Jumaat, 18 Oktober 2013

20 Rokok seludup: Jenayah meningkat, negara rugi

Rokok seludup penyumbang kepada kegiatan jenayah di negara kita. Dengan memberi rokok seludup yang murah tu, sebenarnya anda telah membiayai sindiket jenayah dan geng kongsi gelap yang membuat jenayah di Malaysia. Oleh itu belilah rokok sah berharga RM12 yang telah dikenakan cukai oleh kerajaan. Disamping tidak menyumbang kepada kegiatan jenayah, ia juga dapat meningkatkan pendapatan kerajaan dan seterusnya meningkatkan ekonomi negara. Lagipun dari segi kesihatan rokok seludup ni lagi merbahaya daripada rokok sah.





Rokok seludup menyebabkan kerajaan kerugian cukai RM2 billion. Bila korang beli rokok seludup, bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah malah dalam masa yang sama akan menyebabkan negara kerugian berbillion ringgit yang mana duit tu boleh digunakan untuk pembangunan dan membantu orang2 susah.



How about NO???

Tak kira la rokok sah ke rokok seludup ke, membeli dan menghisapnya masih kekal bangang. Rokok masih haram walaupun ianya dijual secara sah dan bayar cukai kepada kerajaan. Tiada istilah rokok halal kerana bayar cukai atau menjadi cerdik dan insan berguna kerana beli dan hisap rokok sah. Seperti juga judi, arak, riba, ia tetap juga haram walaupun ia mendapat lesen dan bayar cukai kepada kerajaan.





tags: rokok seludup murah penyumbang kegiatan gangster jenayah kongsi gelap sindiket global bawa padah mangsa dadah harga naik cukai kerajaan

20 ulasan:

  1. Balasan
    1. Salam Sayang & Salam 1Najib

      Kita sebagai rakyat Malaysia negara yang bertuah ini seharusnya terus memberi sokongan terhadap segala usaha murni kerajaan. Termasuklah kempen beli rokok sah. Oleh itu, kita seramai 28 juta orang hari ini hendaklah membeli rokok sah. Kerajaan kaya, rakyat sejahtera.

      Akak bangga UMNO/BN mempunyai perancangan rapi terhadap penjagaan kesihatan rakyat Malaysia. Termasuk formula menaikkan harga rokok dan harga gula.

      Padam
    2. Dah haram pun masih gak nak jual nak isap..
      Carik yang benda-benda halal yang boleh isap..

      Tak tahu la nak kata apa..

      Padam
  2. dlm fatwa dah kuar suh haram buat jugak, mana x malays cept buthurt.. termasuk komen bawah ni nanti buthurt...fakyu malasyial

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang, Jenuh berbuih para ulama keluarkan nas haram tapi ramai orang yang ngaku Islam tetap isap gak..

      Cuma ustaz2 yang isap rokok je kata makruh.. lol..

      Padam
  3. kalau beli rokok yang harganya rm12 adakah malaysia akan aman dan tiada penjenayah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kerajaan terus mengaut keuntungan daripada itu...jawapannya tidak akan aman...
      macam2 la alasan kerajaan gunakan untuk mengaut keuntungan daripada rakyat...
      yang kaya terus kaya, yang miskin terus ditindas...
      xperlu la cakap pasal rokok...pasal minyak pun boleh tengok efek dia...
      sekarang harga keperluan pun daa naik...
      perlu ke buat alasan pasal penyeludupan minyak? daa tau minyak diseludup, yang penguatkuasa makan gaji buta ka? cuba la cari siapa yg bertanggungjawab...
      xperlu nak buat alasan BODOH! Ingt sket, kita ni negara pengeluar minyak...jadi jangan nk buat alasan bangang la...

      Padam
  4. Rokok ialah perbuatan bangang yang dilakukan oleh insan bangang - KKM -

    So, whats the point there is rokok sah?

    Kalau tak beli rokok tak sah yang menyumbang jenayah terancang, tanam tembakau sendiri - menteri cerdik -

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang dedulu isap rokok daun memang tanam sendiri je pokok tembakau ni..
      Takda kisah kenaikan harga rokok huhuhu..
      tapi takda pulak kes sakit jantung ke apa.. mungkin bahan sampingan yang syarikat rokok isi dalam rokok sebabkan pelbagai jenis sakit kronik..

      Padam
  5. Nak tanya pak menteri yang bijaksana..

    Kita naikan minyak nak samakan dengan negara jiran sebab nak basmi penyeludpan minyak..
    Mungkin kita juga turunkan harga rokok untuk mengelakan rokok seludup juga?

    BalasPadam
  6. turunkan harga rokok sah kepada RM3 sekotak dan naikkan cukai rokok seludup kepada RM12 sekotak. Syukurlah Malaysia masih aman...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur.. tengok macam Libya.. presiden sikit punya baik pun kena bunuh rakyat sendiri

      Padam
  7. Kalau nak kurangkan jenayah jalankan hukum Hudud..potong semua tangan pencuri..ko nak kesian kat pencuri buat apa..kesian kat mangsa lah baru betul..yang jadi gangster mesti start dengan mencuri..potong je awal2..x payah habiskan duit rakyat bagi mkn diorang kat penjara..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak buat camne kita sayangkan penjenayah, kalau laksanakan mungkin ramai orang "rasuah" besar2 takda tangan tak kesian ke pemimpin kita kudung hahahaha

      Padam
  8. Rokok halal lah di msia. Kalau haram org tak jual....

    BalasPadam
  9. masalahnya, di malaysia, pihak pembangkang selalu melindungi penjenayah dan bangkang tindakan polis.... Cer tengok kes samseng hari tu.... Mati2an puak PR bela si samseng tu sampai konvoi keliling bagai.... Pastu kecam tindakan polis...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susah nak jadi penguatkusa yang terbaik ni sebenarnya. Kalau nak jadi koboi memang senang tembak je semua yang rasa-rasa jahat. Tapi kita bukan koboi yang boleh buat sesuka hati.

      Padam
    2. Apa la bodoh sangat kan banyak polis dan penyiasat bijaksana dakwa je la pembakang dalam mahkamah. Lagipun yang pegang kuasa bukan pembakang lebih kepada alasan bodoh aje..

      Padam
  10. pure bullshit, rokok dengan jenayah takde kena mengena~ kalau korang hisap rokok seludup, kuranglah wang income cukai kerajaan~ ulama pun kerajaan boleh gam, boleh fitnah, inikan pula rokok, dikaitkan dengan penjenayah pula~ puih~ bullshit~

    BalasPadam
  11. komen semua mcm tak sekolah.... rokok seludup mmg patut di settle isu ni - engko ingat klu bukan kongsi gelap yng buat bisnes rokok seludup ni sape lagi?? rokok murah berlambak camne org nak renti isap rokok?? kan bagus rokok mahal...spya rkyt tak isap rokok..ni bukan kisah cukai...ni kisah kesihatan semua

    bukan saje tak mau berenti merokok tp bersekongkol dgn sindiket lak tu...hampeh!
    Lu pikirlah..klu rokok diharamkan jualannya, tp rokok seludup terus berleluasa - inikah yang kita mahu? takde otak la korang

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.