Jumaat, 27 Disember 2013

43 Segmen Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 7

[ULASAN DI UPDATE SECARA LIVE] Minggu lepas Boboi akhirnya terkeluar seperti yang mereka mahukan. Pertarungan malam ini kini tinggal 9 peserta sahaja lagi. Kumpulan2 underdog semakin menyerlah manakala kumpulan pilihan ramai iaitu Sepahtu masih lagi tercari2 rentak mereka. Tema malam ini mungkin dinanti2kan oleh ramai orang iaitu Muzikal Komedi, so expectation aku tak tinggi sangat sebab bukan semua pelawak boleh menyanyi, asal terhibur sudahlah.


* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

Tema Minggu 7 - Muzikal Komedi

1. BOCEY (Laugh-O-Meter: LMAO)


Along rompak dan ikat tuan rumah sebab pinjam duit tak bayar. Antara punchline yang lawak macam aku suruh pinjam dengan along abang sulung aku bukan along setan! Bila part nyanyi kadang2 lirik tak jelas sangat, tapi ending lagu Maafkan Kamu dengan rapping sekali memang terbaik.

Rating juri: 4 bintang (akhirnya)

2. COMEY (Laugh-O-Meter: LMAO)


Diorang buat sketsa sebagai satu band buat konsert. Intro awal2 tu lama sangat, tapi sikit2 dia build up balik mood persembahan. Punchline lawak macam kau tau tak beza jujur dengn bahlol serta asal usul K-Ppop adalah Kedah "Pop". Banyak guna lagu2 iklan lama. 

Rating juri: 4 bintang (pun akhirnya)

3. NABIL (Laugh-O-Meter: LMAO)


Nabil jadi klon Tegar iaitu Tengik, seorang pemuzik jalanan yang gubah lagu original dari apa yang dilihat. Antara lagu yang dibawa adalah Bedroom Sanctuary - Bo Amir Iqram dan Kantoi - Zee Avi. Awal2 OK cuba dah nak akhir2 melalut sikit macam lupa skrip rasanya.

Rating juri: 4 bintang

4. SYJ (Laugh-O-Meter: LMAO)


Shuk bawak Yasin pergi tandas awam sempena hari jadi dia untuk nyanyi karaoke jamban dan Jehan jadi auntie owner karaoke jamban tu. Ada lagu Yuna, Hindustan, Kopi Janda. Awal2 agak slow tapi lama2 memang lawak cuma lawak diorang kali ni lawak2 dewasa yang agak kurang sesuai untuk kanak2.

Rating juri: 4 bintang

5. WALA (Laugh-O-Meter: LOL)


Ada orang tua tengah tunggu bas, pastu ada orang muda datang tanya macam mana nak pergi pekan. Intro lagu poco2 tu lama sangat. Ada beberapa part yang lawak, cuma cerita agak tidak tersusun dan kurang pengisian.

Rating juri: 3 bintang

6. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: LMAO)


Ada rakan serumah Shuib curi duit kat dompet dia, rupa2nya Jep yang curi tapi kantoi nampak gambar awek dia kat dalam dompet tu. lepas tu gaduh sebab awek dia kena rampas. Banyak lawak peribahasa kat dinding sekolah, memekak2 sampai kawan serumah tak boleh tidur. Nampaknya kumpulan Sepahtu dah dapat rentak mereka balik.

Rating juri: 4 bintang

7. SHIRO (Laugh-O-Meter: LMAO)


Seorang ayah dodoi anak kecil tidur nyanyi lagu Pencuri Mark Adam lepas tu anak lelaki dia memekak kat karaoke nyanyi lagu Misha Omar. Kena marah, pukul, suruh buat susu lepas tu merajuk. Memang lawak cuma macam tengok drama keluarga pulak.

Rating juri: 4 bintang

8. JAMBU (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Yus start2 je melalak2 macam orang gila, rupa2nya kena rasuk2, lepas tu datang Ustaz Astronomi nak halau setan. Banyak betul part lawak yang tak disangka2 macam tiba2 je nyanyi laguu renjis2 dipilis, ustaz pakai seluar jeans, piano jari kaki dan lain2, cuma ending dia sebagai sebuah persembahan muzikal sangat best disamping unsur2 nasihat dan pengajaran. Sepatutnya jadi persembahan penutup.

Rating juri: 4 bintang

9. SAYWHO (Laugh-O-Meter: LOL)


Saywho buat konsert 3 negara, Afgan dari Indonesia, Anita N9 dari Malaysia dan Michael Jackson dari US nyanyi lagu Gerimis dialek nogori, lepas tu salah key dan macam2 lagi. Cuma sesetengah part tak faham sangat lawak diorang.

Rating juri: 3 bintang

Peserta yang tersingkir: SAYWHO

Kesimpulan: 

Untuk minggu Muzikal Komedi ni rata2 menghiburkan, cuma aku rasa Muzikal Komedi MLM yang lepas2 lagi banyak idea2 yang lawak dan kreatif berbanding MLM2013 ni. Aku sebenarnya mengharapkan lebih daripada diorang untuk minggu muzikal ni dengan membawa lagu2 yang lebih baru terutama lagu2 orang putih. Macam Nabil pun aku rasa idea muzikal komedi dia yang dulu2 nyanyi lagu Bruno Mars main piano lalat lagi lawak dan best.

Sebenarnya banyak bahan2 yang trending dari Youtube yang boleh dijadikan bahan dan parodi untuk muzikal komedi macam lagu Miley Cyrus Wrecking Ball ke, atau lagu Enya Only Time sambil buat epic split Jean-Claude Van Damme ke dan lain2, macam SYJ buat parodi lagu Gentleman Psy tu pun berjaya menarik sorakan penonton.

Untuk minggu ni, paling outstanding bagi aku adalah Jambu. Lain2 tu lawak juga, cuma tak sampai tahap outstanding. Minggu ni Saywho tersingkir, tapi kalau ikut persembahan bagi aku Wala yang paling bawah, tapi nampaknya pengundi mereka lebih ramai. Cuma aku harap Jambu tak tersingkir awal dan dapat masuk final kerana kalau tengok undian, undian mereka agak rendah berbanding Sepahtu, Shiro, Nabil dan Wala.

Shiro OK lagi sebab tiap2 minggu aku tengok diorang memang konsisten, tapi takkan Jambu yang tiap2 minggu konsisten pun masih boleh di bawah Sepahtu, Nabil dan Wala yang kadang2 naik turun? Bocey dengan SYJ juga konsisten tapi kalau tengok undian macam takde harapan nak masuk final. Aku harap yang masuk final nanti juga adalah mereka yang betul2 layak bukan sebab sekadar rupa dan populariti.


Ranking aku untuk persembahan Minggu 7:

1. JAMBU (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 4 bintang)
2. SHIRO (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 4 bintang)
3. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 4 bintang)
4. NABIL (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 4 bintang)
5. SYJ (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 4 bintang)
6. BOCEY (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 4 bintang)
7. COMEY (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 4 bintang)
8. SAYWHO (Laugh-O-Meter: LOL | Rating juri: 3 bintang)
9. WALA (Laugh-O-Meter: LOL | Rating juri: 3 bintang)


Kredit gambar: Fanpage Maharaja Lawak
Kredit video: GuaTVDotCom | Blog Maharaja Lawak Mega 2013
Laman rasmi MLM2013: http://www.maharajalawakmega.com.my/




tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2013 2012 mlm tonton full video jambu jozan sepahtu nabil shiro boboi saywho peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri pak nil aznil haji nawawi azwan ali hattan video penuh download youtube hd astro mustika warna markah episod minggu kedua minggu-7

43 ulasan:

  1. Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  2. Sepahtu time bab gaduh pasal awek tu guna lagu apa ya ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Acik Dan Nana ( Achik Spin & Siti Nordiana) - Memori Berkasih

      Padam
  3. jambu the best!!!!! sokong ngan ranking yg diberikan oleh admin but for me... syj lagi lawak dr nabil... :) ... tahniah spahtu dpt rentak semula... and saywho.... walaupun keluar tapi tetap pelwak indon terbaik... memang lawak... bukan rezeki mereka tuk truskan....

    BalasPadam
  4. JAMBU !!!! AND SHIRO!!!! TETAP KONSISTEN/... FINAL FOR THEM.... I HOPE JAMBU GOT NO.1 AND SHIRO GOT NO.2 .... :)

    BalasPadam
  5. Bedroom Sanctuary - Bo Amir Iqram

    BalasPadam
  6. Jambu terbaek, paling bestnya sbb ada unsur2 pengajaran disitu.
    Ending ada reggae . Epic

    -Oyen-

    BalasPadam
  7. banyak yang lawak malam ni..cm pat comey dpt 4 bintang 2 mcm agk dragui..im one of their fans tp rsnye lwk diorg xcapai pn 4 bintang..klau 3 mst ok..kdg2 rs mcm bintang 2 dh mkin murah skang..klau dulu bias trlbih,la ni slagi bole sume bg bintang byk..looks like mcm nk amik ati sume org..it will be nice if they try 2 be fair 2 all xkire laa popular or x..
    ~~nothing much,skadar in my opinion laa..

    BalasPadam
  8. Saywho perform last..so undi x cukup..dah habis buat persembahan dah ttup undi. Tp still in future mereka kuar gak

    BalasPadam
    Balasan
    1. bodoh. perform last bukan penyebab undi x ckup. grup lain pun penah perform last jugak. undi boleh dibuat pada masa selain dr time persembahan

      Padam
  9. Hampir setiap minggu peserta terakhir adalah heavyweight atau top 5, so kalau pengundi neutral yg baru nak undi lepas mereka perform peserta terakhir dah ada undi yg sgt tinggi sebelum ni..saywho x silap 2nd last yg undi ciput 3% je..lgpun sistem sms astro lmbt reply..smpi 5-10 minit baru kata sms undi dah diterima

    Papepun spt mana sy ckp sebelum ni...saywho akan still keluar in few weeks time..lain la mcm sepahtu shiro jambu tiba2 terkeluar

    BalasPadam
  10. rasenye lepas ni mngkin wala kuar. dorang pn slalu bottom 3.

    BalasPadam
  11. Bocey tak menarik sangat malam tu... tapi... saya tetap sokong awak.
    Apapun, terbaiklah lawak Jambu. Shiro pun ok . Wala kureng.
    ~Peminat setia Abam Bocey

    BalasPadam
  12. Lagu hindustan shiro tu lagu apa eh ?

    BalasPadam
  13. Bole Chudiyaan Bole Kangana

    BalasPadam
  14. tak ada apa nak ulas cuma nak tanya kenapa bila reply komen org tu bahasa terlalu biadab? Berbicara pasal program tv pun nak insult org ke? Pebende laa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sokong der budi bhsa budaya kita

      Padam
  15. Lagu 1st yg nabil nyanyi psl pompuan kuih donut ngn neraka tu original atau ubah lirik lagu org... nak tau sgt lagu tu

    BalasPadam
  16. Lagu jambu yg last tu lagu apa?

    BalasPadam
  17. Shahrul shiro nyanyi lagu apa yew mase dye marajuk tu...lagu mcm rock...

    BalasPadam
  18. apa ya lagu parodi jambu? :-/

    BalasPadam
  19. jambu lawak bodoh..

    BalasPadam
  20. lagu kedua kumpulan wala nyanyi tu lagu apa ehh ? tolong bagi tahu.. harap maklum

    BalasPadam
    Balasan
    1. tajuk lagu "Cecair"..nyanyian kumpulan Cecair..

      Padam
    2. lgu tu boleh dpt kt mna ehh ? cri kt google x jmpa..

      Padam
    3. Spoon - Memori Sekuntum Rindu..
      Enjoy..=D

      Padam
  21. lagu first nabil nyanyi tu lagu pe r

    BalasPadam
  22. bocey nyanyi lagu apa yg psal duit tuhh ? lirik tu cm ni.. "bukan sekali dia pinjam duit aku.. dia buat main kutu.. dah berpuluh-puluh ribu" lagu asalnya lagu apa ?

    BalasPadam
  23. first lagu yg yus jambu nyanyi tu, parodi lagu siapa ye? tolong bagi tau :-/

    BalasPadam
  24. Shahrol shiro nyanyi lagu awie - di penjara janji
    Used to be fans jambu tp tidak lg..still tauke ttap klaka..
    Sepahtu n shiro - I luv u guys!!

    BalasPadam
  25. Sepahtu laat skli dy nyanyi lagu apa eh? Yang "benda pun dah jadi..."

    BalasPadam
  26. Lagu shiro nyanyi yg untuk bayi tu lagu ape?

    BalasPadam
  27. apa tajuk lagu yang abam n fadzli bocey nyanyi erk??

    BalasPadam
  28. Lagu 1st yg shiro nyanyi untuk final too ap tajuknya eh?..dh 5 tahun mencri lagu too

    BalasPadam
  29. lagu yus jambu nyanyi awal-awal tu lagu ape ya

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.