Rabu, 21 Mei 2014

26 Kesamarataan antara kaum yang mustahil

Dalam satu sudut, saya lihat ia agak positif selain pandangannya untuk tidak menyokong hudud. Mungkin Warga PAS masih gagal menjelaskan hudud sebenar kepada anak ini. Hujjah beliau sebelum ini ialah untuk penyatuan kaum namun UITM bukan satu-satunya pemisah. Mulakanlah dengan penghapusan sekolah vernakular (Sekolah Jenis) dan digantikan dengan sekolah kebangsaan yang menggunakan hanya 1 bahasa iaitu bahasa pengantar kebangsaan. Semua universiti milik rakyat dan saya yakin universiti tidak pernah mendoktrinisasikan politik sekalipun gerakan itu ada.


Oohh...itu isu lapok. Dah selalu orang kata tapi sekadar macam lagu Dengang Perantau yang berkumandang setahun sekali masa nak raya.

Kesan dari polisi penjajahan "Pecah dan Perintah" menyebabkan jurang ekonomi yang terlampau antara kaum Cina dan Melayu. Selama ini memang usaha telah dilakukan untuk merapatkan jurang yang jauh ini sekiranya tidak dapat ditimbus, jika dirapatkan sedikit pun sudah baik. Orang Cina ramai yang berkemampuan menghantar anak ke luar negara atau ke universiti-universiti swasta sementara MARA pada asalnya terlampau terbeban untuk menghantar anak Melayu ke luar negara dan tempat di universiti dalam negara juga terhad bilangannya.

Lalu MARA tubuhkan sebuah insitusi yang dinamakan ITM dan kemudian dinaiktaraf menjadi UITM. Misinya tetap sama bagi merapatkan jurang sosial antara orang Cina dan Melayu yang ditinggalkan oleh penjajah dalam keadaan tidak seimbang.

Mungkin itu sudah lama berlalu. Jika wajar dibuka UITM kepada semua rakyat untuk menyatupadukan Malaysia berbilang kaum, mari kita mulakannya dari akarnya lagi. Melayu juga mahu belajar dari Cina bagaimana anak-anak Cina pandai-pandai semuanya di Sekolah Cina. Bukakan sahaja sempadan itu biar kita semua menyatu dalam satu sistem pendidikan yang sama.

Di negara mana lagi yang anda lihat sistem pendidikan sekolah vernakular dijalankan? Mungkin Malaysia sangat bertoleransi untuk memberi faedah kepada semua kaum untuk mempunyai sekolah mereka sendiri. Rupanya, jarak antara kaum ini semakin renggang dengan dengan persekolahan berbeza bahasa pengantar begini.


Dulu semasa saya bersekolah tadika 1 aliran di estet sawit, semuanya tiada beza. Cina Melayu India semua sama berkawan baik. Selepas sudah memasuki sekolah-sekolah berlainan, kami terdidik tentang pemisahan KAUM.


Memang UITM bukan milik UMNO tetapi ia salah satu instrumen yang membuatkan pelajar-pelajar bumiputra mendapat tempat di IPT. Keadilan bukan semestinya mendapat sama rata, tetapi berdiri sama tinggi. Kerana asalnya, penjajah tinggalkan kita semua tidak sama tinggi.

SEBUAH NEGARA BUKAN 1 PERLUMBAAN TETAPI SATU SINERGI. Ia satu pendakian besar yang kita lihat orang Cina telah penjajah tinggalkan mendahului jauh di atas. Jika mahu dibantu samarata, pastinya jarak tidak akan dapat dirapatkan.

Jika benar ada rasa setiakawan, mengapa kerajaan yang berusaha untuk merapatkan jurang, bukankah yang sudah jauh itu wajar menghulur tangan ke bawah menarik rakan-rakannya naik ke atas bersama-sama?

Kerana itu tidak berlaku, MARA cuba lakukannya. Boleh sahaja hentikan usaha itu jika kaum mendahului sanggup menoleh dan menghulur tangan untuk kita sama-sama ke atas.

Sekalipun "kaum" diterjemah sebagai "Race" dalam bahasa penjajah NAMUN jika kita terjemah semula "Race" kepada bahasa Melayu ia bukan PERLUMBAAN. Ia satu KERJASAMA.

Sepatutnya begitulah.


Ditulis oleh SAIFUL NANG.



Kalau ikutkan aku menyokong kesamarataan antara kaum. Diskriminasi kaum hanya membantutkan usaha sesebuah negara untuk mencapai negara maju. Bagaimana nak maju kalau setiap hari kita disibuk dan disogokkan dengan pelbagai isu2 berkaitan perkauman yang langsung tiada penghujungnya sedangkan negara lain sibuk membangunkan negara mereka?

Warga US hanya dikenali sebagai orang US. Warga Jepun hanya dikenali sebagai orang Jepun. Warga Malaysia dikenali sebagai orang Melayu, orang Cina, orang India dan orang lain2. Seharusnya sejak merdeka lagi kita sudah buang pemisah antara kaum ni dan jadikan kita semua orang Malaysia, tapi akibat doktrin "Pecah dan Perintah" yang dilakukan oleh penjajah, maka ia berkekalan sehingga sekarang.


Namun untuk mencapai matlamat itu bukan mudah, kerana ia memerlukan pengorbanan yang sangat besar terutama dari kaum Melayu dan Cina. Ini kerana Melayu mempunyai KUASA dan Cina mempunyai EKONOMI. Untuk itu, kedua2 kaum ini perlu berkorban dan bersedia untuk berkongsi KUASA dan EKONOMI, akan tetapi adakah mereka semua bersedia untuk berkongsinya?

Bagi aku tiada masalah jika UiTM membuka pintunya kepadanya orang selain Bumiputra. Tiada masalah jika kuota kemasukan universiti, penjawatan awam, tender kerajaan, kemudahan MARA, Dasar Ekonomi Baru dan pelbagai lagi hak keistimewaan kepada kaum Bumiputra dikongsi kepada kaum2 lain, namun adakah kaum lain juga bersedia dan sanggup berkorban untuk membuka pintu penguasaan mereka kepada kita?

Tiada lagi sekolah vernakular mengikut kaum, tiada lagi syarat pengambilan kerja di sektor swasta yang bertulis "Chinese Only", tiada lagi larangan untuk wanita muslim memakai tudung dan mengerjakan ibadah bagi orang Islam yang bekerja dengan majikan bukan Islam, kongsi dana dengan kaum lain, gunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam komunikasi rasmi, lebih ramai kaum lain yang sanggup untuk menjadi benteng pertahanan negara dan lain2 lagi.

Sanggupkah kita semua untuk mengubahnya? Sanggup? Kalau tak sanggup maka tak usah berbicara pasal kesamarataan antara kaum, baik DAP, PKR atau UMNO.

Sebab itu aku menganggap perjuangan yang mahukan kesamarataan antara kaum di Malaysia ini amat mustahil, kerana perjuangan ini biasanya hanya mahukan satu pihak sahaja yang berkorban kepentingan mereka manakala pihak satu lagi tidak.




tags: kesamarataan antara kaum bangsa melayu cina india bumiputera sabah sarawak mustahil perjuangan uitm buka kuota hak keistimewaan pegangan perkongsian kuasa politik ekonomi

26 ulasan:

  1. sekurang-kurangnya untuk merapatkan jurang antara kaum, kerajaan kena ambil langkah dari sekarang. wajibkan pembelajaran ketiga2 bahasa kaum utama di malaysia supaya antara kita tidak ada prasangka. tidak ada lagi jarum2 halus dalam akhbar cina bila bangsa lain pun boleh faham dakyah mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau ni mesti baru keluar dari gua kan? Jarum2 halus yang kau sebut tu bermula dari dalam Umno dan BN. Apa yang ditulis dalam akhbar mainstream itu semua hasil cucukan halus jarum2 tu. Dalam Umno sendiri ada dakyah yang nak orang Melayu sentiasa patuh pada setiap decree yang mereka tetapkan dan tanpa soalan. Kalau Umno dan BN telus dalam penyatuan kaum tak perlu tuding jari pada orang lain especially penjajah. Mulakan perubahan tu sendiri. Tapi mereka tak lakukan. Lebih mudah tuding jari. Teluskah itu?

      Padam
    2. eleh...minta hapuskan sekolah vernakular pun geng PR celaka macam ko bising....

      Padam
    3. Pembetulan. Aku bukan geng PR. Cuma yang aku nampak orang yang mempunyai kuasa untuk melakukan benda yang betul iaitu kerajaan Malaysia yang dianggotai kebanyakannya dari BN tak melakukan apa2. Hanya cakap saja untuk dapatkan political milage.

      Padam
  2. Sy setuju jika nak rapatkan jurang kaum bermula dr sekolah terumata peringkat rendah, tiada lagi sekolah jenis kebangsaan tetapi kelas bahasa still wujud n dibuka utk semua kaum di sekolah rendah.

    Tp mengenai isu UITM, dulu pernah dibuka utk semua kaum, tp xde mendapat sambutan sbb kaum lain suka bersama kelompok mereka sendiri spt UTAR oleh kaum Cina n Universiti kat Rusia utk kaum India. Sbb 2 sy rasa isu UITM ni just isu politik sbb kalau open sekalipun mereka xnak masuk jugak sbb byk melayu kat sana.

    Kdg2 byk isu yg diketengahkn just sbgi modal politik, tp byk yg terjadi kes 'meludah ke langit' sbb bila new gov take over, benda yg sama akan berlaku. Mereka just sibuk menjatuhkn pihak lawan ttg isu sensitif, pas pilihanraya isu berkaitan tiada penyelesaian, yg untung org politik yg menang n yg rugi rakyat sendiri.

    So, berhati2 lihat isu2 yg org politik bangkitkan, politik malaysia just sibuk menjatuhkn pihak lwn tetapi isu setempat pun x sentuh/setel lg. Pasal isu perpaduan, boleh ambil contoh Indonesia di mana hampir xde pecahan kaum, tp isu agama takut akan dikorbankn sekali sbb hampir semua benda disekularkan, sbb bukan sahaja pengorbanan politik n ekonomi, tetapi agama jugak maybe terlibat sama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hat tu MRSM. kouta 10% dalam 10 tahun lepas. Anak cina ngan india. India ramai stay tapi cina tak banyak.

      Padam
  3. negara sarawak dan sabah tidak ada isu perkauman. mungkin sebab umno diharamkan di sarawak?
    what say u noob?

    BalasPadam
    Balasan
    1. di sabah ada umno dan perkasa...kami lebih terbuka...ini semua penting untuk menjaga hak bumiputera sabah...

      Padam
    2. i say mungkin kerana komposisi kaum dan etnik di sarawak dan sabah lebih kurang sama, tiada yang terlalu majoriti dan tiada yang terlalu minoriti, masing2 saling memerlukan antara satu sama lain berkongsi kuasa dan ekonomi.

      Padam
    3. noob, hakikatnya di sarawak juga ada majoriti dan minoriti. majoriti terbesar penduduk sarawak adalah iban. kalau tak, takdalah disebut land of iban. dan minoriti pula antaranya penan dan selangkau hinggakan dalam form dimasukan bawah kategori bidayuh menunjukan etnik yang nadir. satu fakta lagi yang perlu orang semenanjung faham, di sarawak takda yang mengaku superior dari yang lain. takda orang iban mengaku ketuanan iban walaupun durang majoriti. itu bezanya.

      Padam
    4. kira nak ckp umno jgkla yg salah??? hbs tu cina dapig tu xsalah? xracist? ko org sabah sarawak bkn tau pn masalah org cina kat semenanjung... korg duduk je diam2 pakai cawat dlm hutan tu jgn sibuk2 dgn hal org semenanjung

      Padam
    5. Anon 4:53 PTG ialah contoh orang Melayu yang akal cetek. Dalam ayat pertama kau cakap orang Cina racist, tapi dalam ayat kedua kau pulak yang racist dekat orang Borneo. Cakap tak serupa bikin. Orang Melayu macam kau la yang buat bangsa lain pandang rendah dekat orang Melayu, tak habis-habis nak cari gaduh. Primitif. Akal mundur.

      Padam
    6. hbs tu ko tiba2 salahkan umno tu apahal? sbbkan pemimpin umno dulu jugakla sabah sarawak diterima masuk malaysia... ini bkn aku ckp bende merepek tp fakta, bc balik buku sejarah. kalau bkn kerana umno, korg masih lg dijajah british & duduk dlm hutan pakai cawat. kalau xnak kena kutuk, jgn menyibuk hal org semenanjung, org melayu & umno!!

      Padam
    7. ooo kiranya ko melayu yang akal tinggi la sebab DAP ada kat sana....
      orang tanah borneo sana hati kering dulu pun selamba je potong kepala geng british.
      jadi memang barua cina takut nak buat hal kat sana

      Padam
    8. tak pernah plak aku dengar orang melayu ni superior kat semenanjung.geng celaka je yang suka timbulkan persepsi macam tu dan kemudian pull the trigger

      Padam
  4. Oh Rozana

    Bisjut bawa royi
    royi bawa bisjut
    bangla bawa bisjut & royi
    bisjut & royi bawa bangla
    kau bawa bisjut
    aku bawa royi
    bisjut bawa kamu
    royi bawa aku
    bisjut & royi bawa kita bersama

    Oh Rozana

    Apa itu bisjut?
    Apa itu royi ?

    Nak bisjut?

    BalasPadam
  5. bila semua penduduk Malaysia 100% agama Islam, kesamarataan akan terbentuk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selagi ada manusia yang penting kan poket sendiri, anak bini & kroni kesamarataan tak kan berlaku walaupun semuanya 100% Islam.

      Padam
    2. macam keluarga nuwar berahim dan lim kit sial la kan

      Padam
    3. Arab Saudi x 100% Islam... terbentuk je sama rata... macai PAS...

      Padam
    4. Anon 11. 00. Macam juga keluarga Tun Mahathir dan Datuk Sharizat.

      Anon 11.09. Kalau kau tau bagaimana kerajaan Arab Saudi memerintah (secara kuku besi dan kaum kerabat Di Raja tak tertakluk pada undang2 hudud) kau tentu akan ubah fikiran. Itu belum masuk cerita Arab Saudi menjual minyak dalam USD untuk bantu ekonomi US. Dan aku bukan macai PAS tapi macam kau aku juga nakkan kesamarataan menjadi milik semua. In the end wether you are Malay, Chinese, Indian, Orang Asal, Iban, Kadazan, Arab or Caucasian you have to remember that we are all came from one person, Nabi Adam A.S.

      Padam
  6. mna presiden kedepan dh x nampak lak

    BalasPadam
  7. Sampai aku mati nanti agaknya takkan tercapai kot hasrat nak tengok Cina,Melayu dan lain- lain bersatu.Ada sorang Cina ni kata kat aku boeh cakap English tak?Saya tak pandai cakao Melayu.Cina dengan English je boleh.Bila aku baca buku dalam bahasa Melayu dia kata buat apa nak baca dalam Melayu.Baca bahasa Inggeris lah.See,sebab bahasa kita tak bersatu.

    BalasPadam
  8. Nak sama rata boleh saja. Tiada masalah tetapi bangsa yang menuntut kesamarataan tu sanggupkah berkorban? Nak sama rata tapi hak dieorg tak leh usik. Sama rata mcm mana tu? tu makin berat sebelah.

    Tiada cuti perayaan Tahun Baru Cina, Deepavali dan apa jua bukan perayaan Islam. Kalau nak buat sambutan perayaan hanya boleh dilakukan secara persendirian. Tiada istilah sambutan hari terbuka.

    Tiada lagi nama Tan Boh Eng atau Muniandy. Yang ada Khalid Samad, Mat Sabu dan apajua nama orang Melayu. Paling kurang pun Samad Tan atau Sabu Singh. Baru layak nak gugurkan status keturunan dan hanya guna status 1 bangsa. Bab sekolah tu, ramai kat atas dah sentuh.

    Kenapa aku mintak semua tu dilakukan jika ingin kesamarataan? Senang je jawapan. Kata nak sama rata dan tiada status bangsa, tak kan la nama ko still nama cina or india? Mesti semua nama lebih kurang. Takat tgk nama orang tak kan tau keturunan korang sampai la jumpa.

    Semua negara yang guna status 1 bangsa mengunakan 1 jenis nama saja. Kalo lain pun setakat Tan, Singh, Kaur atau apa-apa nama keturunan. Lain nama local. Ambik contoh Indon, baik apa keturunan pun nama Cinta Bunga Lestari. Org pun tak tau nak cop ko keturunan apa sampai jumpa.

    Mcm US n UK lak. Sekurang-kurangnya orang just tgk nama belakang baru orang tau dia keturunan apa. Cina US sendiri hentam China. India US sendiri kutuk India. Orang kita siap hantar gi sana untuk belajar. Buat silibus sendiri then paksa Kerajaan Malaysia iktiraf exam tu setaraf ngan SPM n SPTM. Bila tak diiktiraf buat bising kecoh kata anak bangsa dieorang tiada tempat di IPTA.

    Korang nak apa yang ada dalam tangan aku, korang buang apa yang ada dalam tangan korang. Baru adil.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.