Khamis, 5 Julai 2012

31 Sang Kancil kaki penipu

Kebanyakan ibu-bapa mahu anak-anak mereka dibesarkan dengan didikan yang baik, tetapi dalam sedar dengan tidak, anak-anak disumbat dengan cerita hikayat yang boleh merosakkan jiwa dan cara berfikir. Hikayat Sang Kancil, amat terkenal ketika kita masih kecil, bagaimana liciknya haiwan kecil itu mempermainkan binatang lain yang berkongsi hutan yang sama dengan dia. Hikayat ini amat popular dan ia diceritakan oleh orang tua-tua kita samada ibu ayah, mak sedara pak sedara, atuk nenek dan cikgu sekolah. Bila zaman sudah moden sedikit, media juga tumpang sekaki.


Perlukah hikayat sang kancil ini dibanggakan dan dijadikan tauladan?

Sebelum kita menjawab, kita perlu lihat apa kandungan hikayat ini. Hikayat Sang Kancil ini mengisahkan betapa cerdik, pintar, bergeliga, genius dan cool-nya sang kancil mengalahkan lawannya yang lebih besar dan lebih gagah seperti sang harimau, sang buaya dan sang gajah. Hikayat-hikayat ini menjadikan sang kancil amat terkenal, malah dijadikan 'silibus' pada anak-anak supaya mengambil pengajarannya.


Sang kancil yang cerdik, otaknya tidak pernah berhenti berfikir. Berfikir bagaimana mahu menipu lawannya demi menyelamatkan diri atau mencapai matlamat.

Bagi menyelamatkan diri, mungkin perlu (atau mungkin tidak perlu) kepada penipuan seperti ini. Tetapi bagaimana dengan matlamat peribadi? Apakah perlu menipu?

credit to Lescopaque

Kerana takut dimakan harimau, sang kancil membuat helah supaya sang harimau menganggu ular yang sedang tidur. Kerana takut dimakan harimau juga, akhirnya sang harimau terpaksa menahan sakit akibat dari menganggu sarang lebah. Nama Raja Sulaiman sering 'dijual' oleh sang kancil.

Itu soal menyelamatkan diri. 

Bagaimana pula dengan matlamat sang kancil untuk ke seberang sungai? Sang buaya menjadi mangsa. Kepala mereka diketuk-ketuk, sekali lagi nama Raja Sulaiman dipergunakan. Adakah gajah yang tidak sepatutnya terperangkap di dalam lubang, perlu menerima akibat yang sama seperti sang kancil? Hanya kerana sang gajah percaya akan kejujuran sang kancil untuk sama-sama selamat dari langit yang akan runtuh?


Bukankah menyeberang sungai itu matlamat peribadinya? Bukankah mahu keluar dari perangkap lubang besar juga matlamat peribadinya? Sang kancil... sang kancil.. Kamu betul-betul pegang prinsip matlamat menghalalkan cara. 

Kesan dari hikayat tersebut, seperti yang kita lihat hari ini, tiada siapa pun yang pergi zoo cuba untuk menipu harimau, atau mengetuk kepala buaya. Tetapi cara berfikir seperti sang kancil banyak mempengaruhi kita secara tidak langsung.

Berapa ramai hari ini kita lihat, orang 'cerdik' memanipulasi orang bodoh? Kita boleh lihat ianya berada di mana-mana. Politik, syarikat perniagaan, tempat kerja, di sekolah, malah dirumah pun. Istilah 'gula-gula' dalam politik, istilah 'kipas' di tempat kerja, adalah antara hasil dari hikayat ini.

Mereka yang cerdik di atas sana, tidak akan berhenti berfikir. Berfikir bagaimana mahu memangsakan si bodoh yang berada di bawah sini. Membodoh-bodohkan, dan memastikan sibodoh ini terus bodoh, untuk mereka bodoh-bodohkan lagi. Biar berapa banyak pun nama, istilah, atau falsafah yang perlu di'jual'.

Kalau dulu, ketika rakyat kita masih kekurangan cerita tauladan yang berkualiti, kita masih boleh terima. Tetapi kini, dunia tiada lagi sempadan. Terlalu banyak kisah tauladan yang berkualiti boleh dicari. Bagi umat Islam, kisah-kisah para Nabi dan para sahabat adalah salah satu alternatif yang terbaik. 

Kesimpulannya, adakah kancil yang bersalah dalam hal ini? 'Hikayat' lah yang perlu disemak semula, kerana kancil langsung tidak tahu menahu. Timbul persoalan yang lebih besar, relakah kita menerima budaya menipu, menindas dan mementingkan diri ini tertanam dalam jiwa anak generasi kita?


Akhirnya kita akur, 'Kancil' itu bukanlah 'Sang Kancil' di dalam hikayat.

31 ulasan:

  1. penulis baru??? tak pernah dengar pun nama Blackbeard Heart.. by the way nice entry dude

    BalasPadam
  2. Hikayat punya pasal, kancil dipersalahkan.. huhu.. kesian kancil... hikayat tersebut perlu dikaji semula, bagi saya.

    BalasPadam
  3. itu semua cerita haiwan...cuba kupas cerita pak pandir pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. kupas la pulak cerita upin ipin, bo boi boy dan bola kampung.

      Padam
  4. sbnrnye cerita lama-lama ni byk yg mngarut. x pecaye cuba la baca. dah la takde pngajaran

    BalasPadam
  5. drama korea la best... m(><)m

    aku tengok citer kancil ni xnanges la.. x)

    BalasPadam
  6. banyak pengajaran boleh diambil dari kisah melayu ni. Si tanggang, bawang putih bawang merah, batu belah batu bertangkup, anak betong, raja bersiong, musang berjanggut. semua cerita tu bagus. kita kenalah pandai menilai cerita lama-lama ni.

    cerita sekarang pun best jugak. tapi TV3 banyak iklan

    kalau cerita binatang, biarlah binatang yang tengok. tapi cerita kancil yang cerdik ni pun menghiburkan.

    BalasPadam
  7. cerita melayu memang suka buat orang berangan.
    kalau perempuan mesti berangan nak jadi puteri gunung ledang la, tun fatimah la, bawang putih, mahsuri, lela manja, puteri lindungan bulan, tapi tak nak berangan jadi bini pak pandir. tak pun jadi mak si tanggang.

    lelaki pun kuat perasan nak jadi hang tuah, hang nadim, tapi taknak berangan jadi malim kundang, tak pun si tanggang.

    BalasPadam
  8. Sebelum ko dapat makan dia, aku rasa ko mesti kena kelentong dgn dia dulu.

    BalasPadam
  9. Buat komik jer cerita2 macam ni. buat macam jepun ngan korea. baru ada otaku macam kat jepun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sape nak pakai custome sang kancil? aku nak pakai custome raja sulaiman sbb nak hukum sang kancil.. hahahaha..

      Padam
  10. kancil dikatakan sangat cerdik kerana pandai menipu demi kepentingan sendiri...
    aku menipu dalam peperiksaan dengan meniru dan membawa toyol demi kepentingan aku sendiri... adakah aku pun cerdik???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selagi tak kantoi, ko dlm golongan orang cerdik

      Padam
    2. cerdik sngt,malaikat kat bahu kiri,bahu kanan..ngah catat dosa pahala ko.Allah pulak 24 jam memerhati pergerakan,fikiran,dan tahu perasaan ko.Syaitan ketawa time ko meniru,teknik dia menjadi.Malaikat x bnyak citer,buke buku amalan,tulis kat bahagian dosa.Tahniah..anda cerdik!!!

      Padam
  11. Sudah tambah penulis?bagus,dan entry ini juga sgt bagus.

    BalasPadam
  12. tuh tukang cerita la kena explain kat budak2..
    sepatutnya lepas cerita, dia explain la moral yang baik2 dalam cerita tuh. bukan hanya berdongeng semata-mata..
    bila dah berdongeng semata, tu la hasilnya..
    melentur buluh biar dari rebung orang kata..

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang akaun pun makan rasuah.. pastu bgtau budak2 jgn makan rasuah.. cem harem...

      Padam
  13. ha3...btol jgk kan...ha3...
    xtpikir plak ..
    tp ada owg kata...
    crita ni byk pngjaran baik dr burk...
    apa beza dari segi tuh plak..?
    pendapat masing2..

    BalasPadam
  14. kalau citer sang kancil dgn buaya tu kan sang kancil pun x dpt makan gak buah buahan kat seberang sungai.. Sbb bijak menipu.. Tp menipu ada balasannya..

    BalasPadam
  15. Robert Fulghum, ada menulis buku bertajuk "All I Really Need to Know I Learned in Kindergarten". Buku tu sesuai la dengan tajuk post kali ni.

    Dia kata dunia ni akan bertambah baik dari apa yang korang nampak sekarang ni kalau korang orang dewasa ni mengamalkan cara hidup yang jujur, mengikut peraturan, tidak cakap tak serupa bikin pada kanak-kanak, dan menjalani hidup yang seimbang antara kerja, berehat, bermain dan belajar.

    Sebab kanak-kanak ni mereka belajar segalanya semasa mereka kecil. Mereka dah hadamkan siap-siap dalam kepala. Cuma akal mereka belum mencapai level yang sepatutnya untuk mereka applykan apa yang mereka tahu.

    Bila diorang dah besar, dalam keadaan tidak sedar sedikit demi sedikit mereka cuba applykan. Sebab tu kanak-kanak perlu sentiasa diajar supaya mengenal mana baik, mana buruk.

    Apa pun, kita kena tahu, orang yang paling berkuasa dalam sesebuah negara, merekalah yang paling mudah untuk membodoh-bodohkan orang lain utk kepentingan sendiri. Itu pun kalau dia nak bodohkanlah.. kalau dia baik, idok le dia buat gitu..

    http://www.amazon.com/Really-Need-Know-Learned-Kindergarten/dp/0375432884

    BalasPadam
  16. Buang yang keruh ambil yang jernih.

    Dan jangan slalu guna "tipu sunat"

    BalasPadam
  17. "Kesan dari hikayat tersebut, seperti yang kita lihat hari ini, tiada siapa pun yang pergi zoo cuba untuk menipu harimau, atau mengetuk kepala buaya."

    "Membodoh-bodohkan, dan memastikan sibodoh ini terus bodoh, untuk mereka bodoh-bodohkan lagi."

    hahahahhaaa... macam ustaz azhar idrus, bodo saje..
    kemah kemah mmg smart la lu bro..

    BalasPadam
  18. wah,biasa noob dengan popsoul je yang tulis..heh

    blackbeard, hari tu aku ada offer nak kolaborasi dgn blog ni untuk melukis..aku cakap dengan prince noob haritu..em, kalau nak minta aku lukis, ko emel je jalan cerita ke, konsep lukisan ke bagitahu kat emel aku - nazhaanua2gmail.com - karang aku lukiskan..heh heh heh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bro, kalau nak hantar kartun hantar je... buat je cerita apa2, pasal isu semasa ke, pasal politik ke, pasal awek ke, lawak bodoh ke, apa2 je... kalau ok kitorang siarkan je nanti...

      Padam
    2. ok PON..

      Tahniah sebab disebut oleh Randi Rahman dalam Ayam dan Babi..

      Padam
  19. Masa aku kecik2 dulu, mak aku kata, cerita sang kancil ni sesuai diambil pengajaran kalau kita hidup dalam sistem 'rules of the jungle' di mana 'might is right'. Yang kecil dan powerless perlu cerdik & cerdas untuk kelangsungan hidup. Kepakaran diplomasi & perundingan sang kancil berjaya membuatkan beliau terus bernafas walau sebelah kaki dah masuk ke dalam mulut buaya.

    Kalau sang kancil ni pesimistik & lurus bendol, duduk dalam zoo je lah bro..hutan bukan tempatnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar juga cakap kau,hidup dalam sistem kapitalis era globalisasi ni memerlukan kepintaran macam sang kancil.

      Berbeza habitat tapi sama cara kehidupannya..sang kancil hidup di hutan belantara yang ganas..yang lemah akan menjadi mangsa kepada yang kuat.

      Konsep ni sama je dalam habitat kita,cuma kita hidup didalam hutan batu yang penuh onak dan durinya.

      Anyway ada pro dan kontranya soal hikayat sang kancil ni..berbekalkan iman pandai2lah kita ambil yang baik dan buang yang buruk.

      Padam
    2. hikayat sang kancil ni patutnya rated 'PG'(parental guidance) instead of tontonan umum..hahaha

      Padam
    3. kisah Sang Kancil apabila dia menipu para buaya hanya untuk mendapatkan buah yang masak ranum di seberang sungai. Bahkan menggunakan nama Raja Sulaiman ( Nabi Sulaiman ) untuk menipu para buaya adalah sikap yang keji.

      Jika watak ini dianggap hebat dan dicontohi, maka jadilah kita bangsa yang sanggup menganiaya untuk mencapai objektif kepentingan diri sendiri. Bahkan lahirnya bangsa yang sanggup menipu atas nama Nabi untuk menikmati habuan dunia dan kesenangan ! Ya benar-benar anak cucu sang kancil itu telah banyak beranak pinak di celahan bangsa kita.

      Padam
  20. i could not agreeе more ωith yοur thoughts on
    e cіgаrette cаrtridgеѕ. I've used different styles of e cig the cheapest i possibly could find however i thought getting flavored smoking liquid in your mouth was a normal part of using these. We foudn the green smoek due to this webpage and can't belіνe teh diofferenсe.
    Thе high toр qualіty iѕ оbvious make
    up the this look but its the amount of vapor that really
    make yοu undeгstand how good they're. I seems like you are smoking a real e cigarette. i guess for this reason they refer to it as the watery vapor monster.

    My web site - Green smoke reviews

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.