Sabtu, 21 Jun 2014

21 Untung Setinggan dan Rugi Tuan Tanah

Topik ini aku buat khas sempena isu Kg Chubadak Tambahan dan isu sama yang telah berlaku dan lama berlaku. Apa yang aku nak ceritakan berlaku sendiri pada keluarga aku @ arwah atuk aku. Ramai merasakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Tuan tanah tiada perasaan kemanusiaan atau belas ehsan kepada warga setinggan yang dirobohkan rumah mereka. Tapi tak ramai yang tau cerita sebaliknya. Terus menerus menyalahkan PBT dan Tuan Tanah. So cerita nih tidak kena mengena dengan Kg Chubadak Tambahan or mana-mana kes serupa dengannya.


Arwah atuk aku memiliki tanah yang diterokai bersama-sama Moyang aku sejak tahun 20an dan kemudiannya disambung lagi teroka bersama 11 orang anaknya. Oleh kerana arwah atuk aku anak tunggal. Maka tanah tu milik dia sepenuhnya tanpa dipecah kepada yang lain. Masa muda, arwah atuk aku sertai RAMD dan antara batch awal dalam tu. So oleh kerana sentiasa dipindahkan ke sana ke sini. Arwah atuk mengambil keputusan meminta sahabatnya untuk tinggal di tanah yang telah diteroka. Lalu dibinanya rumah di tanah tu. Arwah atuk aku tak pernah miss bayar cukai tanah dan kemudiannya disambung oleh 11 anaknya. Selama arwah atuk aku merantau, selama tu dia pos wang kepada sahabatnya untuk bayar cukai tanah.


So merantaulah kesemua anak beranak arwah atuk aku dengan tinggalkan tanah tu kepada sahabatnya. Selepas lebih kurang 30 tahun merantau dan arwah atuk aku dah pencen. Dia pergi tengok semula tanah tu. Tanah kosong dan lapang yang dulu hanya dipenuhi pokok-pokok buahan tempatan telah dipenuhi rumah setinggan. Bila ditanya pada penduduk siapa beri kebenaran untuk buat rumah disitu, dijawapnya Ketua Kampung benarkan. Bahkan ada juga yang mengaku ada pertalian darah walaupun jauh dengan Ketua Kampung iaitu sahabat kepada arwah atuk aku. Dilantik sebagai Ketua Kampung kerana merupakan orang pertama yang menetap disitu.


Bila ditanya bagaimana wujudnya sebegitu banyak rumah setinggan disitu, dijawap oleh Ketua Kampung yang mulanya dia hanya mempelawa adik beradiknya untuk menetap disitu sekaligus boleh mengusahakan kebun yang ada dalam tu. Namun lama kelamaan, ramai orang datang dan membina rumah pada skala kecil dengan alasan untuk tinggal sementara waktu. Tetapi yang berlaku, rumah dibesarkan dan ada yang menjual rumah mereka kepada pihak lain dengan alasan berpindah keluar. Mana boleh sedekah rumah hasil titik peluh mereka macam tu saja. Tu belum lagi termasuk yang buat rumah kemudian sewakannya.

Melihat terlalu ramai perumahan setinggan sehingga wujudnya sebuah masjid yang agak besar, arwah atuk aku pergi ke Pejabat Tanah jumpa DO dan PBT. Status perumahan kat situ adalah setinggan. Notis dari PBT dan Pejabat Tanah beberapa kali telah diberi untuk mendapatkan penjelasan dari Tuan Tanah tidak berbalas. Macam mana nak balas, tak pernah sampai pada tangan arwah atuk aku. So arwah atuk aku mengambil keputusan membiarkan perumahan setinggan terus berada disitu kerana bukannya dia hendak lakukan apa-apa pada tanah tu buat masa terdekat.


Selepas arwah atuk aku meninggal, tiada sebarang wasiat mengenai tanah tu dinyatakan. So kesemua anak-anaknya hanya abaikan bab tanah tu. Syukur tiada yang jenis gila harta atau duit. Semua relax saja sehinggalah pakcik aku no 2 meninggal. Cucu-cucu yang mempunyai pengalaman dalam perundangan, kewangan dan hartanah berbincang. Kesemua bersetuju status tanah tu perlu diselesaikan selagi ada anak-anak arwah atuk aku iaitu pakcik-pakcik dan makcik-makcik aku. Jika lewat, kami percaya masalah perebutan akan timbul dan makin sukar untuk diselesaikan. Cucu seramai 42 orang. Sudah tentu akan timbul kerenah yang mengarut nanti. So baik selesaikan under 11 nama.


Mulanya kami pergi berunding dengan warga-warga setinggan untuk menjual kepada mereka mengikut keluasan tapak rumah mengikut pengiraan oleh jurunilai hartanah. Kami tak kisah kerugian dalam perkara seperti longkang, jalan raya, masjid dan taman permainan. Bagi kami untuk mencari penyelesaian masalah. Itu lebih penting. Namun tawaran kami ditolak mentah-mentah dengan alasan ini adalah tanah setinggan. Mengapa perlu mereka beli. Mereka tidak perlu membayar cukai tanah atau cukai pintu. Mengapa perlu mereka bebankan diri dengan masalah tersebut. Rundingan bersama Ketua Kampung baru iaitu anak kepada sahabat arwah atuk aku yang juga sudah arwah masa tu juga menemui jalan mati apabila dia gagal memujuk orang kampungnya untuk mencari jalan penyelesaian. Alasan mereka, mereka telah tinggal lama disitu tanpa membayar apa-apa kepada mana-mana pihak. Bahkan mereka cadangkan kami wakafkan saja tanah tu supaya mereka boleh terus tinggal tanpa sebarang masalah.


Wakafkan? Kira seribu nikmat dah korang duduk tanpa bayar apa-apa. Kami semua yang tanggung cukai tanah yang beribu ringgit. Nih korang lak mintak bukan-bukan. Kalau kami nak buat jahat, kami boleh saja terus jual tanah tu kepada pemaju tanpa memikirkan nasib semua penduduk setinggan yang semuanya Melayu. Lantaklah apa Pemaju nak buat janji kami dapat duit dan selesaikan masalah sebelum berlaku. Tapi kami tidak lakukan sebab kami ada sifat kemanusiaan dan kami juga asal orang kampung. Bukan orang bandar yang kaya raya tak tau erti susah payah.

Kemudiannya kami pergi ke PBT dan Pejabat Tanah untuk dapatkan pandangan. Hasilnya mereka sendiri tidak boleh berbuat apa-apa kecuali pihak kami dapatkan arahan mahkamah menghalau warga setinggan keluar dari tanah kami. Bila kami berjaya dapatkan arahan dari mahkamah supaya warga setinggan keluar. Kami dicop sebagai pengusir, anti-melayu kampung, tiada hati perut dan manusia gilakan RM. Mereka menuntut kami beri pampasan mengikut keluasan tanah rumah mereka, rata-rata RM150,000 ke atas, rumah ganti yang bernilai setaraf dengan nilai tanah mereka dan tanggung kos perpindahan keluar mereka. WTF??? Korang duduk tanah kami 1 sen pun tak bayar tertiba kami nak kena bagi semua segala bagai pulak?


Datanglah 2-3 orang wakil dari parti politik dan ADUN untuk meminta kami batalkan arahan mahkamah tersebut. Pelbagai ayat diberikan seperti ini peluang kita nak tolong orang Melayu kita, jangan rumitkan kerja mereka, tak nak rakyat pandang serong pada mereka dan paling best tanah besar-besar tu gunakanlah pada jalan Allah. WTF??? Korang tak nak pening pala dan tak nak hilang undi lebih kurang 216 orang dari 56 keluarga, korang sanggup buat kami tanggung kerugian dan hilang undi 52 orang? Memang la 52 orang tu bukan pengundi kawasan korang tapi tetap pengundi tempat lain.


Langkah terakhir, kami nilaikan rumah mereka sebagai pampasan. Rata-rata rumah bernilai tidak lebih dari RM8000. Masa meeting kami dah nyatakan jumlah pampasan, maka berlaku kekecohan. Ada yang menjerit itukah nilai mereka selama menetap disitu? Nak kaya raya sangatkah kami sampai beri pampasan macam tu? Ingat ada rumah harga RM8000 ke zaman sekarang? Tambah dapur pun dekat RM10000. Mana kami nak tinggal lepas nih? Sumpah seranah dan diludah tu tak yah cakap la. Siap kata nak bomohkan keturunan kami pun ada.


Mujurlah sorang sepupu aku kerja dengan orang besar. Dari situ kami tolong memohon rumah gantian untuk warga setinggan tu. Mula-mula sakit kepala jugak, tapi sebab dieorg nampak kepentingan politik kat situ, maka ditolong. Kesemua warga setinggan dapat PPRT termasuk yang ada 3 buah BMW, 1 CBR 600 dan 7 jetski. Termasuk yang menyewa pun dapat sebuah rumah. Kira baik lah kitaorg yang tolong apply rumah kos rendah tuk dieorg. Dieorg just bagi IC dan apa jua kejadah. Tu pun still bising yang dieorg dizalimi oleh kami dan kerajaan. Kerajaan tidak mengambil kisah.


So sapa kata semua warga setinggan jadi mangsa kezaliman. Pikir banyak kali. Tak semua warga setinggan cakap tu betul, banyak cerita tambahan. Yang dah dapat rumah ganti pun still duduk situ alasan tak suka duduk rumah atas or rumah di pekan. Tak leh bela ayam itik. Dah duduk lama kat situ. Sorry sangat-sangat lah kalau ramai marah ngan apa aku post nih. Ingat Tuan Tanah tak mengalami sebarang masalah? Ingat tuan tanah suka-suka hati nak menghalau tanpa sebab? Kena pikir gak both side sebelum letak statement. Ingat kami tak sedih ke tengok orang melayu dihalau keluar? Habis hak kami sapa nak jaga?  Kes nih hampir 10 tahun baru selesai semata-mata nak bersifat perikemanusiaan.

Kepada yang terasa apa yang aku taip nih sama macam apa yang mak bapak atuk nenek or korang sendiri alami, rasa semua tu tak betul dan korang rasa family kitaorg tak adil. Lantak korang lah. Korang pun tau dah cerita sebenarnya macam mana.

So jangan terkejut kalau korang terdengar “Nenek aku dah buat rumah bawah jambatan nih dari zaman Jepun lagi, sila beri pampasan dengan nilai hartanah semasa”

sumber gambar :- Mr Google

21 ulasan:

  1. 1st..good point.
    aku hairan..Kg Baru bila nk pindah? kawasan tu perlu dibangunkan..
    knapa la suka sgt jual tanah kepada Cina??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh Rozana

      Aku duduk terdiam di tengah kesunyian
      Menatap bisjut & royi
      Entah mengapa ia diam membisu seribu bahasa
      Apakah ia juga akan dibeli oleh bangla?

      Oh Rozana

      Bisjut & royi yang selama ini aku simpan
      Rasanya yang sangat mendalam
      Rasa yang tak bisa terbendung lagi
      Akhirnya dimakan oleh bangla

      Oh Rozana

      Kau pergi bersama bisjut & royi
      Jauh ... jauh dan semakin jauh
      Meninggalkan jejaka bangla
      Bersama seketul bisjut & royi

      Nak bisjut?

      Padam
    2. Damn another bisjut royi

      Padam
    3. woi nak bisjut royi leh x anwar ibrahim

      Padam
  2. akhirnya aku dah tau cerita sebenar mengenai perkampungan2 haram ni...mmg patut pun diorg kena halau...dh miskin merempat kt tanah org tu buatla cara merempat...kg chubadak tu bkn tanah org2 melayu kt situ pun,tp tanah cina,kompeni cina.diorg nk buat kondo utk rakyat malaysia! kalau diorg x roboh rumah & buat kondo kt situ, camne org2 cina yg kaya nak beli kondo? kt mana org2 kaya ni nk tinggal? xkesian ke? org asyik nak bela org miskin, hbs tu nasib org kaya cam mana? mereka ada hak mereka juga. mereka ada hak utk beli & tinggal di kondo yg bakal dibina nanti... kenapa kita harus menyusahkan mereka? ini satu penindasan terhadap golongan2 kaya ini... hoi org melayu yg masih tinggal kt setinggan kat kl ni terutama kt kg baru, cepatla pindah cepat utk org cina buat kondo... diorg xde tempat nak tinggal dah tu. kalau korg xberambus lg mmg korang sgt zalim kpd org2 kaya ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Level sarcarm tahap 9999 petala langit. Yg berduit xperlu risau psl rumah anytime bleh bli...

      Yg penting cina mesti mau untung keh3..

      Padam
    2. Ko ingat semua yang duk setinggan tu miskin ke? lagi kaya dari ko pun ada.. sebab x yah bayo loan umah pe semua... duit leh gi london tiap2 kali rayo...

      Padam
    3. Sebab itu Black Berry cakap yang ade 3 buah BMW, 1 CBR 600 dan 7 jetski pn dapat rumah ganti...harga sebijik BMW tu cam rege beskal ke??

      Padam
  3. ini third world country problem

    BalasPadam
  4. yelah black berry jual jelah tanah tu kat pemaju cina hbs cerita, korg pun xyah pening2 kalau diorg halau melayu kt situ... yelah apa la sgt dgn 56 keluarga melayu tu, lgpun ko bkn kenal diorg pun kan???

    BalasPadam
  5. sebab tu tak berapa ambil tahu sangat kalau ada kes2 melibatkan setinggan. Kat KL banyak jadi gitu la.

    BalasPadam
  6. kes blackbarry ni ad sama gk ngan kes bapak ak citer... tp selmt org yg kampung yg dpt setinggan tu pun akui diorang ad silp disitu... last2 dpt balik tanah, tp mcm citer bb tu kemungkinan besar belah pihak org kampung tu ad yg menipu ad yg lupa ad yg buat lupa mcm mana diorang duk situ dan juga salah beberapa org yg ambik kesempatan..tp memang leceh benda ni rumit, its all about reason....and lastly

    cerita bb boleh dr point dari segi tuan tanah kenapa dia ambil tanah tersebut? kenapa? haaaaa.....semua hanya bersebab..xde benda sunnatullah berlaku x bersebab.....untuk kes sekang melainkan mukjizat tu kes lain la puihh

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi aku still stick with kampung chur badak itu!! perlu pengadilan hiahahaha2

      Padam
  7. kowg jgn igt yg duk setinggan tu sume miskin hina..dowg tu byk duit tau..kete pon bsr2..luar buruk,ko try tgok dlm umah..tv pon bapak gajah punya besar..aku tau sbb sedara ayh aku ramai yg setinggan kt tmn dato harun zaman dulu..dowg lg kaya dr ayah aku yg ada 1 umah sendiri..dowg tu sume duk free2,1 cukai pon xpyh bayar..jgn tertipu la dgn sandiwara dowg tu..ko nk perjuangkn sgt kaum setinggan tu??? ko g kaji dulu..pastu bandingkan dgn ko...baru ko tau!! sm gak mcm makcik jual ns lemak tepi jln..da la xde lesen/permit/kwsp..segala jenis cukai xpyh byr..dowg lg kaya dr kita yg mkn gaji kuar pg2 jd kuli ni..jgn pandang owg luaran je bro..kaum setinggan ni da lm senang lenang..da berlemak berkolestrol bertimbun2..skng smpai ms tuk dowg berdikari mcm owg lain..xkn selama2nya nk duk free????

    BalasPadam
  8. bukak tekak kau besar2 bro..aku nk ludah dlm tuh!

    BalasPadam
  9. Ala..apa susah..kasi BN lah itu tempat. BN pasti akan cari jalan penyelesaian. Kau tak dpt..yg setinggan tu pun tak dpt. Menteri yg dapat.hahahah

    BalasPadam
  10. kalau pakai hukum hudud arab saudi dah kena potong tangan sebab mencuri :D.. kan dah terang2 tue.. jangan halalkan apa yang bukan hak kita.. amin

    BalasPadam
  11. aku kalau ada tanah, aku pohon lesen senapang, aku letak signboard banyak-banyak " penceroboh akan ditembak" mcm dkt airport/kem askar. kl ada orang buat apa-apa dkt tanah aku, aku tembak je. kl polis tanya jawablah " sy ingat perompak td". undang-undang membenarkan kita mengambil tindakan melindungi harta sendiri sepertimana kita boleh pukul pencuri yg masuk rumah.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.