Khamis, 17 Oktober 2013

39 Apabila pendekar Melayu muncul di Putrajaya

Siapakah gerangannya pendekar2 Melayu di zaman moden ini?


Ya, mereka adalah antara yang berhimpun di hadapan Mahkamah Rayuan di Putrayaja hari Isnin tempoh hari yang menyaksikan keputusan Mahkamah Rayuan memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguannya The Herald. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pejuang. Cuma aku lihat sesetengah pejuang memberi penjelasan dan jawapan yang kurang meyakinkan apabila ditanya wartawan mengenai perjuangan mereka.


Keputusan mahkamah ini hanya memberi larangan yang kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam penerbitan akhbar mingguan Kristian, The Herald, akan tetapi bagaimana pula dengan kalimah Allah yang masih digunakan di dalam kitab Injil berbahasa Melayu iaitu Al-Kitab di Sabah dan Sarawak, malah agama Sikh juga menggunakan kalimah Allah dalam kitab suci mereka?


Adakah tuan Ibrahim Ali akan tampil ke depan juga untuk mengambil tindakan seperti yang ditegaskan beliau?


Kalau nak jadi pejuang, jadilah pejuang yang sebenar, bukan sekadar menjadi pejuang atas nama dan ikut2an sahaja. Apa pula pandangan anda mengenai isu ini?




tags: isu kalimah allah mahkamah rayuan tinggi kristian kitab injil bible bahasa melayu alkitab the herald sabah sarawak agama sikh kitab suci perkasa dato ibrahim ali pandangan orang ramai demo himpunan ngo

39 ulasan:

  1. pengajran nyer si pejuang ni TIDAK PANDAI mengkaji selidik terlebih dahulu dan x bertanya pada pakar2 agama dan pakar2 bahasa Malaysia...dan patut nye mengkaji terlebih dahulu, sebb apa yg diperjuangkan beserta dalil2 backup yg menyokong pendapat anda tentang perjuangan anda klu sombreno macm khinzir... jawapn keluar pun mcm khinzir....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ape yg mcm khinzir plak. ko punye komen yg mcm khinzir..

      Padam
  2. physic zero dengan Noob org yg sama tapi tukar akaun je??

    BalasPadam
    Balasan
    1. cari penulisan noob lain sikit

      Padam
    2. kuat jatidiri bdk2 melayu yg berbaju melayu tu. bukan mcm noob yg tau menyalak je kat blog bodoh ni.

      Padam
    3. auf2 auf2 bapa ko menganjing

      Padam
  3. kalimah Allah milik orang Islam? seluruh manusia yg hidup di dunia ini milik Allah Taala!

    BalasPadam
  4. Semua milik Allah S.W.T.
    Semua nak guna nama Allah tapi tak mahu pulak ikut apa yang Dia kata. Malah berdusta dengan kat-katanya.

    BalasPadam
  5. yang sibuk nak claim perkataan Allah tu betul2 ke tunai kan segala perintah Nya ??

    BalasPadam
  6. Senang cakap. Semua ni salah UMNO/BN. PRU14 nanti undi saya sebagai PM. Nanti nama Allah semua boleh guna. Tak semestiya kawin jantan betina je. Jantan sama jantan betina dgn betina pun boleh kawen. Syiah yang haram nanti saya halalkan. Polis kat Malaysia tak pakai pistol dah. Pakai keris je ke hulu ke hilir. PTPTN mansuh terus. Yang tade duit mintak kat pusat Zakat nak sambung belajar. Yuran IPTA percuma. Air percuma. Harga minyak turun. Tak boleh bagi free. Mintak maaf banyak2 ye. Harga minyak turun saya harap apek2 tokey turun lah harga terutama KY jelly. Kondom kita import tanpa cukai import & duti eksais.

    You ulang i saman u ulang i saman!

    BalasPadam
  7. siap pakai tengkolok samping keris bagai... ni nak perjuangkan islam ke melayu? nk tusuk perut siapa dgn keris tu?

    BalasPadam
  8. Allah tu Tuhan sekelian alam. tapi sebab kebanyakan melayu bangang, belajar Agama tak pemalas, nak elak keliru jadi tak bagi guna.

    BalasPadam
  9. masalahnya, bibel melayu tu untuk sapa?? Mati2 nak terbitkan bibel melayu, padahal yg beragama kristian ni lebih suka berbahasa inggeris berbanding bahasa melayu....bahasa melayu dilihat sebagai bahasa mundur, bahasa dunia ke-3... Lagi satu, kalau betul kristian mengaku Allah tu tuhan mereka, kenapa x akui kenabian nabi muhammad utusan terakhir....??? Kenapa tak akui kebenaran islam???? Kenapa tolak islam??? Mengaku Allah tu tuhan, tapi tolak kebenaran islam dan tak mahu masuk islam.....wtf???

    BalasPadam
    Balasan
    1. bibel bahasa melayu tu utk org2 sabah sarawak & org asli yg bertutur dlm bhs melayu & xpandai bertutur dlm bhs inggeris

      Padam
    2. "padahal yg beragama kristian ni lebih suka berbahasa inggeris berbanding bahasa melayu"

      ni sah tak pernah pi sabah dan sarawak. malahan ada banyak warga sabah dan sarawak berkerja di malaysia.

      "kenapa x akui kenabian nabi muhammad utusan terakhir....??? Kenapa tak akui kebenaran islam???? Kenapa tolak islam??? Mengaku Allah tu tuhan, tapi tolak kebenaran islam dan tak mahu masuk islam.....wtf???"
      errr, mungkin pemahaman agama islam tak sampai lagi kepada mereka. manusia dibumi ini memang dikehendaki mencari kebenaran, tapi tak semua manusia jenis cari kebenaran, kadang2 nak kena makan suap, kadang2 mereka ambik masa nak hadam maklumat2 yang sepatutnya masuk akal bagi kita tapi tidak bagi mereka.

      kitalah yang kena buat gerakan dakwah ni, nak bagi mereka faham. kalau dok melenting macam budak ahmad_nazarbayev atau my chemical romance yang kurang kasih sayang, memang tiada hasil la.

      Padam
    3. "malahan ada banyak warga sabah dan sarawak berkerja di malaysia."

      yg ko nk smpaikan ni warga sabah dn sarawak tu slalu keja kt luar negara ke biskut? ke ko nk kata sabah dn sarawak tu bkn dlm malaysia?

      Padam
    4. oops salah tulis perkataan, patutnya malaya (pra 1963) ataupun lebih dikenali sebagai semenanjung.

      maafkan daku atas kekeliruan ini

      Padam
  10. xpayah bagi alasan arab kristian pun guna kalimah Allah...kristian arab dengan kristian malaysia lain....sangat berbeza.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. maka adakag islam arab juga berbeza dgn islam melayu?

      Padam
    2. sudah tentu..islam arab dan islam melayu mengamalkan ajaran yg sama....tetapi kristian arab tidak sama dengan kristian malaysia.....kristian malaysia mengamalkan kristian eropah, versi kristian yg telah dimodifikasi....sementara kristian arab mengamalkan kristian yg lebih asli...

      Padam
  11. ni smua salah pemerintah. ape susah antar la UTK pegi tembak paderi tu, xpon tahan ISA. apsal susah sgt nak buat? kesimpulannya paderi tu pon geng UMNO jugak yg berpakat supaya umno bleh dilihat sbg pembela melayu dah islam. yg dok berhimpun tu pulak semua ngo balaci umno.. kalau btol2 nak setel hal ni dari dulu lg dah setel dah.. yang dipertuan agong kan ada, apasal dia xmau guna kuasa veto dia? lu org pikey la sindiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pulak. Nak tuduh paderi tu SB Polis ke? Adoi.. mana pulak bukti paderi tu geng UMNO.. ada tatoo kat badan dia ke?

      Padam
  12. nk bolot kalimah Allah tapi Allah suruh berlaku adil (24 kali dlm 22 surah) tak buat. adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. ni pakai kuota dalam pendidikan, penjawatan awam, pemberian kontrak, beli rumah dll, mane keadilan?!! bodo SPM serendah 3A dapat masuk U, poli, kolej, then dpt masuk kerajaan, yg pandai 11A 12A tak dapat masuk sbb kaum lain ape ni, knp tak turut perintah Allah! >5A degree dan guru, <4A diploma, <2A sijil, 0A buruh, pencuci tandas, pembantu rumah tukang susuan troli di KLIA, tak yah pakai bangla ngan indon. Kalau bodo buat kerja bodopandai buat kerja pandai takkan wujud masalah pengangguran macam sekarang!

    KLIK: Kalimah Allah dan delay tactic

    BalasPadam
    Balasan
    1. Okey kalau ank u nnt ditakdirkn bodo dlm pelajaran, pstu jd tukang cuci tndas or buruh di malassia nie, u rasa u bole terima x?

      Padam
    2. new hope, ko punye komen dan gaya penulisan dan tetiba ko masukan topik A menampakkan dan membuktikan ko seorang yang super bodoh.

      Padam
  13. Saya amat sedih dgn sebahagian komen2 di sini. Masaalahnya, Tuhan saya adalah Allah s.w.t sahaja. Walaupun Dia ada 99 nama yang lain tapi nama khusus untukNya cuma Allah. Kristian dah ada nama khusus Tuhan mereka iaitu Jesus Christ. Apalah salahnya guna Jesus Christ atau Lord, kenapa sibuk nak pakai nama Tuhanku yang satu itu? Diharapkan agar Indonesia mengikut kehendak mahkamah Malaysia dan haramkan penggunaan kalimah Allah bagi non muslim. Diharapkan juga Pope di Vatican mengeluarkan dikri yang kalimah Allah tidak patut digunakan di mana-mana bible dlm apa jua bahasa. Bible yg menggunakan kalimah Allah dikira sesat dlm Kristian. Termasuklah yg di Arab.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebelum pergi jauh2 kat indon, vatican, negara arab, apa kata kerajaan halang daripada kalimah Allah digunakan oleh org kristian di sabah sarawak juga? kenapa double standard?

      Padam
  14. Anak: Ayah, Allah Tuhan orang Islam dgn orang Kristian tu sama ke?

    Ayah: Benar anakku, Allah adalah Tuhan yang sama untuk orang Islam dan orang Kristian, bahkan untuk orang Yahudi serta sekalian umat manusia di dunia ini.

    Anak: Habis tu kenapa Allah mengikut agama Kristian ada anak sedangkan dalam Islam tidak?

    Ayah: Nabi Isa a.s. adalah rasul yang Allah s.w.t. utuskan agar beriman kepada Allah yang Satu. Namun selepas Nabi Isa diangkat dan diselamatkan oleh Allah ke langit daripada dibunuh, pengikutnya telah menganggap Nabi mereka sebagai anak Tuhan, malah mereka2 dan mengubah ajaran asal yang dibawa oleh Nabi Isa mengikut acuan mereka sendiri. Kerana itulah Allah s.w.t telah mengutuskan rasul yang terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w untuk membimbing semula semua umat manusia yang telah lama dalam kesesatan ini untuk kembali kepada Allah yang Maha Esa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye betul.. inilah apa yang saya belajar disekolah dahulu.

      Padam
    2. Allah adalah tuhan bagi semua~ syariat nabi Isa untuk bani Israel sahaja~ syariat nabi Musa untuk bani Israel sahaja, berbezanya dengan nabi Muhammad kerana nabi Muhammad diutuskan untuk semua manusia(malah nabi Muhammad berdakwah pada jin juga), datangnya syariat Muhammad telah membatalkan syariat2 yang dibawa oleh semua nabi2 sebelum beliau~

      Padam
  15. Balasan
    1. Dlm byk2x komen kt cni, komen ko paling bodoh.Lngsung x pkai otak.

      Padam
  16. Salam, masalahnya kalimah allah dah secara tradisi digunakan disemenanjung sebagai kalimah org islam, jadi yg dah jadi hak kita buat apa nak gadai, kan bodoh namanya, luar negara/sabah sarawak dah lama tergadai, ni kita nak gadai plak?

    BalasPadam
  17. Lagi satu tanya paderi apa tujuan nak guna nama allah? Mestilah nak dakwah.. Umat islam yg dungu ni asik angguk2 setuju, nak ke esok ada persatuan melayu kristian semenanjung br nak bertempik? Mencegah lebih elok kan? Jangan jadi dungu!

    BalasPadam
  18. Aku pun pelik dengan org melayu skrg ni dah hilang jati diri, pastu hak yg ada nak gadaikan, celik matalah, kat negara india pun bantah kristian guna nama tuhan diaorg sbb diaorg tau taktik, org melayu angguk2 semua setuju

    BalasPadam
  19. Apa hak yg ada pertahankan, tanah, bahasa, kuasa dll... Ini org melayu sebut melayu pun geli, hak bangsa lain diperjuangkan, bangla/nepal pun kat sini berebut nak jadi melayu!

    BalasPadam
  20. Yg bawak keris tu mungkin pang 5 tak pun pang 6 atau pang 7...hahahah.

    ini semua salah umno naikan gula.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.