Jumaat, 29 November 2013

23 Segmen Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 3

[ULASAN DI UPDATE SECARA LIVE] Minggu lepas banyak peserta yang agak menurun kerana disebabkan faktor temanya yang agak susah iaitu Cerita Rakyat. Mnggu ini persembahan dijangka lebih menyengat dengan tema Cinta. Harapnya semua peserta terutama peserta favorite ramai seperti Sepah, Jambu, Nabil dan Shiro dapat buat yang terbaik.


* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

Tema Minggu 3 - Cinta

1. ZERO (Laugh-O-Meter: LOL)


Zero membuka pentas dengan sketsa 2 orang lelaki sedang menyanyi lagu ST12 nak carik awek, sekali awek guard Mawar muncul jadi awek Indon. Bolehlah untuk sebuah persembahan pembukaan.

Rating juri: 2 bintang

2. SYJ (Laugh-O-Meter: LMAO)


SYJ menerapkan unsur filem hindustan yang cukup kuat dengan tema cinta ini. So far ini persembahan terbaik SYJ dan punchline mereka lawak dan tak berhenti2 seperti awek kaunter fast food kena tumbuk sebab tanya nak dada ke peha dan lawak cinta antara 2 darjat.

Rating juri: 4 bintang

3. BOBOI (Laugh-O-Meter: LOL)  


Mereka kembali dengan membawa watak mereka yang paling kuat dan biasa iaitu Boboiyot dan Boboiwa. Adalah beberapa punchline yang OK seperti jongkang jongkit, tips dating dan lagu Mariah Carey Ken Li.

Rating juri: 2 bintang

4. WALA (Laugh-O-Meter: LMAO


Cikgu kelas buta nombor minggu lepas muncul semula untuk bagi ceramah pasal masalah cinta. Bab main2kan audien dan Dato' Yusof Haslam tu memang terbaik. Lagi kreatif bila yang sorang lagi jadi audien nak tanya soalan, memang lawak.

Rating juri: 3 bintang

5. COMEY (Laugh-O-Meter: LMAO


2 orang mamat sesat ntah dari mana berlari berkejaran kat stesen bas pakai baju mengaarut gila. Antara part paling lawak bila Shuhaimi keluar bunga kalung India lepas tu Ropi tanya ko nak jumpa awek ke menteri besar? Tapi lawak gay yang last tu memang paling cam harooom.

Rating juri: 3 bintang

6. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: LMAO


Sepahtu jadi 3 adik beradik yang bapak dia sakit kansel. Masa start Jep ada masalah microphone menyebabkan rentak diorang macam terganggu sikit. Ada beberapa punchline yang lawak tapi entah kenapa macam kurang sikit dari minggu2 lepas. Cuma aku perasan peminat diorang over pulak gelak lebih2 kat part yang tak berapa nak lawak pun.

Rating juri: 4 bintang

7. BOCEY (Laugh-O-Meter: LOL


Ada sorang memekak malam2 kat rumah warga emas, lepas tu datang 2 orang tua nyanyuk bekas askar yang cintakan negara cerita pengalaman mereka lawan musuh masa jadi askar. Seperti biasa, kekuatan kumpulan ni adalah pada komedi berbentuk drama.

Rating juri: 2 bintang

8. SHIRO (Laugh-O-Meter: LMAO


Shiro buat babak seorang suami isteri kemalangan langgar pokok yang tak mau elak bila hon, lepas tu datang seorang doktor yang nak tolong tapi dia pulak sedih lebih2. Memang lawak dan menghiburkan, cuma masa awal tu masih ada masalah microphone.

Rating juri: 4 bintang

9. KUCAI (Laugh-O-Meter: HEHE


Munir pergi ke klinik pembedahan plastik jumpa doktor nak buat pembedahan plastik muka sebab nak ayat awek. Sebenarnya ada je punchline yang kalau orang lain yang cakap mungkin lawak, tapi sebab kumpulan ni macam langsung takde peminat dan aura terutama Mamat yang ramai orang tak suka, so persembahan mereka jadi suram je.

Rating juri: 1 bintang

10. JAMBU (Laugh-O-Meter: LMAO


Tauke nak dating tapi pecah tabung member, tepon awek guna tepon member. Awal2 agak serius tapi bila dah start merepek masa akhir2 nak lukis gambar awek idaman Yus kepala kecik, kepala besar biji guli, hidung takde, badan padang golf, tangan pendek, kaki panjang tol karak baru lawak. Jambu ni tak boleh buat lawak drama komedi sangat, sebab kekuatan diorang adalah lawak merepek.

Rating juri: 3 bintang

11. MAMU (Laugh-O-Meter: HEHE


Aku tak faham pulak konsep sketch diorang ni. Ada sorang jadi handphone, lepas tu Mr. Arrogant datang nak carik awek mintak bantuan handphone tu. Mungkin sebab tak berapa nak difahami maka tak berapa nak lawak.

Rating juri: 1 bintang

12. OSAMA (Laugh-O-Meter: HEHE


Ms. OS pakai macam AC Mizal pergi Dataran Merdeka tengah tepon awek sekali kena kacau dengan orang jual kacang, jual jambu, jual tilam la. Cuma harap jangan sesapa buat lawak ajuk Dato' Yusof Haslam dan lawak gelang AC Mizal sebab dah basi.

Rating juri: 1 bintang

13. SAYWHO (Laugh-O-Meter: HAHA


Bocil jadi Superman datang rumah Joker sebab nak ngurat anak dia Cat Woman. Punchline dia tak berapa banyak yang lawak, antara yang OK part dia ajuk budak bercinta baru nak up jeles tu, dan persembahan magic tu masih ada.

Rating juri: 3 bintang

14. NABIL (Laugh-O-Meter: LMAO


Masa2 awal dia dapat capture penonton dengan dummy konon2 microphone rosak. Nabil jadi Professor cinta Latif mulut jahat kena selotip ajar macam mana nak jadi lelaki paling sempurna untuk perempuan dengan teori cinta kukus grill panggang dan eksperimen minum peluh perempuan, last2 jadi Anuar Zain. Permulaan dia bagus cuma aku tengok dah tengah2 tu semakin menurun bila dia start melalut dengan eksperimen minum peluh tu. Nabil ni kekuatan komedi dia dalam penceritaan, bukan komedi melalut.

Rating juri: 4 bintang


Peserta yang tersingkir: KUCAI dan OSAMA

Kesimpulan: 

Tema minggu ini pasal Cinta sepatutnya menjadi makanan para peserta lawak ini tapi entah kenapa tak sorang pun yang persembahan mereka bertahap lawak gila khinzir yang aku boleh bagi rating ROTFLMAO. Dan kalau tengok ranking aku kat bawah tu, jangan terkejut atau marah bila beberapa nama besar tidak berada di ranking atas sebaliknya kumpulan2 underdog yang mengungguli tangga teratas. Boleh nampak usaha dan latihan diorang lebih berbanding kumpulan2 yang popular tapi persembahan tak berapa nak lancar.

3 peserta otai atau big 3 iaitu Sepahtu, Jambu dan Nabil nampaknya agak menurun minggu ini. Nak kata diorang tak bagus sangat tu takdelah, masih lagi lawak, cuma ada peserta lain yang buat lebih baik daripada mereka. Cuma sekarang aku dah mula annoying dengan peminat Sepahtu yang kadangkala over, seperti mana aku annoying dengan peminat Jozan masa MLM tahun lepas.

Ya memang Sepahtu sekarang popular dan top, tapi takkan benda yang kurang lawak atau tak jadi nak gelak gila2, tapi bila ada kumpulan lain yang buat lawak pecah perut tapi penonton senyap je. Juri pun sama, macam Nora Danish tu, sebab peserta tu memang popular, bagi 4 bintang, tapi yang tak berapa popular tapi lawak bagus, bagi sikit je bintang. Dato' Yusof Haslam pulak nampak macam terlalu kedekut bintang pulak walau persembahan bagus.

Satu lagi yang aku perasan, minggu ni tema dia Cinta, dan seperti Maharaja Lawak dan Raja Lawak yang lepas2, kalau ada tema cinta je mesti ada yang jadi perempuan macam masa MLM2011 dulu Abon jadi perempuan, Shuib jadi perempuan, tapi kali ni langsung takde peserta lelaki yang jadi perempuan. Mungkin produksi yang tak benarkan atau masing2 memang tak nak jadi perempuan sebab melanggar hukum, itu aku tak tahu. 

Minggu ni 2 kumpulan tersingkir iaitu Kucai dan Osama. Kucai tu aku tak kisah, cuma Osama bagi aku masih belum tiba masa mereka untuk keluar, kerana bagi aku kumpulan Mamu yang patut keluar. Sekarang dah minggu ke-3, dah tiba masanya masing2 mula mengenali kekuatan lawak masing2, carik balik chemistry, tengok balik lawak2 mereka yang lepas2, cari lawak2 yang ada kat Internet, perah idea dan kaitkan dengan isu2 semasa.


Ranking aku untuk persembahan Minggu 3:

1. WALA (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 3 bintang)
2. SYJ (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 4 bintang)
3. SHIRO (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 4 bintang)
4. COMEY (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 3 bintang)
5. NABIL (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 4 bintang) 
6. JAMBU (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 3 bintang)
7. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 4 bintang)
8. BOCEY (Laugh-O-Meter: LOL | Rating juri: 2 bintang)
9. ZERO (Laugh-O-Meter: LOL| Rating juri: 2 bintang)
10. BOBOI (Laugh-O-Meter: LOL | Rating juri: 2 bintang) 
11. SAYWHO (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating juri: 3 bintang)
12. OSAMA (Laugh-O-Meter: HEHE | Rating juri: 1 bintang)
13. KUCAI (Laugh-O-Meter: HEHE | Rating juri: 1 bintang)
14. MAMU (Laugh-O-Meter: HEHE | Rating juri: 1 bintang)


Kredit gambar: Fanpage Maharaja Lawak
Kredit video: GuaTVDotCom | Blog Maharaja Lawak Mega 2013
Laman rasmi MLM2013: http://www.maharajalawakmega.com.my/



tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2013 2012 mlm tonton full video jambu jozan sepahtu nabil shiro boboi saywho peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri pak nil aznil haji nawawi azwan ali hattan video penuh download youtube hd astro mustika warna markah episod minggu kedua minggu-3

23 ulasan:

  1. Sibuk sngt hingga belum ada masa nak tengok benda lawak2 ni..test tengok minggu dpn,

    Kami menjemput semua blogger Ping di PingBlog.Net,Skrip agregator terkini dengan ping sangat mudah kerana auto description dan juga auto image.Artikel anda akan dipost pada twitter dan 294 fanpage serta group facebook.Kualiti Backlink,dan highkan rank blog anda !!

    BalasPadam
  2. yela yelaaa,,,, tak nak tengok,, layan ask ni,, huhuuu

    BalasPadam
  3. boleh thn gak lawak SYJ td...

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. orang kita kdg kejam juga sbnrnya..kdg kumpulan underdog bt lawak.. mcm tahan je x gelak... ataupun dlm arti kata lain x lawak ... tp kalo kumpulan yg dh mmg top ..bt bnda yg sama... gelak bkn main... eh.. tipu diri ke??

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu....mcm kump kucai...ada gak lawaknya...tp xde plak org gelak...ni bkn bermakna saya ni penyokong kumpulan kucai tau..hehehhe

      Padam
    2. agree dgn ko..yg da popular wt lawak syok sndri je..slesa da dgn undi kn

      Padam
    3. betul tu .. macam kumpulan sepahtu .. aku rasa takla lawak sangat .. tpi still org gelak .. xpaham aku ..

      Padam
  6. nabil LMAO??..bagi LOL sudah lah..mengarut je minggu ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko kena paham... Psychic Zero ni peminat nabil dr zaman blog lama lg...

      Padam
    2. @Dinie Muhaimin

      Tepat sangat dah tu. Hahah.

      I'm his number one fan also, tapi dlm mengkritik tu, jangan ada bias. Kalau kita sbg fan dia tak jujur, nanti pelawak tu rasa selesa yg amat. Buat lawak syok sendiri.

      Padam
  7. Pada aku, juri dalam MLM2013 macam tak main fungsi. Takde komen bernas yang dapat menjadi penunjang untuk pembaikan lawak-lawak peserta. Selamba badak bagi 3 bintang 4 bintang, dengan alasan 'I loikeit a lot', 'Ini yang kita mahu,' 'Kita enjoy!'.

    Seriously, bukan itu yang kita nak dengar.

    Komen atau kritikan juri seharusnya jadi lebih profesional. Lebih bagi kick. Macam Najib Ali pernah buat. Macam Zaibo (dlm RL2) pernah buat. Ini macam cakap kosong, tak de makna langsung.

    Apa yg Mr.Os tu cakap memang betul. Bocey memang best kenapa dapat dua bintang je. Wala? Comey? Mereka memang dah 'sengsara' menjadi mangsa undi SMS dan juri menambahkan lagi 'kesengsaraan' tu.

    To Nora; baliklah. Sambung percutian awak dgn Nadeem.
    To Heykal; kau siapa ea?
    To Luna; macam mana bintang p*rn mcm ni boleh jadi juri?
    To Datuk; Haish. Susah aku nak cakap.

    Sekian, luahan insan yg tak puas hati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. komen ni 'I loikeit a lot'

      Padam
    2. Thorbaekkkk laa bro..sungguh betul sgl ape yg kau luahkn 2..aku pn rs bnde yg sm..pling aku rs kbodohan juri adlh lawak wala n comey yg sumpah mmg buat aku pcah prut glak tp dpt bntang ciput gl..sepahtu buat lawak mcm syok sndiri tp brebut2 bg 4bntang..ntah laa..mmg bodo..buyers nk mampos..aku rndu dgn comment dr chef wan, zaibo,najip ali..

      Padam
    3. tu la pasal...jgn la bias...ingt senang ke team xpopular nk wt org gelak..dala kali ni juri mcm suam2 kuku..xde funtion sngt..kalau setakat bg bintang..aku pon bole jd juri..baik ambik juri hot seat aritu..komen pon membina jugak..

      Padam
    4. Stuju..ktiga2 juri pn ok ms hot seat..aznil jgn ckp laa, mmg sgt pro dlm bg comment..hattan plak jjur gile, klau bodo trus trang ckp bodo..yg xthn steruk2 azwan ali yg annoying nk mamp 2 pn leh bg comment yg sgt2 bernas tuk stiap pserta..

      Padam
  8. bila rahim masuk kumpulan sepahtu, chemistry hilang. skg nampak kumpulan shiro lebih best dari sepahtu. patut jep dgn shuib je dlm sepahtu, xpayah jemput rahim

    BalasPadam
  9. macam bodoh je...x membina lgsung program ni....puiihh..

    BalasPadam
  10. at least..jep pandai cover..dn adakalanya lawak dia spontan..

    BalasPadam
  11. sepahtu baik jep ngan shuib je...bila rahi join, jadi macam nabil join boboi. kelaut jadinya. baik dia stay jadi R2 lagi bagus. bagi aku
    1. kumpulan Comei yang paling menjadi minggu ni dan
    2. memang patut MAMU yang terkeluar bukannya OSAMA

    BalasPadam
  12. Wala is best nmpk die smkin meningkat..

    BalasPadam
  13. ROPI best la..aduh sakit perut aku

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.