Ahad, 24 Mei 2015

5 Menilai tahap kematangan Melayu dalam bola sepak

Perlawanan akhir Piala FA 2015 yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil semalam menyaksikan pasukan Lions XII daripada negara Singapura membenam pasukan Kelantan The Red Warrior Gomo Kelate Gomo dengan jaringan gol 3-1. Syukur kerana tiada apa2 insiden penyokong mengamuk, bakar stadium, ambulans, kenderaan dan merosakkan harta awam seperti yang berlaku ketika Lions XII menentang Terengganu minggu lepas di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin kerana gol yang offside. Namun sebelum perlawanan ini berlangsung, ada suratkhabar menyiarkan ramalan2 daripada jurulatih Liga Super. Setelah membaca komen2 di post Sukan Star TV mengenai ramalan tersebut, aku dapati melayu ini sangat lawak dan kelakar bila melibatkan bola.




Oh, gambar awek2 comey cek mek molek di atas hanya selingan semata2 yang diambil dari page Harian Metro dan takde kaitan pun dengan entry ni. Ok berikut adalah ramalan para jurulatih Liga Super.


Berikut pula adalah komen2 pilihan yang kebanyakannya memang sangat darul kelakar dan satu dua  komen yang matang.


Dan ini adalah komen yang paling karut gila pernah aku baca. Kalau nak komen mengarut2 macam ni, aku harap tak payah lah pakai gambar profile arwah Tok Guru Nik Aziz, jaga sikit nama Tok Guru.


Dan berikut adalah komen aku:

1. Majoriti semua jurulatih negeri lain ramal team Kelantan menang sebab lawan dia negara lain. Mungkin diorang tak nak ramal team Lions XII menang takut kena kutuk peminat bola sepak Malaysia dan kena cop tak patriotik.

2. Bila jurulatih JDT ramal team Singapura menang, orang lain kutuk jurulatih tu tak patriotik termasuk sekali dengan orang2 Johor kena sekali. Paling takde kena mengena dengan Sultan sekali kena bahan.

3. Penyokong bola sepak yang kebiasannya bersifat kenegerian tiba2 bersifat patriotik kenegaraan, dan perlawanan ni tiba2 jadi perlawanan mempertahankan maruah negara.

4. Melayu ni tak boleh bezakan ramalan dengan menyokong ke? Kalau dah nama ramalan, tak semestinya kau kena ramal team yang ko sokong tu menang. Dan bila kau meramal team lain menang, tak bermaksud kau tak sokong pasukan kau sendiri.

5. Sebagai contoh aku minat Real Madrid (ini contoh), tapi bila Real Madrid lawan Barcelona aku ramal Barcelona akan menang berdasarkan statistik, pengalaman, pemain dan sebagainya, tapi aku tetap menyokong Real Madrid dan berharap mereka akan menang perlawanan tu.

6. Sebab tu aku tak minat mana2 team bola Malaysia termasuk dari negeri kelahiran aku sendiri, sebab dari sini kita menilai yang penyokong dan peminat bola tempatan ni ramai yang tak matang, terlebih emosi, tak berfikiran terbuka dan terlalu bersifat kenegerian.

7. Meramal nasib masa depan ni boleh jatuh syirik. So baca boleh, percaya jangan, malah terlalu mengambil serius pada ramalan sampai gaduh2 dan bersyak wasangka pun tak boleh. Bagi aku perkataan jangkaan lebih sesuai untuk menggantikan ramalan.




tags: menilai tahap kematangan melayu dalam sukan pertandingan perlawanan bola sepak ramalan keputusan piala final fa cup 2015 kelantan lawan vs lions xii singapura singapore stadium bukit jalil bakar penonton penyokong merusuh fan bakar rosak harta ambulans kenderaan

5 ulasan:

  1. Sbb tu tak ramai Cina India layan sukan. Penat giler dowh nak layan Melayu2 sengal.

    BalasPadam
  2. ini pertandingan domestik bukan antarabangsa melibatkan negara

    BalasPadam
  3. So...kesimpulan x perlu jadi obses kepada sesuatu benda, x kira sukan, politik atau lain2...selain agama. Org yg fanatik ni konsepnya even benang yg basah pun still nak tegangkan lagi....

    Kalah menang adat permainan..x perlu emosi. Tp sy akui ramai melayu suke beremosi bila berbicara..fakta xde sgt. Bila burthurt mula atttack personal.

    BalasPadam
  4. alaa noob . negeri kau xpower bola . better senyap .

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.