Selasa, 11 November 2014

10 MASA itu HAK yang perlu dihormati semua orang


Assalamualaikum w.b.t.

24 jam sehari masa yang diberikan kepada semua manusia di bumi adalah sama. Tiada yang lebih walau sesaat, dan tiada yang terkurang walau sesaat. Ianya tertakluk kepada semua tidak kira siapa termasuklah Perdana Menteri yang sibuk, warga bekerja yang setiap lima minit merenung jam dinding, pelajar yang sedang sibuk menelaah untuk peperiksaan, penganggur yang kerjanya melepak sahaja, mahupun bayi Che Ta yang baru lahir. Semuanya mendapat 24 jam sehari.

Dengan kata lain, dalam konteks MASA, semua dari kita adalah sama. Tiada yang istimewa.

Bila bercakap soal masa dan menunggu, semua pasti pernah ada pengalaman mengenainya. Sama ada kita yang jadi si penunggu ataupun kita yang membuatkan orang menunggu. Namun, tidak kira siapapun kita, semua orang bersetuju bahawa menunggu bukanlah sesuatu yang menyeronokan.
Tapi kalau semua tak suka menunggu, kenapa masih lagi ada yang suka buat orang tertunggu?

Saya tidak akan sentuh soal masa menunggu di kaunter-kaunter pejabat kerajaan, hospital/klinik dan bank disebabkan ianya lebih bersifat teknikal. Tapi saya lagi suka berbincang tentang hubungan sosial sesama manusia, kawan dan kenalan.

Bila ditanya kenapa selalu lambat bila berjanji untuk bertemu pada waktu tertentu, beberapa kawan saya akan kemukakan alasan masing-masing seperti; "Ada hal tak boleh elak tadi, bro." "Traffic jam tadi...Sesak teruk!" "Alaaa...Perempuan kan kena bersiap lama. Tu yang lambat tu..."

Biar saya beritahu sesuatu. Masa itu hak. Dan hak perlu dihormati. Bila kita berjanji untuk bertemu pada masa tertentu, kita telah mengikat hak masa sesama mereka yang terlibat dalam perjanjian. Hak masa kita dan hak masa orang lain. Perlu diingatkan, bukan masa kita sahaja yang perlu dipertimbangkan, malah masa semua yang terlibat.

Jadi, hormatilah masa orang lain.

Jika ada hal yang tidak boleh dielakkan berlaku di saat anda mahu bertemu seseorang, sentiasa ingat bahawa komunikasi pada waktu itu amatlah penting. Beritahu kawan anda bahawa sesuatu telah berlaku dan beri mereka jangkaan julat masa yang diperlukan anda. Give them something to expect. "Aku lewat sikit bro. Dalam setengah jam macam tu..." Atau jika perlu, susun semula pertemuan pada waktu lain bersertakan ungkapan maaf kerana sudah mengecewakan. Itu namanya menghormati masa orang lain.

Jika tempat pertemuan anda memang boleh dijangka akan kesesakan lalulintas yang melanda, sentiasalah berlepas lebih awal dari jangkaan anda. Rancang perjalanan. Expect all expectations. Ambil tahu pembolehubah utama seperti MASA, TEMPAT dan WAKTU. Walaupun jarak rumah anda dengan tempat pertemuan hanyalah 15 minit perjalanan kereta, tapi pada petang hujung minggu biasalah jalan akan sesak dengan kenderaan. Masa 15 minit boleh bertukar kepada dua jam. Keluar awal. Tidak rugi kalau sampai awal. Itu namanya menghormati masa orang lain.

Jika ada tahu sebelum keluar dating anda perlu bersiap tiga jam (satu jam mandi, satu jam pakai baju, satu jam celup make-up), maka janganlah mula bersiap setengah jam sebelum waktu janji berjumpa. Jadilah seseorang yang bertanggungjawab dengan mula bersiap lebih awal. Ingat, hak masa anda dan hak masa kawan anda adalah sama. Satu saat anda lewat sama dengan satu saat dia terbazir. Yang penting, jangan jadikan bersiap lama sebagai alasan anda untuk datang lewat tidak kira sama ada anda seorang perempuan atau lelaki. Ia menampakkan anda murah. Seseorang yang dapat bersiap sempurna dan masih mampu untuk sampai tepat pada masanya kelihatan lebih elegan dan menarik hati. Itu namanya menghormati masa orang lain.

Maaf jika kenyataan saya agak ofensif, tapi saya dapat nampak trend masa kini seperti menyatakan yang datang lambat itu sesuatu yang normal. Lambat satu dua jam itu perkara biasa. Biarkan kawan menunggu tanpa berita seperti sesuatu yang tidak ada salahnya. Pada masa kini, nak kenal seseorang yang menepati masa cukup susah, tambahkan pula di kalangan bangsa Melayu. Sampai ke tahap ada istilah 'janji Melayu' yang merujuk kepada janji yang selalu lambat dikotai.

Bila nak update status di laman sosial, cepat pula.

Kesimpulannya, marilah sama-sama kita berubah ke arah yang lebih baik, dalam konteks ini, menepati masa. Hormati masa orang lain. Kemudian, orang lain akan menghormati masa kita. Lebihkan empati. Fikirkan apa yang kita rasa bila orang lain buat kita menunggu lama. Jadikan budaya menepati masa adalah budaya diri sendiri.





Artikel ini telah terpilih untuk menjadi salah satu pemenang GiveAway Contest Gila #6: Anda Tulis Kami Bayar yang ditulis oleh cEro of cErolian.

Penafian: Ini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan blog Buasir Otak.




tags: pemenang giveaway contest gila ga #6 anda tulis kami bayar cerolian cero hormati masa orang lain janji melayu

10 ulasan:

  1. orang tak tepati masa = abaikan je!

    kecuali dia VVIP lah... hehe

    BalasPadam
  2. loe kena belajar teori relativity bro! orang cenggini dia boleh sampai ke destinasi dalam sekelip mata!

    BalasPadam
  3. Kalau org x tepati masa mcm diatas..solat pun lebih kurg sama je....so renung2kn la. Jgn smpi org tegur kita "ko ni asyik lambat je, solat pun byk tinggal kan?"..malu nak letak muka.

    Tp kes gambar di atas mmg common utk rakyat malaysia..kalau semua tepati waktu, maknyanya anda berada di Jepun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hmm oh begitu..abis kalu de org buat kesimpulan cam eh,kau komen sini pkul 12:31ptg masa hari bekerja, kau curi tulang ea?x rse bersalah ke curi tulang cmnie,xde rse malu ke mkn gaji x berkat? haa kau, logik x kalu de org trus cop kau cggitu??

      Padam
  4. saya lebih suka menunggu dari di tunggu tapi saya pun tak suka tunggu orang lama2. tapi kalau nak keluar dengan asben saya selesa siap2 dulu.. baru suruh dia siap sebab saya tahu saya perlu ambil masa yang lama untuk siapkan diri & anak.. So, kesimpulan saya lebih suka menunggu dari di tunggu hahahahaha

    BalasPadam
  5. paling benci org tak tepati masa

    BalasPadam
    Balasan
    1. x,paling benci org yg ske ckp paling benci org x tepati masa tp die snri slalu je x tepati masa.

      Padam
  6. meleis apa dia peduli psl masa & hak org lain, janji diri sendiri senang.. kalau nk tau meleis adalah bangsa kedua plg selfish & pntgkan diri selepas yahudi

    btw aku 1st anon!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. geram betul aku org melayu yg suka kutuk bangsa sendiri... kalau xsuka melayu g convert la pergi masuk cina

      Padam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.