Jumaat, 7 Ogos 2015

16 Industri komik tempatan tidak lagi seperti dahulu

Setiap yang bermula pasti akan ada pengakhiran. Buat anda yang membesar dengan majalah lawak Ujang dan Apo? pastinya terkesan apabila menerima berita bahawa Moy Publications selaku syarikat penerbitan bagi kedua-dua majalah ini telah pun menamatkan operasinya serta merta pada hari ini, 6 Ogos 2015, dengan keluaran terakhir Ujang siri 505 dan Apo? siri 398.


Majalah Ujang yang membuat kemunculan pertamanya pada Tahun 1994 dan APO? pada 1 Disember 1998 telah ditamatkan operasinya berkuatkuasa pada petang Khamis ini.

Berita ini diumumkan melalui Facebook salah seorang dari krew Ujang dan Apo? iaitu Kartunis Lengkuas, Kartunis Pandan, Kartunis Ayoi dan Rizal Uncart serta bekas kartunis Ujang iaitu Kartunis Ubi dengan statusnya seperti di bawah:

Sumber
Sumber
Sumber
Sumber
Sumber


Kartunis Ujang yang merupakan pengasas kepada majalah komik Ujang pula mengeluarkan status ini yang dipercayai berkaitan dengan kes beliau dengan syarikat MOY.


Punca sebenar penutupan tersebut telah dikonsikan oleh Kartunis Sireh di FB beliau seperti berikut:
Salam...

Dengan perkembangan yang terbaru hari ini... ramai yg bertanya melalui inbox dan komen2... Inilah kisah yg ingin saya kongsikan...

Alhamdulillah ... berkesempatan bertemu sahabat2 dan karyawan2 di MOY publication siang tadi... masing2 masih mampu berjenaka dan redha dengan ketentuanNYA... semoga semuanya bakal sukses dan berjaya dengan halatuju masing-masing selepas ini... Insya Allah.

Saya sempat berdiskusi dgn Pengarah Urusan, Mr.Boy (Tuan Yusof Huzairy)... cuba bertanya sebab2 keputusan drastik tersebut... dengan berat hati beliau menyatakan dengan trend yang ada sekarang, kos operasi yg besar tidak mampu menampung penerbitan majalah secara fizikal untuk jangkamasa yang lama... dengan nilai RM yg semakin jatuh, kos kertas yg melambung, GST dan trend pembacaan terkini yg lebih ke arah online, dunia penerbitan majalah secara konservatif sedang mengalami kemuncupan.

Walaubagaimanapun beliau sedang mengusahakan satu rangka perancangan melalui Bekazon (laman web online) utk peminat2 kartun2 Majalah APO? dan Ujang utk terus menikmati karya2 mereka secara online selagi permintaan menggalakkan. Ruang ini bakal dibuka bukan sahaja kepada pengkarya2 yg sedia ada... tetapi juga kpd yg baru dan berpotensi.

Sejumlah pampasan (Rm1.7juta) juga sudah diperuntukkan sbg saguhati kpd staf2 yg tidak bernasib baik. Kepada pengkarya2 yg masih berminat utk berkolaborasi dgn projek Bekazon beliau sangat dialu2kan. Namun begitu keputusan adalah ditangan individu2 pengkarya itu sendiri. Segala2nya akan ada proses perbincangan agar tiada pihak yg teraniaya.

Buat masa terdekat ini, saya bakal berehat dari berkarya secara serius buat sementara... (Mungkin sudah penat sikit... harap2 dapatlah fokus sedikit buat kajian tentang trend penerbitan terkini.) Amatlah besar harapan saya agar diberi kemaafan jika sepanjang saya berkarya di Majalah Apo? dan Ujang, ada bahasa yg terkasar, hati yang tersentuh, jenaka yg kurang bagus dan kesalahan2 lain yg saya tidak sedari. Semoga pengalaman yg manis dikongsi bersama, yg pahit kita renungkan sebagai pengajaran.

Diharapkan sepanjang 17 tahun berkarya di Majalah APO?... adalah sedikit sebanyak sumbangan yang telah kami berikan dalam bersama2 memeriahkan dunia industri komik tempatan.

InsyaAllah... Ini mungkin sementara... jika ada rezeki berkarya dikesempatan lain... saya akan umumkan buat semua... bertemu lagi kita ya...

Terima Kasih...
Wasallam...

Adios Pronto...

Kartunis Sireh.

Berita ini bagaikan memberi tamparan yang kuat kepada peminat-peminat majalah ini terutamanya yang mengenali hasil karya ini dari zaman sekolah lagi. Setelah lebih dari 20 tahun berada di pasaran, akhirnya syarikat penerbitan mengambil langkah yang boleh dikatakan drastik. Sebab dan punca penutupan syarikat penerbitan ini masih belum dikenalpasti.

Sementara menunggu pengumuman dan kenyataan rasmi daripada syarikat penerbitan kedua2 majalah tersebut, izinkan aku menulis lagi sepatah dua dan sedikit pandangan mengenai industri komik di tanah air kita walaupun aku pernah kongsikan beberapa kali mengenai isu industri komik dan seni kreatif tempatan:

Aku tak nak sentuh bab konflik antara kartunis Ujang dan MOY, masalah antara kartunis Aie dengan MOY,  kerana undang2 dan hakcipta karya di Malaysia ni lain macam sikit, seperti mana penjelasan yang pernah diberikan oleh Kartunis Ubi di blognya, semua kartun ciptaan kartunis semunya menjadi milik majikan. So melainkan undang2 ini atau perjanjian di antara pengkarya dan penerbit diubah atau perjuangan menuntut keadilan terhadap pengkarya komik berjaya, maka kita terpaksa menerima keadaan dan situasi tersebut buat masa ini.

Sumber

Cuba bagitau ada berapa lagi majalah komik di Malaysia yang anda lihat di jual di kedai2 buku dan majalah? Yang biasa dilihat di pasaran adalah Ujang, Apo?, Gempak, Gila-gila dan lain2 majalah komik untuk kanak2 seperti Upin & Ipin, Boboi Boy, Ana Muslim dan sebagainya.

Dan dalam banyak2 majalah komik ini, majalah apa yang masih mengekalkan ciri2 dan identiti Malaysia atau pun Melayu dalam karya2 mereka?  Tiga buah komik sahaja iaitu Gila-Gila, Ujang dan Apo?. Selain daripada itu stroke karya2 kebanyakan majalah komik beridentitikan luar negara terutama Jepun.

Apabila berita penutupan majalah Ujang dan Apo? tersebar luas di FB, ramai orang terutama yang dewasa menyatakan kesedihan mereka, namun rata2 memberi komen seperti,
"Sedihnya majalah Ujang dah diberhentikan. Saya membesar dengan majalah Ujang. Last saya beli masa form 5 dulu masa tahun 2000."
"Dulu memang kumpul majalah Ujang dan Apo? buat koleksi, tapi lepas dah start kerja dah stop kumpul. Walaupun dah lama tak beli tapi terasa betul kehilangannya."

Mereka sedih, mereka terasa kehilangan, tapi sekarang ini mereka tak beli pun, mereka tak menyokong pun majalah komik tersebut. Ya, mungkin ada yang masih membeli majalah Ujang dan Apo? ini tapi jualannya tak lagi banyak dan serancak dulu. Orang yang baca masa zaman mereka muda remaja dan bersekolah juga kebanyakannya sudah lagi tidak membaca dan membelinya apabila mereka sudah masuk ke alam dewasa, mula bekerja dan bekeluarga.

Nak harapkan budak muda remaja dan murid sekolah beli dan baca komik2 itu? Memang tak lah. Komik lawak Melayu bukan komik yang menjadi pilihan remaja zaman ini. Mereka lebih gemar baca komik yang bercirikan lukisan ke arah ke"Jepun"an seperti Gempak dan juga buku2 komik yang bertemakan pendidikan seperti Siri Komik Misi oleh Afiq & Nazri Salam.

Dan tahu kenapa komik2 ini boleh bertahan lama dan sambutannya pun lebih menggalakkan berbanding komik2 lawak Melayu? Antara sebabnya:
  • Lukisannya bercirikan Jepun.
  • Cerita berkaitan dengan pendidikan.

Dengan 2 sebab di atas, walaupun pembaca2 mereka pada masa akan datang akan meningkat dewasa dan mula melupakan komik2 ini, mereka akan tetap mendapat audien dan pembaca yang baru di kalangan remaja dan pelajar sekolah dari masa ke semasa. Sedangkan komik2 lawak Melayu ini bukan sahaja sudah kehilangan pembaca lama, malah nak tarik audien dan pembaca baru pun susah.

Malah dengan kewujudan Internet, peminat2 komik juga kini lebih selesa dan suka baca komik secara online terutama manga atau komik2 Jepun. So untuk majalah komik tempatan bercetak yang berbayar ini bersaing dengan komik Jepun digital yang mereka boleh baca secara percuma di Internet adalah sangat sangat sangat sukar sehingga akhirnya majalah2 komik tempatan bercetak ini menjadi tepu dan mati. 


Salah siapakah semua ini berlaku?

Nak salahkan budak2 muda generasi baru yang lebih meminati komik dan lukisan Jepun pun susah juga, sebab pengaruh manga dan anime Jepun itu sudah terlalu kuat di Malaysia. Malah nak cari pelukis amatur muda yang boleh melukis kartun yang mempunyai stroke dan identiti Melayu sangat susah di masa ini berbanding pelukis amatur muda yang boleh melukis kartun dengan stroke Jepun yang boleh dijumpai dengan begitu ramai.

Nak salahkan pelukis dan penerbit komik yang melukis dan menerbitkan komik bercirikan Jepun sehingga menenggelamkan komik2 lawak Melayu lain tak sesuai juga, kerana mereka hanya ikut kehendak audien demi keuntungan dan survival mereka juga. Sekarang ini adalah dunia di mana kita perlu berubah mengikut kehendak zaman, bukan kita berharap zaman berubah mengikut kehendak kita.

Nak salahkan golongan dewasa kerana sudah tidak lagi membaca dan membeli komik tempatan pun tidak boleh juga, kerana seperti yang aku telah tulis dulu, membaca komik bukan budaya orang dewasa di Malaysia. Kebanyakan orang dewasa yang membaca komik pada usia mereka muda belum tentu akan terus minat membaca komik pada usia dewasa kerana bagi mereka komik dan kartun hanya untuk kanak2 dan remaja. Ini adalah suatu yang perit untuk diterima namun suatu realiti dan hakikat.

Tambahan lagi, seperti komen seorang pengedar majalah di Malaysia di FB:
Kembali kpd tuan asal (Kartunis Ujang) pon xhilang jugak penyakit yg melanda dunia majalah skrg ni. aku salah seorang pengedar majalah sejak dr tahun 1987 hgg skrg. skrg ni majalah di malaysia sedang nazak. xkira la ape sje tajuk atau publisher. majalah xlg jd bahan bacaan utama masyarakat skrg. terutama golongan remaja. mereka lbh suka habiskan duit dgn gajet. so, majalah menerima tamparan teknologi ni skrg. klu MOY dh tutup, xhairan sbb publisher Berita terlebih dahulu tutup sbb kemerosotan jualan.

diikutkan maklumat terkini, akan lbh byk majalah akan menamatkan operasinya disebabkan jumlah cetakkan terlampau sedikit. mungkin lps ni dunia akan dikenali sebagai dunia tanpa kertas..

Di zaman digital ini, dunia majalah bercetak seperti telah dilanda penyakit iaitu penyakit majalah bercetak tidak boleh dijual. Jangankan majalah komik, majalah2 bercetak lain termasuklah akhbar juga pasti mengalami penurunan drastik dalam jualan berbanding tahun2 sebelum ini. Ini kerana ramai orang dah boleh baca berita secara online, dapatkan maklumat daripada Internet berbanding majalah, membaca komik secara percuma di Internet melalui komputer, tablet, smartphone dan sebagainya. Malah orang kita juga tidak pandai menilai dan menghargai karya2 kreatif yang dihasilkan.

So bagaimanakah nak mengembali dan memulihkan semua industri seni kreatif di Malaysia ini terutama dalam industri komik?

Entah, aku pun kurang pasti, kerana di Malaysia ini realisme mengatasi idealisme. Mungkin kau boleh melonjakkan nama dan karya kau menjadi fenomena, tapi untuk menaikkan industri itu secara keseluruhan agak mustahil.

Tapi mana tahu, mungkin orang2 yang mempunyai pengaruh besar dalam industri seni kreatif tanah air yang terbaca artikel aku ini dapat terfikirkan sesuatu dan mendapat ilham untuk meningkat dan melonjakkan semula industri seni kreatif seterusnya membela nasib2 pelukis komik tempatan dan menjadikan kartunis atau pelukis komik sebagai sebuah karier pilihan yang boleh diimpikan oleh ramai anak2 muda.




tags: majalah komik tempatan malaysia ujang apo moy publication dihenti operasi tutup kedai bankrup bankrap kartunis industri seni kreatif comic manga jepun kartun identiti barat ciri isu hakcipta lagenda legend punca sebenar terkubur

16 ulasan:

  1. itu sebb aku tengok gempakstarz ambil inisiatif lancarkan apps gempakstarz majalah online... boleh download dari google bookstore... rasanye kena beli kot tu pun ak rasa boleh terkena penyakit tu... ak dulu kaki beli gempak starz.. selalu beli tapi bila dah kerja ada internet pyh dah nak beli buku duit habis ke benda lain......kemnugkinan besar sememangnya buku akan sampai masanya tamat juga kot nampaknya... lambat laun... aritu ak tengok teen react ensiklopedia pengeluarnya pun dah beralih pada web browser.... dah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk pelukis artis senang kalau pandai marketkan janji citer bagus lukisan ada nilai untuk simpanan mcm komik jepun InsyaAllah ada pembelinye :)

      cth buku dragonball ak masih simpan sampai sekarang haha2

      Padam
    2. PrOo0000OooooOotTtT!! Arghh leganya

      Padam
  2. Yg artikel dkt atas gua xmau tau & amik pot, gua cuma nk tanya buasir otak the komik 2.0 bila nak kuar? Dh berjanggut berjambang gua tunggu nak beli ni .

    BalasPadam
  3. Tamatlah sudah riwauat ujang ngan apo?
    Baru berkira-kira nk beli apo? Isu 400
    Ujang isu 500 ada dah....
    Nk buat koleksi, apakan daya hajat xsampai....

    BalasPadam
  4. Kempen safe the earth, less paper....haha

    Papepun, zaman makin berubah...kita pun x tau konsep blog yg admin boleh jana pendapatan dr iklan pada 10-20 tahun akan datang akan menjadi tidak relevan lagi. So, dalam apa2 business, kita just get everything ready for changes, be dynamic..kalau maintain je maybe ada masa tiptop tp xleh sustain selama2nya.

    Kat barat skrg dah lebih aggresive marketing melalui internet, everything buy online siap penghantaran di mana fungsi salesman dah x diperlukan lagi...so boleh reduce kos overhead n mana2 berkaitan...in Malaysia pun coming soon dengan perubahan ni spt Lazada n lain2.

    BalasPadam
  5. Mereka pernah buat aku tertawa sendirian..T.KASIH

    BalasPadam
  6. Yg artikel dkt atas gua xmau tau & amik pot, gua cuma nk tanya buasir otak the komik 2.0 bila nak kuar? Dh berjanggut berjambang gua tunggu nak beli ni .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pegi mampos lh ko, ko xnk ambil tau tu ko punya pasal

      Padam
  7. sedih weh baca cerita tamatnya komik UJANG APO ni. peminat nih! :(

    BalasPadam
  8. Sedih memang sedih, ayah aku dah umur 55 still beli majalah gila2 kadang aq ambik haha. Kita(melayu) korang nasihat la macam mana pon, kita akan kecundag akhirnya, lepas dah jatuh baru kita akan bangkit. Sebab melayu ni umpama paku and tukul..dah kene ketuk baru la sedar.

    BalasPadam
  9. banyak sangat yang dah berakhir kat malaysia semenjak dua menjak ni.. adakah malaysia juga akan berakhir... hmm.. kita nantikan..

    BalasPadam
  10. masa dulu2 ni la majalah hiburan plg best..
    seorang kartunis dalam moy merupakan hubby kawan fb..
    dia pon melahirkan rasa sedih..

    BalasPadam
  11. Weh...
    Aku baru nak oder koleksi lambok.
    Nasib dan beli bedtime story.
    Hidup apo n ujang.
    Takziah.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.