Sabtu, 2 Mei 2015

17 Koleksi gambar pilihan demo Anti-GST Hari Pekerja

Semalam berlangsungnya perhimpunan atau demonstrasi aman menolak cukai barangan dan perkhidmatan (GST) atau dikenali sebagi demo Anti-GST, Bantah GST, Batal GST, No GST dan lain2 seangkatan. Ramai orang Melayu yang turun, malah orang Cina yang dikatakan jarang turun demo pun sudah ramai kelihatan. Lain2 peserta termasuk penyokong parti pembangkang, segelintir mahasiswa, awek muslimah, geng anarkis, orang biasa dan macam2 lagi. Berikut adalah koleksi gambar pilihan Perhimpunan Anti-GST 1 Mei 2015, terutamanya gambar2 awek.






























Walaupun ada juga yang berkempen mengarut2 dan luar daripada tema Anti-GST seperti No Hudud, Bantah PR (Peniaga Rakus), I am Malaysian,  Kita Lawan dan sebagainya, namun aku cuma mampu berterima kasih kepada mereka yang sanggup turun dan memperjuang membantah GST. Diorang buat semua tu bukannya untuk diorang sendiri tapi untuk kita semua rakyat Malaysia. Walaupun hari ini dan esok masih tiada apa2 perubahan yang berlaku, GST masih lagi wujud dan Ahmad Maslan masih lagi menjadi Timbalan Menteri Kewangan, sekurang2nya mesej bantahan sebahagian rakyat mengenai GST itu nampak jelas selain daripada hanya di media2 sosial.

Apa2pun, sejujurnya aku ini tidaklah membantah sangat GST sebab GST ni memang sangat baik untuk meningkatkan pendapatan kerajaan dan negara agar ia dapat disalur dan disumbangkan semula kepada rakyat dalam pelbagai bentuk seperti pembangunan, kemajuan, kebajikan dan bantuan, namun bagi aku banyak lagi yang perlu diperbaiki dan diperhalusi agar ia tidak mendatangkan beban kepada rakyat terutama yang berpendapatan rendah serta orang yang masih tidak bekerja seperti pelajar, malah perlu lebih banyak barang dan perkhidmatan yang sepatutnya dikecualikan daripada GST.

Dan yang paling penting, walaupun sejauh mana bagusnya GST itu, namun aku langsung tak percaya kepada orang yang menguruskannya.




tags: demo perhimpunan demonstrasi bantah batal anti gst aman 1 mei 2015 hari pekerja kuala lumpur kl koleksi gambar

17 ulasan:

  1. 1st!!!!! ok le tu. kalu aku duk kl pun aku akan turun. sbb perhimpunan ni aman, polis xkacau .. gud job org muda

    BalasPadam
    Balasan
    1. puihh..hang sembang kemaih..mengaji la dulu bg lulus..

      Padam
  2. Balasan
    1. yg no hudud tu fake. aku dah tengok gambar asal tulis no gst. (apa jadah perhimpunan bantah gst tetiba pakai baju hudud

      Padam
    2. i mean signage hudud

      Padam
  3. Upacara berak ramai2 ada?

    BalasPadam
    Balasan
    1. upacara kena kencing ramai2 ada la..

      Padam
  4. upacara menyalak ramai-ramai

    BalasPadam
  5. Betapa teruknya kerajaan Barang Naik (BN) tunduk kepada taikun-taikun besar kat Malaysia ni.

    Astro - monopoli bebas mengenakan cas yang mereka suka.

    Syarikat Telco - bebas mengaut keuntungan jutaan ringgit sehari termasuk drop calls.

    Bank-bank komersial - hantar surat reminder pon cas dalam 10 ringgit.

    AP Import beras, gula dan pelbagai barangan lain.

    Myeg ambil alih servis awam daripada jabatan lembap penjawat awam malas.

    Tadika swasta dan pusat tuisyen macam cendawan tumbuh kerana tenaga pengajar akademik teruk yang disediakan kerajaan.

    AES ambil alih tugas polis untuk kaut untung lebih.

    Akibat kerakusan pemerintah yang dibeli, maka sengsaranya ditanggung oleh semua rakyat . heee

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak payah duk KEDEPAN sgt lah..cemuih dengar

      Padam
    2. Bro KEDEPAN adalah sangat x adil dan kebelakang. Kau tau kenapa? budak2 10 A pun ramai kantoi bro kat u. Budak2 yang x semedang SPM pown bila kat U ramai dapat cgpa lagi tinggi dari budak yang dapat 10 A dulu. SPM bukan penunjuk aras untuk kepandaian bro. Yang penting budak2 tu sendiri

      Padam
    3. Ak taw knp ..spm guna angka giliran, pemeriksa x knl ko dan ko x knl dia so result 100% berdasarkan kemampuan otak bdk tu ...degree pula boleh kowtim ..mnta kerja extra ..bodek lecturer ..dsb.

      Padam
  6. kah kah kah..sapa pon tak layan demo hangpa..penat lg ada la oii..

    BalasPadam
  7. gambar pertama kat atas tu perasan lebih..ingat segak sgt demo pakai spek hitam sambil pegang banner..mcm penyu bertelur

    BalasPadam
  8. Habis KFC tuh kena calit lambang anarchist...

    Tak sedaplah mata memandang bila aku belanja duit beli chicken bucket nanti... +GST

    BalasPadam
  9. apa yg aku nampak demo tak membawa sebarang faedah..just boleh jalan usha awek ja..letih..habis suara duk terjerit mcm kambing..korang ingat org peduli sgt ke dgn demo2 ni..mai la sejuta org pun, tak membawa makna..

    BalasPadam
  10. Rakyat membantah duduk seharian menjerit bawak sepanduk ke hulu ke hilir.
    Pemimpin datang duduk 10 minit bergambar ramai-ramai pastu blah.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.