Isnin, 24 Februari 2014

13 Penceraian itu bukan sesuatu yang kelakar

Lumrah perkahwinan itu sesuatu yang gembira dan membahagiakan. Walau serumit dan sekompleks mana perkahwinan melayu itu, yang pasti ia adalah suatu yang menggembirakan pengantin, keluarga, saudara mara dan rakan2. Semua orang pasti mahukan perkahwinan mereka itu berkekalan sehingga akhir hayat, namun maut jodoh itu di tangan Tuhan. Walaubagaimana pun sesebuah pasangan rumahtangga berusaha untuk mengekalkan rumahtangga mereka, andai jodoh mereka tidak panjang maka perpisahan juga yang akan berlaku.


Ya, penceraian itu suatu yang menyakitkan dan menyedihkan, terutama kepada mereka yang melaluinya serta ahli keluarga mereka. Tiada apa yang gembira mengenai penceraian, lebih2 lagi kepada tuan punya badan yang melaluinya, kecuali kepada suami atau isteri yang teraniaya dalam rumahtangga mereka, itu pun mengambil masa yang panjang untuk pulih semula.

Bayangkan semua harapan dan impian bersama semasa mula2 mendirikan rumahtangga hancur begitu sahaja. Dan kita sebagai orang luar, adalah tidak wajar untuk menghukum mana2 pasangan yang mengambil keputusan untuk berpisah kerana bukan kita yang duduk dalam kasut mereka.

Namun, nilai sensitiviti kebanyakan orang dalam masyarakat sekarang kini sudah hilang. Mereka ini menganggap penceraian itu sesuatu yang kelakar dan lawak, terutama jika berlaku kepada orang yang dikenali ramai seperti selebriti dan ahli politik. Benda ni berlaku bukan sahaja kat media2 sosial, malah di kalangan kawan2 aku juga post gambar2 dalam Whatsapp group.

Tweet Sultan Melaka palsu yang palsu.

Mereka ditroll, disindir, dilawakkan, diletakkan dialog yang kononnya lucu dan macam2 lagi. Walau mereka itu dikenali ramai, tapi mereka juga manusia biasa yang ada perasaan. Rasa best ke melawakkan kesedihan orang lain? Adakah kita rasakan yang diri kita lebih mulia daripada mereka dengan berbuat demikian? Adakah kita dapat apa2 dengan buat macam tu? Sekiranya ia berlaku kepada kita dan orang lain pula melawakkan kita, apakah perasaan kita? Apa perasaan keluarga dan anak2 kita?

Antara contoh bahan jenaka yang tak kelakar langsung yang banyak aku dapat di Whatsapp.

Sejak bilakah kita merasakan kesedihan, kekecewaan, masalah serta musibah yang melanda orang lain itu sesuatu yang kelakar? Jika semurah inilah tahap sensitiviti manusia zaman sekarang, tak mustahil selepas ini ramai orang  akan menganggap kematian orang lain itu pula sesuatu perkara yang jenaka dan lucu.




tags: penceraian tidak bukan kelakar lucu funny troll sarcasm jenaka komedi dialog lawak kes cerai erra fazira engku emran nora danish jejai rita rudaini nurul izzah suami isteri bekas gambar mahkamah syariah punca sensitiviti rumahtangga bergolak cara kaedah panduan

13 ulasan:

  1. cahaya akaun ku diterangi br1m!!!!! tima kasih PM !!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi tu la, mcm2 benda dan kucar kacir berlaku, penceraian dia main2 nya, nama nabi Muhammad S.A.W dia main2 nya, haih.. noob2 bila nak post psl Ahmad tu? dia pun mcm masuk air mcm ahmad komentar ni gak

      Padam
    2. mengikut firasat PKR, semua ini haya sandiwara UMNO-BN.

      Padam
    3. Setuju dengan Anwar Ibrahim...Peceraian ini berlaku adalah
      daripada kepincangan UMNO-BN
      mentadbir negara

      Padam
  2. semuanya dah tertulis di loh mahfuz...bagi aku orang2 sebegini tanpa sedar seperti mentertawakan qada dan qadar Allah walaupun maybe mereka tak bermaksud?tahniah la yg dapat br1m tu..bapak aq tak dapat pun..

    BalasPadam
  3. Disebabkan br1m telah masuk, sila sertakan komen anda tentang keseronokan memperolehinya untuk menggambarkan betapa baiknya kerajaan dalam membantu rakyat.

    BalasPadam
  4. Dulu kita xda internet, so segala perbualan adalah straight forward, face-to-face. Bila wujudnya teknologi canggih mcm skrg, segala komen boleh ditulis tanpa perlu mengiktirafkan diri sebenar atau sbg anon sekalipun..so kebebasan bersuara wujud smpi melampaui timbang-rasa n tidak beretika.

    Cuba kita ckp depan TV statement dlm FB n Watsapp, mmg senang diserang n disaman. Bila komen atau buat troll dlm dunia internet, agak payah nak trace, xpun declare akaun kena hack.

    Tp sy selalu pgg konsep "jika kita buka aib org, suatu hari nanti Allah akan bukak aib kita". Tp yg kita sbgi pemerhati pun bantai gelak jugak lyn semua troll2 ni, so adakah kita pun lebih kurg sama perangai dgn org yg buat troll td? Wallahualam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini bukan buka aib tapi sindiran, sarcasm yg aku rasa ada kebaikan supaya org2 kat luar sana jaga betul2 perkahwinan mrk...

      Padam
    2. Tp cuba berlaku perkara yg sama kpd anda...anda n pasangan anda bercerai sbg langkah terakhir. Pas2 ada org lain buat troll kat internet pasal penceraian anda...maybe mereka berniat sindiran supaya org lain belajar dr kesalahan org lain, tp mcmana perasaan anda pulak?

      Tp dunia artis mmg mcm ni, cepat popular pasal benda baik n x baik. Kena terima hakikat dunia artis mcm 2, xnak terima xyah jd artis. Tp still as muslim xyah la sibuk jd artis, x berkat gaji beribu2 dpt.

      Padam
    3. artis tu kan public figure.so, dah memang lumrah ape yang mereka buat akan menjadi buah mulut org ramai. Benda ini takde ape pun sebenarnya. When you salahkan artis, artis pertahankan diri..and then blame goes to wartawan. itulah dunia hiburan..you can't change the nature dalam dunia hiburan. But, ape yang kita sebagai rakyat biasa ni harus pelajari ialah jangan mengata dan sebar fitnah pasal rumahtangga org. Siapa tau,suatu hari nnt tuhan akan bagi kita ujian yang sama.

      Padam
  5. Ini yang palinggg aku takuti. Perceraian suami isteri. Bimbang rumahtangga aku bergolak macam ni. Takut. Minta-minta dijauhkan because I want my first marriage is my only marriage :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. takpa, bercerai mungkin tanda nak dapat pasangan yang lebih baik dan lebih muda dan lebih kaya..

      Padam
  6. Bang.. masyarakat kita mmg sudah sewel dan tenat.. so pepandailah jaga diri masing2..

    Kalo terkene atas batang hidung gue, sendiri tanggunglah..takkanlah gua nak mengharapkan sekumpulan malaikat jibril dgn tiba2 datang membantu pulak?? Apatah lagi nak mengharapkan ehsan org lain.. ehsan skrg ni adalah wang.. nak kesian pun dgn wang.. apalagi yg kita ada bilamana semua masyarakat kita semakin susah dan stress.. kemudian nak bantu org lain pulak?? Kita sumer sama2 sakit tenat.. nak harapkan ada nabi muncul membantu pun, dah yermaktub 1400 tahun dulu dah nabi terakhir muncul.. skrg kita layannnn.. skrg zaman kapitalis.. inilah yg sumer org mahukan..saling menyiksa org lain..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.