biasanya melibatkan daya kreativiti untuk menciptanya.

Karya ini juga banyak kategorinya, antaranya karya ilmiah, fiksyen, bukan fiksyen, dakwah, seram, ganas, radikal, cinta, lucah dan sebagainya. Karya-karya ini juga biasanya dikategorikan mengikut kesesuaian umur yang dipanggil sistem penarafan/pengkadaran/pengelasan (rating system) atau sistem penapisan (censorship system) seperti untuk kanak-kanak bawah 13 tahun, remaja, atas 18 tahun, karya dewasa dan sebagainya.



Jumaat, 27 Januari 2017

5 Jadilah diri sendiri tanpa melanggar batasan

Biasa kita dengar kata-kata movitasi "Jadilah diri sendiri" agar kita tidak cuba untuk menjadi atau meniru orang lain. Ikutlah kata hati, buatlah apa yang diminati, cari originaliti, cipta jalan dan haluan sendiri dan sebagainya.

Namun bagi orang Islam, kadang-kadang nasihat "Jadilah diri sendiri" ini agak overrated apabila ia digunakan sebagai justifikasi untuk membenarkan perkara dan perbuatan yang salah terutama dalam agama.

Jika mengikut ideologi barat, "Be Yourself" ini bermakna anda boleh jadi dan buat apa sahaja tanpa batasan agama, budaya dan moral. Nak teguk arak, nak amal seks bebas, nak tukar jantina, nak berhubungan sesama jantina, nak berbogel tepi pantai, nak masukkan adegan seksual dalam filem, nak mencarut dalam lagu, semua boleh atas dasar "Jadilah diri sendiri".



Rabu, 25 Januari 2017

10 Kenapa aku yang diuji, bukan orang lain?

Ada ketika, kita dilimpahi dengan nikmat.
Ada waktu, kita diuji dengan musibah.

Setiap kali kita diuji, mungkin ada yang terdetik, antara ramai-ramai orang dalam dunia ini, kenapa aku yang diuji?

Apa salah aku sehingga aku harus menerima ujian ini??
Kenapa aku yang terpaksa menanggung derita?
Kenapa aku yang perlu menghadapi kesusahan, kesukaran dan kesulitan?
Kenapa aku yang menerima segala musibah yang sangat berat ini?
Kenapa harus aku dan bukan orang lain?

Namun adakah layak untuk kita sebagai hamba-Nya untuk mempersoalkan "Kenapa aku?" ketika diuji dengan musibah, sedang kita tidak pernah pula mempersoalkan "Kenapa aku?" ketika dicurahi pelbagai nikmat dan rezeki dari-Nya.

Malah bukan kita seorang sahaja yang menerima ujian dari Tuhan, semua orang juga pernah melalui pelbagai macam ujian malah mungkin ada yang jauh lebih teruk dari kita.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sesungguhnya setiap ujian itu adalah tanda kasih, hadiah, peringatan dari Allah buat hamba-Nya yang sering lalai dan alpa pada kehidupan dunia yang sementara.
Baca sebuah komik dari buku kami yang terkini iaitu Buasir Otak: The Komik (AWAKENING) bertajuk Kenapa Aku? oleh Prince of Noob.


Selasa, 24 Januari 2017

6 Tips kekal kurus tanpa ubat, diet dan senaman

Biasa kita lihat ramai orang yang pada zaman kanak-kanak, remaja dan ketika umur awal 20-an berbadan kurus, namun semakin lama semakin gemuk, muka semakin bulat, perut semakin boroi, seiring dengan peningkatan usia, apatah lagi selepas berkahwin. Kadang-kadang macam tak sangka, orang yang pada awal usia 20-an hanya seberat 65kg, tapi bila dah masuk usia 30 berat badan mencecah 90kg. Selalu kita dengar orang cakap terutama pada orang lelaki, badan mereka naik sebab gembira, bini masak sedap kat rumah. Namun sebenarnya perubahan berat badan ini berkait rapat dengan perubahan gaya hidup kita dulu dan sekarang.



Isnin, 23 Januari 2017

3 Doraemon, Stand By Me: Dari Kaca Mata Orang Dewasa

Selepas habis peperiksaan, antara rancangan dibuat adalah "qada" balik anime yang terlepas pada tahun lepas. Asalnya ingin tonton anime filem Doraemon, Stand by Me (DSBM), entah macam mana selapas tiga tahun, baru tercapai rancangan itu.Sebelum itu, saya ingin mengataan bahawa saya merupakan peminat siri cerita Doraemon sehingga sekarang.

Pada masa saya kecil, takala ramai budak-budak berebut nak baca Mutiara Naga semasa Majiin Buu Arch, saya pula masih setia membaca komik Doraemon berulang-ulang kali tanpa jemu walaupun dah kusam kulit buku. Semasa orang lain bangun awal untuk tidak terlepas tengok Dragon Ball pada pukul 10 pagi pada hujung minggu, saya pula tertunggu-tunggu anime Doraemon pada pukul 7 malam pada Hari sabtu di TV1 kemudiannya bertukar pada NTV7.


Ahad, 22 Januari 2017

3 Evolusi teknologi pemindahan dan perkongsian data

Data digital.

Di zaman teknologi serba canggih dan maju ini, ada pelbagai bentuk data digital yang sering digunakan, antaranya gambar, video, audio, dokumen, program aplikasi dan sebagainya. Saiz bagi data digital ini juga sering berkembang dan membesar seiring dengan perkembangan teknologi. Dengan meningkatkanya kualiti data digital, saiznya juga akan meningkat.

Antara cabaran dalam teknologi data digital ini adalah bagaimana untuk berkongsi dan memindahkan data tersebut dari satu tempat ke tempat yang lain. Berikut adalah evolusi teknologi perkongsian data digital dan beberapa cara bagaimana kita melakukan pemindahan data dari dulu sehingga kini.



Sabtu, 21 Januari 2017

1 Setinggi mana pun darjat pasti akan kembali

KEMBALI

Dalam kebesaran darjat simpanlah kerendahan jiwa
Dalam kegembiraan hulurkan tangan pada yang kecewa

Dari Dia pada Dia kita akan kembali jua
Kelak di satu lapangan kita pasti akan bersua



Khamis, 19 Januari 2017

8 Motor kapchai di pusat bandar Kuala Lumpur

Beberapa hari lepas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi cadangan untuk melarang motosikal kecil atau kapchai dari masuk pusat bandar Kuala Lumpur sebagai langkah untuk mengurangkan pelepasan karbon dan menyifatkan kaedah larangan tersebut ketika ini merupakan satu usaha yang tepat kerana pengangkutan awam yang sedia ada kini terdapat pelbagai pilihan dengan tambang yang amat berpatutan.



Rabu, 18 Januari 2017

5 Andaiku mampu undurkan waktu

Selagi ada masa, berbuat baiklah kepada sesama manusia.
Selagi ada waktu, kasihilah orang yang tersayang.
Selagi ada peluang, pohonlah kemaafan pada setiap kesalahan yang kita lakukan.

Kita jarang menghargai dan mensia-siakan suatu di depan mata, namun apabila sudah tiada barulah kita rasa kehilangan.

Sesungguhnya masa itu akan terus berjalan tanpa menunggu kita. Maka manfaatkanlah masa yang kita ada selagi ada peluang.

Andai peluang itu sudah hilang, segala duit dan harta yang ada dalam dunia ini pun tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah hilang.

Baca sebuah komik dari buku kami yang terkini iaitu Buasir Otak: The Komik (AWAKENING) bertajuk Andaiku Mampu Undurkan Waktu karya oleh Siti Manan.


Isnin, 16 Januari 2017

8 Cetak rompak dan plagiat novel demi populariti

Sekarang ini ramai orang mahu jadi penulis.
Sekarang ini ramai orang mahu jadi pelukis.
Sekarang ini ramai orang mahu jadi pencipta.
Ya, ramai orang mahu jadi penghasil karya, satu kerana mahu menyampaikan sesuatu kepada orang lain, satu lagi semata-mata kerana mahu popular.

Dengan pelbagai platform di Internet untuk menghasilkan karya seperti Wattpad, ramai orang boleh menulis cerita dan novel sendiri untuk dibaca oleh orang ramai, malah novel yang popular di Internet ini pula berkemungkinan besar dapat disunting oleh syarikat penerbitan lalu diterbitkan buku untuk pasaran mainstream.

Perkembangan ini merupakan satu hal yang sihat kerana ia dapat memupuk kreativiti serta melahirkan lebih ramai bakat-bakat baru dalam bidang penghasilan karya. Malangnya, ada juga telah menyalahgunakan platform yang ada apabila dengan begitu rajin sekali melakukan cetak rompak dan plagiat hanya semata-mata kerana mahu popular di Internet.