Selasa, 4 Jun 2013

17 Tarian lucah separa bogel di khalayak ramai

Kenapa masih ada orang yang tak faham2 lagi yang Malaysia ni sebuah negara timur yang penuh kaya dengan adat sopan dan susila juga sebuah negara yang agama rasminya Islam, namun masih ada yang menganjurkan persembahan yang mengandungi tarian separa lucah ini tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat?

SEGAMAT - Pas Segamat membantah penganjuran tarian separuh bogel yang diadakan di sebuah pusat membeli belah di daerah ini, malam Sabtu lalu.

Yang Dipertuanya, Firdaus Masod dalam satu kenyataan semalam melahirkan kekesalan di atas penganjuran majlis tersebut yang sepatutnya tidak dilakukan di Segamat mahupun Malaysia.

“Hari Sabtu lepas, pada jam 8.30 malam, saya menerima laporan sebuah pusat beli belah menjadi penganjur kepada majlis itu yang mana program tersebut memaparkan tarian separuh bogel.

“Difahamkan, penari-penari tersebut dijemput khas dari luar negara dan tarian separuh bogel ini telah disaksikan oleh hampir 500 pengunjung pasar raya terbabit.

“Apa yang dikesali, tarian itu turut ditonton oleh anak-anak kecil kerana penganjurannya adalah pada waktu cuti umum dan hujung minggu,” katanya.

Menurut Firdaus, penganjurannya secara terbuka ternyata menyalahi tatasusila adat dan budaya masyarakat Malaysia kerana dilakukan di tempat terbuka dan kawasan tumpuan umum.

Peniaga-peniaga di pasar raya tersebut mengadu kepadanya berasa kurang selesa dengan penganjuran majlis tersebut selain bunyi lagu yang dipasang terlalu kuat sehingga menyukarkan mereka untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

“Peristiwa ini bagi saya secara jelas telah menghina agama Islam dan institusi Islam di negeri Johor ini.

”Tarian separuh bogel ala-ala padang pasir tidak boleh diterima rakyat di negeri ini kerana bertentangan dengan norma-norma masyarakat,” katanya.

Beliau turut mendesak pihak berkaitan segera mengambil tindakan tegas terhadap pihak penganjur mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.

“Kami percaya hanya dengan tindakan tegas sahaja yang akan dapat menghalang perkara seumpama ini daripada berulang lagi pada masa hadapan,” katanya. - Sumber Sinar Harian.

Dah la mempersembahkan tarian lucah bersepara bogel, di khalayak ramai pulak tu depan orang tua dan anak2 kecil. Parti dan pesta2 liar yang dibuat secara tertutup sudah diambil tindakan, so aku harap penganjur pesta2 di tempat terbuka seperti ini juga akan diambil tindakan.


Dan aku percaya entry ni kejap je akan dapat lebih banyak hits daripada entry2 lain. Kenapalah entry2 yang ada keyword awek, lucah, bogel dan yang seumpanya juga yang banyak page views berbanding entry2 lain yang jauh lebih berkualiti? Baca la jugak entry2 lain weh penat aku tulis, tau la ramai lelaki2 pervert, takkan nak kena tulis tajuk yang lucah setiap kali tulis entry untuk tarik perhatian orang baca entry.




tags: tarian lucah separa bogel ditonton umum khalayak ramai pusat membeli belah segamat johor arab goyang gerudi baju nampak pusat pesta liar 50 remaja ipta pit ditahan positif dadah minuman keras arak apartment port dickson

17 ulasan:

  1. ingat malam anual diner je ada sekarang kat public pun ada hahaha

    BalasPadam
  2. HAHA . bet you this entry will be hit !

    BalasPadam
  3. lol dan napa nak perlukan hit, tulis dengan rasa iklah ada lah hit tersendiri, hang dah lakukan tugas anda tinggal org lain pulak melakukan bhgian diorg lak

    BalasPadam
  4. ni la teknik pemasaran yg Harian Meteruk dok guna sampai ke hari ni. janji paper laku

    BalasPadam
  5. hehehe selagi ameno memerintah...selagi tu la maksiat jadah ni bleluasa.... bapak najib pun kaki awek spender k pop. org bawah lg lah tarian bogel terus hewhewhew...

    terima kasih kpd kerajaan pas kelantan kerana mengharamkan segala jenis bentuk galakan kemaksiatan sebaik sahaja memerintah 23thn dlu...

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. haha, menunjukkn kekesalannye disitu..xpew, it'sokeyh, saye bace entry berkualiti awak and it's good . Keep it up bro! :)

    BalasPadam
  8. haahhahaa.. aku baca semuanya bukan sebab tajuk, dah memang setiap entri baru aku akan terjah sini.. XD

    BalasPadam
  9. Kesopanan dan Kesusilaan (rukun negara Malaysia yg ke-5) telah dilanggar di situ....

    BalasPadam
  10. niat tidak menghalalkan cara. klise kan ayat tu. biasa dengar macam bagus kan? niat menegur tu bagus, tapi menyebar aurat wanita tetap 1 dosa. begitulah islam. apa? kuno? tidak.. itulah islam..

    BalasPadam
  11. metro ke ape ni?

    BalasPadam
  12. Bantahan PAS Segamat terhadap acara tarian gelek yang disifatkan lucah di sebuah pasar raya menggambarkan parti itu akan melaksanakan dasar "ultra konservatif" dan "mundur" di Johor jika menang dalam pilihan raya umum yang lalu di Johor.

    Ketua MCA Segamat Dr Lee Hong Tee berkata, selaran oleh Yang Dipertua PAS Segamat Firdaus Masod juga membuktikan parti itu bersifat "autoritarian" terhadap nilai-nilai lain.

    "Tarian gelek merupakan aktiviti yang sihat dan persembahan yang teaterikal," kata Dr Lee.

    "Oleh kerana PAS menganggap tarian gelek bertentangan terhadap apa yang dianggap mereka norma Malaysia, ini menunjukkan PAS tidak boleh bertolak ansur terhadap sebarang persembahan seni yang sihat."



    sial punya cina MCA. kepala bapak kau persembahan gelek separuh bogel tu persembahan seni yg sihat. bantah tarian gelek dikatakan mundur, habis tu tarian gelek tu moden sgt ka? perangai lahanat yg mcm ni la yg buat org2 melayu dan cina sendiri xnak sokong MCA & lebih sanggup sokong DAP. at least kalau pemimpin DAP ckp apa2 psl Islam, pemimpin PAS akan tegur kalau salah. pemimpin UMNO pernah ke tegur pemimpin MCA even diorg byk kali hina Islam? lps ni jgn salahkan org Islam kalau sokongan kpd BN berkurangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. melayu umno tolong melayu apa peduli MCA, bodo aa

      Padam
    2. Cina MCA tu undi DAP la bodoh...talam muke2 diowg ni..BN LAWAN PAS dia undi BN..tu pun taknampak ke gile..org melayu pas je jijk gan BN undi DAP baghal..yg rugi ISLAM..

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.