Sabtu, 8 September 2012

26 Kereta paling sesuai untuk rakyat 1Malaysia

Biasa kalau nak beli kereta kita boleh pilih nak B-Line (Base) ke, M-Line (Medium) ke atau H-Line (High) untuk sebuah model kereta. Aku kalau jadi CEO syarikat pembuat kereta, Proton ka BMW ka Mitsubishi ka, aku akan suruh tambah satu lagi version iaitu SB-Line (Super Base atau Super Basic), harga pun for sure la jauh lebih murah kerana ianya memang kereta paling basic dan kurang aksesori yang dirasakan tidak perlu. Aku yakin versi kereta ini akan menjadi kereta yang paling terlaku dan paling banyak dibeli orang rakyat2 marhaen di Malaysia.


Antara ciri2 dan features kereta versi SB-Line ini selain daripada benda basic:

1. Tiada lampu signal


Semua kereta standard datang dengan lampu signal, tapi biasa aku tengok lampu signal ni jarang orang pakai, rasa2 nak masuk simpang, nak buat U-turn ke, nak belok kiri kanan ke, diorang terus je buat tanpa menyalakan lampu signal. Ramai yang beranggapan pemandu lain boleh membaca niat hati mereka. Beli kereta mahal2 tapi lampu signal takde function pun bagi mereka, so lampu signal adalah aksesori yang ditiadakan dalam kereta versi SB-Line ini. Kalau ada pun tak guna sebab tak dipakai, at least harga boleh turun sikit.

2. Tiada side dan rear-view mirror


Bagi kereta SB-Line, ini juga aksesori yang dibuang kerana ia tiada fungsi pun. Ramai pemandu kat Malaysia ni yang kalau nak memotong ke, nak tukar lane kat highway ke, nak reverse ke, kalau diorang rasa tergerak hati nak buat, mereka terus buat, tak payah tengok side atau rear-view mirror. Macam mereka tahu2 sahaja semua pemandu di Malaysia ni mempunyai kuasa psikik yang boleh membaca fikiran pemandu lain.

3. Tiada tali pinggang keledar.


Ini satu aksesori yang juga dirasakan sangat membazir. Semua kereta pun ada seat-belt, tapi ramai pun orang tak pakai. So untuk kereta ini kita tiadakan terus tali pinggang keledar, taklah pembeli rasa membazir kerana beli sesuatu yang mereka tak pakai. Tapi ia boleh dijual secara berasingan kalau2 mereka nak beli untuk pasang kat seat penumpang ke, seat belakang ke untuk ikat baby chair.

4. Lampu kecemasan digantikan dengan lampu hujan.

=>

Oh yang ni sama sahaja tiada apa2 kelainan, hazard light masih sama lampu kuning blink2 kiri kanan, cuma butang untuk lampu kecemasan sahaja kita gantikan simbol hazard tu dengan simbol hujan agar ia lebih kena dengan penggunaannya iaitu tekan ketika waktu hujan. Sewaktu kereta berhenti kecemasan tepi/tengah jalan takde orang pun nak guna lampu tu.

5. Tiada seat belakang (optional)


Yang ni optional, untuk keluarga baru yang baru sahaja mempunyai anak atau masih ada anak2 kecil. Ini kerana walau ada anak kecil atau 2 3 orang anak pun, ibunya masih boleh memangku mereka di seat penumpang depan, kadang2 semua anak2nya juga duduk bersama2 di depan, so membazir je beli kereta yang ada kerusi di belakang tapi tak guna. Buat apa bayar lebih bukan? Bagi orang bujang atau pun yang jenis kedekut tak suka bagi orang lain naik kereta anda, jangan kata seat belakang, seat penumpang depan pun boleh jadi optional.


Bukan itu sahaja, malah untuk kereta versi SB-Line, kita bagi pembeli kereta menentukan sendiri atau customize apa yang mereka mahu dan apa yang mereka tidak mahu, sebagai contoh mereka boleh buang lampu brek kerana langsung takde fungsi untuk diri sendiri, kerana walau kita beli kereta mahal2 yg lampu breknya cantik pun, kita tidak pernah tengok lampu brek tu menyala bila kita tekan brek, so what the point? Lain2 seperti lampu belakang, lampu reverse, meter kelajuan juga antara part2 yang menjadi pilihan utama untuk dibuang oleh pembeli2 kereta ini.


Aku yakin penjualan kereta ini akan mencanak2 naik dan orang akan berebut2 untuk membelinya seperti penonton wayang yang sanggup bergaduh dan berebut untuk beli tiket filem Dua Alam Dr. Rozmey yang mencetuskan fenomena dunia perfileman tempatan dengan hasil jualan tiket mencapai RM40 juta. Ini kerana konsep penjualan kereta SB-Line ini adalah berdasarkan konsep "Value for money - Beli dan bayar apa yang anda guna sahaja. Tidak perlu bazirkan duit pada benda yang anda tidak akan guna dan tidak berguna untuk anda".

Namun walaupun kita boleh customize kereta kita dengan memilih komponen apakah yang kita boleh buang dan tak nak beli, tetapi radio dan juga air cond sahaja part yang tidak boleh dibuang kerana ia adalah aksesori berwajib seperti mana yang telah digariskan oleh Pertubuhan Pengangkutan Darat Sedunia.




Nota kaki: SB-Line bukan sahaja bermaksud Super Base atau Super Basic, tapi ia juga bermaksud Super Bangang khas untuk pemandu2 jalanraya yang bangang.



tags: proton perodua ford chevrolet mistubishi toyota honda mercedes-benz lincoln subaru mazda dodge lamborghini mclaren chrysler pagani austin aston martin alfa romeo holden fiat volks wagen suzuki acura audi bmw bentley bugatti rolls royce gmc kia hyundai smart4two shelby desota studebaker plymouth packard amc hummer skoda pierce arrow oldsmobile pontiac cadillac buick lexus saturn auburn cord henry j lasalle maserati porsche citroen lotus hennessey renault saleen maruti peugeot alpina ariel tata tesla nissan fpv hsv lincoln mercury cherry pemanduan jalan raya peraturan undang-undang lalulintas jabatan pengangkutan jalan jpj polis trafik traffic kesilapan kesalahan belajar memandu tips tingkahlaku car driver behavior perangai sikap toleransi teruk kurang ajar bodoh model versi version variant spesial special harga mahal murah cukai turn signal brake rain light lamp cermin sisi tepi pandang belakang reflection girl woman man funny hazard light button butang kecemasan iklan nissan grand livina duduk depan ramai ibu bapa trade in motor kapcai naked

26 ulasan:

  1. Smart. Entry yang sangat smart. Tapi kan, semua benda aku guna, kecuali seat penumpang.

    Aku nak yang lain-lain tu, tapi satu seat je, untuk driver. Kereta boleh la jadi kecik sikit. Boleh kalau aku parking, aku menyelit di celah kereta BMW yang bapak besar , kereta dia saja dah ambik dua parking spaces. Sampah betul perangai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko amik kertas,pastu tulis "sila calarkan kereta saya,saya mau claim insurans"..tampal kat kereta dia.

      Padam
    2. Aku parking belakang kereta dia, saja bagi block.

      Padam
    3. ya betol..yg suka hentam amik 2 parking spaces tu mmg sampah betul perangainya...kalo la keta aku boleh bertukar jd transformers, maunya aku angkat keta dia dan letak dlm longkang besar dlm keadaan mengiring...

      Padam
    4. Kalau la kereta aku Tranformers, aku tak payah susah-susah cari parking. Aku suruh dia transform, pergi mainkat mana-mana. Karang aku nak balik, baru aku panggil dia. Hahahah

      Padam
    5. hahaha bagus idea ko...tp aku nak juga buang keta dia dlm longkang, kasi pengajaran kahkahkah XD

      Padam
  2. haha...terbaikk.pihak yang paling memerlukan jenis sb-line adalah pemandu teksi.sebab mereka paling pro apabila belok sesuka hati dan mahir dalam berhenti secara tiba-tiba di bahu jalan untuk mengambil penumpang.

    BalasPadam
  3. Bagi 5bintang untuk entri. sarkastik amat.

    BalasPadam
  4. yang pasang hazard light masa hujan tu memang bangang abadi..hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. depa phobia bila ujan ja depa tak nampak jalan, then brek mengejut, lepas tuh kena sondol..
      8 kali jadi macam tuh, maka depa pon decide bagi hazard lamp sebab fog lamp tak berapa nak berkesan..
      kalau eksiden jugak, aku yakin depa akan pasang headlight kat belakang...

      Padam
  5. pergh entri terbaik !! memang keje sebijik kat batang hidung sape2 yg berkenaan tu. ahaha

    BalasPadam
  6. ohhh...entri ini aku bagi 9/10...bagos2 ^^

    BalasPadam
  7. Ko memang best la PON..bila ko tulis artikel, lain karekter ko berbanding komen ko kat blogserius..pape pun, memang sakit buntut laa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Membuat troll, merepek dan provokasi di blog orang lain adalah terkandung dalam Perkara 4 Seksyen 12 dibawah Bab Promosi Blog dalam kitab rahsia Panduan Mencipta Blog tulisan Albino Alpacino dari kurun ke-17

      Padam
    2. Patutkah aku ikut cara kau PON? Biar ramai sikit pergi ke blog aku. Wakakak

      Padam
    3. wakakakak TTP(tulispendekpendek), kalo kau tahan kena maki n diserang oleh anon2 butthurt, silakan ;P

      Padam
  8. Bhai Noob...

    Gua tak berstuju ngan artikel lu nih...

    Satunyer... lu bukan pon ader keter mender.. so jangan memandai nak bagi cadangan... hahaha

    Keduanyer... ader satu lagi lu lupa tambah... iaitu trunk belakang.. tempat isi barang tue patut ditakder kan.. pasai nanti ramai orang yang bangang akan letak speaker besar gedabak kat dalam tue... pasai diorang sumer pekak badak...

    Ketiganya.... lu cakap macam bagoosh pasai ibu pangku anak... lu belum kawin cakap la itu macam... nanti lu dah kawin.. bini lu buat itu macam.... hahaha... padan muka lu... hahahaha

    Keempatnya.... Tangki minyak patut dikecikkan saiznyer.... sebab jarang orang isi minyak penu-penuh tangki... buat jer tangki minyak dalam RM10 ker.. RM20 ker... itu jer.. cukup..

    Kelimanyer.... Aper kejadahnyer kena amik insuran bagai... biler eksiden.. time nak klaim macam sial jer... silap-silap syarikat Insuran lepas tangan... baik tak perlu ader insuran.. sebab biler eksiden langgar buntut ker... biasa orang kawtim dan setel kat kedai jer... aper kejadahnyer perlu ader insuran... Kalu eksiden sampai mati... bukan boleh bawak duit masuk kubur pon...

    Hahaha.... gua naik moto kapchai jer pi kerja.... hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan pasal bagus x bagus, tp its all about peraturan dan mentaliti. Kalau dh kawin nanti bini aka buat mcm tu jugak maksudnya aku juga layak untuk dptkan kereta ni sbb sama bangang hahaha

      Padam
  9. agak2 keta ni bape harganya?pastu bile buang sume aksesori tu takke rupenya mcm moto je?haha.yang ni baru betul2 sesuai namanya motokar.haha

    BalasPadam
  10. Noob, aku rase ko patut add NAZA kat 'tags' entri ko ni.

    W'pun NAZA bukan pembuat kete, tapi aku rase kalu ade kompeni Korea atau Prancis buat kete mengikut spesifikasi yang ko bagi tu, konpem NAZA akan apply AP banyak2 dari gomen nak bawak masuk ke M'sia haha...

    Dan aku rase aku tau ape name model tu nanti: NAZA 'NAZAK' hahaha...

    BalasPadam
  11. sb for "super bangang style" ... boleh joget ikut dendangan oppa gangnam:D

    BalasPadam
  12. hahaha. nice way for being so sarcastic. :p like this entry

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.