Khamis, 25 September 2014

25 Kerajaan tanggung 3 bulan kehidupan rakyat Malaysia

Pelbagai subsidi dan bantuan yang diberikan kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) sepanjang tahun memudahkan kehidupan rakyat terutama mereka yang memiliki tanggungan keluarga yang besar, kata Datuk Ahmad Maslan.

Timbalan menteri kewangan itu berkata, jika dijumlahkan semua keseluruhan bantuan dan subsidi yang diberikan kerajaan maka rakyat hanya perlu mencari mata pencarian selama 9 bulan dan selebihnya ditanggung BN.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan
"Jika kita campur Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan, subsidi minyak, diesel‎, tepung, beras dan gas memasak, pada saya tiga bulan kehidupan kita ini ditaja oleh kerajaan BN dalam masa setahun.

"9 bulan sahaja kita cari kehidupan kita dengan kerja-kerja yang kita ada sekarang. Malam ini saya buka satu persatu.

"Bukan ingin mengungkit tetapi mengingatkan kita mempunyai kerajaan yang baik, bertanggungjawab dan menjaga rakyat," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 100 masyarakat Siam di Wat Machimaram malam tadi sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Sumber The Malaysian Insider.

Berikut adalah antara huraian yang membuktikan tiga bulan kehidupan kita ini ditaja oleh kerajaan BN dalam masa setahun:
  1. Penambahan BR1M sebanyak RM300 pada tahun depan, ia mampu menanggung perbelanjaan keluarga untuk tempoh dua bulan.

  2. RM1,000 sudah cukup untuk makan minum empat orang satu keluarga. Jika RM500 satu bulan, dua bulan sudah ditanggung oleh kerajaan BN. PAS ada bagi apa? PAS tak bagi apa-apa.

  3. Banyak subsidi diterima dalam kehidupan harian namun tidak disedari rakyat kerana membayar dengan harga yang rendah.

  4. Anak-anak ke sekolah dapat RM100‎ bantuan persekolahan. Kalau rajin 'kerja malam' 10 anak, RM1,000 dapat. Jangan lupa perkara itu. Anak yang mengaji tinggi, baucar buku pun dapat.

  5. Subsidi minyak masak 1kg RM1.50, subsidi tepung 1kg RM1.00, subsidi gas memasak 16kg RM20 setiap satu tong kerajaan bagi subsidi. Setiap kali tuang minyak RON95, 1 liter 73 sen kerajaan bagi subsidi.

Dengan semua bantuan dan subsidi ini jika dijumlahkan, maka rakyat hanya perlu mencari mata pencarian selama 9 bulan dan selebihnya ditanggung BN. Tak sangka lak aku selama ni aku tak perlu pun kerja selama 3 bulan sebab dah ditanggung oleh kerajaan BN. Dalam kenyataan tu, ada beberapa benda je yang aku tak puas hati:
  1. Tiga bulan dalam kehidupan kita ini ditaja oleh kerajaan BN dalam masa setahun. Namun duit kerajaan BN ini ditaja oleh seluruh rakyat dari yang berpendapatan rendah hingga yang berpendapatan tinggi. Kerajaan BN cuma menguruskan sahaja duit2 pendapatan kerajaan yang salah satu penyumbang terbesarnya diperolehi dengan pelbagai cukai yang dikenakan kepada rakyat?

  2. Huraian yang Timbalan Menteri Kewangan ni bagi langsung tak boleh dipakai untuk menggambarkan setiap rakyat Malaysia, kerana setiap orang mempunyai pendapatan dan tanggungan yang berbeza. Malah tak semua orang layak dapat BR1M, tak semua orang layak dapat baucer buku, tak semua orang ada anak untuk dapat bantuan persekolahan.

    So nak cakap 9 bulan sahaja kita cari kehidupan kita dengan kerja2 yang kita ada sekarang dan lagi 3 bulan ditanggung oleh kerajaan BN adalah sangat bullshit sama sekali. Ada orang mungkin hanya ditanggung 1 minggu, ada yang 2 minggu, ada yang 1 bulan, ada yang 6 bulan, ikut pendapatan dan tanggungan seseorang itu.

    Kalau seseorang yang berpendapatan RM12,000 setahun, jumlah bantuan yang dia terima secara langsung secara dan tidak langsung sebanyak RM2000 setahun, kerajaan tanggung dia untuk 2 bulan. Kalau orang yang berpendapatan RM120,000 setahun, bantuan yang dia terima secara langsung secara dan tidak langsung sebanyak RM500 setahun, maka kerajaan sebenarnya cuma tanggung dia untuk 1.5 hari sahaja.

    Dan kalau ya pun kerajaan tanggung mata pencarian rakyat selama 3 bulan, takkan la rakyat hanya perlu kerja selama 9 bulan? Gila.

  3. OK, jika hasil kajian pegawai2 kerajaan ni cakap kerajaan tanggung mata pencarian rakyat selama 3 bulan, perlu ke mengungkit kebaikan dan jasa untuk orang lain berterima kasih? Tak pernah lagi aku dengar kat mana2 yang kita dibolehkan mengungkit segala kebaikan dan jasa kita untuk mendapatkan balasan orang. So nak cakap yang selama ini kerajaan bagi bantuan kerana mahukan sokongan, bukan kerana tanggungjawab? Tak ikhlas, mungkin?

  4. OKlah oklah kalau korang nak mengungkit, nak up diri sendiri, nak masuk bakul angkat sendiri, lantaklah, tapi perlu ke mengutuk dan membandingkan kebaikan yang kita buat dengan orang lain pula? Nak puji diri sendiri pujilah, tak perlu membanding dan memburukkan orang lain.

    Bak kata seorang budak kepada rakannya, "Ali, nanti ko sokong aku jadi ketua darjah ya. Aku dah selalu belanja ko. Ko jangan sokong Abu tau, lagipun dia ada pernah belanja ko apa2? Takde kan? Ko jangan lupa pulak jasa aku ni."

Jangan kata aku, kawan aku yang penyokong BN dan UMNO tegar yang kerja biasa2 makan gaji pun rasa berbulu dengan kenyataan Datuk Ahmad Maslan ni. Takde siapa2 ke dalam BN tu yang boleh suruh Ahmad Maslan ni berhenti dari bagi kenyataan2 yang merepek dan menyakitkan hati, walaupun dia punya CGPA 3.85, atau hantar dia pergi jalani latihan media?



Harap DS Najib Razak boleh menegur juga Datuk Ahmad Maslan sepertimana beliau menegur Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar pada suatu ketika dulu.





tags: kerajaan tanggung 3 bulan kehidupan rakyat Malaysia

25 ulasan:

  1. skg ni dah terlalu ramai pemimpin yg bijak... tapi bila keluarkan kenyataan... nampak kurang bijak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu tak penting. Sekarang yang penting Klang Move. Macam mana nak jatuhkan Azmin nak bagi naik Wan Azizah..

      Sokong Wan Azizah jadi MB Selangor!

      Padam
  2. Apakah fungsi kewujudan sebuah kerajaan sebenarnya...membantu atau membeban rakyat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. fungsi kerajaan sekarang adalah bnyk ckp besar... kang Allah S.W.T. tarik tak ke naya tu dari dia merapu mcm tu baik di ckp ayat yg lebih berfaedah.... yg kena tidas org2 miskin gak :(

      Padam
  3. tanggung blnja rakyat tu guna duit pemimpin BN ke?

    BalasPadam
  4. Salam 1rasuah,

    Teringat dulu masa sekolah. Cikgu suka dengan murid murid pandai dan sering naik angin dengan murid murid bodo. Mereka bukan sahaja lembam dan lembab dalam akademik (pencapaian otak), kokurikulum (komunikasi, kepimpinan dan kecergasan) malahan akhlak (suka langgar undang undang, tak dengar cakap guru dan ibubapa dan berperangai buruk seperti merokok, ponteng, berambut panjang). Setelah meningkat dewasa mereka juga ambil degree walaupun bukan dengan cara yang biasa iaitu kepandaian, tetapi melalui cara menurunkan syarat minima ambil degree ada juga melalui cara tidak adil seperti ikut pintu belakang, ikut sekolah tertentu yang grafnya rendah. Tapi jangan, bila mereka dikritik anda pula yang dikatakan tidak berakhlak atau tidak pandai bergaul dan berkomunikasi.

    Hanya mampu tersenyum.heee

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

    BalasPadam
  5. Satu lagi kenyataan bulshit ari ni dlm paper berita hairan. Negeri kelantan terengganu tiada minyak.

    Dlm negara ni ada 1golongan bodoh n bebal. Mereka ini lah yg membuat dasar2 negara. Manakala yg otak genius berkerja mkn gaji d syarkat2 swasta & gomen.

    BalasPadam
  6. Teman lelaki saya seorang yang baik hati, berbudi bahasa, bertanggungjawab dan sering menolong apabila saya dalam kesusahan. Saya mengenalinya sejak kami menuntut di sekolah menengah.

    Kini, saya menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi sementara teman lelaki sudah bekerja.

    Teman lelaki berasal dari kampung terpencil di sebuah negeri di utara. Dia juga anak seorang imam.

    Saya pula berasal dari sebuah bandar di selatan tanah air. Kami menuntut di sebuah sekolah berasrama penuh.


    Masalahnya, teman lelaki selalu meninggalkan solat. Saya pelik dan tidak menyangka seorang yang datang daripada keluarga yang alim dan tinggal di kampung boleh meninggalkan solat.


    Pada pemikiran saya, jika ibu bapanya alim, sepatutnya tidak timbul masalah dia meninggalkan perkara wajib seperti solat. Saya sangat mengharapkan teman lelaki dapat membimbing saya menjadi Muslimah yang baik.

    Justeru, saya sedih apabila melihat dia kadang–kala meninggalkan solat fardu.
    Saya mahukan bakal suami seorang yang baik, bertanggungjawab dan rajin beramal ibadat.

    Dari aspek lain, saya tiada masalah dengan teman lelaki.

    Namun, saya buntu dan tidak mahu perhubungan kami terputus kerana masalah ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anda seorang yang cerdik.

      Padam
    2. clash je dgn balak ko tu... pastuh gi ngurat bapak dia yg imam tu, konfirm x tinggal solat fardu punya... laki boleh kawin 4 apa, jd la bini kedua ke ketiga ke apa nk kisah janji dia leh jadi seorg suami yg baik, bertanggungjawab dan rajin beramal ibadat

      Padam
  7. kerajaan tanggung kehidupan rakyat 3 bulan, tapi rakyat tanggung gaji menteri berbulan2

    BalasPadam
  8. ko msh percaya berita dari tmi ke noob? Pr00000000oootttT! argh! leganya

    BalasPadam
  9. aku setuju dengan komen tankim wong di link yang kau letak tu.

    BalasPadam
  10. Kerajaan patutnye menanggung seumur hidup setiap penduduk Malaysia..

    BalasPadam
  11. Ni ahmad maslan or ahmad nisfu.. pak lawak tul la..

    BalasPadam
  12. Spesis meleis yg telan duit haram berjuta2, pandai atas kertas pun hanya membuatkannya jadi pandai menipu saja kerjanya. Ada kebaikan juga spesis ni dikekalkan dlm masyarakat meleis dunia ketiga. Dijadikan sbg contoh kedunguan meleis tahap gaban serta boleh jadi kaya raya dgn menipu orang ramai. Rukun islam terbaru akan digazetkan seperti WAJIB MENIPU dan WAJIB BERBOHONG adalah amalan TERPUJI. Rukun iman juga perlu diperkenalkan dlm masyarakat meleis seperti PERCAYA KEPADA KEPALA HOTAK YG BEBAL SENDIRI. Org meleis malas membaca, jadi patut2 kita sebarkan rukun2 ni utk kemaslahatan meleis paria dunia ketiga.

    Teringat noob punyer link youtube pasal pakcik yg konon ahli PAS masuk UMNO cium Menteri Agama..kahkahkah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. berhati2 kalau nak komen... jgn libatkan dan mempermainkan rukun2 agama....

      Padam
    2. Nabi mana pulak ni datang nasihat2 ni..

      Padam
  13. Aku masih tertunggu-tunggu, bilakah melancap akan dikenakan lesen/permit. Permit melancap ni boleh dimulakan seawal umur 10 tahun. Barulah pejabat agama dpt hidup sikit. Untuk yg baru baligh 10-15 tahun, permit melancap adalah RM10 sebulan. Utk 16-20 tahun, RM30 sebulan. 20-25 tahun yg blom berkahwin, cuma RM50 sebulan. Bagi 25 tahun keatas, RM150 sebulan. Untuk berjimak juga elok dikenakan permit dan lesen. Chargenya sudah semestinya lebih tinggi.Ini amat menguntungkan kerajaan jika dimasukkan sekali pelbagai bangsa. Bukan islam melancapnya murah sikit. Yg islam kene mahal sbb sudah jadi HALALAN THOYYIBAN.

    Oksigen juga patut dikenakan cukai, bergantung kpd skim2 tertentu atas budi bicara kerajaan yg memerintah seperti Tuhan. Segala rezeki adalah pemberian BN. Semua tuhan dah jadi cambiol jer.

    BalasPadam
  14. ahmad maslan antara menteri yang bangang pernah malaysia ada..tak taulah kenapa bangang sangat kenyataan2 dia..tgk muka pun saakit je hati..

    kalau menggunapakai konsep yang sama, duit sepender ahmad maslan ni pun rakyat yang tanggung selama selama ni..

    BalasPadam
  15. maslan jawa ni dr dulu bodo. tp rakyat yg undi dia pun bodo juga

    BalasPadam
  16. Antara menteri BN yg bangang bila buat statement...statement yg x fikir logik pemikiran rakyat setempat, ingat org skrg mcm zaman dulu boleh diperbodohkan.

    BalasPadam
  17. konon2 thinking out of box la tu.

    BalasPadam
  18. aku tak tahan gelak bila baca hal permit tuh...pecah perut siottt...aaarrggghhh!
    mentaliti cenggini menunjukkan negara tak maju...aku agak kalau Ahmad Maslan dok US jadi menteri kat sana, hari-hari dia "bahan" rakyat US..."kerajaan dah bagi elaun bantuan untuk penganggur-penganggur jadi harus bersyukur kepada kerajaan"..."kerajaan dah belanja billion USD untuk rakyat US merasa selamat dari ancaman pengganas-pengganas dunia"..."kerajaan bla bla bla"...sampai kiamat baru dia habis...heran betul aku...negara maju siap bagi elaun untuk penganggur...tak ada bising-bising macam dia pun???

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah hang duk malaysia, mmg dengar kitaran persepsi dari malaysia jela..

      cuba baca berita pasal UK, boleh tahan banyak juga rakyat dia bising2 dengan tidak syukurnya.

      kalau boleh faham bahasa lain selain inggeris, maka dengan pasti anda akan terjumpa dengan lebih banyak kes sebegini.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.