Isnin, 12 Oktober 2015

9 Gambaran tahun 2000-an oleh orang tahun 1900-an

Biasanya tanggapan dan gambaran kita terhadap masa hadapan mesti agak berlebihan dengan teknologi yang terlalu canggih dan moden, seperti mana dalam siri Doraemon yang menggambarkan perbezaan teknologi dan peradaban yang amat ketara antara ketika Nobita masih kecil dan juga Nobita yang sudah dewasa yang perbezaannya mungkin hanya antara 10 - 15 tahun sahaja.

Begitu juga di dalam rancangan seperti Beyond 2000 dan Beyond Tomorrow yang popular pada sekitar tahun 80 dan 90-an yang menggambarkan betapa pada tahun 2000 nanti teknologi akan jadi begitu canggih sehingga sudah wujudnya kereta terbang dan sebagainya, namun sehingga 2015 kereta yang digunakan oleh orang ramai masih menggunakan roda dan bergerak di atas jalanraya.

Namun bagaimanakah orang yang hidup seabad lalu menggambarkan keadaan dan teknologi yang akan wujud pada tahun 2000-an? Pada sekitar tahun 1899 hingga 1910, beberapa pelukis Perancis pada waktu itu telah melukis beberapa siri lukisan "Perancis Pada Tahun 2000" yang menggambarkan apa yang mungkin ada pada tahun 2000 seperti gambar2 berikut:

























Berdasarkan lukisan2 tersebut, ada yang tidak logik dan tak masuk akal yang memang hampir mustahil untuk dilaksanakan walaupun 100 tahun lagi seperti bas ikan paus, perlumbaan menunggang ikan dalam laut, ahli bomba dan polis terbang, namun ada juga teknologi sekarang yang hampir seperti yang digambarkan seperti mesin pencuci lantai elektrik (vacuum), mesin jentolak padi, penternakan ayam moden, rumah bergerak (caravan), mesin pemotong rambut, mesin jahit, helikopter dan kapal terbang.

Idea inovasi dan teknologi mereka pada ketika itu lebih kepada teknologi yang melibatkan mekanikal dan elektrikal analog, maka disebabkan itu gambaran mereka terhadap teknologi masa depan pun banyak melibatkan mesin mekanikal dan elektrikal, namun kini teknologi lebih banyak berkembang dan bergantung kepada penggunaan elektronik digital yang mungkin tidak terfikir dan terlintas pun pada orang2 zaman tersebut.

Sumber Washington Post.



tags: what people in 1900 thought the year 2000 would look like gambaran teknologi orang zaman masa depan 2000-an oleh manusia 1900-an moden maju ramalan impian

9 ulasan:

  1. tahun 2021..

    semua manusia bogel.. pakaian adalah sesuatu yang purba..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang pon dah macam bogel

      Padam
    2. Kelakar jugak bila fashion tak berubah langsung.

      Padam
  2. Selepas 50 tahun merdeka sepatutnya kita mempunyai saintis, arkitek, doktor pakar dan jurutera sendiri, tapi tahukah anda, arkitek dan jurutera menara petronas dari kanada, bila VVIP dan orang-orang kaya mahu berubat mereka pergi ke Singapura dan London, senjata dan kenderaan perang pula terpaksa dibeli dari luar, jadi soalannya di mana graduan-graduan kita?

    jawapannya tidak lain dan tidak bukan di jabatan kerajaan, kalau jadi engineer,arkitek takpe juge tapi jadi PT, P&P dan tukang ajar!

    Jadi apa masalahnya? MASALAHNYA COURSE PENTING DI IPT DIBERI KEPADA ORANG YANG TIDAK LAYAK!

    Bayangkan berapa duit rakyat rugi? 1. biasiswa atau hutang pendidikan, 2. kursus berELAUN selepas graduate kerana mereka tidak laku, 3. terpaksa wujud jawatan yang tidak perlu-perlu dalam kerajaan untuk bail out mereka-mereka ini.

    KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A > = degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh , amah dan pekerja am kecuali mereka yang bekerja sendiri ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.Heee

    BalasPadam
  3. teringat aku ada satu movie femes back to the future. movie tahun 1985 tapi tahun 2015 di gambar kan kereta zaman tu leh terbang. hakikat nya xda yg terbang pun huhuhu.. keta olskool pun ramai org pkai.

    BalasPadam
  4. paling gempak at school *bzzzztt*

    BalasPadam
  5. Papepun kita kena appreciate angan2 atau inspirasi ni..mcm cite doraemon gak...tp x semesti buat 100% mcm dia buat, cuma sebagai pencetus minda n buat otak kita lebih kreatif......

    Kalau anda x kreatif, maybe anda x lihat iphone6 atau gadjet IT lain yg maybe kita sangka boleh buat pada 50 tahun lepas...technology paling hensem skrg ialah boleh tgk XXX kat smartphone, x perlu beli dvd lg n tgk senyap2...huahuahua

    BalasPadam
  6. hahaha okeylah tu, byk jugak yg menjadi kenyataan..
    cuma diorang lack dari segi humanity

    BalasPadam
  7. Menarik lukisan2 di atas..kelakar pun ada.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.